Saturday, August 18, 2012

Bagaimanakah Cara Terbaik Menyambut `Eidul-fitri?

Ummat ISLAM menyambut `Eidul-Fitri setelah sebulan menghadapi ujian dan ibadah berpuasa di bulan Ramadhan.  Ia disambut pada 1 Syawwal dengan perasaan syukur kepada ALLAH `Azza wa Jalla yang banyak memberikan keampunan dan ganjaran yang besar sepanjang sebulan Ramadhan tersebut kepada hamba-hambaNYA.


Bagaimanakah cara terbaik kita menyambut `Eidul-fitri?

1.  Bertakbir

ALLAH Ta`ala berfirman:

“Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan) dan bertakbir atau membesarkan  ALLAH atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.”

(Surah al-Baqarah, 2:185)

Disunnatkan bertakbir pada malam hari raya sehinggalah Imam datang untuk memulakan solat sunnat `Eidulfitri pada hari raya.  Dituntut untuk meninggikan suara ketika bertakbir.  Wanita tidak dibenarkan meninggikan suara ketika bertakbir.

2.  Mandi, memakai wangi-wangian dan mengenakan pakaian yang terbaik. 

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam diriwayatkan memakai pakaian yang paling cantik ketika Hari Raya.  Malah Baginda mempunyai pakaian khusus untuk dipakai pada hari Jumaat dan Hari Raya.

Walau bagaimanapun, wanita tidak dibenarkan untuk memakai wangi-wangian dan berhias apabila keluar dari rumah bagi mengelakkan fitnah.

3.  Makan dahulu sebelum solat `Eidulfitri. 

Anas bin Malik r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w tidak keluar pada hari  `Eidul-fitri sehingga Baginda makan beberapa biji tamar (dan Baginda makan dalam jumlah yang ganjil)”

(HR al-Bukhari)

4.  Berjalan kaki ke tempat solat.

Ibnu Umar r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w keluar untuk menunaikan solat sunnat Hari Raya dalam keadaan berjalan dan pulang dalam keadaan berjalan.” 

(HR Ibnu Majah.  Dikategorikan hasan oleh al-Albani)

5.  Ikut serta wanita dan anak-anak.

Ummu `Atthiyyah berkata:

“Kami diperintahkan untuk mengeluarkan semua gadis dan wanita haid pada kedua-dua Hari Raya (iaitu `Eidul-Fitri dan `Eidul-Adha) agar mereka menyaksikan kebaikan pada hari itu, juga doa dari kaum Muslimin.  Hanya sahaja supaya wanita-wanita yang haid menjauhi tempat solat.”

(HR al-Bukhari dan Muslim)

6.  Mengerjakan solat `Eidulfitri.

Hukum mengerjakan solat `Eidul-fitri ialah sunnat muakkad.  Pada zaman Rasulullah s.a.w, Baginda melakukan solat `Eidul-fitri secara berjamaah di musolla iaitu satu kawasan lapang di luar.  Nabi s.a.w tidak pernah melakukan solat Hari Raya di masjid melainkan hanya sekali kerana hujan turun.

Walau bagaimanapun, jika masjid itu besar dan boleh menampung jumlah jamaah yang banyak, maka bolehlah dilakukan di dalam masjid.

7.  Mendengar khutbah Hari Raya.

8.  Pulang dari solat Hari Raya dengan menggunakan jalan yang berbeza.

Apabila pulang dari solat `Eidul-Fitri, disunnatkan kita menggunakan jalan yang berbeza dari jalan yang digunakan untuk ke tempat solat.  Hal ini pernah dilakukan oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.

9.  Mengucapkan tahniah

Terdapat riwayat yang menceritakan bahawa para sahabat radhiAllahu `anhum saling memberikan ucapan:

“TaqabbalAllahu minna wa minkum”  yang bermaksud “Semoga ALLAH menerima dari kami dan kalian”
 

"Addin An-Nasihah ^___^

Sunday, August 12, 2012

The Quran Read Pen

Assalammualaikum w.b.t

Baru-baru ini Ustaz Ismi di tempat saya menjalani praktikal ada memberi peluang untuk kami para staff menjual barangan berupa Al-Quran yang dibeli khas dari cina. Ustaz ada memberitahu bahawa diantara barang-barang cina yang sebelum ini, die takut nak jual tetapi kali ini die begitu yakin untuk menyuruh sesiapa membelinya kerana kualiti barangan ini yang boleh dipercayai. Barangan tersebut adalah "The Quran Read Pen".
The Quran Read Pen ini milik adik saya

Dan beberapa hari kemudian, saya mengikuti kuliah Ustaz di masjid. Diantara kata-kata ustaz ini :-

"Bulan Ramadhan ini seeloknya banyakkanlah membaca tafsir Al-quran, ye saya tahu ada yang cakap "ate ustaz bila nak habisnya..kami nak khatam Al-quran", "Macam ni la, khatam Al-Quran tu lakukanlah dengan bertadarus Al-Quran, membaca tafsir Al-quran itu pula lakukan untuk diri kita sendiri..." "Aa..jangan cakap "malulah ustaz saya tak pandai membaca Al-Quran".....Zaman sekarang tiada alasan untuk tidak pandai membaca Al-quran sebab zaman sekarang dah ada peralatan canggih, pen yang bacakan al-quran mengikut ayat, dan boleh diulang beberapa kali untuk belajar membaca sendirian".."Kalau zaman dahulu boleh dimaafkan lagi, sebab rumah tok mengajar ngaji jauh..malam pula tu, jadi halangannya pelbagai"

Oleh itu, saya terfikir..betul juga. Tapi mungkin ada orang yang tidak tahu akan kewujudan "the quran read pen" ini, maka, adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk memberitahu akan "The Quran read Pen "ini.




