Hiii...!


Tuesday, September 14, 2010

Ayah Yang

Assalammualaikum

"Itulah die pandai tapi tak tahu"
"Biar tak pandai tapi tahu"

Inilah diantara dialog-dialog Ayah Yang ana. Ayah Yang Ana adalah abang mak ana, kiranya bapa saudara analah. Dia tinggal kat Klang, Selangor. Hari Pertama datang Perak, beraya dengan adik beradiknya. Ayah Yang ana datang sorang naik bas, isterinya dah lama meninggal. Hari Pertama Ayah Yang bermalam rumah Mak Cho, kakak mak. Masa kami pergi rumah Mak Cho, dan balik tu Ayah Yang ikut kami balik rumah. Raya kedua, Ayah Yang ikut kami beraya di rumah sedara mara kat kampung.

Aa....berbalik pada dialog tadi, banyak kali Ayah Yang ulang dan setiap kali beraya umah orang itulah bahan atau modal sembangnya pada tuan rumah. Sampai ana dan adik beradik ngan mak dapat hafal dah.hehe. Tapi, sebenarnya apa yang ayah yang sampaikan itu dalam maknanya. Maksudnya,walaupun kita ini ada ilmu tapi semestinya semua perkara kita tahu. Mungkin ilmu yang ada itu kursus kepada sesuatu sahaja. Tapi hal-hal lain mungkin tak tahu. Jadi yang pandai jangan ingat tahu semua. Kerana ada juga orang yang tak belajar tapi dia tahu. Erm...lebih kurang macam itulah.hehe.

"Hidup jangan sombong, tak ada gunanya jika pandai, kaya tapi sombong dengan orang"
"Kita hidup kat dunia ini sementara, nanti dah mati...boleh kita bawa ke duit, rumah, kereta dan segala harta benda dunia ini?"

Ayah Yang ana bagi tahu...apa yang kita ada kongsi dengan orang lain. Walaupun kita ada ilmu sedikit berkongsilah dengan orang lain. Jangan dok menyombongkan diri.

Kebetulanlah pula, masa beraya hari itu...abang ana pasang cd ceramah ustaz kazim dalam kereta berkenaan tajuk sombong. Ana tak berapa ingat sangat cerita yang ustaz Kazim sampaikan tapi lebih kurang macam ini lah.

Ada seorang suami ini, bagus orangnya. Pada hari Jumaat, kalau boleh semua perkara sunat dia akan buat. Mandi sunat hari Jumaat, siap jubah putih dan berserban,kemudian dia ni pun jalan kaki ke masjid lah...pahala jalan kaki lebih banyak, so sampai masjid pun lebih awal dari bilal. Pukul 11 pagi ada dah kat masjid. Sampai je masjid, solat tahyatul masjid dan kemudian berikhtikaf di sudut belakang. Zikir, berselawat ke atas nabi sampailah masuk waktu. Dia pun bergerak ke hadapan, masa kuthbah Jumaat dah ngantuk..ate lama sangat tunggunya.hehe.

Bila ada suami macam itu, orang pun dok muji lah..

"Beruntung akak ye dapat suami macam tu"
"Beruntung apanye....jiran sebelah pun dia tak pernah bertegur"

Jadi disini apalah gunanya kita banyak beramal jika hubungan dengan orang pun tak baik, tak bertegur sapa, sombong.

Maksudnya: “Dan siapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia mengeratkan kekeluargaan (silaturrahim).” (Hadits iwayat Bukhari)

Ayah Yang cakap lagi, jika perlu sekali sekala pergi duduk kedai kopi, sembang dengan sapa sahaja yang ada kat sana. Tak kisah la die tu sebaya anak kita pun. Tapi ada masa lah lepak kedai kopi, bukanlah 24 jam. Kalau tengok benda tak baik depan mata tegur...tak kira lah anak sapa pun...tapi ayah yang cakap, zaman sekarang dah lain. Ada yang ayah yang tegur tapi datang bapaknya,

"Kau belasah anak aku, aku belasah anak kau"
Tapi bukanlah semua orang macam itu...mana yang bagus itu, baguslah.

Kemudian, sebelum balik..Ayah Yang akan bagilah sedikit duit raya pada opah-opah sedara ana ini. Kebanyakan opah-opah ana ini menolak....

"Ini duit saya, saya bagi mak cik sebab ada lebih"
"Lainlah kalau saya balik pun tak da duit nak bayar tambang bas, haa...yang itu ye mak cik boleh tolak pemberian saya"
"Tapi sekarang ada lebih, aaa itu yang saya bagi"
"Saya tak pernah minta orang, tapi kalau orang bagi saya ambil, kalau saya ada lebih saya bagi"

Begitulah antara dialog-dialog dan beberapa cerita Ayah Yang ana yang sebenarnya mengandungi banyak pengajaran dan unsur-unsur nasihat. Disebabkan ayat-ayat ini berulang berkali-kali mengikut jumlah rumah sedara mara yang kami beraya, jadi lama kelamaan ia menjadi peringatan yang berulang-ulang kepada kami sekeluarga ^_^

Sebelum Ayah Yang balik, kami pun bersalaman...dan untuk terakhir kalinya, kepada kami Ayah Yang ulang balik dialog diatas dan beberapa lagi kata-kata mutiara yang saya dah tak ingat dah...untuk santapan kami pula..hehehe...

p/s : Semoga nanti boleh jumpa Ayah Yang lagi....InsyaAllah...














"Addin An-Nasihah ^___^

1 comment:

:::SAHABAT-SAHABATKU:::