Thursday, September 23, 2010

Ketenangan Dengan Bertawakal

"Sesiapa yang bertawakal kepada Tuhan maka Tuhan mencukupkan keperluannya" (At-Talaq,3)

BAGI MENCAPAI KECEMERLANGAN, selepas setiap perancangan, usaha dan jihad dilakukan, kita perlu bertawakal kepada Allah. Kita bertawakal kerana secara dasarnya kita tidak memiliki apa-apa pun tanpa keizinanNya. Usaha yang kita lakukan pun berlaku dengan izinNya. Justera, dalam sebuah hadis oleh Imam Hakim, nabi menggalakkan umat Islam berkata, "Lahaula wala quwwatailla billah." Yang membawa maksud,"Tidak ada sebarang daya dan kekuatan melainkan disisi Allah".

Imam Termizi melaporkan kata-kata nabi yang bermaksud :

"Jika kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal kamu akan dikurniakan rezeki sebagaimana burung-burung dikurniakan rezeki, berpagi-pagi ia keluar dengan perut kosong dan berpetang-petang ia kembali kekenyangan"

Tawakal dan Usaha

Tawakal memerlukan usaha.

"Ketahuilah tempat bagi tawakal adalah dihati. Adapun pergerakan zahir (iaitu usaha), ia tidak membatalkan tawakal yang dihati kerana si hamba telah menyakini bahawa apa yang akan berlaku adalah mengikut ketetapan Tuhan.. Jika dipermudahkan usahanya maka ia berlaku dengan kehendak Tuhan sedemikianlah juga sebaliknya"

"Apabila manusia yakin dengan janji-janji Tuhan, tawakal memenuhi hati. Dengan itu datanglah ketenangan dan kecemerlangan"

Tawakal berkait rapat dengan pergantungan hati kepada Allah. Allah menjamin kecemerlangan dan kejayaan kepada mereka yang bertawakal.

"Sesungguhnya Allah mengasihi mereka yang bertawakal" (Ali Imran ayat 159)

Oleh itu, jika di bilik, rumah, kedai ataupun pejabat kita ada ayat-ayat pelaris, tangkal atau yang seumpamanya, buanglah semuanya dan gantikan dengan pergantungan kepada Allah.

Jom....kita pejamkan mata dan berzikirlah kepada Allah semasa dilanda keluh kesah kerana antara punca manusia gagal bertawakal adalah melayani perasaan keluh kesah yang ditiupkan oleh Syaitan.

"Syaitan menjanjikan kemiskinan (kepada manusia) dan menyuruh mereka mengerjakan perbuatan keji sedangkan Allah menjanjikan mereka keampunan dan kurniaan dari sisiNya"

Tawakal Agung di Gua Thur


Dalam perjalanan, nabi dan Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur dan mengikut laporan Hafiz bin Asakir, Allah meredhai usaha nabi dengan memerintahkan labah-labah dan sepasang burung merpati liar membuat sarang di pintu gua sehingga tidak ada seorang pun yang menyakini di dalam Gua Thur pada masa itu terdapat manusia yang sedang bersembunyi.

Didalam gua, Abu Bakar berasa risau dengan keselamatan nabi. Beliau berkata, "Ya Rasulullah, jika salah seorang daripada mereka mengangkat kakinya, sudah pasti dia akan dapat melihat kita". Nabi berkata,"Wahai Abu Bakar, bagaimana keyakinanmu (jika kamu mengetahui) bahawa tidak berdua kita melainkan Allah (menjadi teman) yang ketiga?" Dengan perkataan Rasulullah s.a.w itu, tenanglah hati Abu Bakar.

Ketenangan Dan Kecemerlangan

Apabila manusia yakin dengan janji-janji Allah, tawakal akan memenuhi hati. Dengan itu, datanglah ketenangan dan kecemerlangan samada dalam kehidupan, kerjaya, pelajaran mahupun di jalan dakwah sekalipun.



"Addin An-Nasihah ^___^

Tuesday, September 14, 2010

Ayah Yang

Assalammualaikum

"Itulah die pandai tapi tak tahu"
"Biar tak pandai tapi tahu"

Inilah diantara dialog-dialog Ayah Yang ana. Ayah Yang Ana adalah abang mak ana, kiranya bapa saudara analah. Dia tinggal kat Klang, Selangor. Hari Pertama datang Perak, beraya dengan adik beradiknya. Ayah Yang ana datang sorang naik bas, isterinya dah lama meninggal. Hari Pertama Ayah Yang bermalam rumah Mak Cho, kakak mak. Masa kami pergi rumah Mak Cho, dan balik tu Ayah Yang ikut kami balik rumah. Raya kedua, Ayah Yang ikut kami beraya di rumah sedara mara kat kampung.

