Friday, September 28, 2012

Diamlah kecuali dari perkataan yang baik

Sebelum berkata-kata mahupun menulis, fikirkan sejenak firman Allah SWT & juga sabda Nabi Muhammad s.a.w yang InsyaAllah bermanfaat untuk diri kita;

"Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)." (Qaaf 50:18)

Al-Imam Al-Hakim tellah meriwayatkan dalam Mustadrak-nya dari ‘Ubadah bin Ash-Shamit bahwasanya Nabi s.a.w mengisyaratkan ke bibirnya dan berkata:

“Diamlah kecuali dari perkataan yang baik.”

Mu’adz bertanya kepada Rasulullah, “Apakah kita akan disiksa disebabkan apa yang diucapkan oleh lisan-lisan kita?” Rasulullah memukul peha Mu’adz, kemudian bersabda, “Wahai Mu’adz, ibumu kehilangan kamu”, atau beliau mengucapkan kepada Mu’adz apa yang Allah kehendaki dari ucapan. “Bukankah manusia ditelungkupkan di atas hidung mereka ke dalam jahannam tidak lain disebabkan kerana apa yang diucapkan oleh lisan-lisan mereka? Kerananya, siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah ia berkata baik atau ia diam dari berkata yang jelek. Ucapkanlah kebaikan niscaya kalian akan menuai kebaikan dan diamlah dari berkata yang jelek niscaya kalian akan selamat.”
(Dishahihkan Asy-Syaikh Muqbil t dalam Ash-Shahihul Musnad, 1/460)

Al-Imam An-Nawawi rh menasihatkan,;

“Sepantasnya bagi orang yang ingin mengucapkan satu kata atau satu kalimat, ia merenungkan dan memikirkan kata/kalimat tersebut dalam jiwanya sebelum mengucapkannya. Bila memang tampak kemaslahatan dan kebaikannya maka ia berbicara. Bila tidak, maka sebaiknya ia menahan lisannya.”
(Al-Minhaj, 18/318)
 
Pengajaran terbaru yang ana terima baru-baru ini adalah memang mudah hendak memohon maaf akibat bicara yang menguris hati seseorang dan mungkin kata maaf boleh diberi tetapi sejauh mana sakit dihatinya itu hilang. Tersentap juga ana, kerana selama ini ana fikir ringankan mulut sahaja untuk memohon maaf bagi kata-kata yang mungkin seseorang kawan tidak boleh menerimanya tapi tidak semudah itu. Walaubagimana pun kata-kata maaf memang satu azimat, namun sebaiknya cuba jaga bicara dan elakkan sesuatu perkara yang boleh menimbulkan kesan yang tidak membawa kebaikan walaupun niat asalnya baik.
 
 "Berfikir sebelum bertindak adalah satu kebijaksanaan". Lihat sahaja zaman ini, banyak orang berbicara tetapi bait-bait katanya kasar seperti orang yang tidak berakhlak walaupun apa yang hendak disampaikan itu ada kebenaran dan betulnya. Kata-kata yang seperti itulah yang menyebabkan orang tidak boleh menerima kebenaran yang hendak disampaikan. Matlamat betul, niat baik tetapi matlamat tak menghalalkan cara dan niat yang baik perlu diiringi dengan perlaksanaan yang Allah redha. Banyak yang perlu umat Islam masa kini perlu perbaiki, perlu banyak menyingkap sirah Nabi. Mencontohi akhlak Baginda Rasulullah SAW.

Sebaik-baik contoh tauladan adalah akhlak Rasullullah SAW~~




"Addin An-Nasihah ^___^

Friday, September 21, 2012

Ya Allah, damaikan qalbunya.





