Showing posts with label Information. Show all posts
Showing posts with label Information. Show all posts

Thursday, January 15, 2015

Petua Mengurangkan Demam Kuning Bayi

Bismillahirahmanirrahim,

Video yang membuatkan hati ini tersentuh, tak sabar menanti permata hati ummi ayah ini. Moga Allah mudahkan kelahiranmu ke dunia ini.

Moga kehadiranmu kedunia ini menjadi permata pada agama. Mudahkan Ya Allah.. Mudahkan kelahirannya, Mudahkan dan bantulah anak kami ini dalam perjalanan hidupnya dunia & akhirat.

Lindungilah anak dalam kandunganku ini, Engkau sebaik-baik perlindung. Semua kami serahkan padaMu..hanya padaMU. Amin...


     

Dan ini ..! :)

Suami suruh baca, insyaallah letakkan dalam blog supaya senang nak rujuk :)

UNTUK MENGELAKKAN DEMAM KUNING, IBU SEMASA MENGANDUNG DIGALAKKAN :

  • Menelan madu (tanpa air) 3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis)
  • Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)
  • Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari. Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.
  • Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari. 
  • Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.
  • Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.
Selanjutnya boleh tengok kat blog di bawah :)

Sumber : http://www.ziefauzi.com/2013/09/petua-mengurangkan-demam-kuning-bayi.html


"Addin An-Nasihah ^___^

Friday, August 22, 2014

Resepi Raya 2014

Bismillahirahmanirahim.

Sejak kahwin ini, suka mengoogle resepi-resepi masakan. Wah..rupenya penting juga, banyak juga blog-blog yang membantu. So, selagi ia bermanfaat...kita kongsi, mungkin bawa kebaikan pada orang lain yang memerlukan..ye tak. 

Zaasss

Roti Jala

Bahan-bahan

1) 1 cawan tepung gandum
2) 1 biji telur
3) 1/2 cawan susu cair
4) 1/2 cawan air
5) 1/2 sudu kecil garam
6) pewarna hijau/kuning

Cara-caranya

1) Campurkan kesemua bahan-bahan tadi, kemudian di gaulkan.
2) Kemudian, blander semua bahan-bahan yang telah digaul tadi sehingga lembut.
3) Masukkan ke dalam bekas yang berlubang.
4) Masak.


Nasi lemak

Bahan-bahan

1) 5 cawan Beras
2) 6 1/2 cawan air
2) Santan
3) Pandan
4) Garam
5) Halia 1 inci

Cara-cara

1) Masukkan kesemua bahan-bahan di atas dalam periuk nasi, kemudian rendam selama 20 minit dan masak.


Sambal Nasi Lemak

1) Segengam ikan bilis
2) 18 biji bawang merah
3) 2 biji bawang besar
4) 5 biji bawang putih
5) 7 sudu cabai blander
6) Sedikit air asam jawa
7) 2 cawan air
8) 2 gulung Gula Merah
9) 2 gengam ikan bilis

Cara-cara

1) Goreng ikan bilis sehingga rangup. Kemudian ketepikan.
2) Tumis bahan yang dikisar (bawang merah. bawang besar, bawang putih, ikan bilis) sehingga naik bau
3) Masukkan cabai blander, goreng sehingga naik minyak
4) Masukkan air asam jawa, air masak dan gula melaka.
5) Masak sehingga airnya kering 
6) Masukkan gula dan ikan bilis yang telah di goreng tadi.

Siaapp!!

Huhu. Alhamdulillah..inilah resepi pertama untuk kawan-kawan suami datang beraya. Resepi daripada en abee juga, mr chef in the house....ngee

Sekian TQ! :)

p/s : tak de gambar sebab tak sempat snap. Menaip sekadar untuk tak nak lupa.hihi

"Addin An-Nasihah ^___^

Wednesday, June 18, 2014

Za'faran atau Saffron

Assalamualaikum everybody in the home .... !

Ahaaa... kali ini nak berkongsi satu benda yang best, terbaik dan deboom ... oraite! :)

 Taraaa!! inilah die helaian-helaian za'faran/saffron

Za'faran adalah herba yang digunakan semenjak zaman Rasulullah (saw) lagi serta para-para sahabat dengan pelbagai tujuan terutamanya untuk mencerdaskan akal. Terdapat pelbagai kaedah penggunaannya seperti mana disebutkan dalam kitab-kitab tua serta kitab perubatan Islam mengenai khasiatnya. Ia juga dianggap sebagai herba ajaib bagi sesetengah pengamal perubatan Islam kerana kelebihan dan keistimewaannya yang tinggi dan tersendiri.

