Friday, April 17, 2015

Buku Kehamilan Yang Di baca

Bismillahirahmanirahim.
Ini buku panduan sepanjang kehamamilanku. Menjadi satu koleksi untuk panduan bakal anak-anak ummi akan datang.

hehe.



Manual kehamilan.



Buku ini dapat percuma sebelum mengandung lagi, masa tu pergi dating dengan en suami ke PWTC untuk pesta buku.
Alhamdulillah buku yang paling banyak membantu, start dari sebelum mengandung, mengandung, kelahiran dan sehingga untuk kelahiran anak seterusnya. Buku ni tak bosan sebab ia dalam bentuk gambar dan keterangannya ringkas dan menarik... Memang bessttt :D


Diari kehamilam
Buku ini dibeli di Kedai Syabab di Billion Seri Iskandar. Buku ni dah 'usha' sebelum kawen lagi. Niat memang nak beli bila Allah beri rezeki mengandung. Allhamdulillah..bila Allah beri rezeki, terus mencari buku ini.

Buku ni macam diari..ada ruang-ruang untuk ibu dan doktor catat. Buku ni best sebab kecil dan mudah dibawa kemana sahaja. Isi kandungannya juga bestttt!! Ringkas padat dan banyak petua boleh dapat dalam ini. Walaupun tak sedetail buku Manual kehamilan tapi amat sesuai untuk diguna sepanjang mengandung.




Nikmatnya sakit Bersalin

Buku ini dibeli selepas kak ipar perkenalkan.hehe. Time tu puan Raudhah nak membacanya sebab dia pun baru lepas melahirkan Summayyah tomeiii. So balik kg tengok buku tu, tebal. Macam tak sempat habis baca di kampung..So petang tu ajak en suami pergi ke kedai Syabab Billion, nak cari buku ini lah.hehe. Masa tu kandunganku baru 5 bulan.

Buku ini memang power dan best. Amat sesuai untuk ibu yang bakal melahirkan anak. Aku dah habis baca masa kandungan lebih kurang 7 bulan hari tu. Ni rasa nak baca balik..sebagai panduan dan peringatan untuk diri ini cuba menikmati sakit bersalin. Yang pasti sakit teramat sangat itu tetap ada....tapi cara bagaimana nak mnghadapinya. Semoga Allah beri kekuatan. Bacaan ini dan usaha lain itu usaha. Yang perlu ada ilmu terlebih dahulu..pengalaman akan datang menyusuli.

Allahumma Yassir .



Membesarkan anak hebat dengan susu ibu

Ok,buku ini pula perlu dibaca sekarang untk persediaan mental selepas kelahiran si kecil nanti. Beli buku ni di kedai PTS kat area rumahku juga.. tengah promosi time tu.hihi. 

Isi kandungan buku ini memang the bestt.. A-Z menceritakan tentang penyusuan ibu. Allahurabbi.. belum melahirkan tetapi bila membacanya terasa benar kasih sayang pada anak. Belum kita betul-betul menyusukannya. Hebat sungguh kehebatan susu ibu pada anaknya. Belum mempraktikkannya , baru membaca tetapi sudah merasai kehebatannya.

:D

Bacaan lain ku adalah blog2 ibu mengandung dan BABY CENTER... fuhh memang terbaik! 
 Satu je tak jumpa lagi..buku parenting. Rasa macam ada beli tapiiii letak kat mana ekkk??? 

Cari..cari....

Wassalamu.




"Addin An-Nasihah ^___^

No comments:

Post a Comment

:::SAHABAT-SAHABATKU:::