Semoga SABAR menjadi teman baikmu dalam menghadapi dunia yang penuh pancaroba, mulakan harimu dengan bacaan Al-Mathurat , kuatkan dirimu dengan bangun sepertiga malam dan lapangkan dadamu dengan bacaan ayat-ayat suci Al-quran serta terjemahannya. Hanya Allah tempat mengadu...kerana ujian hadir dengan dengan izinNya tanda sayangNya dia pada dirimu teman. Pasti pelangi yang indah sedang menantimu..setelah hujan lebat turun membasihi dirimu dalam keadaan dirimu tidak jangka bahawa hujan akan turun menimpamu pada waktu itu...tabahlah menahan gigil kerana kesejukan air hujan, kerana apabila hujan berhenti.. dirimu akan tersenyum melihat matahari yang akan mengeringkan pakaianmu dan menghilangkan kesejukanmu serta kehadiran pelangi yang indah selepas hujan akan damai mensaljukan qalbumu :)

"Addin An-Nasihah ^___^

Thursday, September 20, 2012

Impian itu doa

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang. Selawat ke atas Rasul kekasih Allah Muhammad SAW. Tiada cinta yang lebih sempurna melainkan cinta kepada Allah & RasulNya. Tiada kasih yang lebih bermakna melainkan kepada Mak & Abah tersayang.

Sudah hampir 3 bulan berada di Darul Mubarak. Ini bermakna, praktikal ana tinggal 1 bulan sahaja lagi. Alhamdulillah..banyak pengalaman yang boleh dikutip. Banyak ilmu yang telah dipelajari. Banyak pengajaran dan panduan juga diperolehi. Semuanya mempunyai 1001 makna, pengalaman masa kini adalah asset yang paling berharga untuk masa hadapan :)

Yang paling best, menjalankan praktikal di Darul Mubarak iaitu sebuah agensi pelancongan dan umrah, sedikit sebanyak membawa ana mengenali dunia luar..terutamanya sebuah tempat yang menjadi impian ana untuk dijejaki...iaitu tanah suci. Jika dilihat..seawal penubuhan blog ini ana ada nyatakan di bawah blog ana ini impian yang ingin dicapai.. Alhamdulillah...impian pertama, InsyaAllah...setelah pelbagai onak duri Kau beri :')

Berbalik kepada tadi, siapa yang tidak mahu menjejakkan kaki ke Tanah Suci..semua mahu. Ana seronok menjalankan praktikal di Darul Mubarak kerana kawan-kawan sekerja disana semua mempunyai pengalaman ke Tanah Suci dan tak lokek berkongsi cerita dan tak jemu juga menjawab pertanyaan ana tentang Tanah Suci. Terasa dekatnya tempat suci itu apabila mengenalinya dengan lebih mendalam daripada sebelum ini. Semoga ini menjadi persediaan buat ana untuk menjejakkan kaki di sana suatu hari nanti, InsyaAllah :)



Semua bermula dengan niat & doa :) Jika kita impikan sesuatu, pasanglah niat untuk impian itu dan banyakkan berdoa. Allah Maha Mendengar, pecaturan Allah juga sangat hebat. Percayalah! Yang pasti..Allah akan beri apa yang kita impikan apabila kita telah layak dan cukup bersedia untuk menerimanya.

Saat ini, report harian praktikal alhamdulillah masih up to date..hehe. Yang tergendala buat masa ini adalah report akhir. Waaa...rajiinnnya...kalo lah ada orang offer nak tolong fikirkan, kan best :) Kawan-kawan kat opis selalu ok je, selalu bagi kerjasama, kadang-kadang mereka sama-sama fikirkan tentang projek apa nak buat... cume penulis ini je yang 'rajin' nak fikir lagi.. Penyelia laporan UUM mungkin akan datang anytime, anywhere, anybody and i dont know...huhuuu. Tak sabar-sabar menanti kedatangan Puan Hawa! Rindunya kat puan, my guru yang ajar Algebra Linear sem 2 dan berwajah keibuan :) Ermm kena ready 24 hours lah for madam call me and say " I will come ur place for see u".

