Friday, September 28, 2012

Diamlah kecuali dari perkataan yang baik

Sebelum berkata-kata mahupun menulis, fikirkan sejenak firman Allah SWT & juga sabda Nabi Muhammad s.a.w yang InsyaAllah bermanfaat untuk diri kita;

"Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)." (Qaaf 50:18)

Al-Imam Al-Hakim tellah meriwayatkan dalam Mustadrak-nya dari ‘Ubadah bin Ash-Shamit bahwasanya Nabi s.a.w mengisyaratkan ke bibirnya dan berkata:

“Diamlah kecuali dari perkataan yang baik.”

Mu’adz bertanya kepada Rasulullah, “Apakah kita akan disiksa disebabkan apa yang diucapkan oleh lisan-lisan kita?” Rasulullah memukul peha Mu’adz, kemudian bersabda, “Wahai Mu’adz, ibumu kehilangan kamu”, atau beliau mengucapkan kepada Mu’adz apa yang Allah kehendaki dari ucapan. “Bukankah manusia ditelungkupkan di atas hidung mereka ke dalam jahannam tidak lain disebabkan kerana apa yang diucapkan oleh lisan-lisan mereka? Kerananya, siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah ia berkata baik atau ia diam dari berkata yang jelek. Ucapkanlah kebaikan niscaya kalian akan menuai kebaikan dan diamlah dari berkata yang jelek niscaya kalian akan selamat.”
(Dishahihkan Asy-Syaikh Muqbil t dalam Ash-Shahihul Musnad, 1/460)

Al-Imam An-Nawawi rh menasihatkan,;

“Sepantasnya bagi orang yang ingin mengucapkan satu kata atau satu kalimat, ia merenungkan dan memikirkan kata/kalimat tersebut dalam jiwanya sebelum mengucapkannya. Bila memang tampak kemaslahatan dan kebaikannya maka ia berbicara. Bila tidak, maka sebaiknya ia menahan lisannya.”
(Al-Minhaj, 18/318)
 
Pengajaran terbaru yang ana terima baru-baru ini adalah memang mudah hendak memohon maaf akibat bicara yang menguris hati seseorang dan mungkin kata maaf boleh diberi tetapi sejauh mana sakit dihatinya itu hilang. Tersentap juga ana, kerana selama ini ana fikir ringankan mulut sahaja untuk memohon maaf bagi kata-kata yang mungkin seseorang kawan tidak boleh menerimanya tapi tidak semudah itu. Walaubagimana pun kata-kata maaf memang satu azimat, namun sebaiknya cuba jaga bicara dan elakkan sesuatu perkara yang boleh menimbulkan kesan yang tidak membawa kebaikan walaupun niat asalnya baik.
 
 "Berfikir sebelum bertindak adalah satu kebijaksanaan". Lihat sahaja zaman ini, banyak orang berbicara tetapi bait-bait katanya kasar seperti orang yang tidak berakhlak walaupun apa yang hendak disampaikan itu ada kebenaran dan betulnya. Kata-kata yang seperti itulah yang menyebabkan orang tidak boleh menerima kebenaran yang hendak disampaikan. Matlamat betul, niat baik tetapi matlamat tak menghalalkan cara dan niat yang baik perlu diiringi dengan perlaksanaan yang Allah redha. Banyak yang perlu umat Islam masa kini perlu perbaiki, perlu banyak menyingkap sirah Nabi. Mencontohi akhlak Baginda Rasulullah SAW.

Sebaik-baik contoh tauladan adalah akhlak Rasullullah SAW~~




"Addin An-Nasihah ^___^

No comments:

Post a Comment

:::SAHABAT-SAHABATKU:::