Showing posts with label I like It. Show all posts
Showing posts with label I like It. Show all posts

Thursday, February 26, 2015

Promosi Powerbank Murah

Assalamualaikum!

Promosi powerbank yang MURAH sesangat-sangat .




Kami ambil direct terus dari supplier Pineng, dengan harga yang murah. Boleh layari website www.pineng.com.my untuk melihat harga pasaran dan bandingkan dengan harga yang kami tawarkan.

Berminat ?

Boleh pm saya 019-4812372 :)
"Addin An-Nasihah ^___^

Wednesday, June 18, 2014

Za'faran atau Saffron

Assalamualaikum everybody in the home .... !

Ahaaa... kali ini nak berkongsi satu benda yang best, terbaik dan deboom ... oraite! :)

 Taraaa!! inilah die helaian-helaian za'faran/saffron

Za'faran adalah herba yang digunakan semenjak zaman Rasulullah (saw) lagi serta para-para sahabat dengan pelbagai tujuan terutamanya untuk mencerdaskan akal. Terdapat pelbagai kaedah penggunaannya seperti mana disebutkan dalam kitab-kitab tua serta kitab perubatan Islam mengenai khasiatnya. Ia juga dianggap sebagai herba ajaib bagi sesetengah pengamal perubatan Islam kerana kelebihan dan keistimewaannya yang tinggi dan tersendiri.

Ia merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai " King Of Spices ". Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za'faran sangat baik untuk kecerdasan minda. Dalam kitab Tibbul Imama A'li , muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan: Maksudnya:

"Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."


 Set za'faran yang bakal di jual..ngee

KHASIAT ZA'FARAN

-Mencerdaskan minda-
Penyakit radang paru-paru-
-Sakit tekak dan tonsil-
-Sebarang masalah kulit-
-Menghindarkan batuk dan selsema-
-Sakit kepala atau migrane dan asma-
-Muntah-muntah, penyakit buah pinggang-
-Gila babi atau sawan-
-sukar tidur malam (insomnia)-
-Demam-
-Masalah limpa-
-Pembuka selera makan-
-Penyakit kanser-
-Lumpuh-
-Bengkak hati atau hipatitis A dan B-
-Memudahkan penghadaman-
-Menghilangkan bau mulut-
-Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut-
-Menambahkan tenaga zahir dan batin-
-Masalah mati pucuk-
-Sembelit-
-Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak-
-Awet muda dengan kulit cerah dan bersih-
-Bahan penenang bagi masalah kemurungan & runsing-
-Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi-
-Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu-
-Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan-
-Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain-

 Ini le rupenya... ni pun ambil masa 2 bulan baru boleh habis..huhu

Cara Penggunaan
Herba Zafaran dalam bentuk helaian diguna dengan mencampurkan dengan air suam. Letaklah dalam 4 helai za'faran dalam air suam dan kemudian rendam selama beberapa minit sehingga air betukar warna kekuningan baru minum.



Oke... you see, original saffron oke. Then first gred.

So!

Kepada yang berhajat nak mendapatkan produk za'faran first class ini boleh lah wasup/sms atau hubungi saya Nasihah 013403471- Gombak/Bota Perak.

PENGEDAR DIALU-ALUKAN

Sekian, wassalam.



"Addin An-Nasihah ^___^

Monday, October 1, 2012

Cikgu Chipsmore :)

Kisahnya semalam, mengajar 3 orang adik darjah 3 di kampung subjek matematik. Adik-adik ni datang tanpa membawa buku latihan matematik tetapi hanya membawa bekas pensel dan buku kosong warna warni. Alahai adik-adikku. hehe. Apa nak di ajarkan tak ada sililbus matematik tahun 3. Mati akal juga, lepas tu terfikir nak cari soalan darjah 3 di internet. Alhamdulillah jumpe. Jadi hari ini bersama-sama mereka menjawab contoh soalan peperiksaan tersebut dalam internet. Memberitahu mereka kaedah menjawab soalan matematik. Walaupun ada 3 orang tapi menguji kesabaran juga sebab tak semuanya cepat tangkap. Terfikir juga, bagaimanalah cikgu mengajar 2, 3 kelas sehari itu. Memang kena semangat tinggi la.

Dan melihat semangat adik-adik ini nak belajar menyebabkan diri ini juga bersemangat nak membantu. Mengunakan method penyampaian seorang kakak kepada adik kecil, selit-selit dengan mengusik mereka agar mereka tidak berasa kekok nak bertanya mana yang tidak faham. Soal jawab, soal jawab... tiba-tiba ada satu soalan membuatkan ana blur...  


