Monday, June 10, 2013

Gula-gula & Akhlak

Assalamualaikum w.b.t

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, SubhanaAllah, Alhamdulillah, Allahuakhbar. Selawat atas rasul terakhir yakni Nabi Muhammad SAW.

Alhamdulillah, pada 3 & 4 yang lalu telah selamat menjalankan KEM ANAK SOLEH untuk pelajar 9 tahun - 15 tahun. Jumlah kehadiran 42 orang. 23 lelaki, 19 Perempuan. Alhamdulillah Ya Allah, mereka adalah insan-insan terpilih olehMu :))

Kepenatan, duduk dan berehat sebentar..

Sedikit catatan dan perkongsian untuk dijadikan panduan, kesedaran & manfaat hendaknya..

Check Point 'Akhlak'

Kakak : Assalamualaikum adik-adik

Adik-adik : Waalaikumusalam..

Kakak : Buka majlis dengan ummu kitab Al-Fathehah

Adik-adik : Bismillahirahmanirahim..(membaca surah al fathihah dengan semangat dan lantang) ameennn...!

Sembang sikit2x, hanya hendak mendengar adik-adik ini berceloteh dulu...mengadu itu ini, kena denda kena mandi lumpur kena marah dan macam-macam lagi..

Kakak : Ok la, kita teruskan, apa itu akhlak?

Adik 1 : Keperibadian

Adik 2: Peragai

Adik 3: Sikap

Adik 4: Tingkah laku

dan bermacam-macam jawapan yang diberi, ada yang terus bagi contoh2x akhlak baik...contoh jawapannya..

Adik 6 : Akhlak itu tolong ayah beli ikan.

Kakak : Iye..hehe..dah kat rumah tolong x ayah beli ikan?

Adik : Ayah dah tak de..

Kakak : Ohh maaf..mak ada?

Adik : Ada...(angguk-agguk)

Kakak : Jadi tolong mak x pegi beli ikan?

Adik : Tolong...

Kakak : bagus...adik ini anak yang soleh :)

hehe..

Kakak : Ok..semua betul.. jadinya, akhlak ini boleh tak kita nilai kat orang lain samada kita kenali atau tidak dia?

Adik-adik : Tak boleh.........eh boleh........eh sikit jer boleh..sikitt.

Kakak : Kita nak nilai camne seseorang tu berakhlak baik? dari segi apa?

Adik-adik : Mukaa

Kakak : Macamana? tengok muka die, hidung mancung kulit putih..ok, die akhlak baik..camtu ke? :)

Adik-adik mula berfikir...hmmmmm

Adik-adik : Eh2..xboleh2x...

Kakak : Jadi camne, nak nilai? Camne kamu kata dia baik? (sambil minta mereka tengok rakan-rakan mereka)

Adik : Aaa melalui percakapan

Kakak : Lagi?

Adik : Pergaulan..
Adik : Cara jalan..
Adik : Cara makan..
Adik : Pakaian..

Kakak : Alhamduillah..betul..sebenarnya melalui muka pun kita boleh kenal akhlak seseorang, contohnya kita tak kenal tapi tengok mukanya, dia senyum pada kita..berakhlak bukan? walaupun kita tak tahu pun siapa dia sebenarnya kan..? So, penting tak kita berakhlak baik sentiasa?

Adik : Penting..!!

Kakak : Ok, disebabkan adik-adik ini baik..kak seha nak bagi gula-gula

(Mengeluarkan dua gula-gula cloud 9 perisa teh)

Kakak : Tapi kak seha nak bagi satu jer...lepas tu kongsi eh

Adik-adik : Aa..?? Tak nak2x..

Kakak : Allah..gula-gula pun tak nak, orang lain berebut nak ... (Sambil tu buka plastik sebiji gula-gula dahulu)..Kongsi tau gula-gula ni, start dari orang first, hisap then bagi kat orang kedua sampai orang yang terakhir sekali, akhir sekali boleh terus makan habis...ok?? (Masih membuka plastik coklat)

Adik-adik : Eeeeiiii yekk...xpe2, xnak2....xnakkkk...

