Hiii...!


Monday, October 1, 2018

Bila ummi bertanya

Pagi sabtu lepas, bagi anak2 mandi kolam plastik depan rumah.

Ummi duduk memangku Abu Ubaidah sambil melihat keletah anak2 ummi mandi  sambil dilayan oleh ayah mereka.  Bukan main happy ye.

Ummi tanya ayah soalan cepur gangsa ๐Ÿ˜„

Ummi : Kenapa budak2 suka air eh?
Ayah : Bukan budak2 je suka air, yang besar pun suka.
Ummi : oh yeke.. Kenapa ek. 

Agak2 penin tak ayah nak jawab. Ingat kena layan soalan2 anak je.. Rupanya soalan mak anak pun kena layan. Hihi.

Ayah : Memang la. Air, api, angin semua orang suka..
Ummi : Api?? Yeke..
Ayah : Yela.. Tapi bila benda tu dalam keadaan kecil la.. Api dapat memanaskan badan bila time sejuk, angin pula.. Org suka bila angin sepoi2.. Air pun. Tapiiii kalau Allah hantar dalam keadaan besar...tak siapa nak.

Ummi : Ohh2.. . Dalam hati (Yela.. Tu yang tsunami, banjir, ribut, kebakaran.. Allahu)

Mengambil ibrah dan berfikir.



"Addin An-Nasihah ^___^

Perkahwinan Itu Lubuk Pahala



Seorang ibu/bapa, bila dia kelam kabut urus rumah tangganya seperti suami/isterinya, anak2 dan jika bekerja dengan kerjanya, businessnya, dakwahnya dan sebagainya.
.
Maka yakinlah masa itu Allah juga tengah tawarkan peluang pahala dari pelbagai bentuk dan banyak sehingga dia pun kelam kabut nak berebut pahala yang diberi.

Maka tenang, sabar dan ikhlas la menguruskannya satu persatu. Insyallah banyak pahala yang dapat perolehi. Tapi jika sebaliknya, merungut, marah dan tak sabar maka rugilah dia. Ibarat wang ditabur dari langit tapi satu pun tak masuk dalam genggamannya.
.
Semakin sibuk, semakin banyak pahala. Allah sibukkan seseorang agar dirinya tidak sempat melakukan maksiat, tidak lalai dan tidak sia2kan masa.


๐Ÿ’“๐Ÿ’“๐Ÿ’“

-Ummi Berbusiness Online-

"Addin An-Nasihah ^___^

Wednesday, September 12, 2018

Officially Hamzah Free Pampers

Alhamdulillah, pada 6 Sept 2018 iaitu umur Hamzah 3 tahun 4 bulan officially Hamzah Free Dryper ๐Ÿ˜˜

Alhamdulillah dipermudahkankan kali ni, mybe atas faktor 3x percubaan ummi untuk Hamzah tak pakai pampers yang akhirnya tewas. Dan akhirnya percubaan kali ke 4 ni berjaya. 

Percubaan 1 : Stop sebab Nusaibah nyaris2 nak kutip najis Hamzah. Masa tu Nusaibah tengah merangkak. So ummi hold dulu. 
Percubaan 2 : Nusaibah dah besar sikit tapi ummi tak mampu nak control dua2 bila kejadian serentak membuang di sejadah ummi solat. Huhu. Ayah balik malam kena tolong basuhkan, ayah kata stop dulu sampai ayah dah tak sibuk kat office. Ngeee. 
Percubaan ke 3 : Hampir berjaya tetapi Hamzah terkencing di kg ketika seronok bermain, so kami pakaikan pampers sepanjang dikg.. Then ummi pun malas nak training kan semula.huhu. 
Percubaan ke 4 : Alhamdulillah sepenuhnya berjaya dan training dilakukan dirumah baru. Ummi lebih bersemangat dan bersedia dan kedudukan bilik air yang mudah untuk pantau Hamzah. Tak de bocor tak de terberak atau terkencing. Alhamdulillah. Hamzah soleh power. Tahniah!!! 

