Sunday, June 27, 2010

Puzzle





Assalamualaikum kawan-kawan, rakan-rakan dan taulan serta sahabat-sahabatku. Semoga sentiasa berada di bawah payungan Rahmat dan Kasih Sayang Allah s.w.t (^_^).

Sepanjang cuti semester ni, kehidupan ana di rumah agak tidak selesa. Bukan tak aman ok...tp pergerakan yang agak terbatas. Tak boleh berlari ke sana sini sesukati. Ke depan dan ke belakang, ke kanan dan ke kiri. Bagaikan dipenjara di rumah sendiri.huh. Tempat-tempat yang boleh berlari-lari adalah dapur, bilik air dan bilik tidur.... Tidak banyak yang dapat dilakukan, hanya dapur la tempat kunjungan setiaku....sebab di situ ada makanan.hehe.


Rumahku rumah kampung...Gambar hiasan (^_^)

Ok la...sebenarnya rumah kami sekarang tengah di ubah suai, di baik pulih dan diperluaskan. Sebab hujung tahun ini, InsyaAllah...akan terciptanya sejarah pertama keluarga kami iaitu... akan melangsungkan kenduri perkahwinan di rumah ini.hehe. Tak sabarnya nak merasai kemeriahan kenduri itu nanti. Doa-doakan ye...

Tapi bukan pasal majlis tu yang nak dicerita. Ana nak cakap tentang proses menyiapan rumah ana ini. Apa yang di perhatikan...

Matlamat....

Nak siapkan ubahsuai rumah.

Nak tambah satu lagi bilik, besarkan tempat letak kenderaan dan besarkan pintu.

Mak abah upah orang untuk buat kerja-kerja ini, sebab abah dah tak larat nak buat semua tu..ana pun... tapi bukan tak larat tapi tak tahu,hehe.


Dan hari ini, ada seorang pak cik datang rumah, rupanya abah minta along pergi cari orang TNB untuk ubah kedudukan elektrik rumah dan memasang elektrik di bilik baru siap tu...(Bilik pengantin~) Pak cik tu ayah kepada kawan along, so die ambil upah murah je (^_~) Alhamdulillah Ya Allah.


Tanpa bantuan kalian dan dengan keizinan Allah... sukar untuk menyempurnakan proses ini.
Sama jugak tauke yang jual barang-barang seperti simen, zink, pasir, bata, cat, kayu, ...bla..bla.. Jika tiada mereka, mogok tak nak buka kedai...nanye la kami...nak beli barang kat mana? Dan rumah kami dapat ke disiapkan? Tidakkan... so terima kasih kepada tauke sebab tak mogok (^_^).




Walaubagaimanapun... ia menjadi lebih sempurna, lengkap dan lancar dengan ada nya puzzle-puzzle dari abah, emak dan adik beradik. Mana ruang yang lopong, puzzle-puzzle daripada setiap orang ini boleh la di tampal-tampalkan, yang terlebih boleh la di keluarkan dan disusun semula...hehe. Supaya nanti rumah kami bukan sahaja sedap badan berteduh malah sedap mata memandang (^_^)



Biasanya abah akan memberi pandangan dan melihat dari semua sudut. Dari sudut harga barang, upah pekerja, hasil kerja mereka, kauntiti dan kualiti barang, makan minum, rehat...bla bla bla...uhu, abah memang seorang yang berpengalaman, so tiada siapa yang akan berani mengambil kesempatan dan menipu kami..haha.. Terima kasih abah atas puzzlemu yang begitu berharga(^-^).
Mak pula adalah designer rumah ini.hehe. Nak atap jenis apa, nak lantai camne, nak pintu bentuk apa, cat warna apa, marmal corak apa...semuanya la, kalo tak de mak saya yang beridea kreatif ini adakah rumah saya akan cantik dan sedap mata memandang?? Tidakkan...terima kasih ye mak atas puzzle designermu.hehe.
Manakala along pula, pengganti abah waktu abah pergi kerja. Alhamdulillah, along tengah cuti nak tunggu posting kerja kat mana. Jadinya, along la pengganti abah sebagai pemerhati dan berurusan dengan pekerja, pergi beli barang, angkat turun barang, urus itu urus ini (^_~)...so thank you, tak pe belajar dari sekarang ye camne nak jadi ketua keluarga.haha.