Ia merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai " King Of Spices ". Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za'faran sangat baik untuk kecerdasan minda. Dalam kitab Tibbul Imama A'li , muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan: Maksudnya:

"Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."


 Set za'faran yang bakal di jual..ngee

KHASIAT ZA'FARAN

-Mencerdaskan minda-
Penyakit radang paru-paru-
-Sakit tekak dan tonsil-
-Sebarang masalah kulit-
-Menghindarkan batuk dan selsema-
-Sakit kepala atau migrane dan asma-
-Muntah-muntah, penyakit buah pinggang-
-Gila babi atau sawan-
-sukar tidur malam (insomnia)-
-Demam-
-Masalah limpa-
-Pembuka selera makan-
-Penyakit kanser-
-Lumpuh-
-Bengkak hati atau hipatitis A dan B-
-Memudahkan penghadaman-
-Menghilangkan bau mulut-
-Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut-
-Menambahkan tenaga zahir dan batin-
-Masalah mati pucuk-
-Sembelit-
-Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak-
-Awet muda dengan kulit cerah dan bersih-
-Bahan penenang bagi masalah kemurungan & runsing-
-Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi-
-Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu-
-Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan-
-Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain-

 Ini le rupenya... ni pun ambil masa 2 bulan baru boleh habis..huhu

Cara Penggunaan
Herba Zafaran dalam bentuk helaian diguna dengan mencampurkan dengan air suam. Letaklah dalam 4 helai za'faran dalam air suam dan kemudian rendam selama beberapa minit sehingga air betukar warna kekuningan baru minum.



Oke... you see, original saffron oke. Then first gred.

So!

Kepada yang berhajat nak mendapatkan produk za'faran first class ini boleh lah wasup/sms atau hubungi saya Nasihah 013403471- Gombak/Bota Perak.

PENGEDAR DIALU-ALUKAN

Sekian, wassalam.



"Addin An-Nasihah ^___^

Saturday, March 8, 2014

9 Adab Majlis Walimah

Bismillahirahmanirrahim. Selawat & salam buat Rasul junjungan SAW..


Alhamdulillah, walaupun masa amat mencemburuiku akhir-akhir ini.. tapi sempat juga membuka blog Hati Sesejuk Salju yang hampir-hampir nak bersawang ni.. Sempat tak sempat, sambil-sambil tunggu print penanda buku ni.. boleh la curi-curi masuk disini.

Nak update apa? Sendiri pun tak tahu... ini kes pakai taip saje apa yang difikirkan dalam fikiran kala ini.

Dan sebenarnya nak share satu benda penting untuk tatapan dan peringatan bersama termasuk diri ini juga.

9 Adab Majlis Walimah

Antaranya ialah : 

1) Bertujuan untuk melaksanakan ibadat kepada Allah dan bukan utk berbangga-bangga atau menunjuk.

2) Menghindari perbuatan syirik dan khurafat. Di dalam masyarakat kita terdapat beberapa adat yang melibatkan penyekutuan terhadap Allah.

3) Mengelak daripada melakukan maksiat. Mewujudkan suasana yang yang boleh membawa kemurkaan Allah.

4) Mengundang golongan yang kurang berada. Bukanlah satu sikap yang mulia apabila tetamu yang bakal hadir dipilih dari kalangan yang kaya dan ternama sahaja. Rasulullah saw pernah bersabda: 
"Seburuk-buruk makanan adalah makanan di satu walimah, (yang) diundang kepadanya orang-orang kaya dan terhalang darinya orang-orang miskin." 
(HR : Muslim dan Baihaqi)

5) Mengelakkan ikhtilat (percampuran di antara lelaki dan perempuan). Asingkan tempat untuk tetamu lelaki dan wanita semampu mungkin.

6) Menghindarkan hiburan yang boleh merosakkan nilai ibadat. Sakinah mawaddah warahmah bukan hadir daripada alunan muzik dan lagu-lagu perkahwinan. 

7) Menghindarkan pembaziran, iaitu dengan mengadakan majlis yang melampaui kemampuan sehingga sanggup berhutang-piutang.

