Showing posts with label Bicara Sepi. Show all posts
Showing posts with label Bicara Sepi. Show all posts

Friday, January 2, 2015

Moga diri ini menjadi hambaNya yang Bersyukur

Bismilillahirahmanirahim..

Selamat tinggal 2014, welcome 2015. 

Allah masih berikan waktu untuk beribadat kepadanya, berikan masa untuk bertaubat dan berikanpeluang untuk berbakti kepada keluarga, agama, masyarakat dan negara.

Alhamdulillah, baru sahaja selesai cuti seminggu di Perak, cuti yang penuh makna terisi dengan pelbagai aktiviti bersama suami dan keluarga di kampung. Semua atas izinNya juga.

Syukur Allah mudahkan. Cuti seminggu sebab ikut suami nak habiskan cuti. Aa...baru kerja tak sampai setahun cuti dah nak dekat 10 hari dah, ngeee. Alhamdulillah...semua atas izin Allah. Itu juga rezeki. :)

Bulan Disember ini juga rezeki dapat komisyen umrah dan bonus tahun baru. Allahurabbi. Allah juga masih kurniakan nikmat sihat. Alhamdulillah. Dapat juga bertemu dengan sahabat-sahabat dan keluarga tersayang sepanjang seminggu. Nikmat kebahagiaan yang tak terhingga. 

Bahagia itu Allah yang beri. Setiap orang mempunyai tafsiran kebahagiaan yang berbeza. Bagiku apa yang ku milikiitulah kebahagiaan yang patut disyukuri.

Moga Allah sentiasa letakkan diri ini dikalangan orang yang bersyukur. Moga ujian kesenangan ini dapat dilalui dengan hati yang bersyukur dan semakin mendekati Allah iaitu dikala senang, bukan dikala susah sahaja seperti sakit, hati tidak tenang, gelisah, risau dan sebagainya.

Di kala aku disini, di luar sana banyak lagi orang yang susah. Tambahan baru-baru ini berlaku bencana alam iaitu banjir di bumi Kelantan, Perak, Pahang, terengganu. Jauh disudut disana..walaupun tidak mengenali tetapi memikirkan bertapa payahnya mereka menghadapi hidup, dengan kehilangan itu dan ini.

Aku bertanya kembali pada diri, jika aku di tempat mereka, mampu kah aku???? 

Allah...... Aku takkan mampu menghadapinya melainkan dengan izin Allah :'(

Aku dapat bercuti bersama keluarga dengan gembira, pergi kerja dengan selamat, punyai suami disisi, diberi komisyen bonus, mempunyai tempat tidur yang selesa, tempat tinggal yang sempurna... tetapi ada saudara seIslam ku yang hampir... bukan di luar negara tetapi satu negara, hanya jarak beberapa kilometer sahaja... merekalah yang dalam kesusahan..kini hidup dalam kerisauan, kesedihan dengan apa yang terjadi. 

mereka tidak mempunyai apa-apa... banyak harta benda musnah. Aku cuba bayangkan jika rumahku duduki kini tiada, barang-barang dalam rumah semua musnah. Allahurabbi...sukarnya. 

Oleh itu, sebenarnya apa yang ku miliki ini...sebenarnya hak mereka. Sebab apa yang ku miliki ini semua hak Allah. Apa yang dimiliki ini maka bersyukurlah dan apa yang mampu diberi bantuan berilah. 

Kulihat kembali... moga rezeki bulan disember ini dapat dikongsi bersama mereka, dan mana-mana keperluan yang boleh diberi sumbangkan. Moga usaha sedikit sebanyak ini dapat membantu mereka selain daripada doa. Maaf saudaraku... kerana aku tidak mampu menyumbang tenaga.

Ya Allah! Moga diri ini menjadi diantara hambaNya yang bersyukur.

Aminnnn 




"Addin An-Nasihah ^___^

Monday, September 22, 2014

Allah akan beri mengikut apa yang kita sangka.

Bismillahirahmanirrahim.

Sungguh pemurah Allah SWT, sungguh Pengasih ALLAH SWT & sungguh Maha Besar ALLAH SWT.

