Thursday, October 25, 2012

Inginku menyahut panggilanMu

Assalammualaikum w.b.t

Infiniti kesyukuranku panjat ke hadrat Ilahi atas nikmat Islam, iman dan kehidupan ini. Setiap hariku mendoakan agar setiap langkahku dalam kehidupan ini diredhaiMu.

"Janganlah Ya Allah, Engkau biarkan nasibku ditentukan oleh diriku sendiri walaupun pada kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih singkat daripada itu"

Pejam celik, celik pejam..tanpa disedari hari ini hari terakhir bergelar seorang pelajar praktikal di Darul Mubarak Travel & Tours. Alhamdulillah, selesai sudah praktikalku dan sekaligus secara tak rasminya diri ini  telah menamatkan silibus sebagai pelajar Sarjana Muda Matematik Perniagaan di UUM. 

Pengalaman yang sempat dirasai pada hari-hari terakhirku praktikal di Darul Mubarak, iaitu menghantar jemaah haji ke KLIA. Ya Allah...sebak rasa melihat kegembiraan yang terpancar di wajah-wajah jemaah haji yang pergi dengan Darul Mubarak ini. Wajah-wajah warga emas yang merinduiMu dan menyahut panggilanMu ke tanah suci. Allahu Allah. Nak tunggu giliran Tabung Haji, tak tahu tahun bila..jadi memohon untuk pergi sebagai jemaah haji swasta melalui Darul Mubarak. 

Pada mulanya, telah menghubungi semua jemaah menyatakan tidak berjaya untuk pakej haji  tahun ini kerana kerajaan arab tidak mengeluarkan visa musim haji ini. Tapi dengan izin Allah, last minit dalam keadaan semua yang memohon sudah putus asa kerana tidak dapat pergi, tiba-tiba kami mendapat berita bahawa kerajaan arab membuka visa untuk jemaah haji...Alhamdulillah... Mereka yang sudah bersedia, menyahut panggilanMu Ya Allah dengan sabarnya menerima untuk pergi ke walaupun keadaan kelam kabut dan saat-saat akhir diberi masa selama 1 jam sahaja untuk datang berkumpul dan bertolak ke KLIA. Sayangnya..masih ada yang menolak untuk pergi..MasyaAllah..ujianMu itu pelbagai Ya Allah..

Mak cik jubah coklat itu diuji Allah, dimana Passportnya tiada di KLIA tapi ada di Kelana Jaya. Walaupun gelisah kerana penerbangan lagi 30 minit lagi, sabar dan sabar menanti, Allah permudahkan..dia dapat passportnya semula..Allahu Allah...ujianMu untuk orang yang ingin menunaikan panggilanMU.

Penerbangan terus ke Jeddah

Check-In beg disini... L18

Akan berlepas

HambuMu datang menyahut panggilanMu

Semoga Allah mudahkan dan diterima sebagai Haji yang Mabrur..InsyaAllah

Rakan sekerja yang masih tersenyum walaupun penat... thanks korang..wow! :)

Selesai menghantar jemaah jam 7 malam..penat tapi menarik! Nak kata penat, mereka berdua di atas ini lagi penat sebab drive tapi masih boleh tersenyumkan.. Hebatlah staff darul Mubarak..!hehe..Jadi siapa yang nak melancong ke menunaikan umrah ke, leh la cube perkhidmatan darul Mubarak.. " Untuk Perkhidmatan Yang Lebih Menyakinkan Anda"  Promosi sikit...

Baiklah, sempena Hari Raya Aidiladha ini maaf atas salah dan silap. Hidup perlukan pengorbanan. 


Selamat Hari Raya !

Labbaik Allahumma Labbaik...
Ya Allah izinkan aku menunaikan Rukun Islam yang ke - 5 ini sebelum akhir hayatku, Amin, Ya Rab



"Addin An-Nasihah ^___^

Friday, October 19, 2012

Mood oh mood!

Se-positif mana pun seseorang, akan ada hari yang moodnya tidak berapa baik.

Mungkin kerana tidak cukup tidur, mungkin kerana terlampau banyak kerja dan tekanan, mungkin kerana sesuatu yang berlaku dan sentiasa terfikir masalah sehingga kita terkaku dan terkasar bahasa pada orang tersayang.

Yang penting, ialah cara mengawal minda untuk mengesan mood yang tidak baik dan mengendalikan mood itu den
gan menukar pemikiran daripada sudut lain.

Kita bersetuju bahawa bukan setiap hari ialah hari yang baik. Itu sudah tentu kerana ada hari yang hujan.

Tapi kita kena bersetuju juga pada pada setiap hari ada kebaikan yang wujud dalam perjalanan kita menghampiri akhirat.

Allah dah buat segalanya begitu, kan selepas ribut, kita terasa lebih tenang, nyaman, selesa dan bersih persekitaran kita...

Mood tak baik? Cuba tengok di cermin dan senyum. Nescaya senyuman itu membuatkan mood yang negatif itu berkurang.


Sumber : Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

p/s : mood :   bad :(   --->  Hepi   ^_^



"Addin An-Nasihah ^___^

Saturday, October 13, 2012

Siapa kata Allah tidak sayang kita?

Ya, Allah tidak pernah menjanjikan hari tanpa kesakitan, ketawa tanpa kesedihan, matahari tanpa hari hujan.

Tapi Allah menjanjikan kekuatan diri dan iman untuk mengharungi setiap hari, ketenangan kepada air mata yang mengalir, cahaya di waktu kegelapan.

Siapa kata Allah tidak sayang kita?