Dan kepada 2 lagi adik ana itu...kat Putrajaya dan Ipoh. Mereka tak tinggal kat rumah. tapi, masa dorang balik bercuti...puzzle mereka amat lah berharga sebab mereka telah mempercepatkan proses pengecatan bilik, pemecahan tangga batu dan termasuk la memecah ketenangan dan kesunyian rumah..haha. So, terima kasih ye...( ^_~). Hope sepanjang cuti hari puas la berehat~~~hahaha.
Dan puzzle dariku, selain daripada makan..makan..dan makan...ana bertanggungjawab atas makan minum pekerja-pekerja... Ada 3 kali arahan dari big bos (emak la) untuk sediakan makanan. Pukul 10.30, makan pagi. Pukul 12, bagi minum air ais. Makan tengahari, dape balik rumah masing-masing.huhu. Dan satu lagi pukul 5, minum petang. So, sila bekerja dengan rajin ye...huhu.



Apa yang ana hendak kongsikan, seronokkan hidup saling lengkap melengkapi dan saling bergantungan untuk menyempurnakan sesuatu...ana rasa, antum pun merasainya sebab setiap manusia mengalaminya...cuba lihat disekeliling antum dan apa yang antum lakukan... kemudian renung-renungkan (^_^).



Bila bekerja, kita memerlukan orang bawahan untuk menyempurnakan tugas, memerlukan rakan sekerja untuk memberi pendapat, pandangan dan bantuan dan memerlukan orang atasan untuk memimpin kita.


Bila belajar, kita memerlukan guru untuk mendalami ilmu dan memahaminya, memerlukan sahabat untuk belajar. Ini kerana belajar berkumpulan lebih berkesan daripada berlajar bersendirian.



Bila berorganisasi, kita memerlukan barisan kepimpinan yang mahu memberi dan menerima, memberi arahan dan menerima arahan, memberi teguran dan menerima teguran, saling hormat menghormati, ada pemikir, perancang dan perlaksana.



Setiap orang Allah kurniakan kemahiran dan kelebihan yang berbeza2. Begitu juga sebalikknya
Cuba bayangkan...jikalau dunia ini semua orang sama dan tiada beza,tak pedulikan orang lain, buat hal sendiri-sendiri, akan berwarna warnikah kehidupan kita??




Malah setiap yang diciptakan Allah adalah saling melangkapi untuk menjadi sebuah sistem yang lengkap.



Mungkin boleh kita hidup sendirian, lakukan kerja sendirian tanpa memerlukan bantuan orang lain. Tapi bagaimana pula tahap kesempurnaan yang diperolehi.



Dalam pembesaran kita juga kita telah memerlukan orang lain untuk menyempurnakan kehidupan kita.

Masa kita kecil, kita memerlukan jagaan orang.

Bila kita sakit kita memerlukan doktor merawat, dengan izin Allah.

Kita memerlukan imam dan juga makmum untuk solat berjemaah.

Pemimpin memerlukan pengikut, pengikut juga memerlukan pemimpin.

Yang muda memerlukan yang tua, yang tua juga memerlukan yang muda.

Wanita memerlukan lelaki dan lelaki memerlukan wanita.



Malahan bila kita mati pun kita masih memerlukan antara satu sama lain. Yang mati menginsafkan yang hidup, yang masih hidup pula mendoakan yang sudah mati.

Sejak lahir sehingga mati, manusia "seolah2" tidak dibenarkan hidup sendirian di alam semesta ini.

Kenapa?? Sebab manusia mempunyai amanah dan salah satunya adalah amanah terhadap masyarakat dan perkhidmatan. Amanah bermaksud aman, tenteram dan harmoni. Bila kita melaksanakannya, maka yang memberi akan rasa aman, tenang dan gembira. Yang menerima juga akan rasa dihargai, selamat dan harmoni.

Alhamdulillah, indahnya Allah mengatur sistem manusia. Saling memerlukan, kerana DIA lebih mengenali makhluk ciptaaNya. Kita hanya makhlukNya yang tidak sempurna, kerdil, dan lemah. Hanya Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Besar. AllahuAkhbar!!