I still waiting u madam!
Minta doa semuanya baik-baik aja ya :)

Hidup mesti ada cita-cita, impian dan juga matlamat.. tak salah juga jika punyai angan-angan, yang penting, asasnya untuk mardhotillah :) Yang baik itu dari Allah, Yang buruk..salah..silap itu dari diri penulis ini sendiri..maaf dipinta.

Sekian, wassalam.



"Addin An-Nasihah ^___^

Friday, September 7, 2012

Cara Menguatkan Roh Ukhuwah

Assalamualaikum w.b.t
Ukhwah adalah satu ikatan hati dan rohani. Apabila telah wujud jalinan ukhwah maka perlulah kita suburkannya agar berkekalan dan lebih indah. Ukhwah fillah iaitu ukhwah kerana Allah adalah jalinan ukhwah yang paling indah and the best :)  Apa maksud ukhwah fillah? ukhwah fillah pada pandangan ana adalah jalinan persahabatan yang kita jalinkan tanpa ada sebab untuk kepentingan diri sendiri, tetapi untuk kepentingan agama Allah dan untuk kehormanian hidup sesama kita.. :) Ukhwah yang terbaik bagi ana ialah bila nampak sahaja kelibat sahabat itu, mesti ada rasa excited nak tegur, rasa bebas nak bercerita apa sahaja tanpa rasa takut sekiranya ada rahsia yang terlepas...sebab semua tentang kita sahabat kita itu tahu. Itulah ukhwah yang terbaik :)
Jom suburkan roh-roh ukhwah !

MEMBERITAHU KEPADA SAUDARA YANG DICINTAINYA - Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaknya ia memberitahu kepadanya." HR Abu Daud dan Tirmizi.

Bila ada sahabat, jangan lupa nyatakan padanya yang kita rasa seronok bersahabat dengannya, rindu dan sayang padanya...bukan untuk membodek eh tetapi untuk suburkan rasa kasih sayang dalam persahabatan agar sahabat rasa dirinya dihargai bukan pada waktu susah sahaja tetapi pada waktu senang juga :)


BERDOA UNTUK MEREKA - Menurut riwayat Muslim bahawa Rasullah bersabda: "Tidak seorang hamba mukmin berdoa untuk saudaranya dari kejauhan kemungkaran melainkan malaikat berkata; dan bagimu juga seperti itu."




Berdoa adalah hadiah paling berharga dan mahal dari kita buat sahabat yang kita kasih. Berdoalah agar ukhwah antara kita dan sahabat dipelihara oleh Allah.  Berdoakan kebaikan untuk dirinya jika ada kekuranganya yang kita tak dapat terima, dan berdoalah agar kita menjadi sahabatnya yang boleh membawa dirinya dan diri kita ke jalan yang Allah redha :) Percayalah..mendoakan sahabat merupakan petua paling berkesan dalam mengeratkan ukhwah, dalam kita tak sedar...Allah akan eratkan dengan pelbagai cara seperti berbaik sangka, mudah memaafkan, saling mengingati dan semakin hari semakin sayang akan persahabatan yang terbina :)




BERJABAT TANGAN BILA BERTEMU - Rasulullah SAW menganjurkan umatnya bila bertemu dengan saudara-saudara agar cepat-cepatlah berjabat tangan sesuai dengan hadis yang diriwayatkan Abu Daud dari Barra: "Tidak ada dua orang mukmin yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan keduanya diampuni dosanya sebelum berpisah."



