
Mencari ketenangan hati dengan cinta Ilahi....... Hanya Dia yang tahu apa yang ada dalam hati kita... :)
Friday, January 2, 2015
Moga diri ini menjadi hambaNya yang Bersyukur

Tuesday, June 24, 2014
Kebaikan dalam perkahwinan
Suatu hari di rumah..
Zauj : Nak join solat Dhuha?
Zaujah : Emm... sekejaplah sebab rasa nak rehat sekejap & bersihkan diri dulu, tak apa...nanti dah bersiap sayang teruslah solat. Abang solatlah dulu.
Zauj : Ok... (Nada berat)
...........
..........
Dalam kereta...
Zaujah : Ya Allah! Lupa lah nak solat Dhuha tadi...alahai..jelesnya syg... abang dapat solat Dhuha.. : (
Zauj : Itulah..benda baik jangan tangguh. Terus buat. Contohnya macam solat masbuk juga, orang selalu sahaja tunggu sampai imam berdirilah baru nak masuk. Tak perlu tangguh..terus buat sebab kita tak tahu masa tengah tunggu tu gempa bumi ke, apa-apa berlaku ke..
Zaujah : Astagfirullah.. betul.
Kisah 2
Di rumah Mak Cho..
Tengah-tengah tengok Facebook, ternampaklah post berkenaan dengan kisah Bomoh yang dikatakan syirik.
Zaujah : Abang tengok tak post bomoh yang ustaz azhar kata bukan syirik. Apa pendapat abang?
Zauj : Apa pendapat syg pula?
Zaujah : Hmmmm...syirik itu bermaksud menyekutukan Allah, yakni menyamakan Allah dengan sesuatu yang lain. Kalau tengok bomoh ni bukan menyamakan Allah pun dengan benda tu..cuma itu usaha dia untuk mencari..tapi dengan kaedah itu. Betul tak?
Zauj : Hmm.. tapi dia buat macam silap mata juga la, magic.. boleh ke?
Zaujah : Oh....
Sambungan nya di dalam kereta nak balik...
Zauj : Ok.. macamana pula macam ini, kita tengok TV.. Tengok cerita "aku meminangmu dengan bismillah" he he...
Zaujah : He he.. ok..pastu.
Zauj : lepas tu azan pun berkumandang...kita pun masih duduk di depan TV sebab cerita tu sikit lagi je nak habis... kita tunggu sampai cerita tu habis. Aa kalau macam ini camne?
Zaujah : Aa..itu syirik kecil la sebab kita utamakan TV daripada menyahut panggilan Allah untuk solat.
Zauj : Senyum.....lama jap..
Zaujah : Maksudnya.....(Sebab nampak mcm ada benda nak disampaikan)
Zauj : Maksudnya..kita sibuk memikirkan orang lain dalam bab-bab seperti itu..sedangkan kita tak sedar bahawa kita sendiri melakukan perbuatan syirik...
Zaujah : Hah! Allah......betul la ..
Kisah 3
Suatu hari...tek..tek.. wassup masuk
Zauj : Syg dah solat isyak?
Zaujah : Dah.. tadi tunggu isyak ...azan terus solat.
Zauj ; Bagusnya isteri abang.. untunglah sape yang dapat...kan?
Zaujah : Yeke ni..hehe
Zauj : Yela..kalau orang tu boleh jaga solat.. insyaAllah dia boleh jaga pasangan dia kan..betul tak? Kalau hak Allah pun dia tak dapat jaga..hak manusia lagi le...jauh.
Zaujah : Betul2...hehe
Kisah 4
Suatu hari si zauj terperasan yang isterinya meringan-ringankan solat yang perlu di qadarkan apabila sesudah suci 'datang bulan'.
Zauj pun memberi peringatan dan berkongsi ceramah daripada ustaz kegemarannya. Subhanaallah. Dalam Ceramah itu... ustaz bagi tahu orang perempuan akan mudah masuk Islam dengan syarat taat pada suami selagi tidak melanggar syarak. Namun kenapa masih ramai yang masuk neraka, hal ini kerana salah satunya orang perempuan meremeh-remehkan bab ganti solat ketika sebelum datangnya uzur dan sesudah bersuci.
Suatu hari...
Menerima wassup dari cinta hati..
Zauj : Jom solat
Zaujah : Nak rehat jap...nak tido dulu (kononya qolilahlah..uhu)
Zauj: Ok..slmt tido ye..
Zaujah : Abg tido jgk ke..