Round off 8247 to the nearesttens.
Bundarkan 8247 kepada puluh yang terhampir.

Jawapan adik-adik ini ada 2, adik nina dan adik imran jawab 8247, jawapan adik hafiz 8250. Ana pun bagitahu jawapan hafiz betul. Ana tanya hafiz kenapa 4 jadi 5? Dia kata sebab kena tambah satu tapi die tak tahu kenapa kena tambah satu. Ana tahu, dia terdengar ana cakap tambah satu kat no 4 tapi ana cakap perlahan-lahan saja. Dengar juga dia eh...sabar je la : p

Kemudian ana cuba nak terangkan..tiba-tiba ana pula blur selepas tengok jawapan adik-adik ni..hihi...nak tambah satu, nombor sebelah puluh tu kena lebih berapa eh..rasanya 5 tapi lupa. Alamak!! Blur lak aih...

Kena cover ni...

"Adah!!! Kalo bundar no sebelahnya kene lebih berapa eh.. ce bagitahu adik2x ni. ..."
Adik-adik ini semangat la nak dengar suara dari dalam bilik. Ana nampak adik ana raudhah mamai-mamai..rupanya die tengah tido ke tadi..hehehe. Nampak cikgu raudhah tergoyang-goyang bangun, mungkin sebab terkejut...hehe.. then cikgu raudhah tanya lagi. 

"Apa die.."
"Kalo bundar no sebelahnya kene lebih berapa eh...."
"Lebih 5.." adik ana tu bagitahu.
"Aaa..dengar tak kak raudhah cakap apa?"
Budak-budak serentak cakap tak dengar.
"Weh..cakap kuat sikit, adik-adik ini tak dengar"
Cikgu Raudhah pun ulang kuat lagi...haha...
Dalam hati nak ketawa..mujur la...tiba-tiba blur bendanya senang je kot..
Jadi pengajarannya, sebelum nak mengajar orang, kita kena sentiasa bersedia agar kerja yang kita nak buat itu lebih yakin dan yang paling penting tak menyesatkan orang walaupun pada asasnya ia mudah. Kadang-kadang ana terlepas mengajar tahap tahun 4, sebab terbawa-bawa adik-adik yang datang belajar dengan ana sebelum ini. Tapi Alhamdulillah..adik ini tidak kisah.

"Tak apa kak, ajar jer...tahun depan sebelum belajar tahu dah"
Bagusnya adik-adikku ini...selepas sahaja ajar....ber Oooooo panjang lah mereka "Oooooh....macam tu ker...!" hehe

Untuk yang datang hari ini, budak-budak ini bagitahu..exam akhir tahun lagi 3 minggu. 

"Susah la kak belajar BI, akak tak nak ajar BI ker?"

Oh my God..!
 
"Bukan tak nak...(lama fikir)..ok lah! Minggu depan belajar  Matematik lepas tu belajar BI, Ok?"
"Okkkk!"
"Nanti soalan akak sediakan"

Tekad ana, sediakan soalan dan prepare...expecially subjek BI, supaya keyakinan itu ada untuk berkongsi ilmu dengan betul. Harapan ana, semoga ana dapat membantu adik-adik ini. Walaupun tak banyak, sedikit pun jadilah :) paling kurang pun, buat mak hepi...sebab mak suke anak-anak nya mengajar orang lain, pendek cite suka anaknya jadi cikgu....ppsssttt..ana adalah cikgu chipsmore kejap ada kejap tiada di kampung, so ini je yang mampu.

P/s : Hari ini, dah beli buku matematik darjah 3, buku BI dah habis..sape ada? Yang dah ada skema jawapan eh.. 


"Addin An-Nasihah ^___^

Saturday, July 14, 2012

Nazrey Johari - Muslimah


Assalamualaikum,

Mungkin pemilik blog ini adalah orang yang ketinggalan..kerana baru tahu akan kewujudan lagu ini.hehe. Apa-apa pun, lagu ini kebetulan dengar semasa kawan kat pejabat mainkan lagu ini. Rasa asyik mendengar liriknya, melodinya..SubhanaAllah! Terus tanya kawan, siapa yang nyanyi lagu ni? Kawan pun jawab, Nazrey Raihan.. then balik rumah, google la....hee ^_^





Oh muslimah...lalala~ lalala~

MashaAllah....sesiapa yang wanita, ucapkanlah rasa syukur..Alhamdulillah, berbahagialah sebab kita boleh berusaha menjadi muslimah yang Allah cinta dan Rasul kasih dengan menjadi wanita yang berilmu, rendah hati iaitu sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah..tidak sombong dan riak dengan Allah juga sesama manusia.