Tengah adik-adik dok tak nak-tak nak...sambil buka plastik gula-gula tiba-tiba gula-gula yang separuh terbuka terjatuh ke tanah (dengan sengaja..)

Kakak : Alamakkk...jatuh plak...

Kutip balik gula-gula yang dah terkena tanah tu..then tanya adik-adik sekali lagi..

Kakak : Allah..gula-gula dah jatuh pulak, hmm..

Adik-adik : Eeeiii dah kotor....

(Sambil mengeluarkan sebiji lagi gula-gula yang masih belum dibuka)

Kakak : Ok xpe2, sekarang adik-adik nak makan kongsi yang mana? (Sambil menunjukkan kedua-dua gula-gula, satu yang dah terbuka tadi dan satu lagi yang belum dibuka lagi)

Adik-adik : Aaaa...nak yang belum buka......

Kakak : Lah..tak nak dah yang dah siap terbuka ni?

Adik -adik : Tak nakkk...dah kotor...

Kakak : Alah, boleh basuh..sayang jer...


Adik-adik : Nak yang belum buka....tu dah kotor...

Kakak : Ok..kiranya betul la ni, tak nak yang dah buka ni...

Adik-adik : Betulll, !!!

(Ewah-ewah... tadi beria-beria adik-adik ini tak nak makan kongsi gula-gula, sekarang dah tak peduli pasal tu, duk sibuk nak pilih gula-gula, nak yang bersih dan belum dibuka. ^^ )

Kakak : Ok....sebenarnya kak seha nak sampaikan sesuatu, apa yang adik-adik boleh kaitkan dengan gula-gula yang dah dibuka dengan masih belum dibuka ni?

Adik-adik : Tak baik membazir...boleh basuh...

Kakak : Ok, lagi..kaitkan dengan akhlak...yang kita bincang tadi..

Adik-adik : Aurat! satu yang terbuka aurat, satu yang tertutup auratnya..

Kakak : Yes, betul...boleh huraikan?

Adik-adik : Orang xnak dah pada orang yang buka aurat
Adik-adik : Orang pandang tinggi pada yang tertutup auratnya
Adik-adik : Orang buka aurat kotor..

Kakak : ye..tapi tak la sampai diri orang tu kotor, cume nak menunjukkan yang tertutup itu lebih indah dan lebih baik . Ok, aurat lelaki dari mana ke mana?

Adik-adik : Dari pusat hingga ke lutut..

Kakak : Pandaiii

Adik -adik : Aaa kak seha...ada pemain bola sepak tu, pakai seluar atas lutut kak..

Kakak : Iye..dah sape kat sini main bola petang-petang?

Semua angkat tangan

Kakak : Dah kamu tutup aurat tak masa main?

Adik-adik : Tutup...kadang-kadang pakai seluar pendek dan seluar panjang ...(lupa apa yang adik tu sebut nama seluar tu,hee)

Kakak : Camtu bagus, main pun kena tutup aurat ok..Cuba bayangkan dalam satu pasukan...semua pakai seluar pendek atas lutut, ada sorang ini je pakai seluar yang menutup auratnya.. kalau kita dari jauh, kita boleh nilai tak seseorang itu berakhlak atau tidak dari segi pakaiannya? Boleh kan...jadi main pun kena tutup aurat supaya akhlak kita sebagai seorang muslim terserlah, sebab apa yang ada dalam hati kita, akan dizahirkan melalui pemakaian. Ok, sapa tengok bola baru-baru ini Pahang lawan apa?

Adik-adik : Tengok2x...Pahang lawan Johor!

Kakak : Sape menang?

Adik-adik : Johor....

Kakak : Ye eh..brape mata? Habis nanti lawan dengan siapa?

Adik-adik : Seri 2-2, tapi Johor menang..sebab kat tempat dia ada gol..(lebih kurangla..tak brape ingat jwapannya..haha) nanti lawan dengan kelantan...

