Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha


Assalammualaikum w.b.t

Marilah sahabat-sahabat sekalian kita panjatkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga. Kerana sehingga saat ini, Allah masih memberi nikmat kepada kita. Alhamdulillah dengan nikmat pernafasan, kesempurnaan dan kesihatan anggota badan serta yang paling penting nikmat iman.

Syukur juga, kala ini kita masih berpeluang menyambut Hari Raya Aidiladha di bumi Allah yang aman damai ini. Hari Raya Aidiladha merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail.

Jika Aidilfitri meraikan kemenangan setelah sebulan menjalani Ibadah puasa menahan lapar dan dahaga serta perkara-perkata yang membatalkan puasa, manakala keistimewaaan Aidiladha pula adalah menjalani ibadah korban.

Setiap orang pasti pernah melakukan pengorbanan dalam hidupnya. Pengorbanan untuk sebuah kehidupan,sebuah persahabatan, pengorbanan untuk sekeluarga, pengorbanan dalam menuntut ilmu dan yang paling indah pengorbanan untuk Islam.

Jadi untuk semua umat Islam, ana nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Selamat menjalani ibadah korban. Sesungguhnya pengorbanan itu ibadah jika ia dilakukan kerana Allah s.w.t.






"Addin An-Nasihah ^___^

1 comment:

:::SAHABAT-SAHABATKU:::