Friday, August 31, 2018

Luahan hati si anak

Esok Insyallah, hari terakhir kami akan ke rumah lama di Pangsapuri Sri Batu dan memulangkan kunci rumah kepada owner.

Sebak juga rasa, rumah pertama yang ummi dan ayah duduki bersama. Dari tak ada pape dalam rumah, sikit2 ayah beli perabot yang kebanyakkan untuk kemudahan ummi.

First kami beli barang elektrik peti ais, kemudian 3 bulan kemudian ayah belikan ummi mesin basuh. Kenangan.

5 bulan kemudian, ummi mengandungkan anakanda Hamzah. Bila dah sarat ayah kata kesian kat ummi bangun duduk, then ayah beli set meja makan dan sofa. Tq abang.. Moga Allah sahaja dapat membalas segala keprihatinan abang buat isterimu ini.

Alhamdulillah.. Walaupun rumah ini kecil tapi bukan ayah dan ummi je rasa berat hati nak berpindah tapi Hamzah juga.. Mybe sebab Hamzah sulung.. Dia tahu ini rumah pertama dia sejak lagi.. Sehingga adik dah 2 orang. Hehe.


Sayu jugak tadi Hamzah kata

"Ummi, Hamzah tak nak duduk sini, Hamzah nak balik rumah Hamzah"

Tersentak juga ummi dengan luahan Hamzah yang tiba2 tu. Ummi cuba memujuk. 

"Kenapa, ni la rumah kita sekarang, Hamzah tak suka ke.. Rumah ni lagi luas dan besar, Hamzah seronokkan main dalm rumah"

"Hamzah tak nak rumah kita, hamzah takut.. Hamzah nak rumah Hamzah. Rumah Hamzah yang kat sana tu.. "

Dalam hati ummi.. Allahu.. Anak ummi dah besar.. Ummi pun kena belaja cakap dan terang elok2 sekarang sebab Hamzah dah pandai berfikir dan meluahkan apa rasa hatinya.😊

Bila ayah balik, ummi cerita kat ayah. Hamzah cakap lagi.. Hamzah nak balik rumah Hamzah, Hamzah nak tengok lembu.. Waaa sedih plak kan. Huhu

Ya banyak kenangan di rumah lama. Tapi.. Demi masa depan dan peluang tengah ada. Dengan izin Allah, dan Allah Maha Tahu. Perpindahan ini untuk sesuatu yang lebih baik. Insyallah kita sekeluarga akan cipta kenangan disini pula.

Yang penting, moga perpindahan ini membawa kita lebih dekat dengan Allah dan keluarga kita lebih mawaddah, sakinah dan warahmah.

Terima kasih ayah, tahu bukan keputusan yang mudah untuk berpindah.. Tambah komitmen yang bertambah. Insyallah moga Allah murahkan rezeki abang untuk menyara keluarga kecil kita. Aminn.

Sebelum tidur semalam ummi berbicara sekali lagi dengan Hamzah.


"Hamzah, ini bilik kita sekarang, hamzah tidur sini. Cantik tak bilik ni"

"Cantik.. "

Sekarang ini rumah kita, rumah ni Hamzah boleh lari main kat mana pun, seronok tak.

" Seronok.. "

Ok.. Kita kena sayang rumah kita, rumah ni ayah cari untuk kita tinggal. Mulai sekarang kita tinggal sini ya.. Ok.

" Aha.. "

Brommm... Bromm.. Kedengaran bunyi moto ayah baru balik dari masjid. Sekian

*Mungkin ada silap ummi ayah tak jelas betul2 pasal rumah baru kami, atau mungkin ummi terlalu melarang untuk jaga rumah ni dengan keluarkan kata ini barang orang, tu pintu orang bukan kita punya.. So Hamzah rasa asing dirumah sendiri.
*Apa2 pun.. Pertanyaan Hamzah pasal rumah ni buat ummi tersedar, Hamzah dah besar dan dah pandai meluahkan rasa hati. Ummi kena fokus setiap perasaan dan luahan mu kini. 

Insyallah

-Ummi Meluahkan pula 😁-
"Addin An-Nasihah ^___^

No comments:

Post a Comment

:::SAHABAT-SAHABATKU:::