Suatu hari, cintaku selepas Allah & Rasul berkata... jika hendakkan sesuatu, doa betul-betul & sangkakan baik-baik kerana Allah akan beri mengikut sangkaan hambaNya.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W.  bersabda yang bermaksud : “Allah S.W.T. berfirman, ‘Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diri-Ku’.” (Hadis RiwayatAl-Bukhari)

Allah swt akan memberi dengan mengikut sangkaan hambaNya. Jika hambanya yakin akan doanya akan dimakbul Allah, maka Allah akan menurutnya. Tetapi jika hambanya berdoa tetapi masih ragu-ragu akan janji Allah.. maka ia berbeza kerana sejak awal lagi sudah berputus asa dan bersangka buruk terhadap Allah swt.

Begitu juga perihal kita apabila kita memohon ampun kepada Allah SWT, jika hambanya bertaubat dengan taubat Nasuha , maka Allah akan menerima taubatnya. Banyak sirah-sirah rasul dan cerita yang kita dengari berkenaan taubat. Contohnya cerita pembunuh yang membunuh 99 orang dan akhirnya membunuh cukup 100 orang apabila orang yang ke-100 itu menyatakan tiada harapan untuk dia diampunkan Allah. Tetapi si pembunuh yakin dan bersangka baik bahawa Allah itu Maha Pengasih. Akhirnya die bertemu dengan orang yang benar... maka taubatnya diterima Allah swt.

Allahurabbi...!

Mengalir air mata menangis hati ini, apabila mengenangkan bertapa baiknya ALLAH swt pada hambanya. Sedangkan hambanya ini penuh noda dan dosa. Diri ini tidak malu berkongsi apa sahaja kebaikan yang Allah berikan pada hambaNya yang hina dina ini. Bukan untuk menunjuk tetapi hendak orang tahu bertapa Allah itu Maha Mendengar, Maha Besar, maka jangan putus asa.

Astagfirullahhalazim..!
Allahuakbar..!

Diizin Allah untuk kami suami isteri memikul amanah dan anugerah yang paling berharga. Tiada lain melain sentiasa berdoa agar Allah jagainya lindunginya, kerana Allah adalah sebaik-baik perlindungan.

Terima kasih Allah.. cinta padaMu takkan pernah putus, takkan pernah jauh, takkan pernah hilang.
Moga Allah redhai kami selalu. Aminn

Selamat membesar dan berkembang dengan selamat wahai cinta hati kami. Kehadiranmu dinanti dengan penuh sabar. Kerana engkau bakal menyerikan lagi hidup kami.

Alhamdulillah :)

"Addin An-Nasihah ^___^

Thursday, March 7, 2013

Harap dapat kesana lagi

Assalamualaikum w.b.t

Ketika diri disibukkan dengan kerja,
Ketika diri telah dimaklumkan ketidak lepasan pergi kesana,
Ketika diri tidak beria-ria membuat persedian,
Ketika itu diri ini hanya mampu berdoa agar beri yang terbaik...
Ketika itu......1 hari lagi akan bertolak..
Ketika itu......waktu yang ku nantikan sejak 10 tahun yang lalu
Ketika itu......Detik itu......Impian ke-3 ku tercapai....
Tiada kata..tiada lafaz...hanya sujud syukur....
Kerana  aku hanya merancang dengan cita-citaku..
Tetapi Allah s.a.w pula merancang dengan CintaNya...

Dengan IzinNya...
Allah menjemput aku menjadi tetamuNya,
Alhamdulillah..SubhanaAllah...MasyaAllah...,!!!
Tiada lafaz yang mampu digambarkan,
Bertapa Allah benar-benar mendengar doa hambaNya,
Mak..Abah..Adik beradik...sahabat2x...ku yakin doa mereka!
Jika besar mana pun halanganya..
Jika sesukar mana pun jalannya..
Jika Allah izinkan..tiada apa yang boleh menghalang..
Bukan sebanyak mana wang yang dikumpulkan..
Bukan selama mana kita mencari masa...
Tetapi Sejauh mana kita berdoa....

