Wednesday, August 29, 2012

Selamat Berganding Bahu ^_^

Assalammualaikum w.b.t

Tahniah buat sahabat-sahabatku yang telah melangsungkan hari bahagia mereka.
Alhamdulillah..berpeluang menghadiri hari pernikahan dan perkahwinan sahabatku Rabiatul Adawiyah, disamping dapat berjumpe kawan-kawan yang dah lama tak jumpe... =)


Tetapi hari pernikahan sahabatku Najwa, masih tak ada rezeki untuk hadirkan diri. Maaf ye. Tapi pape pun Insya Allah kak & geng-geng Buss Math akan serbu rumah Najwa di Kedah bulan 12 nanti (kenduri)  InsyaAllah =)

Bahagia melihat kome bahagia di hari bahagia  ^_^

Telah sempurna sebahagian IMAN
Dengan satu ikatan bernama PERNIKAHAN
Maka sempurnakanlah sebahagiannya dengan KETAQWAAN

Maka kutiplah banyak-banyak pahala dalam menjalani Baitul Muslim ini untuk menyempurnakan lagi sebahagian iman.


Perkahwinan sahabatku Rabiatul Adawiyah


Menginginkan kebahagiaan dalam cinta,
harus bermula dengan mencintai Sang Pemberi Cinta, Allah yang Maha Esa. 


Hari pernikahan sahabatku Najwa
Pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki...
Perkahwinan atas nama Islam sudah pasti akan diredhai Allah swt...

^_^


Ehhh...............!

humaira pun nak menyebuk jugak eh.....
alolo anak buah mak ngah yang tembam gedebak gedebuk niiii nak apa?



Humaira nak buat ucapan kat..
acik Aton  dan pasangan
&
acik  Najwa dan pasangan
dengan ucapan
 ...
...
Selamat berganding bahu menuju Ilahi  yerk acik-acik!

Selamat membina sebuah keluarga Sakinah, Mawaddah & Warahmah yepp

=)



p/s : Sejak sambung belajar, banyak hari bahagia kawan2x dan sahabat sahabiah yang lepas ana tak dapat hadir. Pape pun dari jauh ana panjatkan doa semoga mereka bahagia dunia & akhirat. InsyaAllah lepas ini, akan cuba memenuhi setiap undangan..Jemput, jangan xjemput..nak mkn nasi minyak (:

"Addin An-Nasihah ^___^

Tuesday, August 28, 2012

Mohon Perlindungan dari Allah

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah....
Masih dapat bernafas dengan kesihatan yang boleh dikatakan baik..Alhamdulillah. Perkongsian kali ini dah lama dah nak kongsikan bersama, bak kata cik raudhah..entry yang di peram :p 
Tapi ana peram dalam otak, adik ana peram sebagai draf..opss...cane leh tahu...sory cik raudahah, ternampak ;p

 Doa ini di ajar oleh ustaz Zahazan Mohemad dalam Tv 1 masa bulan Ramadhan marin.



Doa Perpisahan Sebelum Musafir

أَسْتَوْدِعَ اللهَ دِيْنَكَ وَ أَمَانَتَكَ وَ خَوَاتِيْمَ عَمَلِكَ

Maksudnya: Aku pertaruhkan/titipkan agamamu, amanatmu (keluarga dan harta benda) dan perbuatanmu yang terakhir kepadamu Allah.” -Riwayat at-Tirmizi


Bukan itu sahaja, ustaz ada kongsi satu cerita berkenaan doa ini. 

Pada suatu hari, seorang suami  hendak meninggalkan rumahnya serta isterinya yang sedang sarat mengandung.
Dalam kerisauan...dia hanya bergantung kepada Allah untuk menjaga anak dan isterinya.
Sebelum keluar rumah, si suami pergi ke isterinya lalu memegang perut si isteri dan membaca doa perpisahan tersebut untuk bayi yang masih dalam kandungan itu. Si suami pun keluar rumah.

Tidak berapa lama kemudian, si suami pulang daripada bermusafir. Kembali sahaja dia di rumah... Allahuakhbar!

Rumahnya terbakar dan isterinya yang berada didalam rumah turut meninggal dunia..Allah :'(
 Sedihnya hati si suami, dan isterinya selamat di kebumikan. 

Suddenly!

