Hai , baru-baru ini viral isu yang "beberapa nasihat jika nak jadi suri rumah @ terpaksa jadi suri rumah"Ummi malas nak kupas apa yang penulis tu tulis. Itu pendapat dia dan garis panduan dia jika dia nak berhenti kerja. Biarlah pendapat masing-masingkan.Cara masing-masing dan sahaja nak share ini pula cara ummi. 😆😆
Ummi nak share apa yang ummi decide atau persediaan ummi bila mana nak berhenti kerja dan menjadi suri rumah 6 tahun dahulu.
1. NIAT
Sebelum tu ayah dah cadangkan ummi untuk berhenti kerja disebabkan kesian tengok ummi sorang-sorang menguruskan hal anak ke rumah pengasuh disebabkan ayah keluar kerja awal dan balik kerja lewat. Masa tu ummi mengandungkan anak kedua iaitu Baby Girl Nusaibah. Jadi 2 minggu sebelum melahirkan Nusaibah ummi berhenti kerja.
Dengan niat ummi nak kurangkan kerisauan dan rasa serba salah ayah serta ummi lebih selesa untuk menjaga anak-anak . Tambahan pula sukar menguruskan dua anak yang rapat umurnya naik turun pangsapuri.
Pada ummi. Niat adalah peranan utama. Niat yang akan menentukan samada seorang ibu boleh bertahan dan sabar untuk apa sahaja cabaran, ujian atau kesusahan untuk terus menjadi suri rumah sepenuh masa. Niatlah berhenti kerja kerana ALLAH.
2. SIMPANAN 6 BULAN GAJI
Ini pula persediaan ummi dari segi kewangan. Actually ummi memang dah wujud satu perasaan atau impian ingin menjadi "suri rumah sepenuh masa".
Dan dari perasaan itu ummi dah buat target yang simpanan ummi 3-6 bulan gaji. Bukan takut tapi untuk biasakan diri tak mempunyai gaji setiap bulan sekurang-kurangnya ummi ada simpanan sebagai back up. Back up untuk ummi belaja untuk berjimat dan menyimpan. Waktu ini juga ummi masih ada hutang ptptn.
3. START BERBUSINESS
Ummi dah start berbusiness sebelum berhenti kerja. Namun tidak lah fokus sebab ada kerja yang bergaji.
Waktu tu start nak belaja dan melihat trend business online. So masa berhenti kerja, ummi just teruskan business sedia ada dan lebih fokus. Business yang ummi join time ni adalah dropship pakaian muslimah untuk jenama Tudung Inur dan Cetusan Hatie.
Tujuan utama ummi business dari rumah sebab ummi dah nekad. Setiap bulan, wang bulanan untuk mak abah akan dapat sama macam waktu ummi bekerja. Syukur alhamdulillah. Allah izin dan semakin hari rezeki ummi dalam berbusiness online semakin bertambah.
Ummi rasa ini 3 ni jela persediaan ummi sebelum berhenti kerja dan melangkah ke alam suri rumah sepenuh masa.
Dan seterusnya sikit-sikit berlajar apa itu seorang SURI RUMAH sepenuh masa BASE ON NIAT ASAL KITA TADI. Bagaimana menguruskan rumah dan anak-anak. Mencari ilmu tanpa putus. Bukan mudah tapi demi suami dan anak-anak yang lebih memerlukan umminya dirumah. Maka disinilah ummi.
Kalau awak nak berhenti kerja tapi masih ragu-ragu. Lihat semula Niat. Sebab niatkan menguatkan apa sahaja ujian mendatang dan lakukanlah istikharah. Inshallah keputusan yang dibuat berdasarkan istikharah tak kan pernah silap. Allah Maha Tahu.
Alhamdulillah. Nikmat Allah terlalu luas. Banyak nikmat yang Allah beri lebih dari ummi kehendaki walaupun ummi bekerja.
Terima Kasih suami ku tercinta , Ayah buat anak-anakku kerana memberi kebebasan untuk ummi membuat keputusan dan tanpa paksaan. Bila belajar dan banyak membaca. Beruntungnya ya Allah rezekikan ku menjadi seorang surirumah menjaga anak-anakku sendiri.
"Ingat ya lain orang lain jalan cerita nya, lain jalan ujiannya , lain kisahnya, lain keinginan dan impiannya..Yang pasti inilah CORETAN UMMI SEHA, Only About me di Hati Sesejuk Salju...cewahhh hehe"Moga manfaat buat yang memerlukan pandangan. Inshallah. 💘💘