Monday, January 4, 2016

Selamat Datang Tahun 2016

Assalamualaikum wbt.

Fuhh..fuh.... penuh habuk blog ni, dah bersarang dan ni. Hehe.

Baru bekesempatan menulis semula kisah-kisah yang bakal menjadi kenangan. Alhamdulillah wa syukurillah.. baru sahaja melepasi saat-saat gentir Umrah Perdana Pasti Travel 2015, mesyuarat bersama ALP dan perancangan tahun 2016.

Bukan hal kerja yang ingin disimpankan sebagai kenangan kali ini, tetapi hal kehidupan di luar kerjaya...kerjaya la sangat.hihikhik.

Bulan ini, bulan pertama di tahun 2016. Umur daku dah masuk 30an??? Apa? Alhamdulillah.. Panjangnya umur 30 tahun Allah beri nikmat nyawa, nafas. 30 tahun ini ada dosa yang di bawa, ada pahala yang diraih (moga Allah terima sebagai pahala). 

Apa beza kini dan dulu? Tak banyak beza, tapi banyak la juga.hehe.

Masih mempunyai mak abah adik beradik, tambahan sekarang semakin besar..punyai mak ayah adik beradik ipar. Alhamdulillah.

Berkahwin dan mempunyai seorang permata hati intan payung.. anakku sayang.

Masih berkerja di sektor pelancongan dan umrah. Tetapi di tempat yang berbeza dan situasi yang berbeza.

Tahun 2016 bakal menerima sinar orang baru, moga Allah permudahkan. Amin2.

Moga tahun 2016 ini, jadikan daku orang yang lebih baik, lebih sabar, lebih cemerlang dunia akhirat. Tingkatkan amalan diri. berjuang bersama orang tersayang.


Tasik Titiwangsa





"Addin An-Nasihah ^___^

No comments:

Post a Comment

:::SAHABAT-SAHABATKU:::