Hiii...!


Monday, January 4, 2016

Gam Arab @ Al-Manna

Assalamualaikum,

Moga cerita ini jadi cerita dan manfaat buat yang membaca.

Alkisahnya anak kesayangan umi demam panas pada setelah genap 6 bulan, sebelum ni demam juga tapi orang kata dedo-dedo sahaja. Sebelum ni demam, jerlun sikit dan sejuk balik.

Tapi kali ini, first time umi berhadapan dengan anak umi yang demam panas, suhu hampir mencecah 38 'c . Allahu..risau sungguh umi. 2 malam jugak la umi tak tidur malam, nk sentiasa jerlumkan anak umi dengan air bagi suhu turun. Tapi suhu tak sekata...makin naik. Akhirnya umi tewas.. kalau ikut umi tak nak bg anak umi makan ubatan klinik, just nak control dari rumah. Tapi Allah lebih tahukan.. Keselamatan dan kesihatan anak umi paling utama, akhirnya pergi klinik dan balik makan ubat demam. esoknya demam tak kebah juga. Akhirnya umi ayah ambil keputusan bagi anak umi makan antibiotik.

Suhu masih tak turun, umi bagi sekali lagi ubat demam dan umi tutup kipas. Badan anak umi berpeluhhhh...alhamdulilla. alhamdulillah, suhu dah menurun dan semakin sihat. Tetapi jadual antibiotik perlu diteruskan walaupun dah sihat, tak boleh stop ditengah jalan. Lihat kesan makan antibiotik.


Antibiotik berfungsi untuk membantu tubuh badan melawan dengan lebih cepat dan efesien. Cara antibiotik berkesan adalah dengan membunuh bakteria secara berperingkat dan memerlukan 5 hari tersebut untuk selesai.
Oleh itu jika tidak dihabiskan dalam masa diberikan, antibiotik tersebut tidak akan berkesan dengan sebaiknya dan jika diperlukan semula, antibiotik tersebut sudah menjadi kurang efektif kerana bakteria telah menjadi kebal kepada antibiotik tersebut. Secara ringkasnya, sangat penting untuk menghabiskan antibiotik yang diberikan oleh doktor.
Walaubagaimanapun, antibiotik sebenarnya hanya berkesan semasa jangkitan bakteria sahaja (bukan virus). Doktor pasti tahu bila antibiotik diperlukan. Kadangkala mereka tidak akan memberi sebarang antibiotik dan hanya menyuruh ibu bapa pulang dan tunggu sehingga bayi sihat dengan sendiri. Ini kerana, kadangkala penyakit yang dihidapi bayi tidak sesuai untuk diberikan antibiotik.
Penggunaan antibiotik semasa ia tidak diperlukan atau secara berlebihan hanya menyebabkan kuman menjadi kebal dengan ubatan tersebut. Kuman yang kebal dengan antibiotik sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kematian. Oleh itu, kita sebagai ibu bapa tidak seharusnya ‘memaksa’ doktor untuk memberikan antibiotik apabila sebenarnya ia tidaklah diperlukan.
Selain itu, penggunaan antibiotik yang kerap sebenarnya boleh membunuh semua jenis bakteria termasuk bakteria yang baik di dalam perut. Oleh itu, apabila seseorang mengambil antibiotik, mereka kadangkala boleh mendapat sakit perut dan/atau cirit birit.
Untuk bayi dan kanak-kanak, ia boleh menyebabkan dehidrasi (badan kurang air). Pastikan anak anda mengambil air yang secukupnya, dalam kes puan sekurang-kurangnya 600-700 ml sehari (2-3 gelas). Jika bayi mendapat cirit birit yang kerap, dinasihatkan berjumpa dengan doktor dengan segera untuk mendapat rawatan yang diperlukan.

Ok, dah habis baca? hehe.

Balik semula kisah anak umi hamzah nomey2 tu. Selepas beberapa hari, hamzah dah kurang selera minum susu, air masak, makan dan jadinya sembelit. Sedihnya tengok bila anak umi sembelit. Bila time nak berak datang kat umi...sembamkan muka kat umi. Umi angkat , anak umi akan pegang leher umi kuat2 sambil nangis.

Akhirnya 2 hari smebelit, nak bawa la anak umi ke klinik lagi sebab risau tak sampai hati sedih tengok anak umi macam terseksa. Badan pun dah kurus. Dah la check up 6 bulan berat Hamzah underweight. Kasihan anak umi, perngorbanan seorang bakal abang long ye.. 

Dalam nak pergi klinik, ayah balik. Ayah kata ada baca blog kes sama macam hamzah. Dia bagai anaknya makan al-manna. Kebetulan memang Al-Manna ada dirumah, sebab belikan untuk adik, terus belikan untuk simpanan rumah. 

Malam tu tak jadi pergi klinik, ayah umi cube nak bagi al-manna sebab al-manna ni sebuah pemakanan prebiotik, dimana ia akan hidupkan semula kuman-kuman positif.  Ayah hamzah rendam seketul al-manna di dalam air. Tetapi Hamzah liat noo nak minum air masak. So tengok air banyak lagi, ayah hamzah masukkan air tu dalam susu. FUhhhhhh habis satu botol.kikiki.

Esok paginya, Alhamdulillah..................................

Anak umi berak tahi hijauan... dah tak sembelit dah tak nangis dah. Sejak itu selera makan, minum, berak paling kurang dua kali tahi elok. Syukur. Berat badan hamzah pun dah bertambah. Suke umi..kihkih...

Tapi kami bagi sekali tu je..alhamdulillah la sampai sekarang ok. Tapi semalam bagi lagi setelah hampir sebulan lebih. Orang kata elok amalkan al-manna ni.


Antara kajian yang dijalankan menunjukkan kebaikan Manna :



  • Kesan penurunan tekanan darah pada pesakit darah tinggi
  • Mengurangkan penghasilan radical oksigen (free oxygen radical)
  • Meningkatkan paras butyrate dalam serum darah
  • Memperbaiki tindakbalas sistem imum tubuh melalui ransangan kepada sel dendritic di dalam lumen usus dan penghasilan cytokine.
  • Membantu serapan mineral seperti zink, sodium dan calcium
  • Menghalang pertumbuhan sel kanser usus dan keradangan (inflammation) usus melalui modifikasi angiogenetic factors.
  • Mengurangkan paras urea dan menambah nitrogen dalam najis kepada pesakit rosak buah pinggang.
Alhamdulillah, sakit sembuh datang dari Allah. Sesungguhnya ini la pengalaman menjadi seorang umiiii ayahhh. Syukur. :)



"Addin An-Nasihah ^___^

2 comments:

  1. anak sy dah setahun dan sy ingat nak mulakan bagi almanna dekat dia. tapi masalahnya anak sy ni tak suka minum air masak.huhu. nak minum al manna pulak tak boleh dengan air panas kan?

    agak2 kalau campur dalam air susu yg tengah suam2 boleh ke tak ye?

    ReplyDelete
  2. Insyallah boleh je, saya selalu letak almanna dlm air masauk untuk buat susu anak tu ,,hehe

    ReplyDelete

:::SAHABAT-SAHABATKU:::