Tuesday, May 10, 2022

Persediaan Ummi Untuk Menjadi Suri Rumah Sepenuh Masa


سْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎ 
Assalamualaikum w.b.t!

Hai , baru-baru ini viral isu yang "beberapa nasihat jika nak jadi suri rumah @ terpaksa jadi suri rumah"
Ummi malas nak kupas apa yang penulis tu tulis. Itu pendapat dia dan garis panduan dia jika dia nak berhenti kerja. Biarlah pendapat masing-masingkan.
Cara masing-masing dan sahaja nak share ini pula cara ummi. 😆😆
 

  Ummi nak share apa yang ummi decide atau persediaan ummi bila mana nak berhenti  kerja dan menjadi suri rumah 6 tahun dahulu.

 
1. NIAT

                        Sebelum tu ayah dah cadangkan ummi untuk berhenti kerja disebabkan kesian tengok ummi sorang-sorang menguruskan hal anak ke rumah pengasuh disebabkan ayah keluar kerja awal dan balik kerja lewat. Masa tu ummi mengandungkan anak kedua iaitu Baby Girl Nusaibah. Jadi 2 minggu sebelum melahirkan Nusaibah ummi berhenti kerja.
 
Dengan niat ummi nak kurangkan kerisauan dan rasa serba salah ayah serta ummi lebih selesa untuk menjaga anak-anak . Tambahan pula sukar menguruskan dua anak yang rapat umurnya naik turun pangsapuri.
 

Pada ummi. Niat adalah peranan utama. Niat yang akan menentukan samada seorang ibu boleh bertahan dan sabar untuk apa sahaja cabaran, ujian atau kesusahan untuk terus menjadi suri rumah sepenuh masa. Niatlah berhenti kerja kerana ALLAH. 

 


2. SIMPANAN 6 BULAN GAJI

 

                Ini pula persediaan ummi dari segi kewangan. Actually ummi memang dah wujud satu perasaan atau impian ingin menjadi "suri rumah sepenuh masa".

 

Dan dari perasaan itu ummi dah buat target yang simpanan ummi 3-6 bulan gaji. Bukan takut tapi untuk biasakan diri tak mempunyai gaji setiap bulan sekurang-kurangnya ummi ada simpanan sebagai back up. Back up untuk ummi belaja untuk berjimat dan menyimpan. Waktu ini juga ummi masih ada hutang ptptn. 
                         

 

                 3. START BERBUSINESS 

           Ummi dah start berbusiness sebelum berhenti kerja. Namun tidak lah fokus sebab ada kerja yang bergaji.

 

 Waktu tu start  nak belaja dan melihat trend business online. So masa berhenti kerja, ummi just teruskan business sedia ada dan lebih fokus. Business yang ummi join time ni adalah dropship pakaian muslimah untuk jenama Tudung Inur dan Cetusan Hatie.

Tujuan utama ummi business dari rumah sebab ummi dah nekad. Setiap bulan, wang bulanan untuk mak abah akan dapat sama macam waktu ummi bekerja. Syukur alhamdulillah. Allah izin dan semakin hari rezeki ummi dalam berbusiness online semakin bertambah.

 

Ummi rasa ini 3 ni jela persediaan ummi sebelum berhenti kerja dan melangkah ke alam suri rumah sepenuh masa.

 

Dan seterusnya sikit-sikit berlajar apa itu seorang SURI RUMAH sepenuh masa BASE ON NIAT ASAL KITA TADI. Bagaimana menguruskan rumah dan anak-anak. Mencari ilmu tanpa putus. Bukan mudah tapi demi suami dan anak-anak yang lebih memerlukan umminya dirumah. Maka disinilah ummi.


Kalau awak nak berhenti kerja tapi masih ragu-ragu. Lihat semula Niat. Sebab niatkan menguatkan apa sahaja ujian mendatang dan lakukanlah istikharah. Inshallah keputusan yang dibuat berdasarkan istikharah tak kan pernah silap. Allah Maha Tahu. 



Alhamdulillah. Nikmat Allah terlalu luas. Banyak nikmat yang Allah beri lebih dari ummi kehendaki walaupun ummi bekerja.
Terima Kasih suami ku tercinta , Ayah buat anak-anakku kerana memberi kebebasan untuk ummi membuat keputusan dan tanpa paksaan. Bila belajar dan banyak membaca. Beruntungnya ya Allah rezekikan ku menjadi seorang surirumah menjaga anak-anakku sendiri.