Ya Allah..kini aku benar-benar merindui tanah haram itu,
Rindu ini melebihi rasa rinduku sebelum aku dijemput menjadi tetamuMu..
Rindu ini bagai tiada penghujung..
Rindunya aku pada Rasulullah..
Rindunya aku pada Tanah Suci Mekah
Rindunya aku pada Tanah Suci Madinah
Rindunya aku pada Kaabah..
Rindunya aku pada MasjidilHaram
Rindunya aku pada Raudhah
Rindunya aku pada Masjid Nabawi...
Rindunya aku hendak sujud dilantai bumi haram itu..
Masih terasa dekatnya diri ini padaMu..
Masih terasa sejuk hatiku..
Masih terasa tenangnya disana....

Dimana hendakku hilangkan rindu ini??
Mahu saja aku terbang pergi kesana...
Tapi apa dayaku...

Kini..ku ubat rasa rindu itu...
Dalam sujud menyembahMu..
Kini..ku ubat rasa rindu itu...
Dengan berdoa sepuasnya ku luahkan rindu itu..
Kini ku ubat rasa rindu itu..
Dengan memperbaiki perhubungan dengan manusia..
Ku ubat rasa rindu ini...
Dengan menggalakkan orang untuk ke sana..
Ku ubat sedikit rasa rindu ini..
Dengan berselawat kepada Rasullullah s.a.w
Ya Allah..semoga ada peluang ku kesana sekali lagi untuk ku lepaskan rasa rindu ini...








"Addin An-Nasihah ^___^

Tuesday, December 11, 2012

˚•♥Menatap Masa Depan Dengan Indah♥•˚

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sahabat saudaraku fillah..sesungguhnya hidup kita ada dalam tiga masa yakni masa lalu, masa kini dan masa depan..
Masa lalu adalah pengalaman perlu dijadikan pelajaran..

Masa kini adalah kenyataan perlu kita perjuangkan..

Sedangkan masa depan adalah harapan perlu kita rencanakan..

Masa depan adalah cita-cita dan harapan, maka perlu persiapan nyata untuk mewujudkan bukan sekedar dalam angan..

Saudaraku..sesungguhnya apa yang kita tanam di hari ini akan kita tuai di masa depan..

Siapapun yang ingin masa depannya baik hendaklah saat ini berbuat banyak kebajikan..

Mengingat keberhasilan masa lalu dapat menumbuhkan semangat menuju keberhasilan...

Namun jika hanya mengingat keburukan dapat membunuh semangat , mematikan tekad dan mengubur masa depan yang belum kita jalankan..

Saudaraku.. Jangan merasa sedih dengan masa lalu yang menyakitkan, namun segeralah bangkit meraih kebahagiaan..

Seburuk apapun masa lalu jika hari ini kita bertaubat dan bertekad untuk memperbaiki diri Insya Allah semua keburukan akan terhapuskan..

Maka jangan merasa suram menatap masa depan karena selama kita dalam kebaikan Insya Allah Dia akan memberi jaminan..

Agar masa depan kita lebih baik hendaklah keyakinan kepada Allah selalu kita tanamkan,lakukan berbagai aktifitas yang terbaik sesuai kemampuan, meneguhkan tujuan dan memantapkan kesabaran..

Sedangkan pupuk semua itu adalah iman, ilmu dan akhaq terpuji yang selalu kita amalkan..

Saudaraku.. yakinlan selama masih ada kehidupan tentu masih ada harapan..

Maka pandanglah masa depan dengan harapan yang indah dan gantungkan segala pengharapan kepada Allah Yang Maha Menentukan..

Sekian...copy & paste : p
˚•♥Menatap Masa Depan ♥•˚




p/s : pssssttttt esok 12/12/12 kan.....

