Hiii...!


Assalamualaikum...


Tuesday, January 4, 2011

Idola yang menyejukkan hati

Assalamualaikum w.b.t

Ana nak tanya ni, suka tak tonton idola kecil? Erm, ana tak lah suka, tapi kalau buka tv dan tengok ada, ana layan je la. Pagi ini, habis kemas rumah awal, sebab start awal.hehe. Dan extra time lagi sebab tak de baju kotor nak basuh dah. Jadi hari ini dapatlah bersantai-santai lama sikit sementara nak tunggu tengahari. Ana pun ambil remote dan on tv. On je tv, terus terpampang idola kecil 3, oh ulangan rupanya...ketinggalan kok. Tapi sebelum ini pun banyak kali juga tengok, tengok gelagat peserta-persertanya.

Apa ye, pandangan antum dengan rancangan tv tersebut? Apa perasaan waktu menontonya? Erm.....ana pun tanyalah pendapat seorang sahabat tentang idola kecil ini. Apa dia jawab.

"Kan bagus suara best tu masuk akademi Al-Quran, memang mantop la bertaranum..."
"Suara sedap bukan semua dapat, gifted tu..."

Betul tu, bukan semua orang diberi anugerah dan berkebolehan suara yang merdu. Anugerah yang dikurniakan itu sepatutnya digunakan dengan sebaiknya, bagaimana digunakan dengan sebaiknya? Tepuk dada, tanya iman. Jika tiada iman,, tepuk dada, tanya mana nak cari iman.

Sebetulnya, ana sedih..sedih yang teramat apabila melihat adik-adik (xbleh anak2, sbb ana xkawin lagi..huhu) yang menjadi peserta pertandingan itu. Sedih kerana mempunyai ibu bapa yang merelakan mereka terlibat dengan dunia hiburan sebegitu. Sedih kerana mempunyai ibu bapa yang sanggup melihat anak-anak mereka menari-nari dengan pemakaian yang serupa artis di atas pentas. Sedih rasa hati apabila melihat adik-adik ini menangis, dan ibu bapa pun turut menangis memujuk. Dan sedih juga melihat ibu bapa yang gembira, seronok apabila anak-anak mereka terpilih. MasyaAllah. Sukar hendak digambarkan perasaan ini.

Perlukah menangis apabila anak-anak tidak terpilih. Sepatutnya mereka menangis semasa melihat anak-anak mereka diatas pentas yang rancak berhibur. Dan apatah lagi sekiranya anak-anak mereka itu jauh daripada Al-Quran, masih tidak tahu membaca Al-Quran. Alangkah sedihnya. Jangan persiakan air mata itu wahai saudara seIslam ku... Air mata tangisan itu terlalu mahal dan sebaiknya ia mengalir keluar untuk agama Allah. Kenapa mesti ia dialirkan untuk sesuatu yang kamu turut sumbangkan dalam kehancuran umat Islam.

Dengan sukanya ana mengucap Alhamdulillah apabila nama-nama mereka yang tidak terpilih dalam idola kecil. Bersyukur kerana Allah tidak memilih dia untuk pergi jauh dalam dunia hiburan. Kasihan, kerana mereka masih kecil...perlukan bimbingan. Waktu umur begini sepatutnya mereka dididik untuk mendalami ayat-ayat suci Al-Quran, diberi makanan rohani untuk menghadapi hari remaja yang lebih mencabar.

Tapi sekuat manakah?? Jika tidak terpilih kali ini, mungkin dia akan bertekad untuk memasuki Akademi Fantasia, Mentor, One In Million dan sebagainya. Lihatlah dari yang berumur kecil, remaja sehinggalah ke tua ada sahaja rancangan realiti yang membuka peluang untuk terus berhibur mengikut cara barat. Dah masuk berumur sedikit boleh masuk pula Sehati berdansa, Mari Menari, Muzik-muzik dan sebagainya. Fuhh, bagai kulat yang tumbuh di atas pokok getah selepas hujan. Dari tv RTM, Tv swasta hinggalah ke ASTRO...semua pakat berlumba-lumba...horeyy..yahoo...google..!! Seronoknya...ish3. Sedarkah kita semua ini semua budaya hedonisme. Tahukah kamu apa itu HEDONISME?? Inilah salah satu budaya harapan Yahudi dan Nasrani untuk melenyapkan agama Islam di muka bumi ini.

Hadis Riwayat Muslim ada meriwayatkan. Daripada Abu Sa'id Al-khudri r.a berkata: Bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda : "Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke dalam lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka", Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?". Nabi s.a.w menjawab"Siapa lagi kalau bukan mereka".

Ramai orang Islam yang terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan NAsrani dan ramai juga orang yang menjadi alat dan tali barut mereka. Ya Allah, selamatkanlah kami! Semoga mereka yang masih tidak menyedari perkara ini diberi hidayahMu, dan semoga kami yang menyedari ini diberikan kekuatan untuk terus beristiqamah. Mungkin mereka tidak bersalah kerana mereka tidak mengetahuinya. Mungkin salah kita yang mengetahuinya tapi tidak mahu menyampaikannya. Jadi jangan salahkan sesiapa salahkan diri sendiri dan mari kita berdoa agar umat Islam diberikan kekuatan untuk bersatu.

Langkah Yahudi jangan dituruti
Umat Yahudi dimurka Tuhan,
Jalan Nasrani jangan diikut,
Ilmu dituntut, amal ditinggalkan.

Kenapa kita mesti melutut,
Umat nasrani sesat di jalan,
Kepada bangsa bersifat taghut,
Amal dibuat tanpa pedomen.

Sejukkah hati jika seperti ini idola kecil kita??
Sejuknya hati bagaikan salju jika ada ramai idola kecil sepertinya ^_^





Inilah contoh idola kecil yang menyejukkan hati.
Rancangan realiti Tv Pemilihan Dai'e Kecil (PILDACIL) di Indonesia.

Semoga Allah beri petunjuk...


"Addin An-Nasihah ^___^

2 comments:

  1. salam..
    ana stju ngn ukhti..skng ni byk sgt prgrm realiti tv yg lagha nih...prgrm2 ni mmg x ilmiah lgsg..sepatut nye ank2 kecil ni di didik dgn al-quran dn hadis..dlm hal ni ibu bapa perlu mainkan peranan yg betul..seperti yg kte sedia mklum,pendidikan brmula di rumah,iaitu dgn asuhan dn didikan ibu bapa

    ReplyDelete
  2. Salam
    ana pun stuju sgt2...akhirnya anti dah luahkan apa yg terbuku dan kerisauan hati ana ni... ish3.. minta di jauhkanlah dari kita,adik2,anak2,saudara mara dan seluruh umat islam di ats muka bumi Allah ini.. semoga Allah bgi hidayah kpd adik2 kita yg masih kecil nie...sesungguhnya lahirnya mereka ke dunia ini ibarat kain putih..ibu bapalah yg akan mencoraknya. jika cantik dan baik corakkannya...maka lahirlah anak2 generasi muda yg cintakan Allah melebihi cinta dunia dan segala isinya... wallahua'lam

    ReplyDelete

:::SAHABAT-SAHABATKU:::