Hiii...!


Sunday, July 12, 2015

Kelahiran Seorang Mujahid


Assalamualaikum,

Doktor Zana yang cantik lagi baik hati sepatutnya bercuti pada hari ummi ingin melahirkan, tetapi dia datang sekejap untuk bersama ummi didalam Laboor rOOM. Jam 7 Doktor Zana datang, Alhamdulillah bukaan dah jadi 7cm, maka boleh untuk masuk laboor room. Doktor Zana pecahkan air ketumban dan masukkan ubat cairkan najis.

Di labor room, kontraksi makin kerap dan semakin sakit. Allahurabii.. rasa macam nak meneran. Betul la kuasa Allah..ia akan hadir pada saat yang diperlukan untuk melahirkan. Nurse cakap, kepala baby jauh lagi..kita tunggu kepala baby betul2 turun baru tak lama untuk proses kelahiran nanti. Masuk laboor room jam 7.45 pagi, tunggu jam 8.15 kepala baby masih jauh.. ummi dah baring mengiring menahan sakit kontrasi yang sungguh nikmat. Sakit ini dan saat ini yang ummi nantikan..rupanya beginikah. Ummi dah tekad nak senyum ketika sakit..alhamdulillah. Ayah sentiasa disisi beri sokongan moral :)

Kemudian 8.45 nurse2 dan doktor zana bersiap masuk ke laboor room. Lebih kurang ada 4 nurse mengililingi ummi, ayah setia berada di bahagian kepala  sebelah kanan ummi. Doktor zana mengambil kedudukan untum menyambut baby. Jam 9 pagi bermulalah sesi meneran untuk mengeluarkan anak ummi daripada rahim ummi. 3 kali cubaan meneran, kali pertama belum berjaya lagi, kali kedua juga tidak dan alhamdulillah anak ummi selamat dilahirkan pada cubaan ketiga. Syukur Ya Allah. Ayah bukan main lebih dari doktor beri semangat ummi untuk meneran..Alhamdulillah punyai suami yang soleh baik dan prihatin. Siap study macam mana nak mudahkan kelahiran...segala teori yang dibaca di praktikkan suruh ummi lakukan masa dalam laboor room, dengar suara dia jer..dagu rapat dada, mata tengok perut...tarik nafasssss....lepassss..hehe. Allah kenangan.. Terima kasih abang berada disisi saat kesakitan memuncak. 

Nurse meletakkan anak syurga ummi di dada umi untuk diberi susu. Anak ummi kecil molek berbogel dan masih berdarah menangis dan berak..hihi. Selepas nurse bersihkan baby, nurse serahkan pada ayah untuk mengazankan. Mata masuk habuk (-- ,--)

Syukur ya Allah,pengalaman terindah yang pernah aku alami. Nikmat melahirkan seorang anak syurga. Alhamdulillah hari ke-7 nama mujahid kecil kami diberi nama, diaqiqahkan dan dicukurkan rambutnya.

Nama anak syurga ini adalah HAMZAH BIN AZMAN SYAH, berat semasa lahir 3.2kg. Doktor kata "lahir2 je saya tengok, muka ikut Seha, kulit ikut Azman" huhuhu...... Alhamdulillah.

Terima kasih yaAllah mengizinkan kami berdua menjadi ibu dan ayah didunia ini. Amanahmu yang berat ini akan kami jaga sebaiknya. Insyallah.

"Addin An-Nasihah ^___^

No comments:

Post a Comment

:::SAHABAT-SAHABATKU:::