Friday, July 15, 2011

Nisfu Syaaban

Assalamualaikum...





Tengahari Hari Jumaat di disini, sedang kaum Adam melakukan solat sunat Jumaat. Hujan turun dan terasa tengahari yang biasa panas terik menjadi tengahari yang dingin. Allah....Rahmat Allah turun mencurah-curah dan tika ini doa makbul. "Ya Allah, mudahkanlah segala urusan umat Islam dalam menegakkan kalimah Lailahaillallah di bumiMu ini ya Tuhan, ampunkan seluruh umat Islam"

Terasa sayu dihati, apabila mengenangkan hari ini dan esok merupakan hari terakhir buku catatan amalan cukup setahun, buku lama yang penuh dengan contengan, dan yang semestinya banyak dosa dari pahala...Allah...dan buku itulah akan ditutup dan digantikan dengan buku baru yang bersih. Marilah kita bermuhasabah.

Setiap kali datangkan Nisfu Syaaban, pasti akan ada tersemat azam dihati, mahukan buku catatan amalan ini dipenuhi kebaikan dan pahala. Tapi setelah melalui hari-hari yang mendatang, kita lupa akan azam dihati...sehinggalah kita bertemu kembali Nisfu Syaaban, baru sedar...oh Tuhan...banyaknya dosa hambaMu ini, kerdilnya hambaMu ini, hinanya hambaMu ini.

Bersyukur menjadi hamba Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Setelah buku baru dibuka, tak lama kemudian datanglah Bulan Ramadhan...sebulan Allah bagi ganjaran berganda kepada setiap kebaikan dan amalan ikhlas yang kita lakukan. SubhanaAllah..Itupun jika Allah panjangkan umur kita.

Setiap kali tiba Hari Nisfu Syaaban, ingatan ana di rumah sewa sewaktu bekerja di Putrajaya tak pernah lupa. Kami dirumah sewa bersama-sama meraikan malam Nisfu Syaaban. Hari tersebut,semua orang dalam rumah sewa balik kerja awal dan kami solat berjemaah bersama kemudian duduk diruang tamu untuk membaca yassin 3 kali dan setiap bacaan ada niatnya yang tersendiri. Membaca yassin sebanyak itu bagi kami cukuplah memenatkan jika dibaca berseorangan, tetapi jika dibaca beramai-ramai menjadi sesuatu yang menyeronokkan. Pada waktu itu pula ada tetamu satu kampung yang tinggal di Putrajaya juga datang ke rumah untuk memberi buah tangan dari kampung. Kami berhentikan bacaan dan melayan tetamu, selesai semuanya kami menyambung kembali dan setelah habis bacaan yang terakhir, kami pun solat Isyak berjemaah. Selesai semua kami pun ke dapur untuk minum teh dan makan rambutan yang diberi kawan tadi. Terlalu manis kenangan pada waktu itu untuk disimpan, dan keesokannya kami berpuasa. Masih terasa manisnya dan nikmatnya bersama-sama sahabat melakukan perkara yang Allah redha. Benar, alam pekerjaan merupakan alam yang mencabar, siang kita dipenuhi dengan kerja malam kita dah penat. Tapi jika sekeliling kita terdiri daripada orang-orang yang boleh membawa kearah kebaikan, InsyaAllah...hidup kita akan lebih terarah untuk ke arah kebaikan juga.

Sabda Rasulullah,"Bulan itu (Sya‘ban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketikaaku berpuasa”.(HR an-Nasaie)

Walaubagaimanapun, berbalik kepada malam nisfu syaaban, terpulang pada individu itu sendiri untuk menghidupkan malam nisfu syaaban. Boleh juga menghidupkannya dengan membaca Al-quran, berzikir, berdoa dan sebagainya samada secara bersendirian ataupun berjemaah. Lebih baik menghidupkannya dengan amalan-amalan soleh daripada tidak membuat apa-apa atau sebaliknya.

Ingati kembali siapa kita, dariNya kita datang, kepadaNya juga kita akan kembali. Hanya persinggahan kita dibumi ini, setiap amal baik dan buruk kita dicatat untuk dihitung diakhirat kelak. Kita mengharapkan hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini. Begitu juga, kita mengharapkan diri kita ini lebih baik dari hari semalam dan begitu juga dengan catatan amalan kita, mestilah kita mahukan catatan kebaikan buku baru akan lebih banyak daripada catatan amalan dalam buku lama dan sebaliknya untuk catatan amalan yang buruk.

Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril as pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata, Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit!"

Kata saya (Nabi Muhammad SAW): "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."

Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca: "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.


Wallahua'lam..



"Addin An-Nasihah ^___^

Thursday, July 7, 2011

Andainya tiada rasa sakit

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, sehingga saat ini Allah masih memberi peluang kepada kita untuk bernafas di muka bumi Allah ini. Kali ini, ana nak berkongsi tentang sesuatu yang bermakna..iaitu, bagaimana eh seandainya kita tak dapat merasai sebarang kesakitan??? hmm....



Dunia ini penuh dengan pancaroba, Pelbagai ujian sering menimpa. Membuatkan kita sering berasa sakit. Itu menandakan kita hamba dan menunjukkan kita memerlukan pertolongan daripadaNya. Tetapi indahkah hidup ini andainya rasa sakit itu tiada?


Waktu itu kita tidak akan berasa apa-apa apabila terpijak duri, kaca, tersepak batu, terhiris jari atau apa-apa yang meyakitkan......



Maka banyaklah manusia yang akan kehilangan anggota kerana tidak menyedarinya. Maklumlah sakit yang sepatutnya ada tetapi tidak dirasai.