SubhanaAllah, wanita adalah hiasan dunia, kejadiannya istimewa, indah dan cantik..kecantikan itu dilindungi dengan pakaian menutup aurat, dan ikhlas hatinya tidak kira dalam apa juga perbuatan dan perhubungan.

Muslimah itu...orang yang solat cukup 5 waktu dan berpuasa, serta taat pada suami.. menambahkan amalannya dengan rajin mengaji dan Islam menjadi cara hidupnya...Maka berbahagialah muslimah =)

InsyaAllah...jom kita berusaha bersama2x....jom sambung nyanyi, hayati dan muhasabah serta amalkan....yok!



Muslimah

Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu
Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia
SubhanAllah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati

Oh muslimah
Busanamu menutup rapi
Auratmu kau lindungi dengan indahnya

Oh muslimah
Kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati

SubhanAllah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Oh muslimah
Memandangmu menyejuk hati
Menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya

Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu
Dengan pakaian mentaati Allah
Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta

Oh muslimah
Busanamu menutup rapi
Auratmu kau lindungi dengan indahnya
Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati


Tajuk Nasyid : Muslimah
Artis : Nazrey Johani
Album : Permata Hati

"Addin An-Nasihah ^___^

Tuesday, July 5, 2011

Selamat Hari Lahir


Selamat Hari Lahir


Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Adikku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Adikku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi


Kumpulan : Saujana (diedit skit..heee)

p/s : Selamat Hari Lahir, semoga peningkatan umur ini mematangkan dirimu, semoga berbahagia di dunia dan akhirat ^_^

"Addin An-Nasihah ^___^

Tuesday, June 7, 2011

BAKSIS di Kg Jerlun

Assalamualaikum w.b.t

Baru-baru ini telah mengikuti Program Bakti Siswa Perdana di Kuala jerlun , Kedah dibawah anjuran DPP Perwaja. Pengalaman baru yang menarik. Program keluarga angkat, first time mengalaminya. Biasanya keluarga ana yang ambil anak angkat jika ada program di kampung, sekarang mengalaminya sendiri sebagai peserta ^_^


Nak cerita pengalamannya, mula-mula berdebar-debar jugak. Sorang ke atau berdua dengan siape nanti jadi anak angkat, last-last...lapan orang adik beradik dari UUM jadi anak angkat 'mak' dan 'abah' . fuhh...hehe. Bising la.. Kami menjadi anak angkat kepada 'mak' dan 'abah' yang baik, mempunyai 4 orang anak kandung. 'Anak menakan' yang ramai.hee. Kami sampai petang, malam tiada pape aktiviti, hanya bersama keluarga. Selepas makan malam, kami duduk bersama bersembang sambil minum kopi dan melihat album keluarga.


Aktiviti hari kedua, pagi senam aerobik. Berjalan kaki dari rumah ke gelanggang futsal. Seronok melihat suasana di kampung, rumahnya berdekatan. Ada juga jumpe rumah keluarga angkat rakan-rakan yang lain, rase meriah jugak time tu.

Baby dijumpai semasa berjalan ke tapak aktiviti...comey sekali ^_^

Yang ini pula, adik yang busy buat kerja

Selepas senaman aerobik, sepatutnya ada sukaneka. Jadual aktiviti diubah, sukaneka ditangguh ke petang kerana pagi itu ada pasar yang dipanggil 'Pasar Nad'. Jadi kami ambil peluang merasai suasana pasar disana. Lauk-lauk mentah segar-segar lagi, terhangat dari laut.




Pengalaman yang teramat menarik, menaiki bot. Abang Leh iaitu adik beradik angkat kami berusaha carikan bot yang cukup nak bawa 8 orang ke laut. Dapat juga merasai percikan air masin atas bot. Berada di tengah-tengah laut, melihat daratan yang jauh ditinggalkan. Bot kami berhenti di lampu penanda nelayan dilaut.

Lampu Hijau

Diceritakan bahawa lampu itu adalah tanda bagi nelayan-nelayan semasa dilaut untuk bergerak kemana pun. Di hujung sana terdapat awan yang gelap, itu bermaksud disitu hujan. Kalo hujan, biasanya para nelayan akan patah balik, tak akan tunggu di laut dah sebab ombak akan kuat. Siapa yang masih dilaut, akan mengalami keadaan yang sukar...berhadapan dengan ombak dan air yang akan memasuki bot. Dan yang hanya boleh buat jika kena keadaan macam tu adalah solat atas bot...masa itu yang hanya fikir adalah kematian. Ish...takut juga ana mendengarnya...Allahuakhbar!

