Friday, August 22, 2014

Resepi Raya 2014

Bismillahirahmanirahim.

Sejak kahwin ini, suka mengoogle resepi-resepi masakan. Wah..rupenya penting juga, banyak juga blog-blog yang membantu. So, selagi ia bermanfaat...kita kongsi, mungkin bawa kebaikan pada orang lain yang memerlukan..ye tak. 

Zaasss

Roti Jala

Bahan-bahan

1) 1 cawan tepung gandum
2) 1 biji telur
3) 1/2 cawan susu cair
4) 1/2 cawan air
5) 1/2 sudu kecil garam
6) pewarna hijau/kuning

Cara-caranya

1) Campurkan kesemua bahan-bahan tadi, kemudian di gaulkan.
2) Kemudian, blander semua bahan-bahan yang telah digaul tadi sehingga lembut.
3) Masukkan ke dalam bekas yang berlubang.
4) Masak.


Nasi lemak

Bahan-bahan

1) 5 cawan Beras
2) 6 1/2 cawan air
2) Santan
3) Pandan
4) Garam
5) Halia 1 inci

Cara-cara

1) Masukkan kesemua bahan-bahan di atas dalam periuk nasi, kemudian rendam selama 20 minit dan masak.


Sambal Nasi Lemak

1) Segengam ikan bilis
2) 18 biji bawang merah
3) 2 biji bawang besar
4) 5 biji bawang putih
5) 7 sudu cabai blander
6) Sedikit air asam jawa
7) 2 cawan air
8) 2 gulung Gula Merah
9) 2 gengam ikan bilis

Cara-cara

1) Goreng ikan bilis sehingga rangup. Kemudian ketepikan.
2) Tumis bahan yang dikisar (bawang merah. bawang besar, bawang putih, ikan bilis) sehingga naik bau
3) Masukkan cabai blander, goreng sehingga naik minyak
4) Masukkan air asam jawa, air masak dan gula melaka.
5) Masak sehingga airnya kering 
6) Masukkan gula dan ikan bilis yang telah di goreng tadi.

Siaapp!!

Huhu. Alhamdulillah..inilah resepi pertama untuk kawan-kawan suami datang beraya. Resepi daripada en abee juga, mr chef in the house....ngee

Sekian TQ! :)

p/s : tak de gambar sebab tak sempat snap. Menaip sekadar untuk tak nak lupa.hihi

"Addin An-Nasihah ^___^

Friday, August 8, 2014

Terus istiqomah

Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah, akhirnya datang juga familyku ke teratak kami. Erm, berbuka puasa bersama. Riuh rendah jadinya..hehe. Bila semua balik, sunyi balik rumah... mana taknye tinggal kami berdua saje.






Anyway, sebulan dah hampir berlalu... Dalam sebulan ni, penuh dengan pelbagai cerita.. pelbagai kisah.
Apa yang istimewanya, terlalu banyak ibrah dan kebaikan di bulan Ramadhan boleh di gapai sang isteri-isteri dalam menjalani rumah tangga.

Seorang anak perempuan yang dah biasa tinggal sendirian dan bersama keluarga. Dulu balik keje je, mak dah siap masak untuk berbuka. Kalau sendirian, asal malas masak... boleh la makan apa yang ada je. Dulu lain sekarang lain. Allahurabbi, besar sungguh tarbiah buat semua isteri ... Bayangkan bangun awal pagi, siap makanan bersahur, bersiap ke masjid solat subuh, balik basuh kain, sidai kain. Selesai terus pergi kerja. Balik kerja cepat-cepat ready masuk untuk berbuka, erm..kadang-kadang tak sempat nak berhias sambut cinta hati balik..huhu. Sambung balik, lepas berbuka solat dan bersiap ke masjid. Malam pula lipat baju & iron baju. Kemudian baru tido.krooh...

Fuh.. pengalaman pertama di bulan sebagai seorang isteri. Namun bertapa tarbiahnya Bulan Ramadhan ini pada hambanya, masa ini lah latihan buat isteri dan suami. Banyak kesan dan terkesannya. Alhamdulillah... tarbiah di Bulan penuh berkah ini akan membawa kita ke arah yang lebih baik. Bulan puasa ini latihan untuk suami dan isteri. Berlatih untuk manage masa, bantu membantu tolong menolong dalam waktu yang padat dan singkat, bersama-sama menjalani ibadah, di tarbiah sama-sama susah dan senang, belajar merancang hidup dan berbincang dalam apa juga perkara kecik mahupun besar. Huhu..inilah di namakan tarbiah ramadhan di madrasah baitmuslim. :)

Pernah tanya suami, tahu tak bagaimana kita nak tahu ramadhan itu telah memberi kesan pada diri kita. Suami tanya macam mana? Tapi time tu lupa plak nak jawab...hehehe

Jawapannya... apabila kita masih terus beristiqamah dengan amalan kita sepanjang bulan Ramadhan. Masih terus rajin bersedekah, bangun malam, membaca Alquran, memasak... erk.. hehe.. dan sebagainya. 

Moga kita semua istiqomah dalam merebut  perhatian Cinta Agung :)



"Addin An-Nasihah ^___^

:::SAHABAT-SAHABATKU:::