Zauj : Tak tido..sebab tido time perut penuh macaam tak selesa
Zaujah : zzzz
....Beberapa minit kemudian...
Zauj : Dah solat?
Zaujah : Solat dah.. :)
Zauj : Isteriku.... Ingat tak ceramah ust Samsuri yang abg kongsi tu?
Zaujah : oh... aha..solat awal waktu..takut uzur
Zauj : Nak dekat-dekat uzur ni lagi la kena on time solat
Zaujah : erm..hehe..ok..tq ingatkan, terlupa la abg.
Zauj : hehe...takut luput pastu uzur...dah tertinggal satu solat..rugi-rugi ..ye tak?
Zaujah : :)
Solatlah diawal waktu terutamnya ketika waktu keluarnya akan datagnye 'bulan mengambang',
Kisah 5
Sejak tingal bersama, sebelum tidur akan memohon maaf
Suatu malam...
Zaujah : Maaf ye abang untuk hari ini kalau ada salah & silap ek..
Zauj : Abg pun sama.
Zaujah : Hmm saje nak tanya.. abang pernah tak terasa hati dengan syg.
Zauj : Erm.. pernah.
Zaujah : Apa die ek?? (Terkejut sambil otak ligat mengingatkan yang mana...yang ni ke tu ke?
Zauj : Tapi mcm biasa.. abg takkan cerita.
Zaujah : Ala cakap la ( Dengan azam nak perbaiki)
Zauj : Seorang suami kepada isterinya seperti ibu dengan anaknya. Akan cuba untuk melupakan dan memaafkan apa sahaja kesalahan atau silap anaknya. Takkan mudah ambil hati kerana tak nak anaknya dalam keaadaan berdosa apabila seorang ibu terasa hati. Begitu juga dengan suami kepada isteri. Abang akan cuba tak ambil hati, sebab tak nak isteri dalam keadaan berdosa.
Zaujah : (Dalam hati) Allah...luhurnya kasihmu wahai suamiku. Moga diri ini juga begitu. Al maklumlah... wanita ada sahaja emosinya.
Setiap kali emosi kewanitaan datang, ingatAllah... ingat kata-kata suami. Syaitan pun lari, hati pun tenang.
:)
P/s : Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 3 bulan. Moga Allah bantu insan yang lemah ini menjadi hambaNya yang taat, Ummat Nabi Muhammad yang mendapat syafaatnya. menjadi Isteri solehah & anak yang solehah pada mak-mak abah ayah. Amin.

Wednesday, June 5, 2013
Hayati Peristiwa Istimewa Ini

Thursday, October 25, 2012
Inginku menyahut panggilanMu
![]() |
| Penerbangan terus ke Jeddah |
![]() |
| Check-In beg disini... L18 |
![]() |
| Akan berlepas |
| HambuMu datang menyahut panggilanMu |
| Semoga Allah mudahkan dan diterima sebagai Haji yang Mabrur..InsyaAllah |
![]() |
| Rakan sekerja yang masih tersenyum walaupun penat... thanks korang..wow! :) |
Selesai menghantar jemaah jam 7 malam..penat tapi menarik! Nak kata penat, mereka berdua di atas ini lagi penat sebab drive tapi masih boleh tersenyumkan.. Hebatlah staff darul Mubarak..!hehe..Jadi siapa yang nak melancong ke menunaikan umrah ke, leh la cube perkhidmatan darul Mubarak.. " Untuk Perkhidmatan Yang Lebih Menyakinkan Anda" Promosi sikit...
Baiklah, sempena Hari Raya Aidiladha ini maaf atas salah dan silap. Hidup perlukan pengorbanan.
![]() |
| Selamat Hari Raya ! |

Wednesday, August 31, 2011
Raikan Tetamu
Hari kedua raya yang sunggah best. Semalam hari raya pertama, selesai solat sunat hari raya, singgah rumah acik Hajar ambil barang-barang HPA dan alang-alang terus beraya. Alhamdulillah, dapat barang beli brang HPA, dapat makan kuih raya dan dapat duit raya lagi walaupun dah tua bangke dah.huuu. Habis beraya terus pergi ipoh ziarah kubur arwah mak tok dan tok serta ziarah rumah mak cho dan acik E, adik beradik mak.
Hari raya kedua, tak sempat nak pergi mana-mana, dari pagi hingga petang tak putus-putus tetamu datang. Sukanye...dapat jumpa sedara mara belah mak dan abah juga. Kegembiraan menerima kedatangan tetamu hanya Allah sahaja yang tahu, tambahan pula ada anak sepupu yang boleh bermain bersama. Riuh rumah dengan suara budak-budak. Dah lama tak main, hari ini dapatlah main dengan budak-budak...senang rasa dihati mengusik anak-anak sepupu.