 

"Ingat ya lain orang lain jalan cerita nya, lain jalan ujiannya , lain kisahnya, lain keinginan dan impiannya..Yang pasti inilah CORETAN UMMI SEHA, Only About me di Hati Sesejuk Salju...cewahhh hehe"

Moga manfaat buat yang memerlukan pandangan. Inshallah. 💘💘


 


"Addin An-Nasihah ^___^

Thursday, April 21, 2022

Celoteh Abu : Kena pukul


Setiap kali ambil sekolah. Ada je celotehnya yang menghiburkan.

Abu : Ummi, tadi kan xxx pukul Abu dan kawan2.
Ummi : Iyee.. Abu cakap tak jangan pukul.
Abu : Abu cakap dah " Hei jangan pukul" (suara halus ) . Tapi dia pukul juga.
Ummi : Yeke.. Camtu lain kali Abu nasihatkan dia. Nyanyi lagu

Buat Baik Dapat Pahala
Buat Jahat Dapat Dosa 

Abu : Dah nasihat dah. Tapi dia pukul juga
Ummi : Kalau semua dah, tak jalan juga. Abu bagi tahu la cikgu.
Abu : Abu dah bagi tahu cikgu, cikgu pun kena pukul.😂😂😂😂😂😂😂






#coretanummiseha



"Addin An-Nasihah ^___^

Wednesday, April 20, 2022

Ummi slow dowwn business

Bismillahirahmanirahim.

Lama sungguh rasa tak berceloteh di blog.

Syukur alhamdulillah blog masih boleh pakai.hehe

Laagu-lagunya je la dah hilang kemana haha.

PERMULAANKU TAHUN 2022. 

Sejak awal tahun 2022

Ummi diuji masalah kesihatan.

wahulam sebab kan apa.

Tapi macam masalah timbul seolah-olah sistem imunisasi badan ummi lemah.

Tak pasti kenapa. tapi beberapa bulan lepas ummi sekeluarga kena covid 19.

Mybe asbab je. wahulam.


Antaranya. 

Masalah keputihan.

Masalah kelemumur sampai effect kulit.

dan dalam proses mencari ubat dan rawatan, Allah uji ummi sakit lutut.

Sungguh..keadaan ummi begitu buatkan ummi rasa down dan stress.

Sebab tak dapat nak jalankan tugas dengan sebaiknnya di rumah

Ayah banyak bantu  ummi. Support umi uruskan anak-anak  dan rumah.

Bermulalah ummi slowkan business dan fokus diri sendiri.

Ya..mybe orang lain pun ada masalah kesihatan yang lagi teruk.

Tapi takla sampai stop atau sloww businesskan.ngee

Lain orang, lain la size kasutnya.

Pada ummi, ujian ini adalah petunjuk daripada Allah untuk istikharah ummi selama ini.

Mybe selagi tak sakit. ummi akan ligat berbusiness.

hehe. i knoww me.


mybe pda orang lain its  ok je.

tapi Allah lebih mengetahui.

slow berbusiness dan fokus kembali anak-anak adalah jalan terbaik ummi.

bukan tak nak bantu orang  lain..team. 

tapi Allah Lebih Mengetahui kemampuan HambaNya


kalau dulu anak-anak umi kecil lagi

sekarang anak-anak ummi dah masuk fasa bertemu ramai orang tak dikenali.

dah tak 24jam bersama dan berada disekeliing ummi.

jadi  demi keselamatan dan kebaikan anak2  ummi.

itu adalah usaha ummi. doa ummi Allah jaga dan selebihnya minta Allah yang jaga anak-anak

ummi kena lebih fokus ke anak2.

dan dapat bantu ayah. selama ni ayah banyak support jaga anak2.. ummi boleh aktif berbusness.

ayah tak pernah mengongkong. malah selalu support ummi.

syukur.

oh ya.. nak tahu perasaannya lepas slowkan business

Terasa satu kelapangan dan ketenangan.

ya dan memang benar ummi lebih tenanag dan fikiran fokus ke anak.

Tq Allah ..Aku Redha untuk setiap ketentuanMU.

Doakan ummi ya!


"Addin An-Nasihah ^___^

:::SAHABAT-SAHABATKU:::