-Ummi yang cuba dan terus mencuba-

"Addin An-Nasihah ^___^

Monday, September 3, 2018

Hamzah hey hey hey


Dua hari ramai orang kat rumah, hari ni dah sunyi.. Hamzah bangun, tengok tv jap terus minta makan. So sarapan sama2 sambil layan dia cerita sepupu-sepupunya, pergi jalan-jalan semalam... Ok.. ๐Ÿ˜€
.
Punyala lama makan sambil sibuk bercerita itu ini, Ummi habis makan, dia belum habis-habis lagi. Ummi bangun kejap untuk basuh tangan, katanya "Ummi, duduk..duu..duk" Alamak.. Huhu
.
Ummi sambung duduk teman dia makan dan dengar lagi ceritanya sambil minum air MADU BATU. Aish.. mau habis sejug air MADU BATU ni tunggu Hamzah.. Dah nak sejam dah ni ๐Ÿ˜‚
.
Lastly, dia minta ummi suapkan. Tu la beria nak makan roti telur baked bean pakai sudu.. Banyak ngat masa lapang ye ๐Ÿ˜‚
"Addin An-Nasihah ^___^

Friday, August 31, 2018

Luahan hati si anak

Esok Insyallah, hari terakhir kami akan ke rumah lama di Pangsapuri Sri Batu dan memulangkan kunci rumah kepada owner.

Sebak juga rasa, rumah pertama yang ummi dan ayah duduki bersama. Dari tak ada pape dalam rumah, sikit2 ayah beli perabot yang kebanyakkan untuk kemudahan ummi.

First kami beli barang elektrik peti ais, kemudian 3 bulan kemudian ayah belikan ummi mesin basuh. Kenangan.

5 bulan kemudian, ummi mengandungkan anakanda Hamzah. Bila dah sarat ayah kata kesian kat ummi bangun duduk, then ayah beli set meja makan dan sofa. Tq abang.. Moga Allah sahaja dapat membalas segala keprihatinan abang buat isterimu ini.

Alhamdulillah.. Walaupun rumah ini kecil tapi bukan ayah dan ummi je rasa berat hati nak berpindah tapi Hamzah juga.. Mybe sebab Hamzah sulung.. Dia tahu ini rumah pertama dia sejak lagi.. Sehingga adik dah 2 orang. Hehe.


Sayu jugak tadi Hamzah kata

"Ummi, Hamzah tak nak duduk sini, Hamzah nak balik rumah Hamzah"

Tersentak juga ummi dengan luahan Hamzah yang tiba2 tu. Ummi cuba memujuk. 

"Kenapa, ni la rumah kita sekarang, Hamzah tak suka ke.. Rumah ni lagi luas dan besar, Hamzah seronokkan main dalm rumah"

"Hamzah tak nak rumah kita, hamzah takut.. Hamzah nak rumah Hamzah. Rumah Hamzah yang kat sana tu.. "

Dalam hati ummi.. Allahu.. Anak ummi dah besar.. Ummi pun kena belaja cakap dan terang elok2 sekarang sebab Hamzah dah pandai berfikir dan meluahkan apa rasa hatinya.๐Ÿ˜Š

Bila ayah balik, ummi cerita kat ayah. Hamzah cakap lagi.. Hamzah nak balik rumah Hamzah, Hamzah nak tengok lembu.. Waaa sedih plak kan. Huhu

Ya banyak kenangan di rumah lama. Tapi.. Demi masa depan dan peluang tengah ada. Dengan izin Allah, dan Allah Maha Tahu. Perpindahan ini untuk sesuatu yang lebih baik. Insyallah kita sekeluarga akan cipta kenangan disini pula.

Yang penting, moga perpindahan ini membawa kita lebih dekat dengan Allah dan keluarga kita lebih mawaddah, sakinah dan warahmah.