Aa....berbalik pada dialog tadi, banyak kali Ayah Yang ulang dan setiap kali beraya umah orang itulah bahan atau modal sembangnya pada tuan rumah. Sampai ana dan adik beradik ngan mak dapat hafal dah.hehe. Tapi, sebenarnya apa yang ayah yang sampaikan itu dalam maknanya. Maksudnya,walaupun kita ini ada ilmu tapi semestinya semua perkara kita tahu. Mungkin ilmu yang ada itu kursus kepada sesuatu sahaja. Tapi hal-hal lain mungkin tak tahu. Jadi yang pandai jangan ingat tahu semua. Kerana ada juga orang yang tak belajar tapi dia tahu. Erm...lebih kurang macam itulah.hehe.

"Hidup jangan sombong, tak ada gunanya jika pandai, kaya tapi sombong dengan orang"
"Kita hidup kat dunia ini sementara, nanti dah mati...boleh kita bawa ke duit, rumah, kereta dan segala harta benda dunia ini?"

Ayah Yang ana bagi tahu...apa yang kita ada kongsi dengan orang lain. Walaupun kita ada ilmu sedikit berkongsilah dengan orang lain. Jangan dok menyombongkan diri.

Kebetulanlah pula, masa beraya hari itu...abang ana pasang cd ceramah ustaz kazim dalam kereta berkenaan tajuk sombong. Ana tak berapa ingat sangat cerita yang ustaz Kazim sampaikan tapi lebih kurang macam ini lah.

Ada seorang suami ini, bagus orangnya. Pada hari Jumaat, kalau boleh semua perkara sunat dia akan buat. Mandi sunat hari Jumaat, siap jubah putih dan berserban,kemudian dia ni pun jalan kaki ke masjid lah...pahala jalan kaki lebih banyak, so sampai masjid pun lebih awal dari bilal. Pukul 11 pagi ada dah kat masjid. Sampai je masjid, solat tahyatul masjid dan kemudian berikhtikaf di sudut belakang. Zikir, berselawat ke atas nabi sampailah masuk waktu. Dia pun bergerak ke hadapan, masa kuthbah Jumaat dah ngantuk..ate lama sangat tunggunya.hehe.

Bila ada suami macam itu, orang pun dok muji lah..

"Beruntung akak ye dapat suami macam tu"
"Beruntung apanye....jiran sebelah pun dia tak pernah bertegur"

Jadi disini apalah gunanya kita banyak beramal jika hubungan dengan orang pun tak baik, tak bertegur sapa, sombong.

Maksudnya: “Dan siapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia mengeratkan kekeluargaan (silaturrahim).” (Hadits iwayat Bukhari)

Ayah Yang cakap lagi, jika perlu sekali sekala pergi duduk kedai kopi, sembang dengan sapa sahaja yang ada kat sana. Tak kisah la die tu sebaya anak kita pun. Tapi ada masa lah lepak kedai kopi, bukanlah 24 jam. Kalau tengok benda tak baik depan mata tegur...tak kira lah anak sapa pun...tapi ayah yang cakap, zaman sekarang dah lain. Ada yang ayah yang tegur tapi datang bapaknya,

"Kau belasah anak aku, aku belasah anak kau"
Tapi bukanlah semua orang macam itu...mana yang bagus itu, baguslah.

Kemudian, sebelum balik..Ayah Yang akan bagilah sedikit duit raya pada opah-opah sedara ana ini. Kebanyakan opah-opah ana ini menolak....

"Ini duit saya, saya bagi mak cik sebab ada lebih"
"Lainlah kalau saya balik pun tak da duit nak bayar tambang bas, haa...yang itu ye mak cik boleh tolak pemberian saya"
"Tapi sekarang ada lebih, aaa itu yang saya bagi"
"Saya tak pernah minta orang, tapi kalau orang bagi saya ambil, kalau saya ada lebih saya bagi"

Begitulah antara dialog-dialog dan beberapa cerita Ayah Yang ana yang sebenarnya mengandungi banyak pengajaran dan unsur-unsur nasihat. Disebabkan ayat-ayat ini berulang berkali-kali mengikut jumlah rumah sedara mara yang kami beraya, jadi lama kelamaan ia menjadi peringatan yang berulang-ulang kepada kami sekeluarga ^_^

Sebelum Ayah Yang balik, kami pun bersalaman...dan untuk terakhir kalinya, kepada kami Ayah Yang ulang balik dialog diatas dan beberapa lagi kata-kata mutiara yang saya dah tak ingat dah...untuk santapan kami pula..hehehe...

p/s : Semoga nanti boleh jumpa Ayah Yang lagi....InsyaAllah...














