Thursday, March 19, 2015

Seminar keluarga Sunnah 3.0

"Tiada pernah kecewa sebuah keluarga yang membawa sunnah Nabi SAW, tiada yang boleh bagi bahagia selain dari ALLAH"   -Ustaz Ebit Lew-

Alhamdulillah, rezeki suami bawa untuk mengikuti Seminar Keluarga Sunnah 3.0 di UPM untuk tahun ini.



Banyak ilmu bermanfaat, banyak perkongsian yang boleh diambil dan diamalkan. Firstly, maksud keluarga sunnah ini adalah keluarga yang menghidupkan amalanRasulullah saw di dalam rumah.

Hidupkan amalan Rasul SAW di dalam rumah dengan :

1) Kasih sayang (salam,sentuhan,senyum dll)
2) Solat berjemaah (solat tahjud,solat dhuha)
3) Hidupkan amalan taqlim di rumah (Bacaan hadis, tadarus, ajarkan anak2 cerita2 Rasul)

 - Ustaz Ebit Lew-

Kita mesti hidupkan suasana keluarga seperti Rasullullah saw dari awal lagi, didiklah anak-anakmu sejak mereka didalam kandungan lagi dan perintahkan anakmu solat setelah umurnya 7 tahun. Itu tanggungjawab ibu ayah. 

Dan orang yang paling baik dengan ahli keluarganya adalah orang yang paling baik disisi Allah saw.

- Syeikh Habib Ali Zainal Abidin-

Semua orang mengimpikan sebuah keluarga yang ibarat syurga, bahagia.. tenang, berikut adalah dianatara syurga idaman keluarga : 

 1) Keluarga yang berkasih sayang kerana Allah SWT
2) Keluarga yang mengenal Allah
3) Keluarga yang benar-benar mendokong Islam, yakni menjadi ahli keluarganya menjadi Ansorullah.
4) Keluarga yang dikurniakan kesucian hati & keindahan budi pekerti.

-Ustazah Noorhafizah Musa-


Menunaikan hak suami isteri, sebelum suami/isteri menanyakan haknya...tanya dahulu dimanakah kita letak hak Allah swt.

Allah yang menjaga dan menciptakan kedamaian , ketenangan dalam rumah tangga. Jaga hak Allah, pasti Allah akan jaga hak keluarga itu.

-Ustaz Zul Ramli-






Syukur, selesai ikutinya dari jam 9pagi sehingga 5petang.hehe.Walaupun tak dapat masuk semua apa yang disampaikan namun moga yang sedikit itu diamalkan dan beri kesan yang mendalam.

"Ya Allah, berikan kepada kami untuk melaksanakan sebuah keluarga idaman iaitu keluarga sunnah"

Ameen.

Tahun depan boleh join lagi, insyaallah.... layari http://www.keluargasunnah.com/








"Addin An-Nasihah ^___^

Bye2 Febuari 2015

Bismillahirahmanirahim. 

Bulan Febuari yang penuh dengan cerita, kenangan dan kisah yang ingin diingati.

16 Febuari 2015

Pertama kali meraikan hari lahir bersama kekasih hati yang bernama suami.
Tq so much abangg

Sempena hari lahir, suami bawa pergi jalan2 ke Petro Sains.
 Best jugak, kami pergi naik ERT.. hehe ala2 keluar dating.
Bukan tak boleh naik kereta tapi suami nak merasa keluar berdua dengan menaiki kemudahan awam.

Walaupun penat, tapi berbaloi..
Yuhuu.. :)

Allahurabbi kejutan di hari lahirku,
balik-balik... ternampak kad dan coklat atas meja.
"Buat isteri tercinta"

Pastu cari suami satu rumah...
Dalam bilik, belakang pintu, dapur, toilet.. bawah meja pun tak de. Kot2 menyorok kan.hehe
 Pelik bin ajaib, bila dia letak sebab selalunya orang terakhir keluar rumah adalah diriku dan balik rumah dulu pun diriku.

Baca bait demi bait dalam kad, Allahurabbi mengalir air mata. 
Terkejut... kata tak pandai buat surprise. hehe.
Terharu sebab dia berusaha nak buat surprise walaupun selalu kata diri tak pandai nak raikan hari lahir orang dan buat surprise.

Tq abang.. Moga Allah kasihi dirimu.

Balik kampung pulak, 
dapat makan kek pulak...yeayyy..
Ya Allah engkau lindungi dan kasihlah pada insan yang cube untuk mengembirakanku disisi keluargaku ini.

Cukup 2 hari di Felcra, hari Jumaat kami pulan ke Kampar sebelah suami.
Esoknya kami gerak ke Taiping untuk berfamily day.
Alhamdulillah best... :)

Aktivitinya hanya

Makan
Mandi kolam
Bergambar

Anak saudara paling best sebab puas mandi kolam
Mak cik-mak cik duk tepi kolam makan dan makan.
Pak cik-pak cik join anak-anak buah main dalam kolam.

Kolam itu kami yang concer!!
Yeeey.. :)

Mula-mula takut nak mandi sebab takut bila dah turun dalam air susah nak naik atas ..haha
tiba-tiba kak ipar kata seronok masuk dalam air, terasa ringan je perut.

ish yeke...

So... time orang dah tak ramai nak main air, ku pun pe lagi
terjunnnnnn......
Wah memang ringannya perut... :)

Suke tak anak ummi? hehe.

nanti lahir kita belajar berenang yep










"Addin An-Nasihah ^___^

:::SAHABAT-SAHABATKU:::