Maka ramailah orang yang akan mati apabila kebakaran terjadi, terutamanya di malam hari. Maklumlah sedang nyenyak dibuai mimpi.



Maka pelbagai penyakit pasti lebih cepat merebak, contohnya gigitan nyamuk lebih-lebih lagi tidak terasa, tetapi kuman yang dibawanya tetap ada.


Maka manusia tidak akan terburu-buru untuk mengubati penyakit yang menimpa. Ataupun langsung tidak akan mengubatinya kerana tidak tahu diri sedang berpenyakit.



Maka ketika itu pekerjaan sebagai doktor, jururawat, dukun dan bomoh tentulah tidak ada. Kalau dah tidak ada doktor dan orang sakit, tentulah hospital, klinik dan farmasi juga tidak ada. Berkuranglah satu lagi tempat untuk mencari rezeki.


Manakala orang jahat ketika itu menjadi semakin jahat kerana walau apa pun hukuman yang dijatuhkan kepadanya dia tidak akan berasa apa-apa.


Maka semakin hari semakin banyaklah kerosakan akan berlaku didunia dan ke atas diri manusia itu sendiri kerana TIADA RASA SAKIT.



Jadi, sakit itu juga sebenarnya adalah nikmat dan ubat kurniaan Allah yang patut kita syukuri. Banyak keburukan yang bakal menipa sekiranya sakit tidak ada.......


Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa.........

^_^



"Addin An-Nasihah ^___^

Tuesday, July 5, 2011

Selamat Hari Lahir


Selamat Hari Lahir


Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Adikku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Adikku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi


Kumpulan : Saujana (diedit skit..heee)

p/s : Selamat Hari Lahir, semoga peningkatan umur ini mematangkan dirimu, semoga berbahagia di dunia dan akhirat ^_^

"Addin An-Nasihah ^___^

Friday, July 1, 2011

Sukan Tahunan Tadika Islam Felcra Nasaruddin ^_^

Assalamualaikum...

Hari ini nak berkongsi gambar Sukan Tahunan Sekolah Tadika Islam al-Muhajirin, tempat mak mengajar.


Ada 8 acara semuanya, tapi gambar permainan tak dapat nak kongsi disini, sebab tak tangkap gambar, just rakam video je. Malas nak upload video.heheehe.



Senyum...tak perlu kata apa-apa

=)

Perarakan masuk kontinjen daripada rumah biru, merah & kuning.
Perarakan yang tak sampai 5 minit.hehe. Depan tu je...^^


Kan...sampai dah pun...



Tengo adik tu, comel sekali pakai kasut hijau, tapi xde rumah hijau pun....heee



Ni pula rumah masing-masing...sempoiii kan..


Ni pertandingan rama-rama. Adik-adik ni bawa bola, kepit dengan tangan, kemudian lari pusing kerusi ni.




Hadiah.....^_^



Walau apa-apa pun, memang seronok. Kelakar tengok adik-adik ni sukan. Mula dari perbarisan sehinggalah penyampaian hadiah. Ada sahaja benda yang menghiburkan.

Banyak benda sebenarnya yang boleh dipelajari, kesederhanaan, terima seadanya dan kesungguhan.
Walaupun program sukan ini tak besar mana pun, tapi kesederhanaannya sepanjang program itulah yang menyebabkan kami rasa gembira sepanjang program.

Yang kedua, terima seadanya. Walaupun perjalanan programnya kadang-kadang terganggu dengan perbagai masalah, seperti kerenah adik-adik ini yang perlu dikawal selalu, latihan dah buat tapi adik-adik seperti blur terutamanya semasa perbarisan, ikrar terpaksa diulang dua kali sebab tak dengar suara meraka, mungkin sebab ramai orang jadi mereka menjadi pemalu blake..heee...tapi tak kisah la...walaupun nampak ada kecacatan disitu tetapi kami tak rasa itu satu masalah, mungkin sebab mereka dalam proses pembelajaran dan masih perlu dibimbing....maka, masalah itu menjadi sesuatu comel...dan terasa mereka tu comel sekali.hehe.

Yang ketiga, kesungguhan. Biasalah budak-budak, bila main suka sangat. Nampak kesungguhan dan kejujuran mereka dalam permainan. Bila cikgu kate lari, lari la sekuat hati, bile dah sampai, diam, cikgu kate letak bola, baru la nak letak, cikgu kate lari...baru lari...habis dah suara cikgu. Mak ayah dan cikgu pula tengok lebih bersungguh-sungguh dan excited..hehehe. Yang paling kelakarnya permainan untuk bapa, iaitu dakap anak. anak mereka kena lari jauh, lepas tu ayah kena cari dan dukung bawa jumpe pengadil, sape yang sampai dulu dia pemenang. Yang kelakarnya...anak ni ingat main apa...punyelah jauh mereka lari....sebab cikgu kata lari jauh-jauh,yang si ayah jenuh la nak kejar.....aduhla...haha

Walau pape pun, aktiviti ini nampak santai.. yang penting ia mengeratkan hubungan sesama ibu bapa dan guru-guru. Persiapan tempat dilakukan bersama-sama dengan pertolongan ibu bapa juga. Ana pun turut terlibat secara langsung...seminggu sebelum program lagi dah menjadi setiausa peribadi mak dalam surat menyurat, tu ana rase excited nak datang sukan ini. Alhamdulillah...kegembiraan itu milik Allah juga, rezeki dan nikmat dariNya.

"Addin An-Nasihah ^___^

:::SAHABAT-SAHABATKU:::