8) Mengelakkan perhiasan yang melampau. Sebahagian masyarakat amat gemar mengandam pengantin dan menghias rumah sehingga berlebih-lebihan. Seringkali pengantin perempuan dijadikan barang tontonan dan dipamerkan di khalayak umum. Apatah lagi jika 'Pak Andam' dan jurugambar yang digunakan adalah kaum lelaki.

9) Memberikan ucapan selamat serta mendoakan kedua mempelai serta keluarga mereka. Para hadirin jarang sekali mendoakan keberkatan apabila melihat pengantin, bahkan tidak mengetahui pun doa tersebut. 

PENCERAHAN :
Cuba bayangkan seandainya semua hadirin mendoakan pengantin sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah saw alangkah indah dan bahagianya. Antara doa yang sering diucapkan baginda kepada para pengantin: 

بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ
"Se moga Allah memberkatimu dan mencurahkan barakah ke atasmu dan mengumpulkan kedua-dua kamu dalam kebaikan." (HR : Ahmad & Ashabus Sunan)

Tidak lupa juga doa kepada keluarga pengantin seperti ucapan Rasulullah saw :
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَهُمْ فِيمَا رَزَقْتَهُمْ وَاغْفِرْ لَهُمْ وَارْحَمْهُم
"Ya Allah, ampunilah mereka, dan rahmatilah mereka dan berkatilah mereka pada apa yang telah Engkau kurniakan kepada mereka (anak menantu)." (HR : Muslim)

Dari al-Hasan : Bahawasanya Aqil bin Abi Thalib menikah dengan seorang wanita dari kabilah Juisyam. Kemudian datanglah para tamu. Mereka mengucapkan, “BIRRAFA’ WAL BANIN (semoga bahagia dan ramai anak !).” Dia menjawab: “Janganlah kalian melakukannya, sebab Rasullullah saw melarangnya." Mereka bertanya : ”Lalu apa yang harus kami ucapkan wahai Abu Zaid ?”

Dia menjawab: “Ucapkanlah “BARAKALLAHU LAKUM WA BARAKA ‘ALAIKUM (SEMOGA ALLAH MELIMPAHKAN KEBERKAHAN PADA KALIAN DAN SEMOGA ALLAH MELIMPAHKAN KEBERKAHAN ATAS KALIAN).” Begitulah kami diperintahkan”

Bukan kata-kata lain yang biasa kita ucap dan dengarkan seperti : “Semoga berbahagia di kehidupan baru." Mungkin saja akan ada suatu masa yang mereka tidak bahagia. Mana ada orang yang berbahagia sepanjang masa di kehidupan baru. Melainkan kehidupan barunya itu dalam syurga! “Semoga kekal ke anak cucu.” Sampai anak cucu je ? lepas tu bercerai-berai ? Mungkin anak cucu saja ramai tak terkira tapi hati mereka tak bahagia...

KESIMPULAN :
“Semoga barakah KEPADA kamu”, adalah doa buat kebahagiaan yang bakal mereka terima buat perkara-perkara yang mereka sukai dari perkahwinan itu, dan “Semoga barakah KEATAS kamu” pula adalah doa kecekalan bila menghadapi kesusahan, kesedihan dan apa jua cabaran yang bakal mereka hadapi. Akhir sekali adalah doa semoga mereka dikumpulkan dalam KEBAIKAN selamanya...

Wallahu a'lam

* Bagi diri ini, adanya keberkatan sebuah walimah adalah apabila dapat bermasyarkat, mengembirakan orang lain dan tiada unsur-unsur maksiat & pembaziran.. Semoga Allah mudahkan. Amin.


"Addin An-Nasihah ^___^

Friday, August 23, 2013

Prinsip Asas Kewangan Peribadi

Bismilahirahmanirahim..

Raya oh raya... raya kali ini betul-betul menguji ..  Bila masih belajar..rileks je, bila raya pun boleh lagi dapat duit raya..hehe.. orang selalu tanya bila nak habis belajar?

Tapi! Bila dah koje ni..time rayanya jadi lain skit..!  :(

Biasa orang tanya "bila nak kawin?".. tapi soalan tu dah ready dah nak jawab..siap ada skema jawapan lagi gitu...fuhh~

Biasalah...soalan yang kita dah jangka akan ditanya, akan mudah dijawab, masalahnya sekarang ini..soalan luar jangkaan!