Apabila bertemu bersalamanlah kerana sentuhan itu pengerat ukhwahnya. Apa yang ana kagum di tempat kerja ana sekarang, staff lelaki rajin bersalaman sesama mereka bila masuk pejabat, setiap hari begitu..Subhanallah :) Yang mendahulukan huluran tangan lebih baik daripada menyambutnya. Lebih cantik sekiranya, disertakan dengan kata-kata maaf. Latihkan diri kita, jika bersalaman sahaja tidak kira dalam keadaan apa pun dan dimana pun...berjabat tangan sahaja automatik mulut mengungkap perkataan 'maaf ya'. Walaupun mungkin ada yang mengata..eh macam raya pula..eh baru kenal, xada dosa apa pun dll. Tetapi kita mesti ingat..dosa dengan Allah kita boleh mohon ampun denganNya dan Allah Maha Pengampun. tetapi berdosa dengan manusia, kita akan berdosa jika ada perkataan dan perbuatan yang menguriskan hatinya selagi kita tidak memohon maaf. Kita tidak tahu hati sahabat kita, tapi bila kita maaf semoga hatinya kembali lembut untuk memaafkan dan insyaAllah ukhwah akan terjalin dengan sucinya..MasyaAllah :)


 
MENGUNJUNGI SAUDARA - Dalam kitabnya Al Muwathtaa Iman Malik meriwayatkan: Bersabda Nabi Muhammad SAW bahawa Allah berfirman : "Pasti akan mendapat cintaku orang-orang yang mencintai kerana Aku, dimana keduanya saling berkunjung kerana Aku dan saling memberi kerana Aku."





Memang tidak dapat dinafikan, amalan kunjung mengunjung dapat menyuburkan ukhwah yang terbina. Sebab tu bulan Syawal digalakkan amalan kunjung mengunjung sempena sambulan Hari Raya. Pergilah kunjungi kampung, rumah dan keluarga sahabat-sahabat kita bila ada peluang. Teringat ana dengan kata-kata sahabat ana. Ana kata "Dia sahabat rapat dan kami pernah sebilik semasa belajar", rakan ana tanya kembali " Sudah pernah pergi ke rumahnya dan menggunakan tandas rumahnya?" ,  Ana menggelengkan kepala.." Tidak pernah",  Dia pun berkata "Itu masih belum dikatakan sahabat rapat". Amiklah peluang semasa bersahabat untuk beraya rumahnya, hadiri kenduri rumahnya, singgah ntuk tumpang solat, singgah untuk berehat dan bermacam-macam lagi cara dan alasan untuk kita mengunjungi sahabat kita yang penting tidak menganggu dan terlalu menyusahkannya :) Sahabat yang baik akan menerima kedatangan sahabatnya dengan hati terbuka..InsyaAllah :)




MENYAMPAIKAN UCAPAN SELAMAT - Diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Barangsiapa mengucapkan selamat kepada saudaranya ketika saudaranya mendapat kebahagiaan nescaya Allah menggembirakan pada hari kiamat." (HR Tabrani).


Ucapkan sesuatu yang boleh menggembirakan hati sahabat. Jika hari lahirnya, wish la, jika hari raya, wish, jika mendengar kejayaannya, kebahagiannya..ucaplah tahniah dan sebagainya. Paling tidak pun..wish la selamat pagi, selamat malam :p Lebih comey, cantik dan molek setiap ucapan itu disertakan dengan doa. Contohnya, selamat jalan..semoga Allah melindungi dirimu selalu. Indah bukan :) atau..boleh ke....jalan baik2x ya..jatuh bangun sendiri ..erk? :p

 

MEMBERI HADIAH - Imam Dailami meriwayatkan dari Anas dengan marfu' bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Hendaklah kalian saling memberi hadiah kerana hadiah itu dapat mewariskan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati." Dalam hadisnya marfu, Imam Thabrani meriwayatkan dari Aisyah RA bahawa Rasulullah bersabda ertinya: "Biasakanlah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan saling mencintai."