Selain tu jugak,laut pun ada laluannya juga macam jalan raya jugak. Mesti tahu laluannya..sebab air yang tak sama tinggi. Tapi yang ana paling kagumnya, keprihatinan mereka yang berada di laut. Jika antara mereka ternampak ada bot yang berhenti, mereka akan menghampiri bot tersebut untuk mengetahui keadaannya.

Bot lain yang prihatin

Begitu juga masa kami naik bot tu, bot kami berhenti sebentar di lampu penanda tu, kemudian ada bot lain datang...dan setelah bagi isyarat tiada pape berlaku,bot tersebut pun beredar. Mak angkat pun ada juga cerita, yang jika berlaku kematian di kampung ini, tiada orang yang akan turun ke laut tanda penghormatan. Banyak yang diceritakan lagi.....seronok dan menginsafkan mendengar cerita orang laut. Maklumlah kami semua adalah orang darat. Banyak rahsia Allah...tak kira di darat, apatah lagi di laut...SubhanaAllah...

Burung Puyuh


Belacan buatan Kg Jerlun
Setelah penat berjalan di laut, balik kami sama-sama tolong mak angkat buat persiapan makan tengahari...menu tengahari yang sangat lazat, puyuh masak kicap...aduhla...sedap sangat-sangat... keluarga angkat ada menternak burung puyuh.hehe.

Acara melukis dan sukaneka untuk kanak-kanak



Hari terakahir di kg jerlun, gotong-royong.

Dan tengahri selepas gotong-royong, sempat lagi la kami bergambar disawah padi yang hijau meluas...tenang dan cantik sekali. Kami juga ke jeti.



Tenang melihat padi yang menghijau ini ^_^

Majlis perpisahan

Dalam pukul 4 pada 4/6/2011 program pun tamat. Ana segera bersalaman dengan 'ahli keluarga' kerana mengejar bas pukul 5 petang. Hujan rahmat pada petang tu mengiringi perpisahan kami. Semoga 'Mak' dan 'Abah' di kampung Jerlun sentiasa di bawah payung rahmat Allah dan dimurahkan rezeki. terima kasih menjaga dan melayan kenakalan kami. terima kasih juga memberi layanan first class gitu kepada kami. yang pasti, kami pasti merindui kalian... Setiap pertemuan itu adalah aturan Allah...ana dan 7 orang lagi ditakdirkan bersama dan ditakdirkan menjadi anak angkat keluarga ini. Setiap aturan Allah,pasti ada hikmahnya. Wahua'lam.


Kereta 'Abah' menghantar kami pulang


Selamat Tinggal Kg Jerlun....


"Addin An-Nasihah ^___^

Monday, November 29, 2010

Cintai ALLAH, tidak rugi.

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,

tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai.



*** Sebelum mencintai manusia, kenali dahulu cinta Allah, kelak kamu akan tahu cinta manusia yang bagaimana yang kamu inginkan. Jangan persiakan saat-saatmu, minit-minitmu, berjam-jammu, hari-harianmu, minggu-mingguanmu, bulan-bulananmu, tahun-tahunanmu dan kehidupanmu dengan cinta yang tidak pasti! Dengan cinta yang tidak tahu penghujungnya! Dengan cinta yang mungkin bakal membazirkan waktu-waktu indah mu bersama keluargamu dan sahabat-sahabiahmu.

*** Bila tiba sudah masanya, Allah akan hantar seseorang seperti yang dijanjikan, cepat atau lambat, mudah atau sukar dan jika tidak didunia, akan di syurga. Jangan dikejar nikmat dunia, sehingga tercicir nikmat akhirat. Harus diingat, dunia hanya persinggahan, nikmat dan kebahagiaan yang diperolehi didunia adalah untuk bekalan menuju hari akhirat. Jangan sampai nikmat dan kebahagian yang dicari didunia ini menjadi penyumbang kengerian kehidupan diakhirat kelak.***



"Addin An-Nasihah ^___^

Friday, August 6, 2010

Jangan Lelah, Teruskan berjuang!

Assalamualaikum w.b.t


Ana suka sangat novel Tautan Hati, penulisnya Fatimah Syarha Mohd Noordin. Novel ini bagi motivasi pada ana. Dah 4 kali ana ulang baca buku ini. First ana baca buku ini, pinjam buku kawan ana masa ana kerja sekejap kat Ipoh. Lepas tu, ana dapat tawaran masuk universiti...ana tekad nak beli buku ini, sebab perjalanan hidup watak dalam ini adalah tentang dakwah dikampus. Banyak yang ana pelajari daripada novel ini.




