Assalamualaikum w.b.t
Ukhwah adalah satu ikatan hati dan rohani. Apabila telah wujud jalinan ukhwah maka perlulah kita suburkannya agar berkekalan dan lebih indah. Ukhwah fillah iaitu ukhwah kerana Allah adalah jalinan ukhwah yang paling indah and the best :) Apa maksud ukhwah fillah? ukhwah fillah pada pandangan ana adalah jalinan persahabatan yang kita jalinkan tanpa ada sebab untuk kepentingan diri sendiri, tetapi untuk kepentingan agama Allah dan untuk kehormanian hidup sesama kita.. :) Ukhwah yang terbaik bagi ana ialah bila nampak sahaja kelibat sahabat itu, mesti ada rasa excited nak tegur, rasa bebas nak bercerita apa sahaja tanpa rasa takut sekiranya ada rahsia yang terlepas...sebab semua tentang kita sahabat kita itu tahu. Itulah ukhwah yang terbaik :)
MEMBERITAHU KEPADA SAUDARA YANG DICINTAINYA - Rasulullah SAW bersabda ertinya:
"Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaknya ia memberitahu
kepadanya." HR Abu Daud dan Tirmizi.
Bila ada sahabat, jangan lupa nyatakan padanya yang kita rasa seronok bersahabat dengannya, rindu dan sayang padanya...bukan untuk membodek eh tetapi untuk suburkan rasa kasih sayang dalam persahabatan agar sahabat rasa dirinya dihargai bukan pada waktu susah sahaja tetapi pada waktu senang juga :)
BERDOA UNTUK MEREKA - Menurut riwayat Muslim bahawa
Rasullah bersabda: "Tidak seorang hamba mukmin berdoa untuk saudaranya
dari kejauhan kemungkaran melainkan malaikat berkata; dan bagimu juga seperti
itu."
BERJABAT TANGAN BILA BERTEMU - Rasulullah SAW menganjurkan umatnya bila bertemu dengan saudara-saudara agar cepat-cepatlah berjabat tangan sesuai dengan hadis yang diriwayatkan Abu Daud dari Barra: "Tidak ada dua orang mukmin yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan keduanya diampuni dosanya sebelum berpisah."
Apabila bertemu bersalamanlah kerana sentuhan itu pengerat ukhwahnya. Apa yang ana kagum di tempat kerja ana sekarang, staff lelaki rajin bersalaman sesama mereka bila masuk pejabat, setiap hari begitu..Subhanallah :) Yang mendahulukan huluran tangan lebih baik daripada menyambutnya. Lebih cantik sekiranya, disertakan dengan kata-kata maaf. Latihkan diri kita, jika bersalaman sahaja tidak kira dalam keadaan apa pun dan dimana pun...berjabat tangan sahaja automatik mulut mengungkap perkataan 'maaf ya'. Walaupun mungkin ada yang mengata..eh macam raya pula..eh baru kenal, xada dosa apa pun dll. Tetapi kita mesti ingat..dosa dengan Allah kita boleh mohon ampun denganNya dan Allah Maha Pengampun. tetapi berdosa dengan manusia, kita akan berdosa jika ada perkataan dan perbuatan yang menguriskan hatinya selagi kita tidak memohon maaf. Kita tidak tahu hati sahabat kita, tapi bila kita maaf semoga hatinya kembali lembut untuk memaafkan dan insyaAllah ukhwah akan terjalin dengan sucinya..MasyaAllah :)
MENGUNJUNGI SAUDARA - Dalam kitabnya Al Muwathtaa Iman Malik meriwayatkan: Bersabda Nabi Muhammad SAW bahawa Allah berfirman : "Pasti akan mendapat cintaku orang-orang yang mencintai kerana Aku, dimana keduanya saling berkunjung kerana Aku dan saling memberi kerana Aku."
Memang tidak dapat dinafikan, amalan kunjung mengunjung dapat menyuburkan ukhwah yang terbina. Sebab tu bulan Syawal digalakkan amalan kunjung mengunjung sempena sambulan Hari Raya. Pergilah kunjungi kampung, rumah dan keluarga sahabat-sahabat kita bila ada peluang. Teringat ana dengan kata-kata sahabat ana. Ana kata "Dia sahabat rapat dan kami pernah sebilik semasa belajar", rakan ana tanya kembali " Sudah pernah pergi ke rumahnya dan menggunakan tandas rumahnya?" , Ana menggelengkan kepala.." Tidak pernah", Dia pun berkata "Itu masih belum dikatakan sahabat rapat". Amiklah peluang semasa bersahabat untuk beraya rumahnya, hadiri kenduri rumahnya, singgah ntuk tumpang solat, singgah untuk berehat dan bermacam-macam lagi cara dan alasan untuk kita mengunjungi sahabat kita yang penting tidak menganggu dan terlalu menyusahkannya :) Sahabat yang baik akan menerima kedatangan sahabatnya dengan hati terbuka..InsyaAllah :)
MENYAMPAIKAN UCAPAN SELAMAT - Diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Barangsiapa mengucapkan selamat kepada saudaranya ketika saudaranya mendapat kebahagiaan nescaya Allah menggembirakan pada hari kiamat." (HR Tabrani).