"Bila nak beli keretanya?"

......??????.....

Rasanya soalan agak buat kita pelikkan... erm.. kenapa mesti tanya soalan tu..hehe.. Mungkin orang kata, dah keje kena ada kereta bagai so tak payah tumpang orang pergi keje..ia kan keperluan juga...banyak lagi la sebab-sebabnya...

Ye betul-betul..alhamdulillah, walaupun agak tertekan mula-mula, akhirnya waras juga kembali. Pedulikan orang nak kata apa.. Kita sahaja yang tahu situasi kita. Selagi ia tak mendesak, pedulikan apa orang nak kata.

Baru-baru ni ada seorang adik telepon..

"Kak seha, apa perkembangan terkini??
"Perkembangan apa?" (Ingatkan nak tanya pasal bila nak kenduri ke.. tu kan soalan femes sekarang : p)
"Yela, takkan tak beli kereta lagi ke?"
(Soklan ini lagi....zzzz)

Sabar wahai hati, abaikan pertanyaan mereka. Mereka tak tahu situasi kita & tak boleh salahkan mereka juga. Kita jawab dengan berhikmah ye... :)


Copy & paste :-

4 Prinsip Asas Kewangan Peribadi

Bila dah betul-betul ada kesedaran dan semangat bebas dari segala hutang, mungkin sahabat semua boleh pakai PRINSIP KEWANGAN yang saya amalkan ni.

Prinsip #1: Beli secara tunai.
Henti dan jauhkan segala urusniaga yang dinamakan ansuran, installment, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah dsb. Kalau terpaksa berhutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu lagi. So, simpan dulu duit sampai cukup, baru beli.

Prinsip #2: Hidup di bawah kemampuan, bukan ikut kemampuan.
Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai kereta Proton Inspira, pakai Proton Saga jer lah dulu. Lupakanlah dulu perkataan “bergaya” dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benar-benar mampu untuk bergaya. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya.

Kalau ada barang yang bukan keperluan di rumah, lebih baik jual. Downgrade life style buat sementara waktu. Kalau sekarang ni subcribe Astro full channel, apa kata kurangkan channel-channel tu atau terus hentikan langganan Astro! Kalau sekarang pakai kereta besar, down grade kepada kereta yang cukup untuk keperluan jer. Kalau sekarang suka beli makan di luar, apa kata masak di rumah jer atau bawa bekal jer ke pejabat. Pointnya, hidup di bawah kemampuan.

Prinsip #3: Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit.
Sikit tak apa, asalkan simpan. Saya dulu pun mula menyimpan RM20 jer sebulan. Buat potongan gaji ke akaun Tabung Haji (bukan tunggu duit lebih hujung bulan). Setiap kali naik gaji, saya akan tambah potongan gaji ke Tabung Haji. Kalau tak mampu simpan RM20 sebulan, simpan la RM2 sehari, masuk dalam tabung khas. Nanti hujung bulan masukkan RM2 sehari (RM60 sebulan) tu ke akaun bank. Yang penting mesti menyimpan.

Prinsip #4: Bina pendapatan kedua.
Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim-skim ‘bisnes’. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%! Duit hasil bisnes memang terbukti mempercepatkan kami bebas dari hutang, alhamdulillah.

Second income penting sebagai ‘backup’ income utama, dan untuk tambahkan simpanan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan setiap orang perlu ada second income.


p/s  Sara hidup makin lama makin tinggi, tekanan hidup semakin menjadi2 dalam masyrakat..lihat sahaja isu masyarakat sekarang tapi walau pape pun, Kita bertanggungjawab atas kehidupan kita..jadi buatlah pilihan dan keputusan yang terbaik.. :)

"Addin An-Nasihah ^___^

Monday, July 8, 2013

Road to Ramadhan

Bismillahirahmanirrahim..

Jika semua HARTA adalah RACUN..
Maka zakat adalah PENAWARNYA..

Jika seluruh UMUR adalah DOSA..
Maka TAQWA dan TAUBAT adalah UBATNYA..

Jika seluruh BULAN adalah NODA..
Maka RAMADHAN adalah PEMUTIHNYA..

:)

Berikut adalah beberapa contoh persediaan/ persiapan yang boleh dilakukan sebelum Ramadahan. Penting! agar kita boleh terus fokus pada bulan Ramadhan mula hari pertama lagi.

