Hiii...!


Wednesday, August 31, 2011

Raikan Tetamu

Assalamualaikum w.b.t


Hari kedua raya yang sunggah best. Semalam hari raya pertama, selesai solat sunat hari raya, singgah rumah acik Hajar ambil barang-barang HPA dan alang-alang terus beraya. Alhamdulillah, dapat barang beli brang HPA, dapat makan kuih raya dan dapat duit raya lagi walaupun dah tua bangke dah.huuu. Habis beraya terus pergi ipoh ziarah kubur arwah mak tok dan tok serta ziarah rumah mak cho dan acik E, adik beradik mak.

Hari raya kedua, tak sempat nak pergi mana-mana, dari pagi hingga petang tak putus-putus tetamu datang. Sukanye...dapat jumpa sedara mara belah mak dan abah juga. Kegembiraan menerima kedatangan tetamu hanya Allah sahaja yang tahu, tambahan pula ada anak sepupu yang boleh bermain bersama. Riuh rumah dengan suara budak-budak. Dah lama tak main, hari ini dapatlah main dengan budak-budak...senang rasa dihati mengusik anak-anak sepupu.

Suka menerima tetamu tidak kira datang dimana pun samada datang kebilik jika di kolej ataupun datang ke rumah kerana saya mengetahui bahawa datangnya tetamu itu membawa pahala dan pulangnya tetamu itu membawa dosa-dosa kita. Bukan bermaksud tetamu tu tanggung dosa kita pula, nanti semua tetamu datang taknak pulang-pulang pula...hehe. Maksudnya pulangnya tetamu tu menghapuskan dosa-dosa kita, InsyaAllah.

Maka dengan itulah kita disuruh nabi untuk melayani tetamu dengan sebaiknya. Memberi makan minum, meraikan perbualan dengannya dan menyampaikan berita-berita yang baik.


Pernah diriwayatkan bahawa Nabi Sulaiman a.s pernah ditegur oleh Allah SWT, kerana pada saat baginda didatangi seorang tetamu dari kaum kafir, baginda tidak sepenuh hati memuliakan tetamunya itu. Baginda merasa tidak perlu memuliakan dan menghargai tetamunya seperti baginda memuliakan dan menghargai tetamunya dari sesama pengikutnya. ‘Disebabkan ia bukan umatku yang beriman’, begitulah fikir Nabi Sulaiman. Lantas baginda hanya memberinya minum dan bercakap seadanya. Setelah tetamu itu pulang, datanglah malaikat Jibril a.s menyampaikan teguran Allah: “Wahai Nabi Allah, Allah menegurmu, mengapa engkau perlakukan tetamu seperti itu ?

Jawab nabi Sulaiman:”Bukankah dia (tetamu itu) dari golongan kafir?” Jibril bertanya:”Siapakah yang menciptakan langit dan bumi ini?” “Allah!” Jawab Nabi Sulaiman penuh yakin. “Siapakah yang menciptakan malaikat, jin dan manusia?” “Allah!” “Siapakah yang menciptakan tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan?” “Allah!” “Siapakah yang menciptakan orang kafir itu?” “Allah!”
“Lalu, berhakkah engkau berlaku tidak adil terhadap ciptaan Allah? Sementara Allah adalah zat Yang Maha Adil?” Nabi Sulaiman a.s terdiam dan terus bersujud.
“Ya, Allah! Ampunilah hamba-Mu yang telah berbuat zalim ini.” Kemudian malaikat Jibril menyampaikan wahyu Allah:”Wahai nabi Allah, datangilah dan pohonlah kemaafan kepada orang itu. Ampunan Allah tergantung daripada kemaafannya.”. Bergegaslah Nabi Sulaiman mencari tetamunya tadi. Setelah bertanya ke sana ke mari dan mencari-cari, ternyata, tetamunya itu sudah jauh berjalan meninggalkan kota. Nabi Sulaiman a.s dengan pantas mengejar tetamunya itu. Setelah bertemu, dan dengan nafas yang masih termengah-mengah, baginda berkata: “Saudara, tunggu…!”