P/S

InsyaAllah mungkin dalam 2,3 hari ini, proses ubahsuai ini akan selesai. Tapi, ana dah nak balik kampus dah~~. Tak kisah la, yang penting semuanya selamat. Semoga Allah menerima, redha dan berkati apa yang telah, sedang dan ingin kami lakukan ini. Doakan ye...puzzle hampir sempurna (^_^).


"Addin An-Nasihah ^___^

Saturday, June 19, 2010

Bola oh Bola




Haha.. memang pedas. Dasyat sungguh penagan bola ini. Hebat, sebiji bola di campakkan dalam padang, berjuta-juta orang dapat bangun malam. Yang selama ni tak pernah bangun pun bleh jadi TERbangun. Hebat-hebat. Nanti, bila demam bola dah habis, tak de dah yang nak TERbangun malam. Semua akan menjadi seperti sedia kala. Malunya kita pada Allah. Inilah kesan 3S daripada barat untuk hancurkan umat Islam. Sing, seks dan SPORT.


Tidak salah nak mensyaksikan apa sahaja jenis 'SPORT'.
Islam tidak melarangnya, tetapi biarlah Allah itu tetap "number one"dalam hati kita. Terutamanya dalam bab solat. Minta dilindungi daripada melewatkan atau meninggalkan solat gara-gara asyiknya menyaksikan sesuatu perlawanan. Tidak kiralah apa sahaja jenis piala, Piala Dunia ke, Piala Thomas ke...tengoklah tetapi jangan sampai Piala Hari Akhirat kita terabai dan terbabas...Allahhuakbar..

"Addin An-Nasihah ^___^

Tuesday, June 15, 2010

Hati-hati Menjaga Hati

Result exam baru je keluar, walaupun agak kecewa sebab tak capai target..tapi alhamdulillah... walau apa hasilnya kena redha pada ketentuanNya. Hati..hati...hati.... hati manusia, selalu rasa tak cukup dengan apa yang diperolehinya. Wahai hati, berhati-hati lah... sebenarnya, apa yang kita perolehi itu adalah yang terbaik untuk kita.

Allah Maha Mengetahui, jika diberinya kita di tempat yang tinggi..mungkin hati kita akan kotor dengan sifat-sifat mazmumah seperti sifat riak, sombong dan ujub. Ingat lagi sabda Rasullullah SAW, "Siapa dalam hatinya ada kesombongan sebesar biji sawi, Allah akan membanting mukanya ke Neraka". Na'udhbillaahi min dhalik... Jika dikira dalam hari-hari yang kita lalui, jangan kata sombong sebesar biji sawi, sebesar biji durian pun ada dalam hati kita. Ini lah manusia, lemah dan hinanya kita disisi Allah.. namun Allah itu Maha Pemaaf, Pengampun dan Penerima Taubat. Ya Allah Ya Affuww, Ya Ghafur, Ya Tauwab.

Dan jika diberinya kita di tempat yang terlalu rendah mungkin kita tidak mampu menghadapinya. Jadi apa yang Allah kurniakan untuk kita itu adalah yang terbaik supaya kita akan lebih berusaha dan yang paling penting lebih mendekatiNya. Dan sekiranya apa yang kita perolehi itu terlalu sukar untuk diterima...jangan kecewa dan bersedih. Sesungguhnya Allah akan menguji seseorang itu mengikut kemampuannya. Beruntunglah mereka yang diuji dengan kesusahan dan kepayahan, kerana ujian itu tanda sayang dan kasih Allah pada hambaNya. Siapa kita ini untuk mengaturkan sesuatu, kita hambanya yang kerdil. Namun, yang penting mesti usaha, doa dan tawakal.


".....Ya Allah Ya Bari', sesungguhnya Engkau yang Maha Mengatur Urusan manusia dan mengatur agenda makhlukMu. Aturan dan agendaMu Maha Hebat dan tiada tolok bandingnya. Kami sedar bahawa kami hanya hambaMu yang tidak mampu mengatur urusan dan agenda. Agenda kami sering silap dan mempunyai pelbagai kelemahan. oleh itu Ya Allah Ya Bari', hambaMu ini menyerah seluruh jiwa dan raga kepadaMu untuk Engkau aturkan dan kami rela mengikut agendaMu Ya Bari'...."

