Hiii...!


Tuesday, July 3, 2012

Tata UUM..

Terasa berat hati nak meninggalkan UUM tercinta, tempatku menimba ilmu. Bertuah rasa dapat melanjutkan pengajian disini, yang telah menjadi impianku selama ini. Alhamdulillah, tempat tinggal yang selesa, dekat pula dengan kampus, pusat Islam, Pusat sukan, Mall dll. Dewan Penginapan Pelajar PERWAJA yang kini telah bertukar nama BSN dihuni olehku selama 2 1/2 ini tanpa berpindah DPP lain cuma berpindah blok dan bilik. Sem 1,2 & 3 bersama kawan baikku Nurul Hidayah di bilik blok B, sem 4 bertukar roomate dengan kawanku yang comel Ana Shazlina,di blok C, sem 5 bersama adik juniorNik Zuraida, di blok A, dia pelapes. Ya Allah..rindu hendak meninggalkan persekitaran DPP, Emzek, Biro Kerohanian dan semestinya kawan-kawan yang masih meneruskan pengajian disana.

Kiniku berada dirumah, mempersiapkan diri untuk praktikal, selangkah ke alam pekerjaan. Gementar pun ada, macamlah tak pernah praktikal dan bekerja sebelum ini.hehe. Pape pun..alam belajar tetap paling best, time exam je tak best..hehe.

Lepas ini, fokus kepada kerjaya.. mesti dah tak ada cuti 3 bulan dah kecuali cuti bersalin la.hehe. Semoga Allah memberiku kekuatan untuk menghadapi alam baru. Lebih bersemangat! Lebih Yakin! InsyaAllah.... Allahummayassir Walatua'sir Ya Karim...

"Addin An-Nasihah ^___^

No comments:

Post a Comment

:::SAHABAT-SAHABATKU:::