Assalamualaikum
Dalam kehidupan ini, kita sering berhadapan dengan ujian, dugaan, masalah yang kadang-kadang hampir membuatkan kita putus asa, kecewa. Langkah kita didunia persinggahan bermula dari kita dilahirkan, mak dan abah membesarkan kita dengan kasih sayang. Sehinggalah kita masuk sekolah tadika/taska/kemas/pasti.Lepas sekolah tadika, masuk sekolah rendah. Setiap hujung tahun ada peperiksaan akhir tahun, dari darjah satu masuk ke darjah dua, dari darjah dua masuk tiga dan seterusnya sehiggalah darjah 6 dengan menghadapi UPSR. Dapat result UPSR ni la ada yang pergi sekolah asrama penuh, separuh penuh, sekolah biasa.
Kat mana pun di campakkan belajar sampai la hadapi PMR, lepas PMR samada nak stay sekolah tu atau dapat tawaran sekolah lain...ada yang pergi SMT,MRSM,MCKK dan lain-lain ikut la perjalanan hidup masing-masing. Ada yang kecewa ada yang gembira. Tapi jangan dilupa masih ada SPM. Penentu segalanya.
Setelah berpulun habis-habisan, tuisyen sana, tuisyen sini. Dapat lah result SPM, ada yang menangis, sedih, gembira, seronok, excited dan bemacam-macam perasaan kan... mungkin ada diantara kita yang lepas SPM masuk Matrik, Universiti, Politeknik atau mana-mana IPTS serta ada jugak yang tinggal nak amik STPM/STAM.
Bagi yang ambil sijil nak sambung diploma, then diploma terus nak sambung degree, lepas degree sambung master, lepas master sambung PHD. Sepanjang proses pembelajaran ini pelbagai peperiksaan yang dihadapi, peperiksaan pertengahan tahun, akhir tahun, mid term, test, quiz dan final exam. Adakala markah tinggi, adakala rendah.
Jatuh bangun tu perkara biasa, rutin sebagai seorang pelajar adalah belajar dan exam. Kemudian dapat result. Kita tengok result kita ok, sometime boleh lah...sometime.....teruk. Bergantung pada usaha dan rezeki yang Allah nak bagi.
DAN DENGAN TIBA-TIBANYA...........PADA SUATU MALAM.....malam yang hening. Selepas habis solat tarawikh, korang balik je terus masuk bilik. Malam tu tidur awal daripada malam-malam sebelumnya. Malam tu sunyi sepi. Mata makin lama, makin berat. Penat buat kerja siang tadi, puasa pulak tu. Malam tu yang hanya kedengaran hanya bunyi cengkerik, cicak dan bunyi katak sebab baru lepas hujan. Malam yang dingin dan sejuk...Mata korang pun makin mengecil terus mengecil dan tertutup.Maka tertidurlah korang dalam keletihan. Sedang nyenyak tidur. Tiba-tiba korang bermimpi didatangi seseorang. Seseorang yang berpakaian serba putih menghampiri korang dan memberitahu sesuatu "WAHAI SI PULAN BT SI PULAN! SELAMA HIDUPMU DIDUNIA INI, TIADA SATU PUN LAGI AMALANMU YANG DITERIMA ALLAH!!".
Astagfirulla hal azim....!! Apa yang korang rasa masa tu? Korang masih gagal lagi mengumpul saham akhirat... !!! Masa dah suntuk....umur semakin pendek, bertahun-tahun berlalu begitu sahaja.....Bekalan apa yang nak dibawa nanti sekiranya waktu ini ajal korang tiba?? Renung-renungkanlah sahabat, apakah perasaan kita jika ini benar-benar berlaku pada diri kita. Adakah perasaan kita sama seperti kita gagal peperiksaan, gagal menghabiskan pengajian, gagal menyambung pengajian atau gagal mendapat result yang cemerlang??
Namun, bagaimana pula perasaan kita apabila kita mengetahui bahawa keputusan bagi amalan kita, perbuatan kita, ibadat kita selama hidup bertahun ini lulus dan diterima Allah? Dan Cuba bayangkan sekiranya kita berjaya juga merebut malam lailaturqadar, kita berjaya dan menjumpai lailaturqadar. Sekiranya benarlah tiada satu pun amalan kita yang diterima, inilah masanya kita covernya kembali....
Keistimewaan Lailatur Qadar ini hanya diberikan kepada umat Nabi Muhamad kerana terdapat sahabat Rasulullah yang merasa kecewa terhadap penganut Yahudi dan Nasrani yang kuat beribadah dan panjang pula usia mereka. Sedangkan umat Nabi Muhamad pendek usia dan kurang pula ibadah mereka, maka Allah gandakan amalan mereka dengan seribu malam.
Jika kita berjaya merebut malam lailaturqadar, apa yang dapat dirasakan? Setelah setiap malam menunggunya dengan sabar dengan melakukan amal ibadat. Bukankah hati kita terasa lapang dan senang serta lega seperti baru sahaja bertemu seseorang yang kita rindu. Seperti peperiksaan juga, kita hanya mampu berusaha dan seterusnya bertawakal. Jika kita sudah berusaha namum masih tidak berjaya, itu ketentuanNya dan begitu juga sebaliknya. Kerana segala-galanya milik Allah. Allah akan memberi pada sesiapa sahaja yang diingininya dan sesiapa yang mencarinya.
Waallahua'alam.
No comments:
Post a Comment