"Addin An-Nasihah ^___^

Monday, September 6, 2010

Semuanya Milik AllAh

Assalamualaikum


Dalam kehidupan ini, kita sering berhadapan dengan ujian, dugaan, masalah yang kadang-kadang hampir membuatkan kita putus asa, kecewa. Langkah kita didunia persinggahan bermula dari kita dilahirkan, mak dan abah membesarkan kita dengan kasih sayang. Sehinggalah kita masuk sekolah tadika/taska/kemas/pasti.

Lepas sekolah tadika, masuk sekolah rendah. Setiap hujung tahun ada peperiksaan akhir tahun, dari darjah satu masuk ke darjah dua, dari darjah dua masuk tiga dan seterusnya sehiggalah darjah 6 dengan menghadapi UPSR. Dapat result UPSR ni la ada yang pergi sekolah asrama penuh, separuh penuh, sekolah biasa.


Kat mana pun di campakkan belajar sampai la hadapi PMR, lepas PMR samada nak stay sekolah tu atau dapat tawaran sekolah lain...ada yang pergi SMT,MRSM,MCKK dan lain-lain ikut la perjalanan hidup masing-masing. Ada yang kecewa ada yang gembira. Tapi jangan dilupa masih ada SPM. Penentu segalanya.

Setelah berpulun habis-habisan, tuisyen sana, tuisyen sini. Dapat lah result SPM, ada yang menangis, sedih, gembira, seronok, excited dan bemacam-macam perasaan kan... mungkin ada diantara kita yang lepas SPM masuk Matrik, Universiti, Politeknik atau mana-mana IPTS serta ada jugak yang tinggal nak amik STPM/STAM.

Bagi yang ambil sijil nak sambung diploma, then diploma terus nak sambung degree, lepas degree sambung master, lepas master sambung PHD. Sepanjang proses pembelajaran ini pelbagai peperiksaan yang dihadapi, peperiksaan pertengahan tahun, akhir tahun, mid term, test, quiz dan final exam. Adakala markah tinggi, adakala rendah.

Jatuh bangun tu perkara biasa, rutin sebagai seorang pelajar adalah belajar dan exam. Kemudian dapat result. Kita tengok result kita ok, sometime boleh lah...sometime.....teruk. Bergantung pada usaha dan rezeki yang Allah nak bagi.



DAN DENGAN TIBA-TIBANYA...........PADA SUATU MALAM.....malam yang hening. Selepas habis solat tarawikh, korang balik je terus masuk bilik. Malam tu tidur awal daripada malam-malam sebelumnya. Malam tu sunyi sepi. Mata makin lama, makin berat. Penat buat kerja siang tadi, puasa pulak tu. Malam tu yang hanya kedengaran hanya bunyi cengkerik, cicak dan bunyi katak sebab baru lepas hujan. Malam yang dingin dan sejuk...Mata korang pun makin mengecil terus mengecil dan tertutup.Maka tertidurlah korang dalam keletihan. Sedang nyenyak tidur. Tiba-tiba korang bermimpi didatangi seseorang. Seseorang yang berpakaian serba putih menghampiri korang dan memberitahu sesuatu "WAHAI SI PULAN BT SI PULAN! SELAMA HIDUPMU DIDUNIA INI, TIADA SATU PUN LAGI AMALANMU YANG DITERIMA ALLAH!!".


Astagfirulla hal azim....!! Apa yang korang rasa masa tu? Korang masih gagal lagi mengumpul saham akhirat... !!! Masa dah suntuk....umur semakin pendek, bertahun-tahun berlalu begitu sahaja.....Bekalan apa yang nak dibawa nanti sekiranya waktu ini ajal korang tiba?? Renung-renungkanlah sahabat, apakah perasaan kita jika ini benar-benar berlaku pada diri kita. Adakah perasaan kita sama seperti kita gagal peperiksaan, gagal menghabiskan pengajian, gagal menyambung pengajian atau gagal mendapat result yang cemerlang??

