Tuesday, May 24, 2016

IstikharahMu bantu kami jalan ke syurgaMu

Assalamualaikum w.b.t

Subhanallah, sudah lama jari jemari ini tidak mencoret apa-apa nukilan disini. Rindu? Pasti rindu dengan zaman berblogger seperti dahulu. Zaman menyampaikan sesuatu dari hati. Dan moa ia manfaat buatku, anak2 dan sesiapa sahaja.

Masa berlalu begitu pantas, laju..berdesup meninggalkan masa lepas. Kini, anak ku Hamzah sudah genap setahun. Pandai menirap ketika umur 4 bulan, menyusur ketika umur 6 bulan, memanjat ketika umur 8 bulan, merangkak ketika umur 9 bulan dan bertatih ketika umur 11 bulan dan kini setahun sudah boleh berjalan.


Sambutan Besday Mak Tok dan cucu Hamzah di Teluk Batik


Dalam tempoh setahun , ummi menjadi seorang ibu yang bekerja. Semasa hamzah yang soleh  ummi cukup genap 6 bulan, ummi disahkan mengandung sekali lagi. Alhamdulillah, rezeki Allah nak beri. Ummi ambil cuti nak genapkan penyusuan full bf pada anak ummi sehingga 6 bulan. Alhamdulillah.

Benar, Benar, Benar, rezeki itu Allah nak beri dan Dia juga akan memberi jalan ruang dan pertolongan pada hambaNya. Mengandung kali kedua ini, ummi alhamdulillah sihat walafiat. Tidak demam, tidak selsema, tidak bleeading. Allah kurniakan kesihatan yang baik setakat ini. Namun, tanda Allah sayangkan ummi..Die uji orang-orang disekeliling ummi yang kurang sihat. 

Anak ummi demam hampir setiap bulan, dah kena demam campak ketika umur 8 bulan dan kena demam HFMD ketika umur 11 bulan. AllahuAllah. Allah kuatkan ummi untuk sabar dan kuat dengan kandungan yang semakin membesar. Allah uji juga dengan kesihatan ayah yang kurang baik. Ayah itulah kekuatan ummi, bila ayah kurang sihat, ibarat lumpuhlah sebelah kaki ummi. Apabila hamzah semakin besar, semakin lasak, ummi kadang tak terdaya nak uruskan semua perkara. Ayahlah tempat ummi harapkan.

Namun Allah Maha adil, tidak pernah lagi anak ummi tak sihat serentak dengan ayah. Bila ayah tak sihat, hamzahlah kekuatan umi, bila hamzah tak sihat, ayahlah mendorong ummi. Adik dalam kandungan selalu behave..kuat! Ummi akan tersenyum apabila ayah sihat, hamzah sihat dan adik juga membesar dengan baik dalam kandungan. Alhamdulillah anugerah Allah yang tak terhingga. 

Moga masa hadapan ada sesuatu yang Allah rancang terbaik buat kami. IstikharahMu bantu kami jalan ke syurgaMu. Amin.





"Addin An-Nasihah ^___^

:::SAHABAT-SAHABATKU:::