1) Checklist Ramadhan


2) Siapkan jadual rutin sehari di dalam bulan Ramadhan

Cth :




3) Target Amalan sepanjang bulan Ramadhan

Cth :

a) Khatam Al-Quran secara persendirian atau ...

     
b) Zikir & Istighfar sebanyak .... sehari
c) Bersedekah setiap hari
d) Tidak akan meninggalkan solat sunat tarawih
e) Qiamulail sepanjang bulan Ramadhan tanpa ponteng
f) Menghabiskan bacaan buku ilmiah sekurang-kurangnya 3 buah buku.
g) Solat fardu berjemaah sekurang-kurangnya 1 kali sehari

dan lain-lain.......

4) Mencari rakan untuk bertadarus.
5) Mengemas rumah
6) Menyediakan pakaian solat yang bersih & baru untuk dipakai. Agar kita akan rasa bersemangat menjalani ibadat di bulan mulia ini.
7) Kunci jam awal-awal, set waktu yang sama untuk setiap hari terus. Supaya tidak lupa dan tidak kelam kabut walaupun di hari pertama berpuasa.
8) Bel siap-siap makanan sunnah berbuka iaitu buah kurma.
9) Jangan lupa semarakkan Bulan Ramadhan yang akan tiba dengan memberi ucapan kepada sanak saudara, rakan taulan dan ahli keluarga.

Mungkin kali ini Ramadhan kita kali terakhir. Allahu Allah...bulan yang penuh tarbiah, takkan mahu dipersiakan seperti bulan ramadhan yang lepas-lepas. Semoga ia menjadi titik pertama ke arah kebaikan untuk bulan-bulan selepasnya sehinggalah bertemu Ramadhan sekali lagi atau kematian. Wahua'lam. 

Salam Ramadhan.


 

"Addin An-Nasihah ^___^

Thursday, November 22, 2012

Pemuda yang rindukan syahid

Assalamualaikum w.b.t

Selawat & salam ke atas nabi Muhammad SAW dan Al-fatihah buat para pejuang Islam yang syahid kerana mempertahankan Islam.

Allahuakhbar..

Sejujurnya, baru kini saya mendengar nama Briged Al-Qassam yang merupakan barisan tentera yang mempertahankan bumi palestin. Sebelum ini selalu yang dengar nama Hamas je..rupanya Briged Al-Qassam ini sayap tentera Hamas.

Bagi yang belum mengenali siapa Briged Al-Qassam....

Jika di Britain mempunyai British Special Air Service (SAS), Amerika Syarikat pula dengan Navy Seals nya dan Israel dengan Shayetet 13 nya... Dan Palestin mempunyai  Al-Qassam! Tentera Penggempur yang berani mati dan mereka amat digeruni oleh rejim Zionis..

Sumber : 

 
Briged Al Qassam yang digeruni Zionis

Kewujudan para pemuda yang memperjuangkan kemuliaan Islam secara ketenteraan di bumi Gaza dan Tebing Barat bukanlah satu yang rahsia lagi. Merekalah sebenarnya yang merupakan ketumbukan angkatan tentera yang menjadi perisai di barisan depan yang akan mempertahankan Palestin daripada terus dijajah dan diratah oleh regim Zionis Israel selama ini.

Briged Izzuddin al-Qassam atau lebih dikenali sebagai al-Qassam adalah barisan pejuang bersenjata Palestin yang telah diasaskan penubuhannya oleh Sheikh Ahmad Yassin (Pengasas HAMAS), Dr Ibrahim al Maqadema dan Sheikh Salah Shehada sejak tahun 1984 lagi.
Sheikh Izzuddin al Qassam

Pasukan bersenjata HAMAS yang begitu digeruni oleh Israel ini telah diberikan nama sebagai Briged al-Qassam bersempena dengan nama Sheikh Izzuddin al-Qassam, seorang tokoh pejuang yang berasal dari Syria yang telah terkorban syahid di Ya’bad, Palestin bagi mempertahankan bumi ini daripada penjajahan Inggeris pada tahun 1935.

Di kesempatan yang ada ketika menyertai misi kemanusiaan di Gaza kali ini, saya telah mendapatkan seberapa banyak maklumat mengenai pergerakan ini daripada masyarakat setempat di sana.