Namun, bagaimana pula perasaan kita apabila kita mengetahui bahawa keputusan bagi amalan kita, perbuatan kita, ibadat kita selama hidup bertahun ini lulus dan diterima Allah? Dan Cuba bayangkan sekiranya kita berjaya juga merebut malam lailaturqadar, kita berjaya dan menjumpai lailaturqadar. Sekiranya benarlah tiada satu pun amalan kita yang diterima, inilah masanya kita covernya kembali....

Keistimewaan Lailatur Qadar ini hanya diberikan kepada umat Nabi Muhamad kerana terdapat sahabat Rasulullah yang merasa kecewa terhadap penganut Yahudi dan Nasrani yang kuat beribadah dan panjang pula usia mereka. Sedangkan umat Nabi Muhamad pendek usia dan kurang pula ibadah mereka, maka Allah gandakan amalan mereka dengan seribu malam.



Jika kita berjaya merebut malam lailaturqadar, apa yang dapat dirasakan? Setelah setiap malam menunggunya dengan sabar dengan melakukan amal ibadat. Bukankah hati kita terasa lapang dan senang serta lega seperti baru sahaja bertemu seseorang yang kita rindu. Seperti peperiksaan juga, kita hanya mampu berusaha dan seterusnya bertawakal. Jika kita sudah berusaha namum masih tidak berjaya, itu ketentuanNya dan begitu juga sebaliknya. Kerana segala-galanya milik Allah. Allah akan memberi pada sesiapa sahaja yang diingininya dan sesiapa yang mencarinya.

Waallahua'alam.

"Addin An-Nasihah ^___^

Saturday, September 4, 2010

Risau+Lega+.........

Assalammualaikum...Justify Full

Lama jugak jari jemari ini tak menaip di blog. Banyak perkara yang hendak di kongsi tapi, waktu yang tak mengizinkan. Bulan ini juga, lecture pakat dok bagi assignment untuk di settlekan sebelum cuti raya. Mid sem pun berjalan serentak dan seiring juga. Anyway, Alhamdulillah 3 paper dah selamat jawap dah sebelum cuti ini, paper Linear Algebra, Finance 1 dan Statistik. Sekarang tinggal 3 paper lagi, jawab lepas habis cuti raya...paper Programming, Discreat Mathematic dan Bussines Mathematic. Walaupun ana kurang persediaan menghadapi exam mid sem hari tu dan assignment yang bertimbun...tapi ana dah cuba lakukan yang terbaik. Doakan ye...^_^. Takut jugak ni nak tunggu result yang 3 paper tu..hehe.. maklumlah, mid sem penting nak cover pointer selain assignment,quiz dan projek. Nak harapkan final je, sakit2...hihi.

Tambahan pula Biro kerohanian DPP Perwaja semester ini ada 10 program yang dirancang untuk dilaksanakan. Setiap Biro paling maksimum boleh laksanakan 10 program sahaja. 5 program dah dilaksanakan iaitu Solat Tarawikh, Bengkel Pemantapan Sahsiah, Ifftar Jamaie, Ceramah Merdeka dan Kelas Pengajian Agama (KPA) yang sedang dijalankan sehingga habis semester.

Alhamdulillah, Program yang ana risau-risaukan dah pun dijalankan...Program Pemantapan Sahsiah pada 20hb Ogos 2010 bersamaan 10 Ramadhan 1431H hari itu. Program bertemakan "Nota Untuk Diri". Objektif program ini nak lahirkan mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang dari akademik tetapi mempunyai akhlak mulia dan sahsiah terpuji. Walaupun kehadiran peserta sedikit, tapi bak kata En Fadli, penasihat Biro, Islam itu datang dalam keadaan yang aneh dan sedikit...jadi tidak hairan la. Peserta yang sedikit inilah orang yang dipilih Allah untuk merasai kehadiran Islam ini. InsyaAllah.



Pendaftaran


Perserta muslimat



Ceramah "Mujahadah dalam membentuk mahasiswa yang berakhlak mulia dan sahsiah terpuji" oleh Ustaz Mokhtar ( Imam Masjid Sultan Bahiyah UUM)



Perbincangan Dalam Kumpulan (PDK)
"Perang Saraf"




Buka minda


Perbincangan isu semasa

"Addin An-Nasihah ^___^

:::SAHABAT-SAHABATKU:::