Ada orang bagitahu bahawa kubur isterinya berasap.
Lalu proses penggalian semula dilakukan.
MasyaAllah! 
Terdapat seorang bayi kecil di celahan kaki si mayat! 
Allahuakhbar...Janji Allah itu benar. Doa lelaki itu telah di makbulkan-Nya.
Bayi itu selamat (':

So,

Kepada sahabat2 yang akan bermusafir meninggalkan keluarga/harta benda masing-masing, bacalah doa ini. Semoga kita dan ahli keluarga akan sentiasa berada di bawah naungan rahmatNya..
Sebagai usaha kita...Paling tidak Bismillah Hitawakal Tua'lallah..



Ya Allah....hamba tiada daya untuk melindungi semua orang yang hamba sayang, bantulah..tolonglah hamba-Mu ini untuk melindungi mereka... Sesungguhnya, Engkaulah sebaik-baik perlindungan..
Amiiiinnn...



"Addin An-Nasihah ^___^

Saturday, August 18, 2012

Bagaimanakah Cara Terbaik Menyambut `Eidul-fitri?

Ummat ISLAM menyambut `Eidul-Fitri setelah sebulan menghadapi ujian dan ibadah berpuasa di bulan Ramadhan.  Ia disambut pada 1 Syawwal dengan perasaan syukur kepada ALLAH `Azza wa Jalla yang banyak memberikan keampunan dan ganjaran yang besar sepanjang sebulan Ramadhan tersebut kepada hamba-hambaNYA.


Bagaimanakah cara terbaik kita menyambut `Eidul-fitri?

1.  Bertakbir

ALLAH Ta`ala berfirman:

“Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan) dan bertakbir atau membesarkan  ALLAH atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.”

(Surah al-Baqarah, 2:185)

Disunnatkan bertakbir pada malam hari raya sehinggalah Imam datang untuk memulakan solat sunnat `Eidulfitri pada hari raya.  Dituntut untuk meninggikan suara ketika bertakbir.  Wanita tidak dibenarkan meninggikan suara ketika bertakbir.

2.  Mandi, memakai wangi-wangian dan mengenakan pakaian yang terbaik. 

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam diriwayatkan memakai pakaian yang paling cantik ketika Hari Raya.  Malah Baginda mempunyai pakaian khusus untuk dipakai pada hari Jumaat dan Hari Raya.

Walau bagaimanapun, wanita tidak dibenarkan untuk memakai wangi-wangian dan berhias apabila keluar dari rumah bagi mengelakkan fitnah.

3.  Makan dahulu sebelum solat `Eidulfitri. 

Anas bin Malik r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w tidak keluar pada hari  `Eidul-fitri sehingga Baginda makan beberapa biji tamar (dan Baginda makan dalam jumlah yang ganjil)”

(HR al-Bukhari)

4.  Berjalan kaki ke tempat solat.

Ibnu Umar r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w keluar untuk menunaikan solat sunnat Hari Raya dalam keadaan berjalan dan pulang dalam keadaan berjalan.” 

(HR Ibnu Majah.  Dikategorikan hasan oleh al-Albani)

5.  Ikut serta wanita dan anak-anak.

Ummu `Atthiyyah berkata:

“Kami diperintahkan untuk mengeluarkan semua gadis dan wanita haid pada kedua-dua Hari Raya (iaitu `Eidul-Fitri dan `Eidul-Adha) agar mereka menyaksikan kebaikan pada hari itu, juga doa dari kaum Muslimin.  Hanya sahaja supaya wanita-wanita yang haid menjauhi tempat solat.”

(HR al-Bukhari dan Muslim)

6.  Mengerjakan solat `Eidulfitri.

Hukum mengerjakan solat `Eidul-fitri ialah sunnat muakkad.  Pada zaman Rasulullah s.a.w, Baginda melakukan solat `Eidul-fitri secara berjamaah di musolla iaitu satu kawasan lapang di luar.  Nabi s.a.w tidak pernah melakukan solat Hari Raya di masjid melainkan hanya sekali kerana hujan turun.

Walau bagaimanapun, jika masjid itu besar dan boleh menampung jumlah jamaah yang banyak, maka bolehlah dilakukan di dalam masjid.

7.  Mendengar khutbah Hari Raya.

8.  Pulang dari solat Hari Raya dengan menggunakan jalan yang berbeza.

Apabila pulang dari solat `Eidul-Fitri, disunnatkan kita menggunakan jalan yang berbeza dari jalan yang digunakan untuk ke tempat solat.  Hal ini pernah dilakukan oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.

9.  Mengucapkan tahniah

Terdapat riwayat yang menceritakan bahawa para sahabat radhiAllahu `anhum saling memberikan ucapan:

“TaqabbalAllahu minna wa minkum”  yang bermaksud “Semoga ALLAH menerima dari kami dan kalian”
 

"Addin An-Nasihah ^___^

:::SAHABAT-SAHABATKU:::