Assalammualaikum..
"
"
Allahhuakhbar.....!
Begitulah post terakhir daripada seorang sahabat perjuangan ana di wall facebooknya sebelum dia meninggalkan kami semua untuk selama-lamanya dalam dunia persinggahan ini akibat kemalangan jalan raya. Seorang mujahid Islam yang berumur 23 tahun.
Pemergiannya sangat dirasai oleh sahabat-sahabat terutamanya bagi yang pernah bekerjasama dan berurusan dengannya semasa di Politeknik Ungku Omar samada organisasi Kamsis mahupun PSSI. Panggilan masuk dan inbox dipenuhi masej daripada sahabat-sahabat yang memaklumkan pemergian arwah ke rahmatullah. Di facebook pula penuh dengan ucapan doa daripada sahabat-sahabat kepadanya...on sahaja fb, penuh dengan ingatan daripada sahabat-sahabat...begitu terasa kehilangannya....
Bagaikan tidak percaya adik yang suka mengusik, suka tersenyum dan amat mudah mesra itu pergi untuk selama-lamanya, namun hati sahabat-sahabat kembali terpujuk apabila mengingatkan bahawa persahabatan kami dan dirinya adalah kerana Allah, tautan ukhwah kami bermula semasa dijalanMu untuk menegakkan kalimah Laillahaillah di bumi PUO. InsyaAllah, jika ukhwah keranaMu, InsyaAllah..kita akan bertemu disana nanti. Bezanya, dirimu pergi terebih dahulu sebelum kami.
Pemergiannya memberi hikmah dan peringatan buat sahabat-sahabat yang ditinggalnya.
1) Bagaikan mendapat pesanan daripadaNya melalui pemergian adikku faiz, bahawa kematian itu tidak mengenal siapa dan dimana dan bila. Bila sudah sampai ajalmu, tidak kira kamu muda atau tua. maka sentiasalah besedia untuk sebuah kematian yang akan memutuskan kamu dari segala-galanya didunia ini melainkan amal jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh...InsyaAllah sahabat-sahabatmu akan mendoakanmu.
2) Pada hari peninggalanmu, dirimu telah mengumpulkan sahabat-sahabat yang sudah lama tidak bertemu walaupun sahabat-sahabat sedang merancang untuk bertemu didalam bulan Ramadhan ini, tetapi pertemuan yang tidak dirancang berlaku....Allah...pasti dirimu gembira melihat wajah-wajah sahabat yang sentiasa mengingatimu dan tidak putus-putus mendoakanmu adiku.
3) Pemergianmu menyedarkan bahawa ukhwah yang terbina itu bukan sia-sia, bukan saja-saja, tetapi satu anugerah yang perlu dijaga,yang perlu dipelihara dan perlu dihargai. Tambahan pula sikapmu yang rajin bertanya khbar sahabat-sahabat menjadi peringatan kepada kami untuk lebih menghargai sahabat-sahabat yang masih ada disisimu selagi masih berpeluang untuk bertanya khabar, bertemu dan bersama.
4) Selepas mengetahui pemergianmu, sudah pasti sahabat-sahabat akan menjengah wall facebookmu, dan melihat status terakhirmu. Syukur, status terakhirmu mengingatkan tentang perjalanan menuju rabbi. Kata-kata terakhirmu adalah kata-kata seorang hamba yang mencintai untuk bertemu Allah... MasyaAllah.... sesungguhnya Ya Allah... jauhilah kami daripada kata-kata cinta yang dusta, kata-kata cinta selain kepadaMu dan keranaMu Ya Allah... Sesungguhnya sahabat, kata-kata terakhirmu telah menjadi ingatan dan peringatan yang amat terkesan disanubari selamanya. Setiap postmu di wall subur dengan kata-kata peringatan dan pesanan berkenaan Islam... Bagaimana pula kita?? post terakhir kita? Gambar di fb kita? tutupkah aurat kita? Adakah subur dengan post cintakan islam, cintakan Allah..atau dipenuhi dengan kata-kata cinta dunia? kekecewaan dengan manusia? Mengumpat? mengata? Nauzubillah....Kita tidak tahu bila saat kematian kita, maka persediaan perlu dibuat sentiasa, peringatan perlu ada untuk diri sendiri...supaya perginya kita membawa erti, menjadi gambaran seorang islam yang cintakan Allah...
Sebelum tidur semalam, seorang sahabat ana telah menghantar sms kepada ana. Dia memberitahu bahawa sukar untuk tidur kerana mengenangkan arwah.
"Ana redha dengan pemergianya"katanya.
"InsyaAllah, arwah tahu siapa yang mengingatinya, banyakkan sedekah al-Fatihah untuknya"
"Tempatnya kini berbeza dengan tempat kita, tapi yang pasti kita juga akan kesana, cuma dia pergi dahulu...kita pergi kemudian, yang pasti kita akan bertemu disana...InsyaAllah"
InsyaAllah, sebagai rantai perjuangan Rasullullah...yang tiada rehat semasa didunia ini..maka berehatlah disana wahai sahabat...masa rehatmu sudah tiba, kami disini masih perlu meneruskan rantai-rantai perjuangan rasulullah....semoga Allah memberi kekuatan kepada kami untuk terus beristiqomah di medan dakwah dan semoga Allah menempatkanmu bersama-sama perjuang Islam yang digelar syuhada. Aminn.
Ungkapan asy-Syaheed Sayyid Qutb di ambang kepulangannya kepada ar-Rahmaan:
Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau siram pusaraku dengan air matamu
Maka di atas tulangku yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat umat mulia ini
Dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya
Kematianku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan Kekasih yang sedang merinduku
Taman-taman di syurga bangga menerimaku
Burung-burung berkicau riang menyambut ku
Berbahagialah hidupku di alam abadi
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah roh ku terbang mendapatkan rindunya
Janganlah gentar berkelana ke alam abadi
Nun di sana fajar sedang memancar..
Al-fatihah buat adik Mohd Faiz Noorzailand...
assalam...moga arwah ditempatkan bersama para solihin....pemergian arwah meninggalkan erti dan kenangan yang tidak bisa dibandingkan dgn yang lain...al-fatihah buat arwah...amin....
ReplyDelete