MEMBERI HADIAH - Imam Dailami meriwayatkan dari Anas dengan marfu' bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Hendaklah kalian saling memberi hadiah kerana hadiah itu dapat mewariskan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati." Dalam hadisnya marfu, Imam Thabrani meriwayatkan dari Aisyah RA bahawa Rasulullah bersabda ertinya: "Biasakanlah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan saling mencintai."
Yeah! Ana suka dapat hadiah..hehe. Hadiah buatan tangan sahabat untuk kita lagi ana suka :) Jadi...jika diri kita gembira dapat hadiah, mesti sahabat-sahabat kita juga begitu. Apa yang kita suka sahabat lakukan pada kita, kita lakukanlah pada sahabat. Lagi kita sayang sahabat kita, lagi macam-macam kita fikirkan nak bagi hadiah apa. Barang yang kita sayang dan suka, itu kita berikan pada sahabat...dengan rela hatinya, itu tanda ukhwah kita dengan sahabat semakin kukuh. Hadiah tak semestinya bagi barang, macam-macam cara kita boleh lakukan untuk menghadiahkan sahabat sesuatu seperti hadiahkan senyuman, belanja makan, bawa jalan-jalan, pada ana...hadiah ini adalah memberi sesuatu yang boleh menggembirakannya, memberi kenangan padanya samada ia kenangan melalui barang atau peristiwa manis :)
MEMPERHATIKAN KEPERLUAN SAUDARA - Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. Bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Siapa yang meringankan beban penderitaan seorang mukmin di dunia pasti Allah akan meringankan beban penderitaannya di akhirat kelak. Siapa yang memudahkan orang dalam keadaan susah pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutupi aib seseorang muslim pasti Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan akhirat. Dan Allah akan selalu menolong hambaNya jika hamba tersebut menolong saudaranya." (HR Muslim)
Berdoa adalah hadiah paling berharga dan mahal dari kita buat sahabat yang kita kasih. Berdoalah agar ukhwah antara kita dan sahabat dipelihara oleh Allah. Berdoakan kebaikan untuk dirinya jika ada kekuranganya yang kita tak dapat terima, dan berdoalah agar kita menjadi sahabatnya yang boleh membawa dirinya dan diri kita ke jalan yang Allah redha :) Percayalah..mendoakan sahabat merupakan petua paling berkesan dalam mengeratkan ukhwah, dalam kita tak sedar...Allah akan eratkan dengan pelbagai cara seperti berbaik sangka, mudah memaafkan, saling mengingati dan semakin hari semakin sayang akan persahabatan yang terbina :)
BERJABAT TANGAN BILA BERTEMU - Rasulullah SAW menganjurkan umatnya bila bertemu dengan saudara-saudara agar cepat-cepatlah berjabat tangan sesuai dengan hadis yang diriwayatkan Abu Daud dari Barra: "Tidak ada dua orang mukmin yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan keduanya diampuni dosanya sebelum berpisah."
Apabila bertemu bersalamanlah kerana sentuhan itu pengerat ukhwahnya. Apa yang ana kagum di tempat kerja ana sekarang, staff lelaki rajin bersalaman sesama mereka bila masuk pejabat, setiap hari begitu..Subhanallah :) Yang mendahulukan huluran tangan lebih baik daripada menyambutnya. Lebih cantik sekiranya, disertakan dengan kata-kata maaf. Latihkan diri kita, jika bersalaman sahaja tidak kira dalam keadaan apa pun dan dimana pun...berjabat tangan sahaja automatik mulut mengungkap perkataan 'maaf ya'. Walaupun mungkin ada yang mengata..eh macam raya pula..eh baru kenal, xada dosa apa pun dll. Tetapi kita mesti ingat..dosa dengan Allah kita boleh mohon ampun denganNya dan Allah Maha Pengampun. tetapi berdosa dengan manusia, kita akan berdosa jika ada perkataan dan perbuatan yang menguriskan hatinya selagi kita tidak memohon maaf. Kita tidak tahu hati sahabat kita, tapi bila kita maaf semoga hatinya kembali lembut untuk memaafkan dan insyaAllah ukhwah akan terjalin dengan sucinya..MasyaAllah :)
MENGUNJUNGI SAUDARA - Dalam kitabnya Al Muwathtaa Iman Malik meriwayatkan: Bersabda Nabi Muhammad SAW bahawa Allah berfirman : "Pasti akan mendapat cintaku orang-orang yang mencintai kerana Aku, dimana keduanya saling berkunjung kerana Aku dan saling memberi kerana Aku."