Namun sebagai manusia, kekadang kita tidak pernah rasa cukup dengan apa yang kita perolehi. Sering mengeluh, suka memikirkan kalau la begini, kalau la begitu.. saya pun tidak tahu hati saya sekarang ni macam mana. Tapi saya akui saya selalu macam tu.(alahai..) Tak pernahnya nak bersyukur...! Wahai hati.... hati-hati... jangan sampai hatimu mati...

Allah berjanji hendak menambah kenikmatan orang yang mahu mensyukurinya.

"Demi, jika kamu berterima kasih, nescaya Ku-tambah nikmat yang ada padamu, tetapi jika kamu kufur (tiada berterima kasih) sesungguhnya seksaan-Ku amat keras" (Surah Ibrahim : Ayat 7)

Na'udhbillaahi min dhalik!

Semalam juga ana (bahasakan diri ana plak ye..lbh sng nak cite) bersembang dengan seorang adik ana dari PUO, masih ingat lagi kata-katanya. "Akak, belaja ini suatu jihad, jadi buat la apa pun yang akak nak untuk mencapai impian dan cita-cita akak...yang penting sabar dan redha". Alahai...terkesan juga dihati dengan kata-kata begini waktu hati tengah tak berhati-hati ini.hehe.
Oleh itu, walau apa sahaja hasil daripada usaha dan pengorbanan yang dilakukan terimalah dengan hati yang masih terpelihara. Tidak kiralah hasilnya baik atau sebaliknya. Jika hasilnya baik tapi mendatangkan kemungkaran Allah..apa gunanya? Ujian Allah itu diberi kepada hambaNya dalam dua bentuk iaitu dalam bentuk kesenangan dan kesusahan. Maka berhati-hati lah duhai hati..

p/s Memandangkan pelbagai jenis result keluar, ada result exam,kemasukan IPT, interview biasiswa, pekerjaan dan sebagainya..maka post kali ini sebenarnya untuk peringatan kita bersama tidak kiralah apa jenis result pun ok....hik3



"Addin An-Nasihah ^___^

Tuesday, June 8, 2010

Pahlawan Islam


Suka saya nak berkongsi cerita tentang salah seorang pahlawan terbilang Islam iaitu Salahuddin al-Ayyubi. Petang tadi, sedang saya membaca perkembangan terkini tentang bumi palestin, fikiran saya melayang-layang teringatkan kisah Salahuddin al-Ayyubi ini. Dimana suatu masa dahulu, Salahuddin al-Ayyubi pernah mengetuai ketenteraan untuk merampas kembali Masjid Al-Aqsa. Maka saya berfikir, Islam itu agama yang diturunkan oleh Allah untuk semua umat manusia. Islam agama yang sempurna dan sesuai sepanjang zaman. Jadi, jika dahulu umat Islam mampu berjaya, begitu juga sekarang. Yang penting, kita mengikut landasan yang digariskan oleh Allah s.w.t. Sejarah juga banyak telah membuktikan iaitu pimpinan yang berjaya, dan mampu menghalang kemaraan musuh-musuh Islam adalah mereka yang berpegang teguh pada agama Allah s.w.t dan beramal dengan amalan yang soleh.

Salahuddin al-Ayyubi merupakan salah seorang pahlawan Islam yang patut dikagumi kerana keperibadiannya yang mulia dan berpegang teguh dengan ajaran Allah s.w.t. Kota Suci Baitulmaqdis pernah jatuh ke tangan kaum Salib setelah dikuasai selama lebih 500 tahun oleh Islam. Salahuddin al-Ayyubi lahir ke dunia setelah hampir 40 tahun kaum Salib menduduki baitulmaqdis. Beliau berasal daripada keluarga yang taat pada agama dan berjiwa pahlawan. Ayahnya adalah seorang gabenor yang bernama Najmuddin Ayub Bin Shadhi yang juga merupakan anak saudara Sultan Nuruddin Zenggi. Walaubagaimanapun, Salahuddin al-Ayyubi lebih banyak berada di khemah peperangan berbanding tinggal bersama keluarga di istana.