Terima kasih ayah, tahu bukan keputusan yang mudah untuk berpindah.. Tambah komitmen yang bertambah. Insyallah moga Allah murahkan rezeki abang untuk menyara keluarga kecil kita. Aminn.

Sebelum tidur semalam ummi berbicara sekali lagi dengan Hamzah.


"Hamzah, ini bilik kita sekarang, hamzah tidur sini. Cantik tak bilik ni"

"Cantik.. "

Sekarang ini rumah kita, rumah ni Hamzah boleh lari main kat mana pun, seronok tak.

" Seronok.. "

Ok.. Kita kena sayang rumah kita, rumah ni ayah cari untuk kita tinggal. Mulai sekarang kita tinggal sini ya.. Ok.

" Aha.. "

Brommm... Bromm.. Kedengaran bunyi moto ayah baru balik dari masjid. Sekian

*Mungkin ada silap ummi ayah tak jelas betul2 pasal rumah baru kami, atau mungkin ummi terlalu melarang untuk jaga rumah ni dengan keluarkan kata ini barang orang, tu pintu orang bukan kita punya.. So Hamzah rasa asing dirumah sendiri.
*Apa2 pun.. Pertanyaan Hamzah pasal rumah ni buat ummi tersedar, Hamzah dah besar dan dah pandai meluahkan rasa hati. Ummi kena fokus setiap perasaan dan luahan mu kini. 

Insyallah

-Ummi Meluahkan pula ๐Ÿ˜-
"Addin An-Nasihah ^___^

Tuesday, August 28, 2018

Post Out MADU BATU

Pos out  MADU BATU hari ni. Biasa pengeposan my assistant @syakir.ishak yang buat dari Perak tapi yang order customer sorang ni kena siapkan sendiri  sebab customer dah order lama dan stok baru ada. ๐Ÿ˜‡


Boleh tahan penat siapkan order bersama si ulamak kecil..๐Ÿ˜‚. Ni baru satu kotak ummi rasa dah pasrah.๐Ÿ˜ด. Tq my assistant kerana sudi bantu dari jauh untuk setiap pengeposan dan order selama ni ๐Ÿ˜„

Ada yang berminat order MADU BATU.

1 pack (500 g)  RM 30 inc postage sem
2 pack (1 kg) RM 50 inc postage sem

Borong min belian 12 pack. Wasup for order 019-4812372

#madubatu
"Addin An-Nasihah ^___^

Family Day Prokhas 2018 Kuatan Pahang

Bismillahirahmanirahim.. 

Alhamdulillah. Family Day tahun ni kami datang berlima sudah. 

2 hari 1 malam
16 Ogos - 17 Ogos 2018
Bertempat di Swi Garden Beach Resort Kuatan, Pahang. 


Dinner. Sebelum turun Dinner Hamzah terpencik berak. Sembelit. Bekalkan air MADU BATU separuh botol. Alhamdulillah dengan izin Allah masa dinner jenuh dia meneran berak. So alang-alang Nusaibah ada orang jaga.. Ummi dan anak2 lelaki naik basuh berak Hamzah dan terus berehat. Hehehe. Ayah je turun balik sambung main game soduku. Kiki. 


Muka tak sabar main kolam. Bawa pergi beach main air laut tak berani. Macam2. Hehe.


Happy sangat dapat main pasir 2 beradik ni. 

Selesai Family Day kami terus gerak balik Perak cuti seminggu sempen hari raya haji. 
Tq ayahnya apply cuti lama.
Alhamdulillah atas nikmat masa bersama yang Allah beri. 

Sekian.. 

-Coretan Ummi-


"Addin An-Nasihah ^___^

Monday, August 27, 2018

Give and Take

Dalam sebuah ikatan perkahwinan, perlu ada GIVE and TAKE.

