Hiii...!


Monday, September 22, 2014

Allah akan beri mengikut apa yang kita sangka.

Bismillahirahmanirrahim.

Sungguh pemurah Allah SWT, sungguh Pengasih ALLAH SWT & sungguh Maha Besar ALLAH SWT.

Suatu hari, cintaku selepas Allah & Rasul berkata... jika hendakkan sesuatu, doa betul-betul & sangkakan baik-baik kerana Allah akan beri mengikut sangkaan hambaNya.

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W.  bersabda yang bermaksud : “Allah S.W.T. berfirman, ‘Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diri-Ku’.” (Hadis RiwayatAl-Bukhari)

Allah swt akan memberi dengan mengikut sangkaan hambaNya. Jika hambanya yakin akan doanya akan dimakbul Allah, maka Allah akan menurutnya. Tetapi jika hambanya berdoa tetapi masih ragu-ragu akan janji Allah.. maka ia berbeza kerana sejak awal lagi sudah berputus asa dan bersangka buruk terhadap Allah swt.

Begitu juga perihal kita apabila kita memohon ampun kepada Allah SWT, jika hambanya bertaubat dengan taubat Nasuha , maka Allah akan menerima taubatnya. Banyak sirah-sirah rasul dan cerita yang kita dengari berkenaan taubat. Contohnya cerita pembunuh yang membunuh 99 orang dan akhirnya membunuh cukup 100 orang apabila orang yang ke-100 itu menyatakan tiada harapan untuk dia diampunkan Allah. Tetapi si pembunuh yakin dan bersangka baik bahawa Allah itu Maha Pengasih. Akhirnya die bertemu dengan orang yang benar... maka taubatnya diterima Allah swt.

Allahurabbi...!

Mengalir air mata menangis hati ini, apabila mengenangkan bertapa baiknya ALLAH swt pada hambanya. Sedangkan hambanya ini penuh noda dan dosa. Diri ini tidak malu berkongsi apa sahaja kebaikan yang Allah berikan pada hambaNya yang hina dina ini. Bukan untuk menunjuk tetapi hendak orang tahu bertapa Allah itu Maha Mendengar, Maha Besar, maka jangan putus asa.

Astagfirullahhalazim..!
Allahuakbar..!

Diizin Allah untuk kami suami isteri memikul amanah dan anugerah yang paling berharga. Tiada lain melain sentiasa berdoa agar Allah jagainya lindunginya, kerana Allah adalah sebaik-baik perlindungan.

Terima kasih Allah.. cinta padaMu takkan pernah putus, takkan pernah jauh, takkan pernah hilang.
Moga Allah redhai kami selalu. Aminn

Selamat membesar dan berkembang dengan selamat wahai cinta hati kami. Kehadiranmu dinanti dengan penuh sabar. Kerana engkau bakal menyerikan lagi hidup kami.

Alhamdulillah :)

"Addin An-Nasihah ^___^

No comments:

Post a Comment

:::SAHABAT-SAHABATKU:::