Allhummasoli ala Muhammad...
Hari-hari demi hari berlalu, semakin dekat kita kepada kematian. Adakah sempat bertemu Ramadhan?
"Ya Allah, sampaikanlah kami di bulan yang mulia itu, yakni bulan Ramadhan"
Insyaallah jika ditakdirkan umur yang panjang, dapatlah menjalani Ramadhan sebagai seorang isteri. Sudah 27 Tahun menyambut Ramadhan bersama mak abah tercinta... manis dan indah. Manis dan indahnya itu kerana Bulan itu bulan penuh berakah.
Minggu lepas minggu terakhir di Darul Mubarak Seri Iskandar, insyaallah selepas ini akan menjadi salah seorang staff baru di Gombak. Masih diberi rezeki oleh Pencipta yang Maha Hebat untuk menjadi warga Darul Mubarak. :) :) Alhamdulillah... Walaupun cawangan Gombak belum ditubuhkan lagi, tapi ustaz tetap membuka peluang dan ruang untuk bekerja dengannya.
Jika situ rezeki terbaik, All the best. Follow the step and plan. Do the best among the best. Buat kerja sungguh-sungguh. Perancangan akan datang? Pasti ada... pasti Allah sudah aturkan juga... Doa dalam hati agar diberi hati yang redha pada setiap qada' dan qadarnya :)
Tanda kita berterima kasih pada nikmat Allah adalah bersyukur dengan apa yang diberi dan menggunakannya sebaiknya. Tanda kita berterima kasih pada Allah juga adalah kita membiasakan diri berterima kasih kepada orang lain. Sebab apa? Sebab... ucapan terima kasih itu akan hadir perasaan rendah hati.
Alhamdulillah setelah hampir dua bulan berkahwin... kini diizinkan Allah untuk berada disisi suami di Gombak. Insyaallah akan meneruskan perjuangan disini sebagai seorang isteri, pekerja dan Daie. Moga diri ini thabat di jalan Allah.
Hari pertama tiba di Gombak, terus mahu ikut suami ke kuliah pengajiannya iaitu Kitab Fathul Bari syarah shahih Bukhari. Moga langkah pertama ini sebagai semangat hari-hari seterusnya untuk menjadi lebih baik walaupun ini Kota Raya tapi itu bukan penghalang :)
Kitab Fathul Bari |
Yang paling indah! Bila menjejakkan kaki di surau Taman Melewar... Ya Allah rupanya aku pernah datang disini bersama sahabat-sahabat UUM beberapa tahun yang lalu. Malam itu satu persatu ingatanku pada masa lampau...aktiviti dan programku di sana. Maha Suci Allah...akhirnya aku kembali disini bukan sebentar tetapi menjadi penduduk. Tidak sangkakan...rupanya jodohku pun tidak jauh masa itu. Rumahnnya berdekatan situ sahaja. he he. Tiba-tiba terfikir.... apa ye dia sedang buat ketika itu. he he.
Haa... satu lagi, yang bestnya Surau Taman Melawar ni surau yang banyak mengadakan kuliah pengajian.. huhu.. tak sangka plak datang kota raya , meriah dengan majlis agama. Nak dengan tak nak je... Apa-apa pun, ambil peluang yang ada selagi masih hidup. Insyaallah nanti nak kongsi kat sini jadual kuliah bulanan surau Taman Melewar dengan Masjid Saidina Hamzah. Kot-kot ada yang google jadual tu tapi tak jumpe..sebab pernah terdengar suami cakap dia pernah google tapi tak jumpa...kesian die... he he :)
Hikmah kedua, disini ada penulis kegemaraku..iaitu Fatimah Syarha. Sudah melihat officenya, kapan bila boleh bertemu. Insyaallah moga pertemuan di Nisa Gombak? Ketiga, yuhuuu.... akhirnya aku dibawa suami ke kedai Tudung Annur. Ya Allah.. disini rupanya. Pernah satu ketika dahulu search mencari kedai yang memenuhi syariat ini. Kedai yang menjaga adab-adab modelnya. Alhamdulillah..... suke-suke-suke :)
Kehidupan baru, hari baru , keberkatan diburu
No comments:
Post a Comment