Friday, January 28, 2011

Tak Semudah Itu Memilih Pemimpin

Assalamualikum w.b.t


Baru-baru ini DPP tempat ana tinggal ada mengadakan perjumpaan untuk setiap biro. Setiap biro akan mengadakan perjumpaan mengikut susunan waktu dan tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbiran dpp. Terasa teringin nak masuk satu lagi biro selain biro kesayangan ana iaitu biro kerohanian. Jadi ana masuk perjumpaan satu biro ini. At least dapat pengalaman baru dan dapat melihat aktiviti biro lain. Dan prosesnya seperti biasa, menceritakan aktiviti biro dan menjalankan proses perlantikan. Proses perlantikan seperti biasa iaitu dengan pengudian. Bermula dari pengerusi sehingga ajk-ajk kecil. Alhamdulillah selesai dengan baiknya.




Dan pada malam yang berikutnya, biro kerohanian pula mengadakan perjumpaan. Agak berbeza sedikit berbanding biro lain. Biro ini mengumumkan nama-nama yang memegang tampok pimpinan bermula daripada Majlis Tertinggi sehingga ketua-ketua biro. Tiada pengudian dilakukan kerana semua telah ditetapkan. Namun ketetapan tersebut telah di maklumkan terlebih dahulu kepada empunya badan. Dan sekiranya ada bantahan daripada ahli biro yang lain dengan hujah tersendiri, no problem. Kemudian Biro kerohanian mengadakan sijil dan cenderamata kepada ajk dan ahli semester lepas sebagai penghargaan serta jamuan makan. Beberapa hari kemudian, ada seorang adik yang berada di dalam Majlis Tertinggi biro bertanyakan kepada ana.

"Kak seha, k
enapa biro kerohanian tak buat undian macam biro lain untuk lantik Ajk"

"Sebab biro kerohanian dah buat pemilih
an untuk memegang jawatan dalam biro"

"Dah tu, biro kerohanian tak melaksanakan sistem demokrasilah ni" hehe


Fuh, persoalan yang baik dan tak pernah ana jangka persoalan sebegitu akan di tanya.


"Kita menggunakan sunnah Rasullullah, dimana pemilihan pimpinan dilantik atas perbincangan dan keputusan yang telah diputuskan oleh syura ( MT & AJK lama)"

"Oh, tak terpikir pula"

"Dah tu sebelum ini fikir apa?"

"Sebelum ini fikir undian adalah yang terbaik"

"Kenapa pula?"

"Sebab kawan-kaw
an kita tahu siapa kawan-kawan mereka yang boleh buat kerja"

"Dah tu hari tu kak seha masuk biro tu tak kenal
pun siapa dia dan macamna orangnya, dah nak undi yang mana...main angkat tangan je lah, camne pulak tu...." hehehe



Erm...lebih kurang begitulah sembang-sembang santai kami.

Syura adalah salah satu prinsip asas pengurusan & pentadbiran yang telah
dilaksanakan dalam pengurusan Negara Islam yang lampau. Syura adalah satu sistem perundangan bersama dalam semua peringkat. Allah s.w.t. memerintahkan Rasulullah s.a.w. supaya melaksanakan Syura dengan sahabat- sahabatnya dalam memutuskan perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan awam. Perintah melaksanakan Syura telah disebutkan oleh Allah s.w.t. melalui ayat :

“Dan juga lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah TuhanNya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya.” (Al-Syura 42:38)



Ana tidak kata system demokrasi itu salah, boleh digunakan selagi ianya tidak melanggar syariat Islam. Dalam kes ini, mungkin dari sudut pandangan beberapa orang ianya tidak adil, tapi sebenarnya pemilihan seseorang itu di buat setelah melihat dari banyak aspek. Ia dilihat dari segi komitmen, penglibatan, keseriusan laksanakan tugas, akhlak, kesungguhan, amalannya dan sebagainya. Bukan senang untuk mencari seseorang untuk dijadikan pimpinan.

Ana masih ingat lagi, senior ana bercerita tentang bagaimana seorang sahabatnya serius melantik seorang untuk dijadikan pimpinan. Sehinggakan dia sanggup bermalam dibilik bakal pemimpin itu dan melihat samada beliau bangun malam atau tidak. Hebat bukan.


Walaupun nampak biro kerohanian di DPP hanyalah satu biro yang kecil. Tetapi bukan kuantiti yang kita mahukan tetapi kualiti untuk laksanakan kerja Islam terutamanya didalam kawasan kecil ini. Mungkin hasil latihan kecil disini, mereka yang terlatih dengan kerja-kerja Islam inilah yang akan istiqomah diluar sana serta lebih menyedari bahawa setiap orang wajib meneruskan rantai-rantai perjuangan Rasululluh iaitu amar makruf nahi mungkar, menyampaikan dan menjadi pemudah cara untuk memahamkan masyrakat disekeliling tentang agama.

Syura telah dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai panduan kepada generasi kemudiannya.



Abu Hurairah berkata di dalam suatu riwayat yang bermaksud :



“Tidak ada orang yang paling banyak bermesyuarat dengan sahabatnya kecuali Rasulullah s.a.w.”



Walaubagaimanapun, harapan ana agar lebih ramai lagi yang ada kesedaran untuk berada di jalan dakwah di sini. Imam Hasan Al Banna pernah menyebut "Berdasarkan sejarah, mana-mana kebangkitan umat di belakangnya ada fitrah, ada manhaj dan ada orang yang bersemangat (rijal) untuk menyokong fikrah tersebut"


Segar lagi diingatan ana peringatan daripada seorang sahabat ana, yakni matlamat seorang pemimpin adalah melahirkan seorang pemimpin. Bukan semua orang mempunyai kebolehan dalam kepimpinan terutamanya dalam organisasi, jika semua orang nak memimpin siapa yang mahu dipimpin. Dan tak semua sedar bahawa die mempunyai kelebihan itu, tetapi orang yang melihatnya tahu. Jadi mereka yang dilihat mempunyai kebolehan tersebut, kita bagi ruang, peluang dan kepercayaan kepadanya untuk mencungkil kebolehannya untuk memimpin. Yang penting, kita bersama tak kira siapa pun dia junior ke, senior ke, tua ke muda ke.......




"Addin An-Nasihah ^___^

No comments:

Post a Comment

:::SAHABAT-SAHABATKU:::