Friday, April 13, 2012

Wahai Hati...mengertilah..!

Diriku,




Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,
Kau terlupa membaja taman hatimu sendiri,
Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,
Tersentuh dalam daulatNya,
Merasa terpikul amanah ad-deen ini.....
Bukan kerana engkau berjemaah, namun kerana engkau di bawah perintahNya.

Diriku,
Seringkali kau mencari jalan,
Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya,
Agar sentiasa sedar akan keagunganNya,
Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan dan kesilapan dirimu.....?
Ketahuilah diriku,
Hatimu itu keras, khusyu'mu kurang
Syukur dan redhamu tidak banyak kau hadiahkan padaNya
terlalu banyak kurang dan salahmu....

Diriku,
Tunaikanlah solatmu dalam khusyu' dan tenang
Muhasabahlah dirimu kala sunyi,
Selamilah kalam-kalam Al-Quran yang kau perjuangkan
Padanya ada bekalan
Untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini

Diriku,
Pada jalan yang hampir untukmu berkasih sayang dengan tuhanmu
Pada qiamulail di keheningan malam
Bersama bisikan doa dan munajatmu
Diiringi esak airmata keinsafan dan keikhlasammu,
Kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaranNya
Disitu ada bekalnya.....
Lazimilah awal harimu dengan al-Mathurat
Pasti kau akan mengenali siapa dirimu sebagai daie.

Diriku,
Pada tawadhu', pada ukhwah fillah, pada infaq fi sabilillah,
Pada uzlah muhasabah diri, pada zikir dan selawat,
Ada ketenangan dan kekuatanmu.

 Diriku,
Ketahuilah bahawa hati yang hidup sahaja
Yang bisa memberikan nafas kepada hati yang mati...

Hati yang turut sama mati tidak mungkin menyembuhkan
Hati yang sakit apatah lagi menghidupkan hati yang mati

Diriku,
Amanahlah kau di hadapan manusia
kerana kedaulatan Tuhanmu...
Namun rasailah kekerdilan dirimu
Di hadapan kudrat dan IradatNya...
PASAKKAN KEYAKINAN UNTUK SATU PERUBAHAN!!!
"Addin An-Nasihah ^___^

No comments:

Post a Comment

:::SAHABAT-SAHABATKU:::