
Mencari ketenangan hati dengan cinta Ilahi....... Hanya Dia yang tahu apa yang ada dalam hati kita... :)
Thursday, April 21, 2022
Celoteh Abu : Kena pukul

Wednesday, April 20, 2022
Ummi slow dowwn business
Bismillahirahmanirahim.
Lama sungguh rasa tak berceloteh di blog.
Syukur alhamdulillah blog masih boleh pakai.hehe
Laagu-lagunya je la dah hilang kemana haha.
PERMULAANKU TAHUN 2022.
Sejak awal tahun 2022
Ummi diuji masalah kesihatan.
wahulam sebab kan apa.
Tapi macam masalah timbul seolah-olah sistem imunisasi badan ummi lemah.
Tak pasti kenapa. tapi beberapa bulan lepas ummi sekeluarga kena covid 19.
Mybe asbab je. wahulam.
Antaranya.
Masalah keputihan.
Masalah kelemumur sampai effect kulit.
dan dalam proses mencari ubat dan rawatan, Allah uji ummi sakit lutut.
Sungguh..keadaan ummi begitu buatkan ummi rasa down dan stress.
Sebab tak dapat nak jalankan tugas dengan sebaiknnya di rumah
Ayah banyak bantu ummi. Support umi uruskan anak-anak dan rumah.
Bermulalah ummi slowkan business dan fokus diri sendiri.
Ya..mybe orang lain pun ada masalah kesihatan yang lagi teruk.
Tapi takla sampai stop atau sloww businesskan.ngee
Lain orang, lain la size kasutnya.
Pada ummi, ujian ini adalah petunjuk daripada Allah untuk istikharah ummi selama ini.
Mybe selagi tak sakit. ummi akan ligat berbusiness.
hehe. i knoww me.
mybe pda orang lain its ok je.
tapi Allah lebih mengetahui.
slow berbusiness dan fokus kembali anak-anak adalah jalan terbaik ummi.
bukan tak nak bantu orang lain..team.
tapi Allah Lebih Mengetahui kemampuan HambaNya
kalau dulu anak-anak umi kecil lagi
sekarang anak-anak ummi dah masuk fasa bertemu ramai orang tak dikenali.
dah tak 24jam bersama dan berada disekeliing ummi.
jadi demi keselamatan dan kebaikan anak2 ummi.
itu adalah usaha ummi. doa ummi Allah jaga dan selebihnya minta Allah yang jaga anak-anak
ummi kena lebih fokus ke anak2.
dan dapat bantu ayah. selama ni ayah banyak support jaga anak2.. ummi boleh aktif berbusness.
ayah tak pernah mengongkong. malah selalu support ummi.
syukur.
oh ya.. nak tahu perasaannya lepas slowkan business
Terasa satu kelapangan dan ketenangan.
ya dan memang benar ummi lebih tenanag dan fikiran fokus ke anak.
Tq Allah ..Aku Redha untuk setiap ketentuanMU.
Doakan ummi ya!

Monday, August 16, 2021
Suri rumah ada Panyata Gaji

Monday, October 26, 2020
Assalamualaikum, dah tahun 2020?

Monday, December 17, 2018
Belajar sayang dan hargai diri sendiri
Learn to LOVE and APPRECIATE yourself first.."
.
#Geng_mak_mak sekalian,
Hargai usaha kita sendiri walaupun kecil.
.
Harini kita berjaya masak lunch and dinner,
tell yourself "good job"
.
Today kita berjaya spend time untuk teman anak-anak baca buku, tell yourself "you are ohsem"
.
Mungkin kita hanya sempat tukar lampin anak 12 kali hari ni,
tak sempat cuci baju pun...tak sempat masak pun..
Tell yourself
"well done! anak hepi dan selesa punggung tanpa ruam.."
Walaupun mungkin sekarang satu rumah kelaparan ๐ ๐ค
.
It's OKAY girls ,
esok kita cuba lebih baik ya! ๐ช
.
Belajar untuk love siapa pun diri kita hari ini,
dan hargai every small effort that we have made today.
Believe that every each one of us are unique and special in our own way.
.
Bagaimana kita nak sebarkan kasih sayang,
kalau kita belum mampu untuk berikan kasih sayang pada diri sendiri? ๐ฅฐ
.
#SpreadingTheLoveForModesty
Kredit to FB Aisyah Came