Beberapa kali mendengar bunyi letupan di sana sini sepanjang keberadaan kami di Gaza, Namun masyarakat umum termasuk Israel juga amat mengetahui bahawa Briged al Qassam adalah satu pergerakan ketenteraan yang bekerja dengan kerahsiaan yang kuat dan mampu membuat pelbagai kejutan.

Alhamdulillah dengan takdir yang ditentukanNya pula, saya berpeluang untuk mengenali Briged al-Qassam ini dengan lebih dekat melalui kunjungan ke pusat latihan mereka setelah mendapat jemputan daripada pimpinan kerajaan yang memerintah Semenanjung Gaza. Saya berpeluang menyaksikan sebuah satu demonstrasi latihan ketenteraan yang jarang-jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin apatah lagi kepada pengunjung dari luar Negara.

Objektif penubuhan al Qassam

Objektif utama penubuhan al Qassam adalah untuk menaikkan semangat jihad di kalangan orang-orang Palestin, orang-orang Arab dan juga umat Islam sejagat. Briged ini bertanggung-jawab untuk mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan dan kezaliman Zionis dan seterusnya membebaskan Palestin dan keseluruhan tanahnya yang telah dirampas oleh penjajah Zionis Israel.

Pada peringkat awalnya mereka enggan memberikan maklumat lanjut mengenai kekuatan sebenar briged ini tetapi akhirnya menjelaskan bahawa mereka mempunyai ahli battalion yang terlatih seramai kira-kira 25,000 orang di kalangan pemuda-pemuda yang berumur antara 18-30 tahun. Sejak intifadah al Aqsa yang berlaku pada tahun 2000, seramai kira-kira 800 ahli briged ini telah syahid bagi mempertahankan Palestin.

Briged al Qassam amat mementingkan latihan dan kualiti ahli Briged yang menjadi tulang belakang perjuangan pembebasan Palestin.

Di antara syarat utama yang dikenakan sebelum mereka dipilih ialah :

1-Gigih berpegang dengan ajaran Islam
2-Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah saw
3-Menjaga solat 5 waktu secara berjamaah
4-Mengimani perjuangan pembebasan al Aqsa dan Palestin
5-Berdisiplin dan mentaati kepimpinan
6-Mencintai dan bersedia untuk syahid

Saya telah diberitahu bahawa briged ini juga mempunyai skuad wanita walau pun mereka tidak berada di barisan depan ketenteraan. Pernah sekali tentera al Qassam yang berpakaian lengkap ketenteraan dikepung oleh tentera Israel di dalam sebuah masjid, mereka telah menghantar tentera wanita yang tidak berpakaian seragam pada ketika itu untuk masuk ke masjid bagi menyerahkan baju lain kepada anggota yang terkepung, Tentera al Qassam ini kemudiannya berjaya keluar dengan berlakon sebagai orang-orang awam. Walau pun Briged al Qassam kehilangan tiga anggota wanitanya dalam operasi tersebut tetapi mereka tetap Berjaya kerana ramai di kalangan anggota utamanya yang dapat diselamatkan.

Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di wilayah Gaza bukan kerana serangan ketentaraan Israel sebaliknya adalah daripada sesi latihan al Qassam.

Briged al Qassam ini juga sangat terkenal dengan roket artileri al-Qassam yang merupakan roket buatan sendiri. Roket ini sering membawa kemusnahan musuh di tanah suci Palestin yang dijajah serta memberikan kesan trauma mental kepada masyarakat penjajah Israel.

Saya juga berkesempatan menyaksikan satu sesi latihan ketenteraan Brideg al Qassam ini yang menggunakan peluru hidup, bom tangan, senapang AK-47, mesingan dan roket grenad. Bergegar rasanya hati kecil ini ketika menyaksikan demonstrasi yang cukup membuktikan kehebatan generasi muda Palestin ini.
Bersujud syukur selepas menjalani operasi

Sesudah sesi latihan itu, kesemua pemuda-pemuda ini berkumpul dan bersujud syukur sebagai satu amalan penting pada setiap kali tamat satu pertempuran melawan tentera Zionis.

Dengan pelbagai maklumat dan diikuti oleh pertemuan yang bermakna ini, saya pasti bahawa mereka adalah generasi pemuda perindu syahid yang begitu digeruni oleh pasukan tentera penjajah Israel yang berjumlah seramai 720,000 orang yang turut mempunyai pelbagai kelengkapan teknologi ketenteraan yang canggih

Pemuda Briged Al-Qassam melakukan sujud syukur setiap kali pulang daripada bertempur dengan tentera Israel.