(Saja lari topik sikit, nak bagi adik ini bercerita..dan meraikan minat mereka pada sukan orang lelaki..hehe)

Kakak : Ok..berbalik pada topik, boleh tak gula-gula yang dah buka ni kak seha tutup balik..(Sambil membetulkan plastik tu kembali bentuk asal dengan tujuan nak tutup kembali)...ok, nak tak lagi gula-gula ni?

Adik-adik : Xnak..nak yang belum buka jugak...

Kakak : Ok, sama jugak mcam aurat, boleh tak cakap camni "xpe la buka aurat an bergaya sakan puas-puas dulu...nanti umur 30 tutup la balik" boleh tak..cam tu?

Adik-adik : Tak bolehhhh..

Kakak : ye, begitu juga dengan aurat kita, akhlak kita...takkan muda-muda nak nakal-nakal la, nak jahat la...tak tutp aurat lah, muda lagi....kecil lagi..nanti dah besar bertaubat la..tutup la aurat sumenya...Tak boleh camtu, walaupun adik-adik masih kecil...orang kata masih tak banyak dosa lagi terutama yang belum baligh, ia bukan satu tiket untuk adik tidak menjaga akhlak. Akhlak mesti dipupuk dari sekarang...tak perlu tunggu sampai dah habis puas buat jahat, tak berakhlak dan sebagainya baru nak berakhlak sume, baru nak bertaubat. Ok...boleh tapi tengok ini gula-gula..kesan ianya terbuka masih ada...kekotorannya masih ada. Tapi gula-gula ini boleh dimakan lagi, boleh dibersih lagi..tapi kita semua mesti tetap nak yang belum dibuka, tetap memandang yang belum dibuka ini tinggi nilainya...Faham x?

Adik-adik : Fahammm.........!!

Kakak : Jadi adik-adik kena jadi seperti gula-gula yang belum dibuka dan terjatuh ini. Jaga akhlak dari semua aspek mulai hari ini...insyaAllah adik adik akan dipandang tinggi..bukan sahaja disisi manusia, malah lebih-lebih lagi disisi ...?

Adik-adik : Allahhhh!

Kakak : Alhamdulillah...~~ :) Ok, semoga dapat pengajaranya..nah ambil sorang satu gula-gula, makan..

Adik-adik : Boleh ke makan, ke ini barang amanah macam yang sebelum ini?

Hihihi..adik-adik..takut sangat kena denda sebab tak jaga barang yang di amanhkan oleh fesi start dari awal checkpoint.

Kakak : Bukan, ini barang boleh makan.. untuk tenaga bagi check point seterusnya :) Ok, tutup majlis dengan tasbih kifarah & surah al-asr

Sekian ^^


Fesi & Peserta






"Addin An-Nasihah ^___^

Wednesday, June 5, 2013

Hayati Peristiwa Istimewa Ini

Assalamualaikum w.b.t 
 
Angkasawan pertama dunia adalah Nabi Muhammad saw, ketika peristiwa Israk Mikraj. Menaiki kenderaan bernama Buraq yang dibuat daripada cahaya. Subhanallah... Sebagai hamba kepada tuhan yang satu, Allah SWT & sebagai umat Nabi Muhammad SAW..peristiwa Israk dan Mikraj merupakan satu kisah pengajaran yang perlu dihayati, ayuh!

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap tahun apabila sampai tanggal 27 Rejab umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan peristiwa Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekkah ke Madinah.

Apabila berbicara tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa.

Fasa 1: .Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.

Fasa 2 : Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.

Perjalanan Rasulullah S.A.W ini telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran, Surah Al-Isra' ayat 1 yang bermaksud :
 
"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

Menariknya, keseluruhan perjalanan Rasulullah S.A.W hanya berlangsung pada satu malam.