Suka menerima tetamu tidak kira datang dimana pun samada datang kebilik jika di kolej ataupun datang ke rumah kerana saya mengetahui bahawa datangnya tetamu itu membawa pahala dan pulangnya tetamu itu membawa dosa-dosa kita. Bukan bermaksud tetamu tu tanggung dosa kita pula, nanti semua tetamu datang taknak pulang-pulang pula...hehe. Maksudnya pulangnya tetamu tu menghapuskan dosa-dosa kita, InsyaAllah.
Maka dengan itulah kita disuruh nabi untuk melayani tetamu dengan sebaiknya. Memberi makan minum, meraikan perbualan dengannya dan menyampaikan berita-berita yang baik.
Pernah diriwayatkan bahawa Nabi Sulaiman a.s pernah ditegur oleh Allah SWT, kerana pada saat baginda didatangi seorang tetamu dari kaum kafir, baginda tidak sepenuh hati memuliakan tetamunya itu. Baginda merasa tidak perlu memuliakan dan menghargai tetamunya seperti baginda memuliakan dan menghargai tetamunya dari sesama pengikutnya. ‘Disebabkan ia bukan umatku yang beriman’, begitulah fikir Nabi Sulaiman. Lantas baginda hanya memberinya minum dan bercakap seadanya. Setelah tetamu itu pulang, datanglah malaikat Jibril a.s menyampaikan teguran Allah: “Wahai Nabi Allah, Allah menegurmu, mengapa engkau perlakukan tetamu seperti itu ?
Jawab nabi Sulaiman:”Bukankah dia (tetamu itu) dari golongan kafir?” Jibril bertanya:”Siapakah yang menciptakan langit dan bumi ini?” “Allah!” Jawab Nabi Sulaiman penuh yakin. “Siapakah yang menciptakan malaikat, jin dan manusia?” “Allah!” “Siapakah yang menciptakan tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan?” “Allah!” “Siapakah yang menciptakan orang kafir itu?” “Allah!”
“Lalu, berhakkah engkau berlaku tidak adil terhadap ciptaan Allah? Sementara Allah adalah zat Yang Maha Adil?” Nabi Sulaiman a.s terdiam dan terus bersujud.
“Ya, Allah! Ampunilah hamba-Mu yang telah berbuat zalim ini.” Kemudian malaikat Jibril menyampaikan wahyu Allah:”Wahai nabi Allah, datangilah dan pohonlah kemaafan kepada orang itu. Ampunan Allah tergantung daripada kemaafannya.”. Bergegaslah Nabi Sulaiman mencari tetamunya tadi. Setelah bertanya ke sana ke mari dan mencari-cari, ternyata, tetamunya itu sudah jauh berjalan meninggalkan kota. Nabi Sulaiman a.s dengan pantas mengejar tetamunya itu. Setelah bertemu, dan dengan nafas yang masih termengah-mengah, baginda berkata: “Saudara, tunggu…!”
Tetamu tadi menoleh dan hairan melihat keadaan Nabi Sulaiman. “Kenapa?” “Saudara… sudikah engkau memaafkan perlakuan saya , ketika mana saudara menjadi tetamu di rumah saya tadi?” Orang itu diam. Dalam hatinya, sebenarnya dia merasa wajar diperlakukan seperti itu, kerana dia memang bukan termasuk di dalam golongan pengikut Nabi Sulaiman. Dia tidak menerima ajaran Tauhid yang dibawa oleh baginda. Tetapi dia terus juga bertanya: “Kenapa, wahai Sulaiman?” “Allah menegurku, setelah engkau pulang dari kediamanku.”
“Allah? Siapakah dia?” Tetamu itu bertanya. “Allah adalah Tuhan, Tuhan Kami dan Tuhan Engkau, Yang menciptakan langit dan bumi, dan semua isinya. Dia yang menciptakan malaikat, jin dan manusia. Dia Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya.”
“Lalu, kenapa Dia menegurmu?” “Allah menegurku, kerana aku sudah tidak berlaku adil terhadapmu. Aku tidak memuliakanmu. Allah yang Maha Kuasa selalu bersifat adil terhadap semua hamba dan ciptaan-Nya, mengapa aku berlaku tidak adil terhadapmu?”