Ketika umurnya 17 tahun, Salahuddin al-Ayyubi mula berkhidmat dengan Nur Al-Din di Damsyik. Beliau adalah panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang sangat berbakat dan sangat popular ketika Perang Salib. Beliau melibatkan diri dalam peperangan Salib di kawasan Mesir, Palestin dan Syria.

Apabila hendak memulakan jihad, beliau akan menumpukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tenteranya. Salahuddin al-Ayyubi hebat di medan perang, beliau bagaikan seorang ibu garang yang kehilangan anak tunggal. Beliau bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah. ( SubhanaAllah...)





Selain itu, beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan air mata berlinangan untuk mengajak manusia supaya bangkit membela Islam ( erm...ikhlas hatinya,bagaimana pula kita? air mata atau mata merah menyala, astagfirullah...)

Dalam bulan Zulkaedah 570 Hijrah (Mei 1175 Masihi), khalifah Abbasiyyah mengisytiharkan Salahuddin al-Ayyubi sebagai Sultan Mesir dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan al-Islam wa al-Muslimin. Pada tahun itu juga beliau membina kota pertahanan di Kaherah.


Erm seterusnya...pada tahun 583 Hijrah ( 1187 masihi ) berlaku Perang Salib kedua, yang juga dikenali sebagai Perang Hittin. Untuk pengetahuan sahabat, Sultan Salahuddin al-Ayyubi lah yang memimpin peperangan ini. Dan akhir....alhamdulillah, Baitulmaqdis kembali ditawan oleh orang Islam semula!!!

Maka, pada hari Jumaat 27 Rejab 583 Hijrah. Sultan Salahuddin al-Ayyubi bersama kaum muslimin memasuki Baitulmaqdis. Mereka melaungkan "Allahu Akbar!!!" dengan air mata kegembiraan. Para ulama dan solehin datang mengucapkan tahniah kepada Sultan Salahuddin al-Ayyubi di atas perjuangannya yang telah berhasil. Apalagi tarikh tersebut bersamaan dengan tarikh Isra' Nabi S.A.W dari Masjidil Aqsa. Kamu muslimin tidak sempat melaksanakan solat Jumaat kerana terpaksa membersihkan Masjid Suci itu dari babi, kayu-kayu salib, gambar-gambar rahib dan patung-patung yang dipertuhankan oleh orang Kristian.

Namun, Perang Salib berlaku lagi buat kali ketiga pada tahun 588 (1192). Ia berlaku kerana dendam dan kekecewaan golongan pembesar Kristian, maka mereka berusaha hendak merampas semula Baitulmaqdis daripada orang Islam. Amat dasyat...kerana mereka menggabungkan seluruh kekuatan negara Kristian. Tetapi!! (hehe), mereka kalah juga dan ramai tentera mereka terbunuh dan tertawan. Orang Kristian telah menguasai Baltulmaqdis selama 88 tahun, namun kali ini mereka tidak mampu mengalahkan tentera Sultan Salahuddin al-Ayyubi.


Apa yang dikagumi adalah kepimpinannya ketika berperang. Sifat penyayang dan belas kasihan Sultan Salahuddin al-Ayyubi jauh berbeza daripada kekejaman tentera Kristian ( ahli sejarah pun mengakuinya ooo...)


Lane-Poole ( die ni penulis barat ) mengesahkan, kebaikan hati Salahuddin al-Ayyubi mencegahnya daripada membalas dendam. Katanya lagi, Salahuddin al-Ayyubi menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggjungjawab menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah bentuk kekerasan sehingga tidak ada kedengaran orang Kristian yang dianiaya. Terlalu berbeza dengan tindak tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitulmaqdis kali pertama pada 1099. Dijalanan dipenuhi mayat orang Islam yang tidak bersenjata diseksa, dibakar dan dipanahkan dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah ibadat. Orang Kristian sangat bertuah apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin al-Ayyubi.


Inilah Salahuddin al-Ayyubi yang terbilang sebagai salah seorang pahlawan dan panglima Islam yang besar. Pada beliau terkumpul sifat-sifat berani, wara', zuhud, khusyu', pemurah, pemaaf, tegas dan lain-lain sifat terpuji. Sifat pemurah dan pemaafnya diakui oleh lawan mahupun kawan.