Ketika berpeluang untuk mengajukan soalan kepada beberapa anak muda Palestin di Gaza samada mereka adalah daripada al Qassam atau tidak, kebanyakan mereka hanya tersenyum kerana mereka biasanya mengistiharkan diri mereka sebagai al Qassam secara terbuka.

Apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya mempunyai muka bersih dan bersinar, jelas nampak keikhlasan untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati.

Salah seorang tentera bertanyakan negara asal penulis dan apabila disebut Malaysia, beliau menjawab : "Tanah ini milik kamu juga"
 
Jawapannya membuat penulis terkedu kerana maknanya sangat mendalam.
 
Sejak Intifada pada tahun 2000, seramai 800 askar Al-Qassam telah mati syahid. Bahkan apabila seseorang tentera Al-Qassam pulang daripada peperangan, mereka sering akan bertanyakan kepada diri sendiri..
"Mengapakah saya tidak syahid?"
Pemuda al Qassam - generasi pemburu syahid

Subhanallah…merekalah generasi anak muda yang merindui kemuliaan mati syahid dan masing-masing bekerja kuat bagi menagih keistimewaan syahid seperti maksud sabdaan Rasulullah :

“Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu:
1-diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar
2-melihat tempatnya di dalam surga
3-dilindungi dari azab kubur
4-terjamin keamanannya dari malapetaka besar
5-merasakan kemanisan iman,
6-dikahwinkan dengan bidadari,
7-dan diperkenankan memeberikan syafa’at bagi 70 orang kerabatnya”
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

ditulis oleh Dr Zainur Rashid Zainuddin - zainurrashid.com



"Addin An-Nasihah ^___^

Tuesday, August 28, 2012

Mohon Perlindungan dari Allah

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah....
Masih dapat bernafas dengan kesihatan yang boleh dikatakan baik..Alhamdulillah. Perkongsian kali ini dah lama dah nak kongsikan bersama, bak kata cik raudhah..entry yang di peram :p 
Tapi ana peram dalam otak, adik ana peram sebagai draf..opss...cane leh tahu...sory cik raudahah, ternampak ;p

 Doa ini di ajar oleh ustaz Zahazan Mohemad dalam Tv 1 masa bulan Ramadhan marin.



Doa Perpisahan Sebelum Musafir

أَسْتَوْدِعَ اللهَ دِيْنَكَ وَ أَمَانَتَكَ وَ خَوَاتِيْمَ عَمَلِكَ

Maksudnya: Aku pertaruhkan/titipkan agamamu, amanatmu (keluarga dan harta benda) dan perbuatanmu yang terakhir kepadamu Allah.” -Riwayat at-Tirmizi


Bukan itu sahaja, ustaz ada kongsi satu cerita berkenaan doa ini. 

Pada suatu hari, seorang suami  hendak meninggalkan rumahnya serta isterinya yang sedang sarat mengandung.
Dalam kerisauan...dia hanya bergantung kepada Allah untuk menjaga anak dan isterinya.
Sebelum keluar rumah, si suami pergi ke isterinya lalu memegang perut si isteri dan membaca doa perpisahan tersebut untuk bayi yang masih dalam kandungan itu. Si suami pun keluar rumah.

Tidak berapa lama kemudian, si suami pulang daripada bermusafir. Kembali sahaja dia di rumah... Allahuakhbar!

Rumahnya terbakar dan isterinya yang berada didalam rumah turut meninggal dunia..Allah :'(
 Sedihnya hati si suami, dan isterinya selamat di kebumikan. 

Suddenly!

Ada orang bagitahu bahawa kubur isterinya berasap.
Lalu proses penggalian semula dilakukan.
MasyaAllah! 
Terdapat seorang bayi kecil di celahan kaki si mayat! 
Allahuakhbar...Janji Allah itu benar. Doa lelaki itu telah di makbulkan-Nya.
Bayi itu selamat (':

So,

Kepada sahabat2 yang akan bermusafir meninggalkan keluarga/harta benda masing-masing, bacalah doa ini. Semoga kita dan ahli keluarga akan sentiasa berada di bawah naungan rahmatNya..
Sebagai usaha kita...Paling tidak Bismillah Hitawakal Tua'lallah..