Tetamu tadi menoleh dan hairan melihat keadaan Nabi Sulaiman. “Kenapa?” “Saudara… sudikah engkau memaafkan perlakuan saya , ketika mana saudara menjadi tetamu di rumah saya tadi?” Orang itu diam. Dalam hatinya, sebenarnya dia merasa wajar diperlakukan seperti itu, kerana dia memang bukan termasuk di dalam golongan pengikut Nabi Sulaiman. Dia tidak menerima ajaran Tauhid yang dibawa oleh baginda. Tetapi dia terus juga bertanya: “Kenapa, wahai Sulaiman?” “Allah menegurku, setelah engkau pulang dari kediamanku.”
“Allah? Siapakah dia?” Tetamu itu bertanya. “Allah adalah Tuhan, Tuhan Kami dan Tuhan Engkau, Yang menciptakan langit dan bumi, dan semua isinya. Dia yang menciptakan malaikat, jin dan manusia. Dia Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya.”
“Lalu, kenapa Dia menegurmu?” “Allah menegurku, kerana aku sudah tidak berlaku adil terhadapmu. Aku tidak memuliakanmu. Allah yang Maha Kuasa selalu bersifat adil terhadap semua hamba dan ciptaan-Nya, mengapa aku berlaku tidak adil terhadapmu?”
“Sebegitukah Tuhanmu wahai Sulaiman, memperlakukan aku, walaupun aku bukan dari golonganmu?” Tetamu itu bertanya penuh taajub .”Iya…! Maafkan sikapku tadi wahai saudara, ampunan Allah tergantung dengan kemaafanmu” Nabi Sulaiman meminta.
“Saksikanlah, wahai Sulaiman! Asyhadu alla ilaa ha illallah, Wa anta Rasulullah!” Orang itu memeluk nabi Sulaiman a.s. Nabi Sulaiman pun memeluk tetamunya itu dengan penuh rasa terharu.

Walau dengan siapapun kita bersama atau dengan siapa pun kita berjumpa, yang penting tunjukilah akhlak yang baik seiring dengan perintah Allah s.w.t dan sunnah Rasulullah s.a.w.



"Addin An-Nasihah ^___^

Monday, August 29, 2011

Aduhai Kek

Assalamualaikum w.b.t

Syukur pada Pencipta langit dan bumi serta seluruh isi didunia ini, Maha Suci Allah s.w.t tuhan sekalian alam. Alhamdulillah padamu Ya Allah, memberi aku peluang untuk terus hidup dan beribadah, masih memberi peluang kepadaku untuk bernafas dan memohon ampun atas kesilapan dan dosa-dosaku yang bertimbun banyaknya.

Alhamdulillah ya Allah....memberi kesempatan kepadaku untuk berpuasa sebulan bersama keluarga tercinta, dan lepas ini dah sambung balik belajar untuk semester ke empat pulak...fuh..semakin mencabar...semoga kemasukan kali ini lebih bersemangat dari sebelum-sebelunya walaupun dalam hati...takutnya nak menghadapi semester hadapan. InsyaAllah..Allahkan ada.!

Petang tadi buat kek, kononnya la...nak buat kek coklat basah. Tapi tak jadi..huuuhuu.... Kek tu pada mulanya naik cantik dah, naik dan naik....sampai terkeluar bekas..habis meleleh.. sedeh tengok kek saya jadi camtu...tak pe la, tunggu dan lihat lagi.. Lama-lama tu kek tu kempis??? Maksudnya menurun la...adoii..makin sedeh saya.

Kek tu macam iman eh, ada naik turun. Die nak bagitahu kot, "amboiii, bulan puasa mula-mula iman naik cantik...sampai melimpah-limpah dengan baca qurannya, pergi masjidnya,qiamnya...semangat eh...!" "Dah lama puasa, merundum iman...turun iman, tambah-tambah nak raya ini...aaa turun seperti kek ini lah!"

Ish...wahai kek, terima kasih sebab mengingatkanku....walaupun tak jadi cantik macam kek orang lain, tapi rasamu masih seperti kek dan boleh dimakan lagi. Masih boleh diperbaiki lagi dengan membuat toppingnya...hee.. Iman pun boleh diperbaiki terutamanya selepas ramadhan ini...ISTIQOMAH!! InsyaAllah berjaya!

Dikesempatan ini nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin. Sambutlah lebaran dengan penuh rasa kesyukuran....

Allahkan ada...................^_^

p/s Jom datang rumah, rasa kek saya..hikhik.



"Addin An-Nasihah ^___^

Tuesday, August 9, 2011

Merentasi perjalanan Menuju Rabbi

Assalammualaikum..

"Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi"



Allahhuakhbar.....!

Begitulah post terakhir daripada seorang sahabat perjuangan ana di wall facebooknya sebelum dia meninggalkan kami semua untuk selama-lamanya dalam dunia persinggahan ini akibat kemalangan jalan raya. Seorang mujahid Islam yang berumur 23 tahun.

