Friday, June 29, 2012

Suapan Pertama Untuk Sahabat

Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan Sekalian Alam, selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w.. Sama-sama kita sedekahkan Surah Al-Fatihah kepada Rasulullah s.a.w, para sahabatnya, ahli keluarganya, kepada kedua ibu bapa kita serta kaum muslimin sekalian.

Al-Fatihah......

Amin3x.

Alhamdulillah, semalam Allah aturkan pertemuan dengan sahabat tersayang. Liya Khaulah. Boleh dikatakan adik juniorku di UUM. Kami makan bersama di kafe misc. Habis sahaja azan berkumandang, selepas membaca doa makan, perutku yang lapar tak sabar nak makan..hehe..ngap terusku gigit buah tembikai. ermm sedap..huhu. Kulihat sahabatku ini masih xmakan lagi, Dia melihatku dan tiba-tiba di hulurkan buah tembikai ditangannya ke mulutku dan selepas itu baru dia makan tembikai itu, erm....."suapan pertama untuk sahabat"...ku teringat kata-kata ini setiap kali berprogram atau bersama-sama sahabat-sahabat seperjuangan. Rindunyaku saat-saat itu.

Apa motif "suapan pertama untuk sahabat"?

Penting juga istilah ini, sebenarnya bukan sahaja untuk sahabat, tetapi "suapan pertama untuk orang lain" tak kiralah ibu bapa kita, adik beradik kita, anak kita, suami/isteri kita atau sesiapa sahaja yang dirasakan boleh untuk diberi suapan pertama sebelum makanan disuap untuk diri sendiri.

Apakah hikmahnya? banyak hikmatnya..

Pertama, melatih diri supaya tidak mementingkan diri sendiri. Makanan adalah satu nikmat dan rezeki, jadi sebelum kita merasai nikmat yang Allah beri..kita nak orang lain juga merasai nikmat tersebut.

Kedua, mengajar kita erti sabar, sabar disini supaya tidak gelojoh walaupun time tu perut...aduhla laparnya..hehe.

Ketiga, mengeratkan siraturahim, suapan pertama untuk sahabat bermakud kehadiran kita dirasai, sahabat mengambil berat akan diri kita, sahabat mengutamakan kita daripada dirinya...Allah..terasa nikmatnya perasaan itu, terasa kasih sayang sahabat kita pada diri kita =)

Keempat, menunjukkan bahawa antara kita boleh berkongsi apa sahaja. Bagaikan tanganku, tanganmu juga, makananku makananmu juga. Apa yang hendak dibezakan, ini sume hak Allah....jika itu makananku, jika itu tanganku...aku hanya meminjamnya sahaja dan itu pun Allah yang beri..jadi aku perlu berkongsi rasa nikmat itu.

Yeah..! suapan pertama untuk orang lain amat bermakna walaupun ia satu amalan yang kecil tapi jika kita ikhlas melakukannya kerana Allah, sebagai tanda syukur kita pada Allah..kesannya Wahua'alam... semoga rahmat Allah memberkati amalan kecil ini. 

InsyaAllah...

p/s Sahabat...mungkinkah kita akan bertemu kembali, indahnya aturan Allah untuk kita bertemu semalam..berkongsi cerita sampai lupa masa berlalu dengan cepat. Kak pasti akan merindui saat-saat kita bersama...=)








 

"Addin An-Nasihah ^___^

HAti bahagia



Kita takkan dapat seperti apa yang kita harapkan, kadang kita hendakkan panas sampai ke petang, tiba-tiba hujan di tengahari. Kita berharapkan sesuatu yang baik akan berterusan selamanya, tetapi perkara buruk berlaku dipertengahan. Siapa jangka siapa sangka??

Itulah kehidupan.......
Penuh warna warni, kejap best kejap xbest, kejap seronok, kejap mcm xseronok. Tapi kalau seronok je memanjang, xpenah rasa xseronok..jadi kita akan kenal ke macam mana seronok tu? macam mana best tu? Takkan....betul tak?

Setelah diturunkan hujan, akan muncul lah pelangi yang indah....nikmatnya rasa hidup, rasa bersykur akan berganda2x berbanding sebelum turunnya hujan...=)

Apa-apa pun ujian dan sakitnya hati ini, teruskanlah hidup dengan bahagia, jadilah seseorang yang membahagiakan orang lain. Hidup ini indah jika kita menjadi seorang yang dapat memberi kebahagian dalam hidup seorang sahabat, seorang kenalan, keluarga dan lain2.. =)

Terima kasih kepada mereka yang sering membahagiakan dan memgembirakan diri ini..Alhamdulillah =) 

"Addin An-Nasihah ^___^

:::SAHABAT-SAHABATKU:::