“Sebegitukah Tuhanmu wahai Sulaiman, memperlakukan aku, walaupun aku bukan dari golonganmu?” Tetamu itu bertanya penuh taajub .”Iya…! Maafkan sikapku tadi wahai saudara, ampunan Allah tergantung dengan kemaafanmu” Nabi Sulaiman meminta.
“Saksikanlah, wahai Sulaiman! Asyhadu alla ilaa ha illallah, Wa anta Rasulullah!” Orang itu memeluk nabi Sulaiman a.s. Nabi Sulaiman pun memeluk tetamunya itu dengan penuh rasa terharu.
Walau dengan siapapun kita bersama atau dengan siapa pun kita berjumpa, yang penting tunjukilah akhlak yang baik seiring dengan perintah Allah s.w.t dan sunnah Rasulullah s.a.w.

Tuesday, August 9, 2011
Merentasi perjalanan Menuju Rabbi
Allahhuakhbar.....!
Begitulah post terakhir daripada seorang sahabat perjuangan ana di wall facebooknya sebelum dia meninggalkan kami semua untuk selama-lamanya dalam dunia persinggahan ini akibat kemalangan jalan raya. Seorang mujahid Islam yang berumur 23 tahun.
Pemergiannya sangat dirasai oleh sahabat-sahabat terutamanya bagi yang pernah bekerjasama dan berurusan dengannya semasa di Politeknik Ungku Omar samada organisasi Kamsis mahupun PSSI. Panggilan masuk dan inbox dipenuhi masej daripada sahabat-sahabat yang memaklumkan pemergian arwah ke rahmatullah. Di facebook pula penuh dengan ucapan doa daripada sahabat-sahabat kepadanya...on sahaja fb, penuh dengan ingatan daripada sahabat-sahabat...begitu terasa kehilangannya....
Bagaikan tidak percaya adik yang suka mengusik, suka tersenyum dan amat mudah mesra itu pergi untuk selama-lamanya, namun hati sahabat-sahabat kembali terpujuk apabila mengingatkan bahawa persahabatan kami dan dirinya adalah kerana Allah, tautan ukhwah kami bermula semasa dijalanMu untuk menegakkan kalimah Laillahaillah di bumi PUO. InsyaAllah, jika ukhwah keranaMu, InsyaAllah..kita akan bertemu disana nanti. Bezanya, dirimu pergi terebih dahulu sebelum kami.
Pemergiannya memberi hikmah dan peringatan buat sahabat-sahabat yang ditinggalnya.
1) Bagaikan mendapat pesanan daripadaNya melalui pemergian adikku faiz, bahawa kematian itu tidak mengenal siapa dan dimana dan bila. Bila sudah sampai ajalmu, tidak kira kamu muda atau tua. maka sentiasalah besedia untuk sebuah kematian yang akan memutuskan kamu dari segala-galanya didunia ini melainkan amal jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh...InsyaAllah sahabat-sahabatmu akan mendoakanmu.
2) Pada hari peninggalanmu, dirimu telah mengumpulkan sahabat-sahabat yang sudah lama tidak bertemu walaupun sahabat-sahabat sedang merancang untuk bertemu didalam bulan Ramadhan ini, tetapi pertemuan yang tidak dirancang berlaku....Allah...pasti dirimu gembira melihat wajah-wajah sahabat yang sentiasa mengingatimu dan tidak putus-putus mendoakanmu adiku.
3) Pemergianmu menyedarkan bahawa ukhwah yang terbina itu bukan sia-sia, bukan saja-saja, tetapi satu anugerah yang perlu dijaga,yang perlu dipelihara dan perlu dihargai. Tambahan pula sikapmu yang rajin bertanya khbar sahabat-sahabat menjadi peringatan kepada kami untuk lebih menghargai sahabat-sahabat yang masih ada disisimu selagi masih berpeluang untuk bertanya khabar, bertemu dan bersama.
4) Selepas mengetahui pemergianmu, sudah pasti sahabat-sahabat akan menjengah wall facebookmu, dan melihat status terakhirmu. Syukur, status terakhirmu mengingatkan tentang perjalanan menuju rabbi. Kata-kata terakhirmu adalah kata-kata seorang hamba yang mencintai untuk bertemu Allah... MasyaAllah.... sesungguhnya Ya Allah... jauhilah kami daripada kata-kata cinta yang dusta, kata-kata cinta selain kepadaMu dan keranaMu Ya Allah... Sesungguhnya sahabat, kata-kata terakhirmu telah menjadi ingatan dan peringatan yang amat terkesan disanubari selamanya. Setiap postmu di wall subur dengan kata-kata peringatan dan pesanan berkenaan Islam... Bagaimana pula kita?? post terakhir kita? Gambar di fb kita? tutupkah aurat kita? Adakah subur dengan post cintakan islam, cintakan Allah..atau dipenuhi dengan kata-kata cinta dunia? kekecewaan dengan manusia? Mengumpat? mengata? Nauzubillah....Kita tidak tahu bila saat kematian kita, maka persediaan perlu dibuat sentiasa, peringatan perlu ada untuk diri sendiri...supaya perginya kita membawa erti, menjadi gambaran seorang islam yang cintakan Allah...