  • Firstly, esok besday my abah tersyggggg!! Nak surprise per ek...mlm ni kena pk la ngan cik taman dan puan Mak..heee
  • Esok dapat result temuduga Yayasan Sofa..pe cite gamaknya..first temuduga after praktikal..dah la menguji mental nguh. pape pun, Allah dah aturkan................. tungguu je ler..atee  :)
  • Dan esok gak, pagi-pagi kena ikut cik taman keluar (awalnyaaa), ada temuduga kat ipoh sebagai guru tadika islam perak (haiii...duk mikir, betul ke nak jadi cikgu tadika..takut lak mikir kena buli dgn budk2...alahai) tapiii mak semangat! siap nak teman! Ikut je la...demi mak tercinta.. huhuuu..
  • Esok gak! Nak pi hanya barang 'Serbuk Penawar Blue Clay' untuk jual..semangat2x...tah dari manalah datang semangat berniaga sejak akhir2x ni...mungkinkah penangan ambil kos Buss Math?? Waallahua'alam...Harap2x istiqomah ler semangat ni...takut hangat-hangat ehemm jer.. Selagi ada penasihat cik taman & pengeluar modal My mak...insyaAllah...perlu sabo je ler.... baru je melangkah seibu jari kaki..dah rasa mcm2 dugaan~~ Allahumma Yassir Walatuassir Ya Karim.... 
"Kita rancang dengan cita-cita, Allah rancangan dengan CintaNya"

Luv Allah, Luv Rasulullah, Luv My Family, Luv Frend, Luv U all ... :)



"Addin An-Nasihah ^___^

Saturday, November 24, 2012

Hantar Report Praktikum

Assalamualaikum w.b.t

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah..rasanya tak terlambat nak berkongsi cerita pasal seminggu lebih di UUM di teratak Hati Sesejuk Salju ni. Agak busy akhir2x ini. Mana tidaknya, habis sahaja praktikal, sibuk menyiapkan report then pergi ke Kedah untuk hantar sendiri report. Bukan tidak mahu hantar by pos. Jika hantar by pos lebih jimat wang dan masa kan, tapi dah niat nak pergi UUM jugak dgn sedikit simpanan yang telah di bajet-bajetkan, Alhamdulillah, banyak hikmahnya bila bertemu sendiri dengan Puan Hawa iaitu pensyarah laporan saya dan nurul. Terasa puas dapat bertemu Puan Hawa, Puan Hawa memberi kata-kata semangat kepada kami berdua. 

"Puan, saya rasa berdebar saja bila fikir nanti pulang balik ke kampung memikirkan kemana saya selepas ini, apa pekerjaan saya"
"Kamu akan rasa begitu sebab masa disini kamu selalu di bimbing dengan kelas, rakan-rakan serta pensyarah-pensyarah..tetapi selepas ini kamu akan rasa tiada siapa nak bimbing kamukan..itu sebab kamu takut"
Saya dan nurul...angguk dan angguk...
"Jangan takut, banyakkan doa dan usaha...kamu kena ingat selepas ini Allah yang akan bimbing kamu"
Saya dan nurul..senyum :))

Terasa terubat rasa ketakutan di hati dan lebih yakin..iya betul..Allah sentiasa ada, rezeki adalah sesuatu yang dirahsiakan dari pengetahuan kita..namun Allah tetap bersama untuk meneruskan langkah seterusnya.. In Shaa Allah :)

Banyak lagi yang dibualkan dengan puan, pasal kos Matematik Perniagaan ini, nak kerja mana..huhu.. pasal temuduga dan perancangan selepas ini. Saya katakan hasrat saya pada puan bahawa buat masa sekarang ini, sementara nak tunggu panggilan interview, saya nak ceburi jualan online..(mohon doanya agar terlaksana).

Lega rasanya selepas hantar report dan saya meneruskan cuti-cuti saya di kedah sementara hendak tunggu majlis perkahwinan ex-coursemate yang akan diadakan lagi seminggu di Pulau Pinang. Alang-alang dah datang Kedah, semua makanan yang teringin nak makan..makan! Terima kasih nurul belanja Sizling..huhu..

Makanan kegemaran di DKG 6



Tak terlepas juga burger ayam special  dan Chicken Chop kat Dpp MISC...Alhamdulillah..lepas gak kempunan... dan satu lagi, makan nasi di rumah mak angkat kat jerlun, mak angkat masak ayam masak kicap..sedapnya 2 kali tambah..huhi..hilang kempunan dah... ;)  Sempat juga pegi berjalan pergi melawat keluarga angkat di Jerlun, melawat muzium padi dan balik rumah Nisa sekejap..jumpe familynya ^_^

Seminggu lebih di Kedah tak la cukup, nak jumpe semua tak terjumpa... Go cart pun tak sempat naik main.. :( tapi nak buat camne, nak stay lama-lama bajet dah lari lah..huhu. Serba salah pun ada bila tak bertemu beberapa orang yang rapat sebab mereka di DPP lain..tapi apakan daya, mungkin bukan jodoh. In Shaa Allah, konvo nanti baru datang kembali menjejakkan kaki di bumi yang penuh kenangan itu, tempat di mana cita-cita dan impianku tercapai dalam menuntut ilmu.

