Hiii...!


Tuesday, June 16, 2015

Saat Menanti Kelahiran Yang Dinanti

Bismilahirahmanirahim.

Hari ini hari ke-36 hari usia ananda sayang. Setelah 40 minggu 4 hari, atas izinNya lahirlah jantung payung hati ummi dan ayah. Hari ini post panjang sedikit sebab lama xmenulis, banyak cerita ingin di semadi disini menjadi kenangan dan pengajaran :)

Habis dah ayah bawa umi pusing tasik titiwangsa, tasik perdana, naik turun tangga.. tapi belum masa anak umi nak keluar. Bukaan pun masih 1 cm. Ummi overdua 4 hari, sepatutnya due ummi 7/5 dan doktor bagi masa lagi sehingga 14/5, kalau tiada tanda lagi maka kena serah diri untuk induce.

Mak tok dan tok dah hampir seminggu di rumah kita,hehe.Ummi pun dah mcm tak semangat nak pergi keje. so ayah pergi kerja umi just buat senaman dalam rumah. Basuh tandas, jalan itik, ketuk ketampi. Yang kelakar..umi ketuk ketampi sambil pegang telinga. Ayah cakap "Tak payah la pegang telinga sebab bukan kena denda, bangun duduk je: :p

Mak tok pun sekali ikut umi berjalan pusing tasik yang berdekatan sri gombak, keadaan ketika tu berjerebu sikit. So nak dekat nak bersalin ni umi selesema sikit2.hee. Tok balik naik keretapi hari ahad sebab kata tak de orang tengok rumah di kg. Allahurabbi..kita merancang, tapi perancangan Allah lebih baik. Esoknya bermulalah satu kontraksi yang pertama kalinya. 

Selepas ayah umi dan mak tok solat berjemaah isyak di ruang tamu..ummi dah rasa kontraksi dalam 20 minit sekali, umi agak je la kontraksi sebab datangnya berkala 20 minit. Umi sempat senyum dan gurau lagi kat mak tok dan ayah, umi cakap "ni boleh tersenyum lagi, bukan nak bersalin lagi la sebab orang kata nak bersalin memang xboleh nak senyum". Mak tok marah sikit cakap jangan main2.huhu. Ayah dan mak tok bawa ummi ke Gombak Medical Cental (GMC). Check kontraksi baby, masih baru sedikit 20minit sekali, dan yang merisaukan sedikit heartbud baby atas paras sahaja. Selepas itu,nurse check bukaan, check tinggi rahim dan tinggi kepala baby. Allahurabbi....sedih, trauma sampai hari ini. Sakitnya Allah je yang tahu. Bak kata en abg, 'syg tu dah kena baru tahu: hihi. Yela..doktor check bukaan tak sakit pun..kenapa yang nurse ni check sakit. sob..sob...termenungggg jauh.

Nurse tanya nak balik ke tak sebab bila dah check bukaan, kontraksi akan menjadi kerap. Tapi umminye ni tiba2 trauma..tiba2 sedih sebab sakit tadi. So xnak masuk wad. Menangis tiba2 plak, ntah rasa sayu..inikah sakit awal ibu bersalin. Sayu tiba2.... Nurse call doktor zana tanya boleh bagi balik tak, doktor tengok result semua..dia kata boleh, kalau xde rasa pape datang lusa untuk induce. Awal sehari dari tarikh yang doktor tetapkan..mybe sebab jantung baby tadi kot.

Di rumah, semua masuk tidur, termasuk umi.. tapi tiba2 umi rasa sakit teramat sangat dan semakin kerap. Umi bangun melayan sakit sorang2, tak nak kejutkan ayah..kesian ayah penat. Umi keluar ke ruang tamu..umi dah study sikit2 dah cara nak layan sakit. Dekat 2 jam kemudian ayah jaga.. then ayah bersama umi berhadapan dengan kontraksi. Tq abang, sebab hilang sikit rasa sakit bila ada abang disisi.huhu.

Jam 4 pagi, ayah ajak pergi ke hospital balik. Pertama sebab lihat pada kontraksi yang semakin kerap, takut terberanak kat rumah..dan risau dengan jantung baby. Kemas-kemas barang, kejut maktok cakap nanti maktok datang kemudian ye..huuu sedehhh. Jalan pun stop2, sebab kontraksi datang semakin kerap. Sampai hospital tidur sekejap dalam kereta..berehat. Kemudian rasa sakit terus keluar. Nurse siap kata "eh ni yang datang tadikan.." huuuu.. 

Selepas admit wad, check kontraksi baby Allah Maha Besar, semakin banyak. Dan Nurse nak check buka... waaa menagis umi. Ayah tenangkan umi cakap tenang jer, tarik nafas. Umi buat sedaya upaya..hee. Dan berita baik... bukaan dah ke 5 cm. Amin ya rabb. 

Umi sempat solat berjemaah bersama ayah, alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk solat dan berjemaah pula. Moga jika kematian yang datang menjemput..Allah Maha mengetahui.



"Addin An-Nasihah ^___^

No comments:

Post a Comment

:::SAHABAT-SAHABATKU:::