Sebelum tidur semalam, seorang sahabat ana telah menghantar sms kepada ana. Dia memberitahu bahawa sukar untuk tidur kerana mengenangkan arwah.
"Ana redha dengan pemergianya"katanya.
"InsyaAllah, arwah tahu siapa yang mengingatinya, banyakkan sedekah al-Fatihah untuknya"
"Tempatnya kini berbeza dengan tempat kita, tapi yang pasti kita juga akan kesana, cuma dia pergi dahulu...kita pergi kemudian, yang pasti kita akan bertemu disana...InsyaAllah"
InsyaAllah, sebagai rantai perjuangan Rasullullah...yang tiada rehat semasa didunia ini..maka berehatlah disana wahai sahabat...masa rehatmu sudah tiba, kami disini masih perlu meneruskan rantai-rantai perjuangan rasulullah....semoga Allah memberi kekuatan kepada kami untuk terus beristiqomah di medan dakwah dan semoga Allah menempatkanmu bersama-sama perjuang Islam yang digelar syuhada. Aminn.
Ungkapan asy-Syaheed Sayyid Qutb di ambang kepulangannya kepada ar-Rahmaan:
Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau siram pusaraku dengan air matamu
Maka di atas tulangku yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat umat mulia ini
Dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya
Kematianku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan Kekasih yang sedang merinduku
Taman-taman di syurga bangga menerimaku
Burung-burung berkicau riang menyambut ku
Berbahagialah hidupku di alam abadi
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah roh ku terbang mendapatkan rindunya
Janganlah gentar berkelana ke alam abadi
Nun di sana fajar sedang memancar..
Al-fatihah buat adik Mohd Faiz Noorzailand...

Tuesday, September 14, 2010
Ayah Yang
"Itulah die pandai tapi tak tahu"
"Biar tak pandai tapi tahu"
Inilah diantara dialog-dialog Ayah Yang ana. Ayah Yang Ana adalah abang mak ana, kiranya bapa saudara analah. Dia tinggal kat Klang, Selangor. Hari Pertama datang Perak, beraya dengan adik beradiknya. Ayah Yang ana datang sorang naik bas, isterinya dah lama meninggal. Hari Pertama Ayah Yang bermalam rumah Mak Cho, kakak mak. Masa kami pergi rumah Mak Cho, dan balik tu Ayah Yang ikut kami balik rumah. Raya kedua, Ayah Yang ikut kami beraya di rumah sedara mara kat kampung.
Aa....berbalik pada dialog tadi, banyak kali Ayah Yang ulang dan setiap kali beraya umah orang itulah bahan atau modal sembangnya pada tuan rumah. Sampai ana dan adik beradik ngan mak dapat hafal dah.hehe. Tapi, sebenarnya apa yang ayah yang sampaikan itu dalam maknanya. Maksudnya,walaupun kita ini ada ilmu tapi semestinya semua perkara kita tahu. Mungkin ilmu yang ada itu kursus kepada sesuatu sahaja. Tapi hal-hal lain mungkin tak tahu. Jadi yang pandai jangan ingat tahu semua. Kerana ada juga orang yang tak belajar tapi dia tahu. Erm...lebih kurang macam itulah.hehe.
"Hidup jangan sombong, tak ada gunanya jika pandai, kaya tapi sombong dengan orang"
"Kita hidup kat dunia ini sementara, nanti dah mati...boleh kita bawa ke duit, rumah, kereta dan segala harta benda dunia ini?"
Ayah Yang ana bagi tahu...apa yang kita ada kongsi dengan orang lain. Walaupun kita ada ilmu sedikit berkongsilah dengan orang lain. Jangan dok menyombongkan diri.
Kebetulanlah pula, masa beraya hari itu...abang ana pasang cd ceramah ustaz kazim dalam kereta berkenaan tajuk sombong. Ana tak berapa ingat sangat cerita yang ustaz Kazim sampaikan tapi lebih kurang macam ini lah.
