Thursday, March 19, 2015

Seminar keluarga Sunnah 3.0

"Tiada pernah kecewa sebuah keluarga yang membawa sunnah Nabi SAW, tiada yang boleh bagi bahagia selain dari ALLAH"   -Ustaz Ebit Lew-

Alhamdulillah, rezeki suami bawa untuk mengikuti Seminar Keluarga Sunnah 3.0 di UPM untuk tahun ini.



Banyak ilmu bermanfaat, banyak perkongsian yang boleh diambil dan diamalkan. Firstly, maksud keluarga sunnah ini adalah keluarga yang menghidupkan amalanRasulullah saw di dalam rumah.

Hidupkan amalan Rasul SAW di dalam rumah dengan :

1) Kasih sayang (salam,sentuhan,senyum dll)
2) Solat berjemaah (solat tahjud,solat dhuha)
3) Hidupkan amalan taqlim di rumah (Bacaan hadis, tadarus, ajarkan anak2 cerita2 Rasul)

 - Ustaz Ebit Lew-

Kita mesti hidupkan suasana keluarga seperti Rasullullah saw dari awal lagi, didiklah anak-anakmu sejak mereka didalam kandungan lagi dan perintahkan anakmu solat setelah umurnya 7 tahun. Itu tanggungjawab ibu ayah. 

Dan orang yang paling baik dengan ahli keluarganya adalah orang yang paling baik disisi Allah saw.

- Syeikh Habib Ali Zainal Abidin-

Semua orang mengimpikan sebuah keluarga yang ibarat syurga, bahagia.. tenang, berikut adalah dianatara syurga idaman keluarga : 

 1) Keluarga yang berkasih sayang kerana Allah SWT
2) Keluarga yang mengenal Allah
3) Keluarga yang benar-benar mendokong Islam, yakni menjadi ahli keluarganya menjadi Ansorullah.
4) Keluarga yang dikurniakan kesucian hati & keindahan budi pekerti.

-Ustazah Noorhafizah Musa-


Menunaikan hak suami isteri, sebelum suami/isteri menanyakan haknya...tanya dahulu dimanakah kita letak hak Allah swt.

Allah yang menjaga dan menciptakan kedamaian , ketenangan dalam rumah tangga. Jaga hak Allah, pasti Allah akan jaga hak keluarga itu.

-Ustaz Zul Ramli-






Syukur, selesai ikutinya dari jam 9pagi sehingga 5petang.hehe.Walaupun tak dapat masuk semua apa yang disampaikan namun moga yang sedikit itu diamalkan dan beri kesan yang mendalam.

"Ya Allah, berikan kepada kami untuk melaksanakan sebuah keluarga idaman iaitu keluarga sunnah"

Ameen.

Tahun depan boleh join lagi, insyaallah.... layari http://www.keluargasunnah.com/








"Addin An-Nasihah ^___^

No comments:

Post a Comment

:::SAHABAT-SAHABATKU:::