Pemergiannya sangat dirasai oleh sahabat-sahabat terutamanya bagi yang pernah bekerjasama dan berurusan dengannya semasa di Politeknik Ungku Omar samada organisasi Kamsis mahupun PSSI. Panggilan masuk dan inbox dipenuhi masej daripada sahabat-sahabat yang memaklumkan pemergian arwah ke rahmatullah. Di facebook pula penuh dengan ucapan doa daripada sahabat-sahabat kepadanya...on sahaja fb, penuh dengan ingatan daripada sahabat-sahabat...begitu terasa kehilangannya....

Bagaikan tidak percaya adik yang suka mengusik, suka tersenyum dan amat mudah mesra itu pergi untuk selama-lamanya, namun hati sahabat-sahabat kembali terpujuk apabila mengingatkan bahawa persahabatan kami dan dirinya adalah kerana Allah, tautan ukhwah kami bermula semasa dijalanMu untuk menegakkan kalimah Laillahaillah di bumi PUO. InsyaAllah, jika ukhwah keranaMu, InsyaAllah..kita akan bertemu disana nanti. Bezanya, dirimu pergi terebih dahulu sebelum kami.





Pemergiannya memberi hikmah dan peringatan buat sahabat-sahabat yang ditinggalnya.

1) Bagaikan mendapat pesanan daripadaNya melalui pemergian adikku faiz, bahawa kematian itu tidak mengenal siapa dan dimana dan bila. Bila sudah sampai ajalmu, tidak kira kamu muda atau tua. maka sentiasalah besedia untuk sebuah kematian yang akan memutuskan kamu dari segala-galanya didunia ini melainkan amal jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh...InsyaAllah sahabat-sahabatmu akan mendoakanmu.

2) Pada hari peninggalanmu, dirimu telah mengumpulkan sahabat-sahabat yang sudah lama tidak bertemu walaupun sahabat-sahabat sedang merancang untuk bertemu didalam bulan Ramadhan ini, tetapi pertemuan yang tidak dirancang berlaku....Allah...pasti dirimu gembira melihat wajah-wajah sahabat yang sentiasa mengingatimu dan tidak putus-putus mendoakanmu adiku.

3) Pemergianmu menyedarkan bahawa ukhwah yang terbina itu bukan sia-sia, bukan saja-saja, tetapi satu anugerah yang perlu dijaga,yang perlu dipelihara dan perlu dihargai. Tambahan pula sikapmu yang rajin bertanya khbar sahabat-sahabat menjadi peringatan kepada kami untuk lebih menghargai sahabat-sahabat yang masih ada disisimu selagi masih berpeluang untuk bertanya khabar, bertemu dan bersama.

4) Selepas mengetahui pemergianmu, sudah pasti sahabat-sahabat akan menjengah wall facebookmu, dan melihat status terakhirmu. Syukur, status terakhirmu mengingatkan tentang perjalanan menuju rabbi. Kata-kata terakhirmu adalah kata-kata seorang hamba yang mencintai untuk bertemu Allah... MasyaAllah.... sesungguhnya Ya Allah... jauhilah kami daripada kata-kata cinta yang dusta, kata-kata cinta selain kepadaMu dan keranaMu Ya Allah... Sesungguhnya sahabat, kata-kata terakhirmu telah menjadi ingatan dan peringatan yang amat terkesan disanubari selamanya. Setiap postmu di wall subur dengan kata-kata peringatan dan pesanan berkenaan Islam... Bagaimana pula kita?? post terakhir kita? Gambar di fb kita? tutupkah aurat kita? Adakah subur dengan post cintakan islam, cintakan Allah..atau dipenuhi dengan kata-kata cinta dunia? kekecewaan dengan manusia? Mengumpat? mengata? Nauzubillah....Kita tidak tahu bila saat kematian kita, maka persediaan perlu dibuat sentiasa, peringatan perlu ada untuk diri sendiri...supaya perginya kita membawa erti, menjadi gambaran seorang islam yang cintakan Allah...

Sebelum tidur semalam, seorang sahabat ana telah menghantar sms kepada ana. Dia memberitahu bahawa sukar untuk tidur kerana mengenangkan arwah.

"Ana redha dengan pemergianya"katanya.
"InsyaAllah, arwah tahu siapa yang mengingatinya, banyakkan sedekah al-Fatihah untuknya"
"Tempatnya kini berbeza dengan tempat kita, tapi yang pasti kita juga akan kesana, cuma dia pergi dahulu...kita pergi kemudian, yang pasti kita akan bertemu disana...InsyaAllah"

InsyaAllah, sebagai rantai perjuangan Rasullullah...yang tiada rehat semasa didunia ini..maka berehatlah disana wahai sahabat...masa rehatmu sudah tiba, kami disini masih perlu meneruskan rantai-rantai perjuangan rasulullah....semoga Allah memberi kekuatan kepada kami untuk terus beristiqomah di medan dakwah dan semoga Allah menempatkanmu bersama-sama perjuang Islam yang digelar syuhada. Aminn.