Ada seorang suami ini, bagus orangnya. Pada hari Jumaat, kalau boleh semua perkara sunat dia akan buat. Mandi sunat hari Jumaat, siap jubah putih dan berserban,kemudian dia ni pun jalan kaki ke masjid lah...pahala jalan kaki lebih banyak, so sampai masjid pun lebih awal dari bilal. Pukul 11 pagi ada dah kat masjid. Sampai je masjid, solat tahyatul masjid dan kemudian berikhtikaf di sudut belakang. Zikir, berselawat ke atas nabi sampailah masuk waktu. Dia pun bergerak ke hadapan, masa kuthbah Jumaat dah ngantuk..ate lama sangat tunggunya.hehe.
Bila ada suami macam itu, orang pun dok muji lah..
"Beruntung akak ye dapat suami macam tu"
"Beruntung apanye....jiran sebelah pun dia tak pernah bertegur"
Jadi disini apalah gunanya kita banyak beramal jika hubungan dengan orang pun tak baik, tak bertegur sapa, sombong.
Maksudnya: “Dan siapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia mengeratkan kekeluargaan (silaturrahim).” (Hadits iwayat Bukhari)
Ayah Yang cakap lagi, jika perlu sekali sekala pergi duduk kedai kopi, sembang dengan sapa sahaja yang ada kat sana. Tak kisah la die tu sebaya anak kita pun. Tapi ada masa lah lepak kedai kopi, bukanlah 24 jam. Kalau tengok benda tak baik depan mata tegur...tak kira lah anak sapa pun...tapi ayah yang cakap, zaman sekarang dah lain. Ada yang ayah yang tegur tapi datang bapaknya,
"Kau belasah anak aku, aku belasah anak kau"
Tapi bukanlah semua orang macam itu...mana yang bagus itu, baguslah.
Kemudian, sebelum balik..Ayah Yang akan bagilah sedikit duit raya pada opah-opah sedara ana ini. Kebanyakan opah-opah ana ini menolak....
"Ini duit saya, saya bagi mak cik sebab ada lebih"
"Lainlah kalau saya balik pun tak da duit nak bayar tambang bas, haa...yang itu ye mak cik boleh tolak pemberian saya"
"Tapi sekarang ada lebih, aaa itu yang saya bagi"
"Saya tak pernah minta orang, tapi kalau orang bagi saya ambil, kalau saya ada lebih saya bagi"
Begitulah antara dialog-dialog dan beberapa cerita Ayah Yang ana yang sebenarnya mengandungi banyak pengajaran dan unsur-unsur nasihat. Disebabkan ayat-ayat ini berulang berkali-kali mengikut jumlah rumah sedara mara yang kami beraya, jadi lama kelamaan ia menjadi peringatan yang berulang-ulang kepada kami sekeluarga ^_^
Sebelum Ayah Yang balik, kami pun bersalaman...dan untuk terakhir kalinya, kepada kami Ayah Yang ulang balik dialog diatas dan beberapa lagi kata-kata mutiara yang saya dah tak ingat dah...untuk santapan kami pula..hehehe...
p/s : Semoga nanti boleh jumpa Ayah Yang lagi....InsyaAllah...

Tuesday, June 8, 2010
Pahlawan Islam

nnya yang mulia dan berpegang teguh dengan ajaran Allah s.w.t. Kota Suci Baitulmaqdis pernah jatuh ke tangan kaum Salib setelah dikuasai selama lebih 500 tahun oleh Islam. Salahuddin al-Ayyubi lahir ke dunia setelah hampir 40 tahun kaum Salib menduduki baitulmaqdis. Beliau berasal daripada keluarga yang taat pada agama dan berjiwa pahlawan. Ayahnya adalah seorang gabenor yang bernama Najmuddin Ayub Bin Shadhi yang juga merupakan anak saudara Sultan Nuruddin Zenggi. Walaubagaimanapun, Salahuddin al-Ayyubi lebih banyak berada di khemah peperangan berbanding tinggal bersama keluarga di istana.
Beliau meninggal dunia pada 27 Safar 589 Hijrah (1193 masihi) pada usia 55 tahun di Damsyik, Syria selepas memerintah selama 25 tahun. Beliau sakit selama 14 hari sebelum menghembus nafas terakhir.....
Makan Salahuddin al-Ayyubi berdekatan dengan Masjid Ummaiyyah, Damsyik, Syria 







