Hiii...!


Saturday, June 19, 2010

Bola oh Bola




Haha.. memang pedas. Dasyat sungguh penagan bola ini. Hebat, sebiji bola di campakkan dalam padang, berjuta-juta orang dapat bangun malam. Yang selama ni tak pernah bangun pun bleh jadi TERbangun. Hebat-hebat. Nanti, bila demam bola dah habis, tak de dah yang nak TERbangun malam. Semua akan menjadi seperti sedia kala. Malunya kita pada Allah. Inilah kesan 3S daripada barat untuk hancurkan umat Islam. Sing, seks dan SPORT.


Tidak salah nak mensyaksikan apa sahaja jenis 'SPORT'.
Islam tidak melarangnya, tetapi biarlah Allah itu tetap "number one"dalam hati kita. Terutamanya dalam bab solat. Minta dilindungi daripada melewatkan atau meninggalkan solat gara-gara asyiknya menyaksikan sesuatu perlawanan. Tidak kiralah apa sahaja jenis piala, Piala Dunia ke, Piala Thomas ke...tengoklah tetapi jangan sampai Piala Hari Akhirat kita terabai dan terbabas...Allahhuakbar..

"Addin An-Nasihah ^___^

6 comments:

  1. assalamualaikum, salam perkenalan.
    Kekadang terasa 'janggal' bila bercakap ttg bgn malam di kalangan peminat bola.

    Kerana soal lima waktu pun masih main2.
    inikan pula soal bangun malam.

    Wajarkah bangun mlm utk tgk bola?
    Ada peminat bola kat sni?

    ReplyDelete
  2. assalamualikum...
    Dunia akhir zaman..
    shaye bkn peminat bola...alhamdulillah..=)

    ReplyDelete
  3. waalaikummussalam...
    Salam perkenalan kembali...

    Yup,betul tu yuana..'janggal' tapi itu la hakikatnya. Good question...wajar kah..??

    Erm..betul2..akhir zaman, dan saya pun bukan pminat bola, so pada saya xwajar... tapi pada mata kaca peminat bola????
    hmm...

    ReplyDelete
  4. kalau tanye peminat bola..cnfirm ckp wajarnya...dah minat diorg...huhu kalau la minat tu seiring dgn minat nak melakukan perkara2 kebaikan kan best...=)

    ReplyDelete
  5. assalamua'laikum..
    sekadar melontarkan pandangan.. ALLAH tidak melarang sesuatu perkara yang tidak bercanggah dengan syariat. (^_~).bola tak salah, badminton tak salah, tengok tv tak salah, serve internet tak salah.. tapi yang salah bila penggunaannya tak betul. kalau kita yang tak tahu nak bahagikan masa antara ALLAH dan kerja sampingan yang lain. (^_~). bagus kalau ada yang jdkan semangat nak tonton bola setiap malam tu sebagai pemangkin utk dia bangun solat malam, lepas solat malam, dia tgk bola..haa, kalau btol caranya, mmg tak salah kan? yang jadi masalah bila mengutamakan bola dari solat malam.. (^_~).. pape pun, fikh aulawiyat.. suka bola, tapi tak tengok bola malam2..suka bola,BENCI JUDI!!!
    - syuha

    ReplyDelete
  6. Terima kasih,
    Jadi sebenarnya bersukan tidak salah selagi tidak melanggar syariat dan batas2 agama.
    Yang penting jangan sampai letakkan Allah selain daripada tempat yang tertinggi dalam hati,pikiran,diri dan kehidupan kita. InsyaAllah mari kita sama2 berusaha ke arah itu =). Tiada yang sempurna melainkan Allah.

    ReplyDelete

:::SAHABAT-SAHABATKU:::