Dapat dah hadiah untuk konvo..walaupun lambat lagi... Tq adik :)

Walaupun seminggu lebih, tapi bermakna..persinggahan hampir 2 minggu ini akan tetap abadi dalam kamus hidupku.. Hari terakhir di Kedah bersama-sama rakan-rakan UUM gerak ke Majlis Perkahwinan sahabat kami Syahida & Abu.

Abu & Ida

Semoga berkekalan sampai ke syurga buat Abu & Ida :)

Semoga ada manfaat untuk post kali ini, buang yang keruh, ambil yang jernih. Wallahu'alam.




"Addin An-Nasihah ^___^

Thursday, September 20, 2012

Impian itu doa

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang. Selawat ke atas Rasul kekasih Allah Muhammad SAW. Tiada cinta yang lebih sempurna melainkan cinta kepada Allah & RasulNya. Tiada kasih yang lebih bermakna melainkan kepada Mak & Abah tersayang.

Sudah hampir 3 bulan berada di Darul Mubarak. Ini bermakna, praktikal ana tinggal 1 bulan sahaja lagi. Alhamdulillah..banyak pengalaman yang boleh dikutip. Banyak ilmu yang telah dipelajari. Banyak pengajaran dan panduan juga diperolehi. Semuanya mempunyai 1001 makna, pengalaman masa kini adalah asset yang paling berharga untuk masa hadapan :)

Yang paling best, menjalankan praktikal di Darul Mubarak iaitu sebuah agensi pelancongan dan umrah, sedikit sebanyak membawa ana mengenali dunia luar..terutamanya sebuah tempat yang menjadi impian ana untuk dijejaki...iaitu tanah suci. Jika dilihat..seawal penubuhan blog ini ana ada nyatakan di bawah blog ana ini impian yang ingin dicapai.. Alhamdulillah...impian pertama, InsyaAllah...setelah pelbagai onak duri Kau beri :')

Berbalik kepada tadi, siapa yang tidak mahu menjejakkan kaki ke Tanah Suci..semua mahu. Ana seronok menjalankan praktikal di Darul Mubarak kerana kawan-kawan sekerja disana semua mempunyai pengalaman ke Tanah Suci dan tak lokek berkongsi cerita dan tak jemu juga menjawab pertanyaan ana tentang Tanah Suci. Terasa dekatnya tempat suci itu apabila mengenalinya dengan lebih mendalam daripada sebelum ini. Semoga ini menjadi persediaan buat ana untuk menjejakkan kaki di sana suatu hari nanti, InsyaAllah :)



Semua bermula dengan niat & doa :) Jika kita impikan sesuatu, pasanglah niat untuk impian itu dan banyakkan berdoa. Allah Maha Mendengar, pecaturan Allah juga sangat hebat. Percayalah! Yang pasti..Allah akan beri apa yang kita impikan apabila kita telah layak dan cukup bersedia untuk menerimanya.

Saat ini, report harian praktikal alhamdulillah masih up to date..hehe. Yang tergendala buat masa ini adalah report akhir. Waaa...rajiinnnya...kalo lah ada orang offer nak tolong fikirkan, kan best :) Kawan-kawan kat opis selalu ok je, selalu bagi kerjasama, kadang-kadang mereka sama-sama fikirkan tentang projek apa nak buat... cume penulis ini je yang 'rajin' nak fikir lagi.. Penyelia laporan UUM mungkin akan datang anytime, anywhere, anybody and i dont know...huhuuu. Tak sabar-sabar menanti kedatangan Puan Hawa! Rindunya kat puan, my guru yang ajar Algebra Linear sem 2 dan berwajah keibuan :) Ermm kena ready 24 hours lah for madam call me and say " I will come ur place for see u".

