Friday, April 17, 2015

Buku Kehamilan Yang Di baca

Bismillahirahmanirahim.
Ini buku panduan sepanjang kehamamilanku. Menjadi satu koleksi untuk panduan bakal anak-anak ummi akan datang.

hehe.



Manual kehamilan.



Buku ini dapat percuma sebelum mengandung lagi, masa tu pergi dating dengan en suami ke PWTC untuk pesta buku.
Alhamdulillah buku yang paling banyak membantu, start dari sebelum mengandung, mengandung, kelahiran dan sehingga untuk kelahiran anak seterusnya. Buku ni tak bosan sebab ia dalam bentuk gambar dan keterangannya ringkas dan menarik... Memang bessttt :D


Diari kehamilam
Buku ini dibeli di Kedai Syabab di Billion Seri Iskandar. Buku ni dah 'usha' sebelum kawen lagi. Niat memang nak beli bila Allah beri rezeki mengandung. Allhamdulillah..bila Allah beri rezeki, terus mencari buku ini.

Buku ni macam diari..ada ruang-ruang untuk ibu dan doktor catat. Buku ni best sebab kecil dan mudah dibawa kemana sahaja. Isi kandungannya juga bestttt!! Ringkas padat dan banyak petua boleh dapat dalam ini. Walaupun tak sedetail buku Manual kehamilan tapi amat sesuai untuk diguna sepanjang mengandung.




Nikmatnya sakit Bersalin

Buku ini dibeli selepas kak ipar perkenalkan.hehe. Time tu puan Raudhah nak membacanya sebab dia pun baru lepas melahirkan Summayyah tomeiii. So balik kg tengok buku tu, tebal. Macam tak sempat habis baca di kampung..So petang tu ajak en suami pergi ke kedai Syabab Billion, nak cari buku ini lah.hehe. Masa tu kandunganku baru 5 bulan.

Buku ini memang power dan best. Amat sesuai untuk ibu yang bakal melahirkan anak. Aku dah habis baca masa kandungan lebih kurang 7 bulan hari tu. Ni rasa nak baca balik..sebagai panduan dan peringatan untuk diri ini cuba menikmati sakit bersalin. Yang pasti sakit teramat sangat itu tetap ada....tapi cara bagaimana nak mnghadapinya. Semoga Allah beri kekuatan. Bacaan ini dan usaha lain itu usaha. Yang perlu ada ilmu terlebih dahulu..pengalaman akan datang menyusuli.

Allahumma Yassir .



Membesarkan anak hebat dengan susu ibu

Ok,buku ini pula perlu dibaca sekarang untk persediaan mental selepas kelahiran si kecil nanti. Beli buku ni di kedai PTS kat area rumahku juga.. tengah promosi time tu.hihi. 

Isi kandungan buku ini memang the bestt.. A-Z menceritakan tentang penyusuan ibu. Allahurabbi.. belum melahirkan tetapi bila membacanya terasa benar kasih sayang pada anak. Belum kita betul-betul menyusukannya. Hebat sungguh kehebatan susu ibu pada anaknya. Belum mempraktikkannya , baru membaca tetapi sudah merasai kehebatannya.

:D

Bacaan lain ku adalah blog2 ibu mengandung dan BABY CENTER... fuhh memang terbaik! 
 Satu je tak jumpa lagi..buku parenting. Rasa macam ada beli tapiiii letak kat mana ekkk??? 

Cari..cari....

Wassalamu.




"Addin An-Nasihah ^___^

Tak pergi kerja


Bismillahirahmanirahim,

Lama dah tak menconteng2 dalam blog ni, betul la ni... lama2 hilang terus istiqamah menulis.hehe. Tak pe... sebab ada yang lebih utama untuk dilakukan. 

Alhamdulillah semalam genap 37week anak ummi. Menunggu masa untuk menanti kehadiranmu dalam hidup ummi dan ayah. Semalam risau..bila anak ummi tak banyak gerakan. Selalu sebelum subuh anak ummi aktif. Tapi pagi tadi sekejap2 jer... ummi minta ayah bacakan alquran dan usap2 anak ummi. Anak ummi akan gerak aktif sebelum subuh sebab time tu ummi lapar.hihi. Anak ummi akan aktif bila perut ummi lapar, dipasangkan ayat alquran dan bila ayah urut2 kaki umi.hehe. Suke ehh... comey la die ! :D

Hari ini ummi tak pergi kerja sebab kereta ayah tak mahu start enjin. Ayah dah pergi kerja. So ummi balik rumah berehat dan baut kerja office dari rumah. Tapi adobe untuk design tak boleh pakai. So ummi pun basuh kain. Alamak .. paip nya plak bocor. Allah.. semua keje tak jadi. Allah nak ummi betul-betul rehat ye.. Ummi memang rehat, tu yang dapat tulis blog ni.yuhuuuu...hehe.

Esok appoiment dengan doktor, harap anak ummi sihat sahaja. Minggu lepas berat anak ummi 2.7kg for 36week. Kepala anak ummi dah engaged, ummi pun dah start2 sakit. Tapi alhamdulillah minggu lepas juga ummi dan ayah pergi kursus antanatal.. belajar proses kelahiran, penjagaan baby dan senaman semua. So lepas balik kursus tu ummi rajin skit bersenam..huhu. Syukur..otot ummi dah longgar so kurang dah sikit sakit.

Moga Allah mudahkan kelahiranmu ke dunia ni anakku, moga ummi, ayah dan anak ummi dapat bersama hidup saling lengkap melengkapi. Moga Allah juga tempat kita bergantung dan berserah. Semoga kelahiranmu membawa sinaran pada agama Islam. Amin Ya Rabb.



"Addin An-Nasihah ^___^

:::SAHABAT-SAHABATKU:::