Beliau meninggal dunia pada 27 Safar 589 Hijrah (1193 masihi) pada usia 55 tahun di Damsyik, Syria selepas memerintah selama 25 tahun. Beliau sakit selama 14 hari sebelum menghembus nafas terakhir.....

Al-Fatihah...

Makan Salahuddin al-Ayyubi berdekatan dengan Masjid Ummaiyyah, Damsyik, Syria


P/S Semoga akan lahir lebih ramai lagi pahlawan-pahlawan Islam yang hebat-hebat seperti Sultan Salahuddin al-Ayyubi ini. Kita perlu ingat bahawa kita adalah penyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. Jangan kita Lupa...kita pernah Berjaya! Kembalikan Kegemilangan itu!! Jom...!!!



"Addin An-Nasihah ^___^

Saturday, June 5, 2010

Sebagai Renungan =)


"Addin An-Nasihah ^___^

Sesuka hati je!

Kita dikejutkan lagi dengan satu peristiwa besar umat Islam. Serangan tentera Israel laknatullah terdapat konvoi bantuan ke Palestin disempadan Gaza. Masihkah kita hendak mendiamkan diri...? Kekejaman demi kekejaman yang Israel laknatullah ini telah lakukan. Dan semakin lama semakin berani...apakah kerana melihat umat Islam kini yang semakin tidak peduli sesama sendiri? Tentera Israel semakin melampau apabila 'ikut dan...' diorang je nak serang, dah la di perairan antarabangsa (65 kilometer daripada persisiran Gaza). Kalau ikutkan mereka tiada hak langsung nak buat macam tu!..sesukasukasuka hatiii je Israel laknatullah ni!! Ee..buat orang panas je...Ya Allah..Sejukkanlah Hatiku ini, agar akalku kekal waras untuk berfikir lagi.



Allah telah melaknat golongan Yahudi yang menolak Quran, seperti yang diterangkan oleh Quran sendiri:

Dan ketika datang kepada mereka sebuah Kitab dari Allah (Al Quran), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka (Kitab Taurat), sedang mereka sebelum itu sentiasa memohon (kepada Allah) kemenangan atas kaum kafir musyrik (dengan kedatangan seorang Nabi pembawa Kitab itu). Setelah datang kepada mereka apa yang mereka sedia mengetahui kebenarannya (Nabi Muhammad dan Al Quran), mereka mengingkarinya; maka (dengan yang demikian), laknat Allah menimpa orang-orang yang kafir ingkar itu. (Al Baqarah 89 )

Sampai bila-bila pun orang yahudi laknatullah ini akan akan mendendami umat Muhammad s.a.w. Lihat la apa yang berlaku di Palestin. Apa yang saya tahu, dari kecil lagi tentera Israel ini dilatih untuk membunuh. Semasa kecil mereka dilatih membunuh binatang untuk menghilangkan perasaan belas kasihan terhadap makhluk. Maka, hasilnya tiada lagi sifat perimanusiaan dalam diri mereka ketika melakukan pembunuhan dan kekejaman. Dasyatkan...

Tetapi...!!! Saya amat yakin, lagi dasyat umat Islam jika kita semua bersatu..Ayuh sahabat, ayuh teman...berikan keprihatinan anda dan hulurkan bantuan walaupun hanya melalui selemah-lemah bantuan iaitu melalui doa kepada saudara Islam kita di sana yang amat memerlukan kita membantunya. Selemah-lemah bantuan inilah sehebat2 senjata kerana..."Senjata Umat Islam Adalah Doa". Jangan nanti bila di akhirat nanti Allah tanya, apa yang kamu lakukan bila saudara Islam kamu memohon pertolongan...?? Dan tiada apa yang kita lakukan, mahupun untuk mendoakan juga tiada..dan lagi menakutkan jika kita menyatakan...saya tidak tahu masalah saudara ku di sana...aik?? Nauzubillah..




P/S Biar la kau Israel... nak berlatih dari kecil ke, dari baby lagi ke...atau dalam perut ibu kafir yang mengandung sekali pun...berlatih la puas2. Tunggu dan lihat la kebangkitan dan kemaraan umat Islam!! Umat Muhammad!!

"Addin An-Nasihah ^___^

:::SAHABAT-SAHABATKU:::