♥......ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗰᗰᑌ'ᗩᒪᗩIKᑌᗰ......♥
Alhamdulillah, sehingga saat ini
masih diberi pinjam Oksigen untuk terus bernafas, nadi untuk terus
hidup, anggota yang sempurna dan sihat untuk terus bekerja dan akal
fikiran dan seterusnya iman untuk terus menunaikan kewajipan sebagai
seorang hambaNya di muka bumi ini.
Dengan
publishnya post ini, maka serta merta ia menjadi post pertama untuk
tahun 2013. Subhanallah.. Sudah 3 tahun rupanya umur teratak "Hati
Sesejuk Salju" ini. Dua tiga hari sebelum ini, saja mengisi masa dengan
membaca kembali post2x sepanjang tahun 2012. Bermuhasabah kembali setiap
penulisan yang di postkan, dan mengingatkan diri semula setiap apa yang
di sampaikan. Alhamdulillah...rasa tidak sia-sia meluangkan masa untuk
menulis di blog kerana ada ketikanya ia kembali menjadi penasihat buat
diri sendiri :)
Walaupun tak dilimpah kemewahan
Hati ku tetap akan memuji
Namamu selalu ya rabbi
Walaupun tak di beri kemakmuran
Akan ku memanjangkan kesabaran
Ku tetap syukur pada ilahi
Kerana mengurniakan nyawa ini
Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam, dan hari esok lebih baik dari hari ini.
Semoga hari di akhirat nanti lebih baik daripada hari-hari di dunia persinggahan ini.
Aamiin :)
ReplyDelete