Yeah! Ana suka dapat hadiah..hehe. Hadiah buatan tangan sahabat untuk kita lagi ana suka :) Jadi...jika diri kita gembira dapat hadiah, mesti sahabat-sahabat kita juga begitu. Apa yang kita suka sahabat lakukan pada kita, kita lakukanlah pada sahabat. Lagi kita sayang sahabat kita, lagi macam-macam kita fikirkan nak bagi hadiah apa. Barang yang kita sayang dan suka, itu kita berikan pada sahabat...dengan rela hatinya, itu tanda ukhwah kita dengan sahabat semakin kukuh. Hadiah tak semestinya bagi barang, macam-macam cara kita boleh lakukan untuk menghadiahkan sahabat sesuatu seperti hadiahkan senyuman, belanja makan, bawa jalan-jalan, pada ana...hadiah ini adalah memberi sesuatu yang boleh menggembirakannya, memberi kenangan padanya samada ia kenangan melalui barang atau peristiwa manis :)

MEMPERHATIKAN KEPERLUAN SAUDARA - Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. Bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Siapa yang meringankan beban penderitaan seorang mukmin di dunia pasti Allah akan meringankan beban penderitaannya di akhirat kelak. Siapa yang memudahkan orang dalam keadaan susah pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutupi aib seseorang muslim pasti Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan akhirat. Dan Allah akan selalu menolong hambaNya jika hamba tersebut menolong saudaranya." (HR Muslim)



Setiap sahabat kita ada haknya yang patut kita tunaikan. Ustazah ana pernah berpesan, jagalah hak kawan kamu..insyaAllah Allah akan menjaga hak kamu pula. Hak sahabat untuk dirai kehadirannya dalam hidup kita. Kita mesti raikannya dengan melayannya dengan baik, senyuman dan pertolongan bila die berada dalam kesusahan. Walaupun ini diri kita, tetapi kita punyai tanggungjawab dan orang disekeliling kita punyai hak dan memerlukan kita. Begitu juga kita. sebab kita tidak sempurna :)

 Sekian , jom suburkan ukhwah :)


"Addin An-Nasihah ^___^

Tuesday, September 4, 2012

PKLP Raya HPA

Assalammualaikum w.b.t

Kita merancang dengan cita-cita, Allah merancang dengan cinta-Nya.

Syukur, akhirnya dapat juga bawa mak pergi program Program Khas Laluan Ke Puncakjaya (PKLP) Raya di Seri Iskandar iaitu sebuah program anjuran Herba Penawar AlWahida (HPA). Kami pergi tiga beranak, mak paling bersemangat nak pergi, mungkin sudah bosan cuti dirumah atau sebab belum pernah pergi lagi program HPA walaupun mak pengguna maintain...huhu. Program PKLP tak membosankan sebab ia sebuah program yang boleh menaikkan semangat peserta dengan lagu-lagunya, penceramah-penceramahnya serta audio yang digunakan menarik.

Ini kali ketiga ana pergi PKLP, setiap PKLP ada perbezaanya. Yang pasti selepas PKLP akan ada kesedaran berkenaan produk halal dan perjuangan produk Islam. Ramai orang tak mahu datang program PKLP yang dianjurkan oleh HPA ini mungkin kerana merasakan ia sebuah program promosi, perniagaan dan sebagainya. tapi sebenarnya program ini banyak menekankan kesedaran tentang permakanan, pemakaian dan kegunaan kita seharian. Hati ana berbisik, alangkah indahnya jika ramai yang hadir program begini, terutamanya ibu bapa kepada anak-anak yang kecil kerana tempoh inilah hendak mengenal dan mengetahui apa jenis keperluan dan kehendak yang terbaik untuk anak-anak mereka. Kepentingan makanan dan barangan yang halal perlu diserap sejak kecil agar membentuk peribadi anak yang berkualiti. Apa yang kita makan akan jadi darah daging kita, apa yang kita guna akan menentukan keberkatan dalam hidup kita.

Nampak remeh tapi penting kerana persekitaran kita terdapat 1001 macam perkara yang kita tidak tahu sebenarnya. Kita bukan jenis orang yang suke mengkaji, oleh itu kita kena paksa bawa diri ke program yang boleh memberi kita informasi :)


Halal, Toyyibah & Barakah

~Produk Halal Tanggungjawab Bersama~

"Addin An-Nasihah ^___^

:::SAHABAT-SAHABATKU:::