Ya Allah....hamba tiada daya untuk melindungi semua orang yang hamba sayang, bantulah..tolonglah hamba-Mu ini untuk melindungi mereka... Sesungguhnya, Engkaulah sebaik-baik perlindungan..
Amiiiinnn...



"Addin An-Nasihah ^___^

Saturday, August 18, 2012

Bagaimanakah Cara Terbaik Menyambut `Eidul-fitri?

Ummat ISLAM menyambut `Eidul-Fitri setelah sebulan menghadapi ujian dan ibadah berpuasa di bulan Ramadhan.  Ia disambut pada 1 Syawwal dengan perasaan syukur kepada ALLAH `Azza wa Jalla yang banyak memberikan keampunan dan ganjaran yang besar sepanjang sebulan Ramadhan tersebut kepada hamba-hambaNYA.


Bagaimanakah cara terbaik kita menyambut `Eidul-fitri?

1.  Bertakbir

ALLAH Ta`ala berfirman:

“Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan) dan bertakbir atau membesarkan  ALLAH atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.”

(Surah al-Baqarah, 2:185)

Disunnatkan bertakbir pada malam hari raya sehinggalah Imam datang untuk memulakan solat sunnat `Eidulfitri pada hari raya.  Dituntut untuk meninggikan suara ketika bertakbir.  Wanita tidak dibenarkan meninggikan suara ketika bertakbir.

2.  Mandi, memakai wangi-wangian dan mengenakan pakaian yang terbaik. 

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam diriwayatkan memakai pakaian yang paling cantik ketika Hari Raya.  Malah Baginda mempunyai pakaian khusus untuk dipakai pada hari Jumaat dan Hari Raya.

Walau bagaimanapun, wanita tidak dibenarkan untuk memakai wangi-wangian dan berhias apabila keluar dari rumah bagi mengelakkan fitnah.

3.  Makan dahulu sebelum solat `Eidulfitri. 

Anas bin Malik r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w tidak keluar pada hari  `Eidul-fitri sehingga Baginda makan beberapa biji tamar (dan Baginda makan dalam jumlah yang ganjil)”

(HR al-Bukhari)

4.  Berjalan kaki ke tempat solat.

Ibnu Umar r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w keluar untuk menunaikan solat sunnat Hari Raya dalam keadaan berjalan dan pulang dalam keadaan berjalan.” 

(HR Ibnu Majah.  Dikategorikan hasan oleh al-Albani)

5.  Ikut serta wanita dan anak-anak.

Ummu `Atthiyyah berkata:

“Kami diperintahkan untuk mengeluarkan semua gadis dan wanita haid pada kedua-dua Hari Raya (iaitu `Eidul-Fitri dan `Eidul-Adha) agar mereka menyaksikan kebaikan pada hari itu, juga doa dari kaum Muslimin.  Hanya sahaja supaya wanita-wanita yang haid menjauhi tempat solat.”

(HR al-Bukhari dan Muslim)

6.  Mengerjakan solat `Eidulfitri.

Hukum mengerjakan solat `Eidul-fitri ialah sunnat muakkad.  Pada zaman Rasulullah s.a.w, Baginda melakukan solat `Eidul-fitri secara berjamaah di musolla iaitu satu kawasan lapang di luar.  Nabi s.a.w tidak pernah melakukan solat Hari Raya di masjid melainkan hanya sekali kerana hujan turun.

Walau bagaimanapun, jika masjid itu besar dan boleh menampung jumlah jamaah yang banyak, maka bolehlah dilakukan di dalam masjid.

7.  Mendengar khutbah Hari Raya.

8.  Pulang dari solat Hari Raya dengan menggunakan jalan yang berbeza.

Apabila pulang dari solat `Eidul-Fitri, disunnatkan kita menggunakan jalan yang berbeza dari jalan yang digunakan untuk ke tempat solat.  Hal ini pernah dilakukan oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.

9.  Mengucapkan tahniah

Terdapat riwayat yang menceritakan bahawa para sahabat radhiAllahu `anhum saling memberikan ucapan:

“TaqabbalAllahu minna wa minkum”  yang bermaksud “Semoga ALLAH menerima dari kami dan kalian”
 

"Addin An-Nasihah ^___^

:::SAHABAT-SAHABATKU:::