Wednesday, September 12, 2018

Officially Hamzah Free Pampers

Alhamdulillah, pada 6 Sept 2018 iaitu umur Hamzah 3 tahun 4 bulan officially Hamzah Free Dryper 😘

Alhamdulillah dipermudahkankan kali ni, mybe atas faktor 3x percubaan ummi untuk Hamzah tak pakai pampers yang akhirnya tewas. Dan akhirnya percubaan kali ke 4 ni berjaya. 

Percubaan 1 : Stop sebab Nusaibah nyaris2 nak kutip najis Hamzah. Masa tu Nusaibah tengah merangkak. So ummi hold dulu. 
Percubaan 2 : Nusaibah dah besar sikit tapi ummi tak mampu nak control dua2 bila kejadian serentak membuang di sejadah ummi solat. Huhu. Ayah balik malam kena tolong basuhkan, ayah kata stop dulu sampai ayah dah tak sibuk kat office. Ngeee. 
Percubaan ke 3 : Hampir berjaya tetapi Hamzah terkencing di kg ketika seronok bermain, so kami pakaikan pampers sepanjang dikg.. Then ummi pun malas nak training kan semula.huhu. 
Percubaan ke 4 : Alhamdulillah sepenuhnya berjaya dan training dilakukan dirumah baru. Ummi lebih bersemangat dan bersedia dan kedudukan bilik air yang mudah untuk pantau Hamzah. Tak de bocor tak de terberak atau terkencing. Alhamdulillah. Hamzah soleh power. Tahniah!!! 

-Ummi yang cuba dan terus mencuba-

"Addin An-Nasihah ^___^

No comments:

Post a Comment

:::SAHABAT-SAHABATKU:::