I still waiting u madam!
Minta doa semuanya baik-baik aja ya :)

Hidup mesti ada cita-cita, impian dan juga matlamat.. tak salah juga jika punyai angan-angan, yang penting, asasnya untuk mardhotillah :) Yang baik itu dari Allah, Yang buruk..salah..silap itu dari diri penulis ini sendiri..maaf dipinta.

Sekian, wassalam.



"Addin An-Nasihah ^___^

Monday, August 29, 2011

Aduhai Kek

Assalamualaikum w.b.t

Syukur pada Pencipta langit dan bumi serta seluruh isi didunia ini, Maha Suci Allah s.w.t tuhan sekalian alam. Alhamdulillah padamu Ya Allah, memberi aku peluang untuk terus hidup dan beribadah, masih memberi peluang kepadaku untuk bernafas dan memohon ampun atas kesilapan dan dosa-dosaku yang bertimbun banyaknya.

Alhamdulillah ya Allah....memberi kesempatan kepadaku untuk berpuasa sebulan bersama keluarga tercinta, dan lepas ini dah sambung balik belajar untuk semester ke empat pulak...fuh..semakin mencabar...semoga kemasukan kali ini lebih bersemangat dari sebelum-sebelunya walaupun dalam hati...takutnya nak menghadapi semester hadapan. InsyaAllah..Allahkan ada.!

Petang tadi buat kek, kononnya la...nak buat kek coklat basah. Tapi tak jadi..huuuhuu.... Kek tu pada mulanya naik cantik dah, naik dan naik....sampai terkeluar bekas..habis meleleh.. sedeh tengok kek saya jadi camtu...tak pe la, tunggu dan lihat lagi.. Lama-lama tu kek tu kempis??? Maksudnya menurun la...adoii..makin sedeh saya.

Kek tu macam iman eh, ada naik turun. Die nak bagitahu kot, "amboiii, bulan puasa mula-mula iman naik cantik...sampai melimpah-limpah dengan baca qurannya, pergi masjidnya,qiamnya...semangat eh...!" "Dah lama puasa, merundum iman...turun iman, tambah-tambah nak raya ini...aaa turun seperti kek ini lah!"

Ish...wahai kek, terima kasih sebab mengingatkanku....walaupun tak jadi cantik macam kek orang lain, tapi rasamu masih seperti kek dan boleh dimakan lagi. Masih boleh diperbaiki lagi dengan membuat toppingnya...hee.. Iman pun boleh diperbaiki terutamanya selepas ramadhan ini...ISTIQOMAH!! InsyaAllah berjaya!

Dikesempatan ini nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin. Sambutlah lebaran dengan penuh rasa kesyukuran....

Allahkan ada...................^_^

p/s Jom datang rumah, rasa kek saya..hikhik.



"Addin An-Nasihah ^___^

Wednesday, June 1, 2011

Istiqomah 1

Assalammualaikum w.b.t

Lama rasenya ana tak menulis di teratak Hati Sesejuk Salju ni. Bukan busy pun, buat-buat busy. Bukan tak niat nak tulis, tapi nak fokus menulis tu yang kena perlukan masa yang terbaik. Sedih juga tika blog dah di create tapi sepi yang teramat lama.



Istiqomah itu sukar, tapi bukan bermaksud xperlu berusaha untuk istiqomah....untuk beristiqomah perlukan usaha, tak pun gagal dahulu atau perlu mencuba dulu.. baru wujud kesedaran, kepentingan dan penambah baikkan..cewah..nak cover le tu..hehe. InsyaAllah...doakan ana istiqomah, biar apa yang nak di sampaikan sedikit tapi kerap...tambahan...ana dah cuti semester ni...harap blog ni pula baru mula semesternya dan no cuti-cuti dah...semester blog adalah semester panjang sepanjang zaman..InsyaAllah...Moganya bergitu la...heee.

Wassalam

"Addin An-Nasihah ^___^

Wednesday, May 18, 2011

Take time

Assalamualaikum

Semoga Allah memberi kekuatan untuk terus istiqomah dalam
"sampaikanlah walaupun sepotong ayat"

^__^

PEACE

"Addin An-Nasihah ^___^

:::SAHABAT-SAHABATKU:::