Setiap musim bunga, Allah menghantarkan kita bunga.
Setiap pagi, Allah menghadiahkan matahari terbit.
Setel
ah penat lelah, Allah menghadiahkan waktu malam untuk berehat.

Itu bukti kesayangan Allah pada kita.

Jika Allah membawa kita ke sesuatu keadaan, percaya dan yakinlah Allah akan membawa kita melalui keadaan tersebut.


Diharap kata-kata ini membantu kepada mereka yang terkecewa dan tersedih dan terlupa bahawa segalanya hanyalah sekadar ujian Allah sebelum kita ke akhirat.


Senyum :))




"Addin An-Nasihah ^___^

Monday, October 1, 2012

Cikgu Chipsmore :)

Kisahnya semalam, mengajar 3 orang adik darjah 3 di kampung subjek matematik. Adik-adik ni datang tanpa membawa buku latihan matematik tetapi hanya membawa bekas pensel dan buku kosong warna warni. Alahai adik-adikku. hehe. Apa nak di ajarkan tak ada sililbus matematik tahun 3. Mati akal juga, lepas tu terfikir nak cari soalan darjah 3 di internet. Alhamdulillah jumpe. Jadi hari ini bersama-sama mereka menjawab contoh soalan peperiksaan tersebut dalam internet. Memberitahu mereka kaedah menjawab soalan matematik. Walaupun ada 3 orang tapi menguji kesabaran juga sebab tak semuanya cepat tangkap. Terfikir juga, bagaimanalah cikgu mengajar 2, 3 kelas sehari itu. Memang kena semangat tinggi la.

Dan melihat semangat adik-adik ini nak belajar menyebabkan diri ini juga bersemangat nak membantu. Mengunakan method penyampaian seorang kakak kepada adik kecil, selit-selit dengan mengusik mereka agar mereka tidak berasa kekok nak bertanya mana yang tidak faham. Soal jawab, soal jawab... tiba-tiba ada satu soalan membuatkan ana blur...  


Round off 8247 to the nearesttens.
Bundarkan 8247 kepada puluh yang terhampir.

Jawapan adik-adik ini ada 2, adik nina dan adik imran jawab 8247, jawapan adik hafiz 8250. Ana pun bagitahu jawapan hafiz betul. Ana tanya hafiz kenapa 4 jadi 5? Dia kata sebab kena tambah satu tapi die tak tahu kenapa kena tambah satu. Ana tahu, dia terdengar ana cakap tambah satu kat no 4 tapi ana cakap perlahan-lahan saja. Dengar juga dia eh...sabar je la : p

Kemudian ana cuba nak terangkan..tiba-tiba ana pula blur selepas tengok jawapan adik-adik ni..hihi...nak tambah satu, nombor sebelah puluh tu kena lebih berapa eh..rasanya 5 tapi lupa. Alamak!! Blur lak aih...

Kena cover ni...

"Adah!!! Kalo bundar no sebelahnya kene lebih berapa eh.. ce bagitahu adik2x ni. ..."
Adik-adik ini semangat la nak dengar suara dari dalam bilik. Ana nampak adik ana raudhah mamai-mamai..rupanya die tengah tido ke tadi..hehehe. Nampak cikgu raudhah tergoyang-goyang bangun, mungkin sebab terkejut...hehe.. then cikgu raudhah tanya lagi. 

"Apa die.."
"Kalo bundar no sebelahnya kene lebih berapa eh...."
"Lebih 5.." adik ana tu bagitahu.
"Aaa..dengar tak kak raudhah cakap apa?"
Budak-budak serentak cakap tak dengar.
"Weh..cakap kuat sikit, adik-adik ini tak dengar"
Cikgu Raudhah pun ulang kuat lagi...haha...
Dalam hati nak ketawa..mujur la...tiba-tiba blur bendanya senang je kot..
Jadi pengajarannya, sebelum nak mengajar orang, kita kena sentiasa bersedia agar kerja yang kita nak buat itu lebih yakin dan yang paling penting tak menyesatkan orang walaupun pada asasnya ia mudah. Kadang-kadang ana terlepas mengajar tahap tahun 4, sebab terbawa-bawa adik-adik yang datang belajar dengan ana sebelum ini. Tapi Alhamdulillah..adik ini tidak kisah.

"Tak apa kak, ajar jer...tahun depan sebelum belajar tahu dah"
Bagusnya adik-adikku ini...selepas sahaja ajar....ber Oooooo panjang lah mereka "Oooooh....macam tu ker...!" hehe

Untuk yang datang hari ini, budak-budak ini bagitahu..exam akhir tahun lagi 3 minggu. 

"Susah la kak belajar BI, akak tak nak ajar BI ker?"

Oh my God..!
 
"Bukan tak nak...(lama fikir)..ok lah! Minggu depan belajar  Matematik lepas tu belajar BI, Ok?"
"Okkkk!"
"Nanti soalan akak sediakan"

Tekad ana, sediakan soalan dan prepare...expecially subjek BI, supaya keyakinan itu ada untuk berkongsi ilmu dengan betul. Harapan ana, semoga ana dapat membantu adik-adik ini. Walaupun tak banyak, sedikit pun jadilah :) paling kurang pun, buat mak hepi...sebab mak suke anak-anak nya mengajar orang lain, pendek cite suka anaknya jadi cikgu....ppsssttt..ana adalah cikgu chipsmore kejap ada kejap tiada di kampung, so ini je yang mampu.

P/s : Hari ini, dah beli buku matematik darjah 3, buku BI dah habis..sape ada? Yang dah ada skema jawapan eh.. 


"Addin An-Nasihah ^___^

:::SAHABAT-SAHABATKU:::