Ungkapan asy-Syaheed Sayyid Qutb di ambang kepulangannya kepada ar-Rahmaan:

Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau siram pusaraku dengan air matamu
Maka di atas tulangku yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat umat mulia ini
Dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya

Kematianku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan Kekasih yang sedang merinduku
Taman-taman di syurga bangga menerimaku
Burung-burung berkicau riang menyambut ku
Berbahagialah hidupku di alam abadi

Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah roh ku terbang mendapatkan rindunya
Janganlah gentar berkelana ke alam abadi
Nun di sana fajar sedang memancar..


Al-fatihah buat adik Mohd Faiz Noorzailand...

"Addin An-Nasihah ^___^

Friday, August 5, 2011

Pemberi yang bersyukur

Assalamualaikum...

Suatu hari......perbualan dengan seorang adik,

"Pergi mana?"
"Bawa mak pergi ambil kuih raya kat kampung"
"Kuih apa?"
"Hari tu tempah..kak tahu kuih akok?"
Nilah kuih akok..
"Banyak ke tempah?"
"Banyak juga...ayah kata nak bagi kat orang untuk raya"
"Bagus eh ayah, sanggup tempah kuih pastu bagi kat orang"
"Ayah memang camtu kak, mungkin sebab pernah susah dulu"
"Adik contohi ayah dan mak nanti bila dah berkeluarga atau pun bila dah ada duit poket sendiri"
"InsyaAllah, adik memang suka sikap ayah yang ni, kalau dulu masa kecil, time tu masih duduk rumah sewa lagi, ayah selalu panggil sedara mara datang makan, sampaikan adik cakap.....habislah duit"
"Boleh pulak cakap camtu..hee"
"Ye la sebab dulu ingat ayah tak ada duit, tapi bila dah besar ni baru la faham..."

Barulah faham bahawa hidup mestilah memberi. Memberi kepada sesiapa sahaja. Memberi apa yang kita ada. Sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang sebenarnya kita memberi untuk kita. Tak perlu loket untuk memberi, tak perlu berasa beban untuk memberi kerana memberi dengan ikhlas itu tanda kita mensyukuri nikmat Allah kerana apa yang kita miliki sekarang semuanya milik Allah.


Kerja kat Kementerian Kewangan dahulu, sudah menjadi kebiasaan staf-staf kat sana menjadi orang yang memberi. Memberi nasihat, memberi tunjuk ajar dan kebiasaannya memberi makanan la...setiap hari ada sahaja yang akan belanja terutamanya time dapat gaji. seolah-olah mereka telah siapkan bajet daripada gaji itu untuk belanja makan. Ana boleh lihat dan smakin mengerti setelah sehari demi sehari melihat mereka-mereka yang suka memberi ini dimurahkan rezeki oleh Allah. Allah memberinya kesihatan yang baik walaupun sudah berumur, ada yang dapat kerje tetap, ada yang dapat dapat baby, ada yang dinaikkan pangkat, ada yang lulus exam kenaikan gred gaji kot..tak ingat dah..tapi exam la..heee.

Kalau tak punya apa-apa, apa nak diberi?

Memberi bukan hanya dengan harta benda, memberi senyuman, memberi pertolongan, memberi kasih sayang, memberi pendapat, memberi buah fikiran, memberi apa yang mampu diberi. Dengan memberi bererti kita menyenangkan orang yang menerima, sesungguhnya, Allah itu Maha Pengasih lagi Penyayang.

Baiklah ,antara memberi dan menerima, siapa yang paling gembira..? pemberi atau penerima? mestilah pemberi, pemberi akan berkali ganda gembira apabila si penerima gembira menerima pemberiannya. Seperti orang yang memberi salam akan dapat lebih pahala daripada yang menjawab salam. Pada zaman Rasulullah, tiada peluang langsung para sahabat hendak memberi salam kepada rasul, rasul selalunya terlebih dahulu memberi salam, kerana apa? kerana mahu memberi.

Makanya, berebut-rebutlah kita untuk menjadi pemberi, terutamanya bulan Ramadhan yang mulia ini, bulan yang penuh keberkatan dan rahmat Allah. Yang utamanya, betulkan niat...memberi bukan untuk minta dibalas..tetapi memberi kerana Allah. Tanda kita mensyukuri nikmat Allah yang hanya pinjaman ini. Waahualam..selamat berpuasa dan selamat memberi...


^_^ smile untuk kalian...


"Addin An-Nasihah ^___^

:::SAHABAT-SAHABATKU:::