Sebuah set The Quran Read Pen ini mengadungi :-

  1. Sebuah Al-quran yang berbeza daripada Al-quran biasa, ia mempunyai pelbagai simbol diruang tepinya untuk dibaca oleh pen.
  2. Sebuah pen yang mempunyai suara dalam pelbagai bahasa termasuk tafsiran didalam bahasa melayu, terdapat juga mp3 untuk memainkan lagu-lagu nasyid, Nama-nama Allah, Talbiah dan sebagainya yang boleh di download dari komputer ke dalam pen ini. Pen ini memainkan peranan besar produk ini. Pen ini menggunakan bateri dan bateri tersebut boleh di cas. 
  3. Terdapat 3 buah buku tambahan iaitu Taking Dictionary, Sahih Al-Bukhari dan Qaida Noorania.
  4. Terdapat juga kad kecil yang mengandungi nama-nama surah yang boleh dibawa kemana-mana dengan mudah untuk dipedengarkan oleh pen tadi.
  5. Read Pen boleh disambungkan kepada pembesar suara supaya dapat mendengar dengan lebih kuat atau boleh juga disambungkan terus ke pembesar suara masjid atau surau tanpa memerlukan CD atau TAPE. Read Pen juga boleh disambung kepada earphone telinga untuk mendengar sendiri tanpa gangguan orang lain.






Hanya sedikit maklumat yang saya kongsikan diatas ini, masih banyak lagi kelebihan The Al-Quran Read Pen ini. Tak rugi memiliki set "The Quran Read Pen" ini, selain untuk membantu diri sendiri dalam memperbaiki bacaan Al-Quran, boleh hadiahkan kepada mak ayah, buat sebagai hantaran perkahwinan, sebagai hadiah hari jadi dan sebagainya. Abang saya sendiri menggunakannya untuk anaknya yang masih kecil, so sweet... =)


Jadi sesiapa yang nak maklumat lanjut bertanyakan berkenaan The Quran Read Pen ini, boleh la email saya nasihah5630@yahoo.com. Bagi sesiapa yang berminat boleh juga ambil tempahan daripada saya. InsyaAllah semoga Allah permudahkan.

Sekian Wassalam.

"Addin An-Nasihah ^___^

Wednesday, July 25, 2012

Anak Sedaraku

Assalammualaikum!

Post kali ni nak mempekenalkan anak sedare yang ciut miut mcm mak ngah nya..hihihi.... mesti ada orang yang jelez...sape lagi lau tak mak yang humaira laaaa.. Aa humaira kenalkan diri...kwn2 blog mak ngah nak kenal...huhu.

Aii..name kite Capiqah Humaira Bin 'Abi', ummi kite lahirkan kita 21hb Dis 2012. Yang penting kite tak ckup cetahun lagi...


Ermm...nak citer pe lagi eh. Aaa! cekarang kite dah leh menerap...tapi bila kite menerap kite tak reti nak pucing alik.. Tapi ada satu malam tu kan..kite leh guling2x atas katil kat umah kita...syookk...kite guling puas2x..ummi dan abi suh tido pun kite buat tak tahu...kite conok pucing2x..

Pastu...abi cite kat kat mak ngah & mak yang kite kot...mak cik2x kite tu suh la kite tunjuk pucing2x tu...ehh xnak leee...kite tak tunjuk pun...kite tunjuk kaki je....

Kite dah ngantuk.......tapiii......

Mak ngah & mak yang ni xhbis2 mekap kite....bubuh tu la ..bubuh ni la.......kite layan je la....

Last2xnye...kite tertito........pnt layan mak cik2x  tuu.....

Sekian dari kite..anak manje ummi dan abi tercyang!

Pesanan Humaira...semoga jadi anak yang solehah...

Tata...

Wassalam.

"Addin An-Nasihah ^___^

Wednesday, July 18, 2012

Insan dihatiku


Berada dekat dengan mak dan abah ini menyebabkan terasa semakin rindu pada mereka...kenapa eh?hehehe... Abah..Mak...dua insan istimewa dihatiku. Orang yang paling banyak berjasa dalam hidupku. Banyak impian yang ingin aku laksanakan untuk mereka. Abah adalah orang yang banyak memberi dorongan dan semangat kepadaku terutamanya dalam pelajaranku sehinggakan aku menjadi seorang yang bercita-cita tinggi. Mak pula adalah orang yang paling banyak mendidik, yang selalu memberi pendapat dan nasihat sehinggakan aku menjadi seorang yang cintakan Islam. 

Walaupun mereka bukanlah orang yang berpendidikan tinggi, bukan juga berjawatan tinggi tetapi merekalah guru dalam pelajaranku, ustaz dan ustazah dalam didikan agamaku, doktor untuk kesihatanku, polis untuk keselamatanku, hakim dan peguam dalam mengurus harianku....merekalah segala-segalanya bagiku didunia ini. Tiada sesiapa pun yang dapat mengantikan kedudukan mak dan abah dalam hati ini. Banyak impianku untuk dua insan yang istimewa dihatiku ini.  Semoga Allah permudahkan. Tanpa mengira masa dan hari..aku sentiasa mendoakan mak dan abah tersayang..


"Ya Allah Ya Tuhanku, sayangilah kedua ibu bapaku sepertimana mereka menyayangiku sejakku masih kecil, kurniakanlah mereka kesihatan yang baik dan panjangkanlah umur mereka dalam beribadat kepadaMu"

Ameen..

"Addin An-Nasihah ^___^

:::SAHABAT-SAHABATKU:::