Thursday, June 30, 2011

Bernilaikah kita?

Dengarlah sabda Baginda Rasulullah s.a.w. yang mengingatkan kita nilai sumbangan

Sebaik-baik manusia adalah mereka yang paling memberi manfaat kepada manusia yang lain. (al-Tabarani)

Beberapa hari yang lalu, ana menonton sebuah kisah yang betul-betul memberi kesan pada jiwa seorang hambaNya. Lupa tajuk ceritanya tetapi ia cerita daripada Indonesia yang disiarkan di TV 9(kalau tak salah). Ana pun tak tengok dari mula, buka-buka TV tengok-tengok cerita dah dipertengahan. Baiklah,buang yang keruh, ambil yang jernih. Yang jernihnya, pengajaran disebalik cerita itu. Begini ceritanya, disebuah kampung ada seorang lelaki yang kurang upaya. Orang kampung pula tidak mahu bergaul dengannya kerana kecacatan pada diri lelaki itu, dia seorang yang bisu dan bongkok serta tempang. Pada suatu hari, ada seorang bomoh perempuan yang datang ke kampung tersebut, konon nak dia akan memberi manfaat kepada orang kampung dengan ilmu perubatannya. Tetapi disebaliknya tidak, bomoh itu sebenarnya menjalankan satu perniagaan mengugurkan janin didalam kandungan. Kejahatan yang dilakukan bomoh ini tidak diketahui orang kampung kecuali lelaki tadi. Lelaki itu cuba bertemu ustaz untuk membongkar rahsia bomoh itu, walaupun dalam keadaan yang amat sukar dengan kekurangan dirinya itu yang bisu, dia tetap berusaha memberitahu. Lelaki itu pun membawa ustaz ke rumah bomoh itu ketika aktiviti penguguran janin sedang dilakukan, dan akhirnya rahsia bomoh itu terbongkar. Namun yang sedihnya, lelaki itu dibelasah teruk dan diancam bunuh setelah bomoh itu menyedari rahsianya telah diketahui oleh dua lelaki ini. Semasa lelaki itu melarikan diri daripada dibunuh, si ustaz telah menyampaikan berita itu kepada penduduk kampung dan menghubungi pihak polis...dan bomoh itu pun ditangkap, lelaki itu tadi alhamdulillah selamat dan kini berada dihospital..hee...tamat~~



The moral of the story, walau siapa pun kita jadilah sebaik-baik manusia yang berguna kepada orang lain. Setiap orang mempunyai kelebihan tersendiri untuk dimanfaatkan dalam kehidupan ini. Seperti yang sering kita baca didalam al-Mathurat surah Al-Baqarah ayat 286 :-

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya (dibuat) olehnya. Setiap orang mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya"

Tanamkanlah perasaan malu,jika mempunyai fizikal dan akal yang sempurna tetapi tidak berupaya memberi manfaat kepada keluarga, masyarakat, bangsa dan yang utamanya agama. Sedangkan tumbuhan dan haiwan pun hidup dengan memberi manfaat kepada manusia. Seperti pokok kelapa yang setiap apa yang ada padanya boleh digunakan untuk dimanfaatkan oleh manusia, begitu juga dengan lebah, dimana madu yang dihasilkannya begitu bermanfaat dalam kehidupan manusia.






Maka, latihlah diri kita untuk memberi manfaat kepada orang lain.

Jika berkerja ataupun berorganisasi, jadilah seorang anak buah yang berguna, disenangi dan boleh diharap oleh majikan/ketua. Selain menjadi rakan sepasukan yg disenangi oleh rakan-rakan sepasukan yang lain. Boleh dijadikan tempat rujukan sekiranya mereka memerlukan bantuan dalam menyelesaikan masalah, memberi buah fikiran, mempermudahkan urusan, membantu dalam menjayakan program dan sebagainya. Jadikan diri kita ini boleh membawa manfaat kepada orang lain. InsyaAllah, menjadi orang yang berguna dalam sesebuah organisasi bukan sahaja boleh memberi manfaat kepada organisasi malah bermanfaat untuk diri terutamanya dalam memperolehi ilmu dan pengalaman serta kepercayaan. Namun, dalam memberi manfaat itu, mestilah disertakan dengan keikhlasan melakukannya adalah untuk mendapat redha Allah.

Jika bersahabat, jadilah seorang sahabat yang boleh memberi manfaat kepada sahabatnya samada dalam urusan dunia dan akhirat. Menjadi sahabat yang boleh menghiburkan sahabatnya, menjadi pendengar dan penasihat yang baik, membantu sahabat tika diperlukan, menjadi sahabat yang disenanginya serta sekurang-kurangnya menjadi sahabat yang boleh memberi manfaat kepada emosinya dan kehidupannya walaupun hanya melihat kita. Ini kerana sebaik-baik sahabat adalah yang boleh memberi manfaat kepada sahabatnya yang lain dalam berpesan-pesan pada kebenaran dan berpesan-pesan pada kesabaran.

Dan sempena cuti semester seperti ini pula, apabila pulang ke kampung, berusahalah menjadi seorang yang sebaik-baik manusia dengan menjadi anak yang berguna, membantu menghiburkan keluarga, meringgankan beban keluarga samada dalam bentuk wang ringgit, belanja rumah dan sebaginya bagi yang boleh melakukan kerja sambilan, manakala bagi yang tidak pula, bolehlah menyumbang tenaga dengan melakukan kerja-kerja rumah, melakukan setiap apa yang diminta ibu bapa dan memudahkan setiap urusan ibu bapa sepanjang kita bersama mereka.



Akhir sekali, manusia yang terbaik itu adalah mereka yang menggunakan diri mereka untuk dimanfaatkan ke jalan Allah. Yakni amar makhruf nahi mungkar. Sebaik-baiknya begitulah, jadikan diri kita boleh memberi manfaat dan berguna terutamanya dalam agama Islam. Jadikan diri kita salah seorang yang boleh memberi sumbangan kepada agama tidak kira sekecil mana sumbangan itu walaupun hanya memberi nasihat, teguran dan tunjuk ajar. Dan yang amat terbaik, diri kita boleh memberi sumbangan dalam gerak kerja dan pemikir dalam gerakan Islam.

“Allah tidak memaksa kepada diri seseorang kecuali apa apa yang kuat baginya.” (Q.S. Al Baqoroh: 282 )


"Addin An-Nasihah ^___^

Wednesday, June 8, 2011

Bantu HambaMu Ini


Bila Letih & Hilang Semangat
Allah Tahu Betapa Kamu Telah Mencuba Sedaya Upaya
Bila Tangisan Berpanjangan & Hatimu Kedukaan,
Allah Telah Mengira Titisan Air Matamu
Bila Terasa Ketinggalan & Masa Meninggalkanmu
Allah Setia Disisi
Bila Kamu Telah Mencuba Segalanya
Tapi Masih Buntu
Allah Ada Penyelesaiannya
Bila Tiada Yang Bererti Buatmu
Allah Adalah Jawapannya......

Ya Allah
Kuatkan Aku Dalam PerjuanganMu
Mudahkanlah Urusanku
Dan Ampunkanlah Daku

Kuatkan Semangatku

Tingkatkalah Ketaqwaan Dan Keimanan Dalam Diriku ini
Tunjukilah Aku Jalan-Jalan yang Engkau Redhai

Amiinn





"Addin An-Nasihah ^___^

:::SAHABAT-SAHABATKU:::