Tuesday, June 8, 2010

Pahlawan Islam


Suka saya nak berkongsi cerita tentang salah seorang pahlawan terbilang Islam iaitu Salahuddin al-Ayyubi. Petang tadi, sedang saya membaca perkembangan terkini tentang bumi palestin, fikiran saya melayang-layang teringatkan kisah Salahuddin al-Ayyubi ini. Dimana suatu masa dahulu, Salahuddin al-Ayyubi pernah mengetuai ketenteraan untuk merampas kembali Masjid Al-Aqsa. Maka saya berfikir, Islam itu agama yang diturunkan oleh Allah untuk semua umat manusia. Islam agama yang sempurna dan sesuai sepanjang zaman. Jadi, jika dahulu umat Islam mampu berjaya, begitu juga sekarang. Yang penting, kita mengikut landasan yang digariskan oleh Allah s.w.t. Sejarah juga banyak telah membuktikan iaitu pimpinan yang berjaya, dan mampu menghalang kemaraan musuh-musuh Islam adalah mereka yang berpegang teguh pada agama Allah s.w.t dan beramal dengan amalan yang soleh.

Salahuddin al-Ayyubi merupakan salah seorang pahlawan Islam yang patut dikagumi kerana keperibadiannya yang mulia dan berpegang teguh dengan ajaran Allah s.w.t. Kota Suci Baitulmaqdis pernah jatuh ke tangan kaum Salib setelah dikuasai selama lebih 500 tahun oleh Islam. Salahuddin al-Ayyubi lahir ke dunia setelah hampir 40 tahun kaum Salib menduduki baitulmaqdis. Beliau berasal daripada keluarga yang taat pada agama dan berjiwa pahlawan. Ayahnya adalah seorang gabenor yang bernama Najmuddin Ayub Bin Shadhi yang juga merupakan anak saudara Sultan Nuruddin Zenggi. Walaubagaimanapun, Salahuddin al-Ayyubi lebih banyak berada di khemah peperangan berbanding tinggal bersama keluarga di istana.

Ketika umurnya 17 tahun, Salahuddin al-Ayyubi mula berkhidmat dengan Nur Al-Din di Damsyik. Beliau adalah panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang sangat berbakat dan sangat popular ketika Perang Salib. Beliau melibatkan diri dalam peperangan Salib di kawasan Mesir, Palestin dan Syria.

Apabila hendak memulakan jihad, beliau akan menumpukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tenteranya. Salahuddin al-Ayyubi hebat di medan perang, beliau bagaikan seorang ibu garang yang kehilangan anak tunggal. Beliau bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah. ( SubhanaAllah...)





Selain itu, beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan air mata berlinangan untuk mengajak manusia supaya bangkit membela Islam ( erm...ikhlas hatinya,bagaimana pula kita? air mata atau mata merah menyala, astagfirullah...)

Dalam bulan Zulkaedah 570 Hijrah (Mei 1175 Masihi), khalifah Abbasiyyah mengisytiharkan Salahuddin al-Ayyubi sebagai Sultan Mesir dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan al-Islam wa al-Muslimin. Pada tahun itu juga beliau membina kota pertahanan di Kaherah.


Erm seterusnya...pada tahun 583 Hijrah ( 1187 masihi ) berlaku Perang Salib kedua, yang juga dikenali sebagai Perang Hittin. Untuk pengetahuan sahabat, Sultan Salahuddin al-Ayyubi lah yang memimpin peperangan ini. Dan akhir....alhamdulillah, Baitulmaqdis kembali ditawan oleh orang Islam semula!!!

Maka, pada hari Jumaat 27 Rejab 583 Hijrah. Sultan Salahuddin al-Ayyubi bersama kaum muslimin memasuki Baitulmaqdis. Mereka melaungkan "Allahu Akbar!!!" dengan air mata kegembiraan. Para ulama dan solehin datang mengucapkan tahniah kepada Sultan Salahuddin al-Ayyubi di atas perjuangannya yang telah berhasil. Apalagi tarikh tersebut bersamaan dengan tarikh Isra' Nabi S.A.W dari Masjidil Aqsa. Kamu muslimin tidak sempat melaksanakan solat Jumaat kerana terpaksa membersihkan Masjid Suci itu dari babi, kayu-kayu salib, gambar-gambar rahib dan patung-patung yang dipertuhankan oleh orang Kristian.

Namun, Perang Salib berlaku lagi buat kali ketiga pada tahun 588 (1192). Ia berlaku kerana dendam dan kekecewaan golongan pembesar Kristian, maka mereka berusaha hendak merampas semula Baitulmaqdis daripada orang Islam. Amat dasyat...kerana mereka menggabungkan seluruh kekuatan negara Kristian. Tetapi!! (hehe), mereka kalah juga dan ramai tentera mereka terbunuh dan tertawan. Orang Kristian telah menguasai Baltulmaqdis selama 88 tahun, namun kali ini mereka tidak mampu mengalahkan tentera Sultan Salahuddin al-Ayyubi.


Apa yang dikagumi adalah kepimpinannya ketika berperang. Sifat penyayang dan belas kasihan Sultan Salahuddin al-Ayyubi jauh berbeza daripada kekejaman tentera Kristian ( ahli sejarah pun mengakuinya ooo...)


Lane-Poole ( die ni penulis barat ) mengesahkan, kebaikan hati Salahuddin al-Ayyubi mencegahnya daripada membalas dendam. Katanya lagi, Salahuddin al-Ayyubi menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggjungjawab menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah bentuk kekerasan sehingga tidak ada kedengaran orang Kristian yang dianiaya. Terlalu berbeza dengan tindak tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitulmaqdis kali pertama pada 1099. Dijalanan dipenuhi mayat orang Islam yang tidak bersenjata diseksa, dibakar dan dipanahkan dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah ibadat. Orang Kristian sangat bertuah apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin al-Ayyubi.


Inilah Salahuddin al-Ayyubi yang terbilang sebagai salah seorang pahlawan dan panglima Islam yang besar. Pada beliau terkumpul sifat-sifat berani, wara', zuhud, khusyu', pemurah, pemaaf, tegas dan lain-lain sifat terpuji. Sifat pemurah dan pemaafnya diakui oleh lawan mahupun kawan.

Beliau meninggal dunia pada 27 Safar 589 Hijrah (1193 masihi) pada usia 55 tahun di Damsyik, Syria selepas memerintah selama 25 tahun. Beliau sakit selama 14 hari sebelum menghembus nafas terakhir.....

Al-Fatihah...

Makan Salahuddin al-Ayyubi berdekatan dengan Masjid Ummaiyyah, Damsyik, Syria


P/S Semoga akan lahir lebih ramai lagi pahlawan-pahlawan Islam yang hebat-hebat seperti Sultan Salahuddin al-Ayyubi ini. Kita perlu ingat bahawa kita adalah penyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. Jangan kita Lupa...kita pernah Berjaya! Kembalikan Kegemilangan itu!! Jom...!!!



"Addin An-Nasihah ^___^

No comments:

Post a Comment

:::SAHABAT-SAHABATKU:::