Friday, August 5, 2011

Pemberi yang bersyukur

Assalamualaikum...

Suatu hari......perbualan dengan seorang adik,

"Pergi mana?"
"Bawa mak pergi ambil kuih raya kat kampung"
"Kuih apa?"
"Hari tu tempah..kak tahu kuih akok?"
Nilah kuih akok..
"Banyak ke tempah?"
"Banyak juga...ayah kata nak bagi kat orang untuk raya"
"Bagus eh ayah, sanggup tempah kuih pastu bagi kat orang"
"Ayah memang camtu kak, mungkin sebab pernah susah dulu"
"Adik contohi ayah dan mak nanti bila dah berkeluarga atau pun bila dah ada duit poket sendiri"
"InsyaAllah, adik memang suka sikap ayah yang ni, kalau dulu masa kecil, time tu masih duduk rumah sewa lagi, ayah selalu panggil sedara mara datang makan, sampaikan adik cakap.....habislah duit"
"Boleh pulak cakap camtu..hee"
"Ye la sebab dulu ingat ayah tak ada duit, tapi bila dah besar ni baru la faham..."

Barulah faham bahawa hidup mestilah memberi. Memberi kepada sesiapa sahaja. Memberi apa yang kita ada. Sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang sebenarnya kita memberi untuk kita. Tak perlu loket untuk memberi, tak perlu berasa beban untuk memberi kerana memberi dengan ikhlas itu tanda kita mensyukuri nikmat Allah kerana apa yang kita miliki sekarang semuanya milik Allah.


Kerja kat Kementerian Kewangan dahulu, sudah menjadi kebiasaan staf-staf kat sana menjadi orang yang memberi. Memberi nasihat, memberi tunjuk ajar dan kebiasaannya memberi makanan la...setiap hari ada sahaja yang akan belanja terutamanya time dapat gaji. seolah-olah mereka telah siapkan bajet daripada gaji itu untuk belanja makan. Ana boleh lihat dan smakin mengerti setelah sehari demi sehari melihat mereka-mereka yang suka memberi ini dimurahkan rezeki oleh Allah. Allah memberinya kesihatan yang baik walaupun sudah berumur, ada yang dapat kerje tetap, ada yang dapat dapat baby, ada yang dinaikkan pangkat, ada yang lulus exam kenaikan gred gaji kot..tak ingat dah..tapi exam la..heee.

Kalau tak punya apa-apa, apa nak diberi?

Memberi bukan hanya dengan harta benda, memberi senyuman, memberi pertolongan, memberi kasih sayang, memberi pendapat, memberi buah fikiran, memberi apa yang mampu diberi. Dengan memberi bererti kita menyenangkan orang yang menerima, sesungguhnya, Allah itu Maha Pengasih lagi Penyayang.

Baiklah ,antara memberi dan menerima, siapa yang paling gembira..? pemberi atau penerima? mestilah pemberi, pemberi akan berkali ganda gembira apabila si penerima gembira menerima pemberiannya. Seperti orang yang memberi salam akan dapat lebih pahala daripada yang menjawab salam. Pada zaman Rasulullah, tiada peluang langsung para sahabat hendak memberi salam kepada rasul, rasul selalunya terlebih dahulu memberi salam, kerana apa? kerana mahu memberi.

Makanya, berebut-rebutlah kita untuk menjadi pemberi, terutamanya bulan Ramadhan yang mulia ini, bulan yang penuh keberkatan dan rahmat Allah. Yang utamanya, betulkan niat...memberi bukan untuk minta dibalas..tetapi memberi kerana Allah. Tanda kita mensyukuri nikmat Allah yang hanya pinjaman ini. Waahualam..selamat berpuasa dan selamat memberi...


^_^ smile untuk kalian...


"Addin An-Nasihah ^___^

No comments:

Post a Comment

:::SAHABAT-SAHABATKU:::