Bismilahirahmanirahim..
Raya oh raya... raya kali ini betul-betul menguji .. Bila masih belajar..rileks je, bila raya pun boleh lagi dapat duit raya..hehe.. orang selalu tanya bila nak habis belajar?
Tapi! Bila dah koje ni..time rayanya jadi lain skit..! :(
Biasa orang tanya "bila nak kawin?".. tapi soalan tu dah ready dah nak jawab..siap ada skema jawapan lagi gitu...fuhh~
Biasalah...soalan yang kita dah jangka akan ditanya, akan mudah dijawab, masalahnya sekarang ini..soalan luar jangkaan!
"Bila nak beli keretanya?"
......??????.....
Rasanya soalan agak buat kita pelikkan... erm.. kenapa mesti tanya soalan tu..hehe.. Mungkin orang kata, dah keje kena ada kereta bagai so tak payah tumpang orang pergi keje..ia kan keperluan juga...banyak lagi la sebab-sebabnya...
Ye betul-betul..alhamdulillah, walaupun agak tertekan mula-mula, akhirnya waras juga kembali. Pedulikan orang nak kata apa.. Kita sahaja yang tahu situasi kita. Selagi ia tak mendesak, pedulikan apa orang nak kata.
Baru-baru ni ada seorang adik telepon..
"Kak seha, apa perkembangan terkini??
"Perkembangan apa?" (Ingatkan nak tanya pasal bila nak kenduri ke.. tu kan soalan femes sekarang : p)
"Yela, takkan tak beli kereta lagi ke?"
(Soklan ini lagi....zzzz)
Sabar wahai hati, abaikan pertanyaan mereka. Mereka tak tahu situasi kita & tak boleh salahkan mereka juga. Kita jawab dengan berhikmah ye... :)
Copy & paste :-
4 Prinsip Asas Kewangan Peribadi
Bila dah betul-betul ada kesedaran dan
semangat bebas dari segala hutang, mungkin sahabat semua boleh pakai
PRINSIP KEWANGAN yang saya amalkan ni.
Prinsip #1: Beli secara tunai.
Henti dan jauhkan
segala urusniaga yang dinamakan ansuran, installment, beli dulu bayar
kemudian, skim bayaran mudah dsb. Kalau terpaksa berhutang, itu
maksudnya kita belum mampu beli barang tu lagi. So, simpan dulu duit
sampai cukup, baru beli.
Prinsip #2: Hidup di bawah kemampuan, bukan ikut kemampuan.
Beli ikut keperluan,
bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai
kereta Proton Inspira, pakai Proton Saga jer lah dulu. Lupakanlah dulu
perkataan “bergaya” dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita
benar-benar mampu untuk bergaya. Biar tak bergaya, asalkan poket kita
kaya.
Kalau ada barang
yang bukan keperluan di rumah, lebih baik jual. Downgrade life style
buat sementara waktu. Kalau sekarang ni subcribe Astro full channel, apa
kata kurangkan channel-channel tu atau terus hentikan langganan Astro!
Kalau sekarang pakai kereta besar, down grade kepada kereta yang cukup
untuk keperluan jer. Kalau sekarang suka beli makan di luar, apa kata
masak di rumah jer atau bawa bekal jer ke pejabat. Pointnya, hidup di
bawah kemampuan.
Prinsip #3: Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit.
Sikit tak apa,
asalkan simpan. Saya dulu pun mula menyimpan RM20 jer sebulan. Buat
potongan gaji ke akaun Tabung Haji (bukan tunggu duit lebih hujung
bulan). Setiap kali naik gaji, saya akan tambah potongan gaji ke Tabung
Haji. Kalau tak mampu simpan RM20 sebulan, simpan la RM2 sehari, masuk
dalam tabung khas. Nanti hujung bulan masukkan RM2 sehari (RM60 sebulan)
tu ke akaun bank. Yang penting mesti menyimpan.
Prinsip #4: Bina pendapatan kedua.
Libatkan diri dalam
bisnes, tapi bukan skim-skim ‘bisnes’. Anggap gaji tu sebagai duit untuk
hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan.
Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%! Duit
hasil bisnes memang terbukti mempercepatkan kami bebas dari hutang,
alhamdulillah.
Second
income penting sebagai ‘backup’ income utama, dan untuk tambahkan
simpanan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan setiap orang perlu
ada second income.
p/s Sara hidup makin lama makin tinggi, tekanan hidup semakin menjadi2 dalam masyrakat..lihat sahaja isu masyarakat sekarang tapi walau pape pun, Kita bertanggungjawab atas kehidupan kita..jadi buatlah pilihan dan keputusan yang terbaik.. :)
No comments:
Post a Comment