Kadang-kadang kisah hidup orang lain boleh dijadikan contoh terbaik dan berkesan untuk kita melayari hidup ini. Sebab itu Allah utuskan Rasul sebagai ikutan kita dimana rasul juga seorang manusia seperti kita. Kenapa Allah tak jadikan malaikat sebagai rasul? Manusia akan mudah mengikuti manusia juga. Namun, contoh terbaik dan role model kita yang pertama sekali adalah Rasulullah s.a.w.

Berbalik pada novel Tautan hati ini, ana paling suka part yang ini... ana akan kongsikannya disini. semoga ia memberi kekuatan dan motivasi kepada semua sahabat-sahabiah untuk terus berusaha mengajak mad'u kita untuk bersama-sama kita mencari cinta Ilahi yang lebih hakiki... bersama-sama menuju cinta Allah.

.............................................................................................................................

Jarum jam berdetik. setengah jam membawa sejam. Sejam berlalu menjadi dua jam. Dua jam lamanya Asiah Yusra menanti, tiada seorang pun menyahut ajakannya.Impiannya untuk melihat halaqoh akan terbina pada petang itu berkubur dimakan waktu. Hancur luluh hatinya kerana kecewa. Tidak disedari air matanya menitik. Segera dikesat.

'Kenapa tak datang?' sejenak hatinya meluahkan kekecewaan
'Astagfirullah! Kenapa aku perlu megeluh begini?
Lupakah aku perlu pada Rasul yang dilempar batu di Toif kerana manusia menolak ajakannya?
Ini baru sikit ujian yang Allah beri, tak sampai pun tahap dilukai.
Tak patut aku perlu sekecewa ni. Astaghfirullah!
Mungkin mereka ada hal, aku kena bersangka baik.
Aku tak boleh berputus asa'
Asiah Yusra menaikkan motivasi diri sendiri. Tangannya rancak menarikkan pena, mencipta madah buat diri sendiri


DUHAI DIRI,
KENAPA?
KAU MENGELUH KEPENATAN,
KAU MURAM KEKECEWAAN,
KAU MURUNG KESEDIHAN,
KAU RESAH KEBIMBANGAN,
HANYA KERANA,
MEREKA TIDAK DATANG,
BILA KAU AJAK PADA KEBENARAN.

WAHAI DIRIKU....
BUKAN NIATKU MELONTARKAN HAMUNKU,
CUMA TEGURAN SETULUS SALJU,
TAK SEHARUSNYA KAU BEGITU!!
KUFAHAMI IMPIANMU,
SUPAYA KITA SEMUA BERSATU PADU,
KU SANJUNGI KETULUSANMU,
MENGAJAK KE JALAN YANG SATU,
NAMUN,
REALITI MEMANG TAK SEINDAH YANG DIMAHUKAN,
LANTARAN JALAN INI TERLAMPAU BERLIKU,
PERLUKAN KESABARAN DAN KETEGUHAN JITU,
KAU HARUS HAYATI HAKIKAT ITU!!

INGATILAH PERIBADI PEJUANG SEJATI,
BAGINDA TABAH MENITI HARI,
BERMULA DARI SEORANG DIRI,
MENYAMPAIKAN DAKWAH SEMBUNYI-SEMBUNYI,
BUKAN BAGINDA TIDAK BERANI,
NAMUN ITU TERTIB WAHYU, STRATEGI RABBI,
UCAPANNYA BUKAN DARI NAFSU MELAINKAN WAHYU SUCI,
UCAPANNYA HIKMAH DARI KALBU BAK EMBUN PAGI,
DISAMBUT OLEH HATI YANG BERSIH DAN JIWA YANG FITRI
FIKRAH DIJERNIHKAN, AKAL DIDEKATI,
AJARANNYA MENYENTUH HATI SANUBARI,
JUGA DENGAN HUJAH DAN PENGAJARAN PENUH SENI,
BILAMANA ADA PENDEKATAN DIRUNGKAIKAN HATI-HATI,
BILA MANA DIZALIMI DILONTAR DOA KASIH NAN SEJATI

SUBURKAN BERBAIK SANGKA
AGAR HATIMU TENANG
BARULAH MAKIN KUAT JADINYA
BUKAN DIRUNDUNG KELEMAHAN
PERBAHARUI IMAN
SABAN KETIKA,
INGATI JANJI-NYA
KEREDAAN DAN SYURGA,
SEDARI SUNNAH PERJUANGAN
DIPENUHI DERITA,
DIHUJANI KEPAYAHAN,
UNTUK KAU TEMPUHINYA ,
DENGAN KETABAHAN,
JADILAH ORANG YANG MENANG!!!

"Addin An-Nasihah ^___^

:::SAHABAT-SAHABATKU:::