Memang tidak dapat dinafikan, amalan kunjung mengunjung dapat menyuburkan ukhwah yang terbina. Sebab tu bulan Syawal digalakkan amalan kunjung mengunjung sempena sambulan Hari Raya. Pergilah kunjungi kampung, rumah dan keluarga sahabat-sahabat kita bila ada peluang. Teringat ana dengan kata-kata sahabat ana. Ana kata "Dia sahabat rapat dan kami pernah sebilik semasa belajar", rakan ana tanya kembali " Sudah pernah pergi ke rumahnya dan menggunakan tandas rumahnya?" , Ana menggelengkan kepala.." Tidak pernah", Dia pun berkata "Itu masih belum dikatakan sahabat rapat". Amiklah peluang semasa bersahabat untuk beraya rumahnya, hadiri kenduri rumahnya, singgah ntuk tumpang solat, singgah untuk berehat dan bermacam-macam lagi cara dan alasan untuk kita mengunjungi sahabat kita yang penting tidak menganggu dan terlalu menyusahkannya :) Sahabat yang baik akan menerima kedatangan sahabatnya dengan hati terbuka..InsyaAllah :)
MENYAMPAIKAN UCAPAN SELAMAT - Diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Barangsiapa mengucapkan selamat kepada saudaranya ketika saudaranya mendapat kebahagiaan nescaya Allah menggembirakan pada hari kiamat." (HR Tabrani).
Ucapkan sesuatu yang boleh menggembirakan hati sahabat. Jika hari lahirnya, wish la, jika hari raya, wish, jika mendengar kejayaannya, kebahagiannya..ucaplah tahniah dan sebagainya. Paling tidak pun..wish la selamat pagi, selamat malam :p Lebih comey, cantik dan molek setiap ucapan itu disertakan dengan doa. Contohnya, selamat jalan..semoga Allah melindungi dirimu selalu. Indah bukan :) atau..boleh ke....jalan baik2x ya..jatuh bangun sendiri ..erk? :p
MEMBERI HADIAH - Imam Dailami meriwayatkan dari Anas dengan marfu' bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Hendaklah kalian saling memberi hadiah kerana hadiah itu dapat mewariskan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati." Dalam hadisnya marfu, Imam Thabrani meriwayatkan dari Aisyah RA bahawa Rasulullah bersabda ertinya: "Biasakanlah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan saling mencintai."
Yeah! Ana suka dapat hadiah..hehe. Hadiah buatan tangan sahabat untuk kita lagi ana suka :) Jadi...jika diri kita gembira dapat hadiah, mesti sahabat-sahabat kita juga begitu. Apa yang kita suka sahabat lakukan pada kita, kita lakukanlah pada sahabat. Lagi kita sayang sahabat kita, lagi macam-macam kita fikirkan nak bagi hadiah apa. Barang yang kita sayang dan suka, itu kita berikan pada sahabat...dengan rela hatinya, itu tanda ukhwah kita dengan sahabat semakin kukuh. Hadiah tak semestinya bagi barang, macam-macam cara kita boleh lakukan untuk menghadiahkan sahabat sesuatu seperti hadiahkan senyuman, belanja makan, bawa jalan-jalan, pada ana...hadiah ini adalah memberi sesuatu yang boleh menggembirakannya, memberi kenangan padanya samada ia kenangan melalui barang atau peristiwa manis :)
MEMPERHATIKAN KEPERLUAN SAUDARA - Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. Bahawa Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Siapa yang meringankan beban penderitaan seorang mukmin di dunia pasti Allah akan meringankan beban penderitaannya di akhirat kelak. Siapa yang memudahkan orang dalam keadaan susah pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutupi aib seseorang muslim pasti Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan akhirat. Dan Allah akan selalu menolong hambaNya jika hamba tersebut menolong saudaranya." (HR Muslim)
Setiap sahabat kita ada haknya yang patut kita tunaikan. Ustazah ana pernah berpesan, jagalah hak kawan kamu..insyaAllah Allah akan menjaga hak kamu pula. Hak sahabat untuk dirai kehadirannya dalam hidup kita. Kita mesti raikannya dengan melayannya dengan baik, senyuman dan pertolongan bila die berada dalam kesusahan. Walaupun ini diri kita, tetapi kita punyai tanggungjawab dan orang disekeliling kita punyai hak dan memerlukan kita. Begitu juga kita. sebab kita tidak sempurna :)
Sekian , jom suburkan ukhwah :)
Ada button like x? hihi
ReplyDeleteahuhuhua
ReplyDelete