Biasanya bila sama2 memainkan peranan dan cuba menyelami hati pasangan masing2. Insyallah.. Cinta bertaut mudah. Walaupun kadang kala sukar untuk menyelami tapi tak apa kerana proses itu yang penting. ❤️

Mudah memenangi hati si Isteri, buat dirinya rasa disayangi dan dikasihi.
.
Begitu juga hati si suami, buat dirinya rasa dia dihormati dan dipandang tinggi oleh anak dan isteri.

Sama2 terus berusaha untuk menyuburkan rasa cinta demi sama-sama menuju cintaNya. Moga ummi ayah terus menyulam cinta sehingga ke syurga tertinggi kerana Allah swt๐Ÿ˜‡

Tq my lovely hubby for everything. ๐Ÿ’๐Ÿ’˜


-Lovely Wife-


"Addin An-Nasihah ^___^

Tuesday, August 21, 2018

MADU BATU dan Jiranku

Kisah suatu pagi ๐ŸŒท๐Ÿ˜˜
.
Sembang-sembang dengan jiran sebelah time sidai kain. Bukan membawang ye. ๐Ÿ˜

Tiba2, jiran masuk topik MADU BATU.

"Eh bagus la MADU BATU"

Sudah.. Apa lagi yang best MADU BATU pada nya, sebelum ni dia asyik kata dia dan suaminy nya suka MADU BATU, suaminya pagi-pagi subuh minum MADU BATU, elok rasa berpeluh badan, buat kerja pun cergas (Suaminya basuh kain guna tangan dan kemas rumah setiap pagi sebelum pergi kerja. Dia juga kalau lesu atau penat (Suri rumah sepenuh masa) cepat2 diminumnya air MADU BATU.

"Ye kak.. apa yang bagusnya" teruja nak tahu ๐Ÿ˜

"Ini.. saya bagi pada sepupu saya, anaknya 3 orang semua sembelit, lepas minum MADU BATU sudah tiada sembelitnya, senang dah membuangnya, lega betul dia"

Jiran saya ni orang sabah. ๐Ÿ˜Š. Bila dapat tahu anaknya selalu batuk-batuk dan mudah  lelah, suami suruh bagi sebungkus MADU BATU untuk amalkan.

Eh berbalik sembang2 tadi... Seha tanya lagi.
.
"Alhamdulillah, berapa umur anaknya tu kak"

"Berapa ka umurnya, darjah 3, 6 tahun.. "

" Oh dah besar, lama la kena sembelit nya? "

" Iya.. Memang lama, itu katanya bagus dapat jumpa MADU BATU ni" 

"Alhamdulillah la ye"

"Iya.. Alhamdulillah, itu saya kata bagus MADU BATU ni"

Alhamdulillah, ikhtiar MADU BATU menjadi dan membawa manfaat pada yang meminumnya.

MADU BATU tidak ada campuran apa2, ia totally madu cuma bentuknya je macam batu dek kerana cuaca sejuk di negara/kawasan tersebut.

Semua atas izinNya, Allah Maha Tahu ๐Ÿ’“๐Ÿ’“
Yang berminat nak dapatkan MADU BATU boleh klik direct no ni ya http://www.wasap.my/+60196858487/

#saudagarmadubatu
#sayaamalkansayashare
#madubatu
"Addin An-Nasihah ^___^

Thursday, August 16, 2018

Hamzah Vs Nusaibah Bila Berposing.. Alahaii



Dua beradik yang kadang buat umi ayah ketawa, kadang buat ummi ayah menyinga hehe.

Alhamdulillah Abang Hamzah dah 3 tahun. Kakak Nusaibah dah 2 tahun. Adik Abu Ubaidah baru 5 bulan.

Keluar dari rahim ummi yang sama tapi watak berbeza. Insyallah moga setiap perwatakan dan kelebihan masing2 di gunakan dan memberi manfaat buat ummah.

-Love Ummi -
"Addin An-Nasihah ^___^

:::SAHABAT-SAHABATKU:::