Para ulama, hadis, ulama feqah dan ulama tafsir secara umum menegaskan bahawa perisitiwa Israk dan Mikraj di mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda SAW sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan roh Nabi SAW bukannya roh sahaja. Sebagaimana difahami daripada firman Allah dalam ayat tadi di mana Allah menegaskan "asra bi 'abdihi lailan" yang bermaksud memperjalankan hamba-Nya pada waktu malam. Perkataan hamba yang dimaksudkan di sini iaitu Nabi Muhammad S.A.W yang mana meliputi batang tubuh dan rohnya serentak bukannya rohnya sahaja. Jika ia berlaku pada rohnya sahaja maka sudah tentu firman Allah itu berbunyi "asra bi rohi 'abdihi lailan" yang bermaksud memperjalankan roh hamba-Nya pada waktu malam tetapi yang berlaku sebaliknya di mana Allah secara jelas menyatakan bahawa Dia telah memperjalankan hamba-Nya iaitu Nabi SAW dalam keadaan tubuh dan rohnya serentak.

Peristiwa ini pada pandangan orang yang tidak beriman atau mereka yang tipis imannya, mereka menyatakan bahawa peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku atau pun mereka berbelah bahagi samada mahu mempercayainya atau pun sebaliknya. Tetapi bagi orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasul-Nya maka mereka tetap percaya dengan penuh keimanan kepada peristiwa ini.

Setelah baginda S.A.W menceritakan apa yang telah terjadi padanya kepada masyarakat umum maka orang-orang kafir bertambah kuat mengejek dan mendustakan baginda S.A.W. Fitnah terhadap baginda S.A.W bertambah kuat malah ada juga di kalangan mereka yang sebelum ini telah memeluk Islam telah pun murtad kembali. Manakala bagi mereka yang begitu membenarkan baginda S.A.W maka iman mereka tetap utuh sebagaimana kita lihat kepada reaksi Sayyidina Abu Bakar apabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang apa yang telah diberitahu oleh Nabi S.A.W lalu beliau dengan tegas menyatakan :

"Benar! Aku menyaksikan bahawa engkau merupakan Rasulullah. Jika baginda S.A.W mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya". Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan rasul-Nya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa maksud pembenar.

Selain itu, pernah juga diriwayatkan Rasulullah S.A.W berjumpa dengan pelbagai keadaan manusia ketika di dalam perjalanan tersebut. Meskipun kisah tentang peristiwa bersejarah ini seringkali diulang cerita oleh para penceramah setiap kali sambutan Israk dan Mikraj diadakan, saya melihat roh dan intipati di sebalik peristiwa ini masih tidak meresap ke dalam jiwa masyarakat Islam.

Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj Rasulullah S.A.W mengalami pembedahan dada/perut oleh malaikat. Hati Baginda S.A.W dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):
Sepanjang perjalanan (Israk) itu Rasulullah S.A.W diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

1) Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah,
2) Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah,
3) Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan),

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.

Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :
1) Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
2) Tempat yang berbau harum.Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
3) Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
4) Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
5) Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.
6) Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.
7) Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
8) Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
9) Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
10) Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
11) Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
12) Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.
13) Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah S.A.W memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah S.W.T );
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Di Langit Pertama: Rasulullah S.A.W dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi 
Adam a.s. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
Di Langit Kedua: Nabi S.A.W dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
Di Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
Di Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
Di Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
Di Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
Di Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.

Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".

Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

Di Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

Di Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Di Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah SWT : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah SWT : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj:
Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa'id)

Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah S.W.T dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Dengan kita mendengar dan menghayati kisah dan cerita yang berlaku di dalam peristiwa Israk dan Mikraj kita perlu ambil ikhtibar dan yakin bahawa bumi Baitulmaqdis Palestin yang menjadi tempat bermulanya Mikraj Nabi SAW adalah bumi penuh berkah dan terdapat Masjidil Aqsa (kiblat pertama umat Islam)
Baitulmaqdis dan Masjidil Aqsa adalah harta umat Islam yang telah dirampas oleh Zionis Yahudi laknatullah. Umat Islam perlu berusaha, berkorban dan berdoa semoga tempat suci umat Islam ini dapat dipulangkan kembali kepada pangkuan umat Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj akan lebih bermakna apabila umat Islam seluruhnya dapat membantu saudara-saudara kita di Palestin dan dapat memulihkan dan menguasai Baitulmaqdis dan menghalau Yahudi laknatullah daripada menguasai dan membunuh saudara-saudara kita di Palestin.



"Addin An-Nasihah ^___^

:::SAHABAT-SAHABATKU:::