Monday, October 1, 2018
Bila ummi bertanya
Ummi duduk memangku Abu Ubaidah sambil melihat keletah anak2 ummi mandi sambil dilayan oleh ayah mereka. Bukan main happy ye.
Ummi tanya ayah soalan cepur gangsa ๐
Ummi : Kenapa budak2 suka air eh?
Ayah : Bukan budak2 je suka air, yang besar pun suka.
Ummi : oh yeke.. Kenapa ek.
Agak2 penin tak ayah nak jawab. Ingat kena layan soalan2 anak je.. Rupanya soalan mak anak pun kena layan. Hihi.
Ayah : Memang la. Air, api, angin semua orang suka..
Ummi : Api?? Yeke..
Ayah : Yela.. Tapi bila benda tu dalam keadaan kecil la.. Api dapat memanaskan badan bila time sejuk, angin pula.. Org suka bila angin sepoi2.. Air pun. Tapiiii kalau Allah hantar dalam keadaan besar...tak siapa nak.
Ummi : Ohh2.. . Dalam hati (Yela.. Tu yang tsunami, banjir, ribut, kebakaran.. Allahu)
Mengambil ibrah dan berfikir.

Perkahwinan Itu Lubuk Pahala
-Ummi Berbusiness Online-

Wednesday, September 12, 2018
Officially Hamzah Free Pampers

Monday, September 3, 2018
Hamzah hey hey hey
.
Punyala lama makan sambil sibuk bercerita itu ini, Ummi habis makan, dia belum habis-habis lagi. Ummi bangun kejap untuk basuh tangan, katanya "Ummi, duduk..duu..duk" Alamak.. Huhu
.
Ummi sambung duduk teman dia makan dan dengar lagi ceritanya sambil minum air MADU BATU. Aish.. mau habis sejug air MADU BATU ni tunggu Hamzah.. Dah nak sejam dah ni ๐
.
Lastly, dia minta ummi suapkan. Tu la beria nak makan roti telur baked bean pakai sudu.. Banyak ngat masa lapang ye ๐

Friday, August 31, 2018
Luahan hati si anak
Sebak juga rasa, rumah pertama yang ummi dan ayah duduki bersama. Dari tak ada pape dalam rumah, sikit2 ayah beli perabot yang kebanyakkan untuk kemudahan ummi.
First kami beli barang elektrik peti ais, kemudian 3 bulan kemudian ayah belikan ummi mesin basuh. Kenangan.
5 bulan kemudian, ummi mengandungkan anakanda Hamzah. Bila dah sarat ayah kata kesian kat ummi bangun duduk, then ayah beli set meja makan dan sofa. Tq abang.. Moga Allah sahaja dapat membalas segala keprihatinan abang buat isterimu ini.
Alhamdulillah.. Walaupun rumah ini kecil tapi bukan ayah dan ummi je rasa berat hati nak berpindah tapi Hamzah juga.. Mybe sebab Hamzah sulung.. Dia tahu ini rumah pertama dia sejak lagi.. Sehingga adik dah 2 orang. Hehe.
Sayu jugak tadi Hamzah kata
"Ummi, Hamzah tak nak duduk sini, Hamzah nak balik rumah Hamzah"
Tersentak juga ummi dengan luahan Hamzah yang tiba2 tu. Ummi cuba memujuk.
"Kenapa, ni la rumah kita sekarang, Hamzah tak suka ke.. Rumah ni lagi luas dan besar, Hamzah seronokkan main dalm rumah"
"Hamzah tak nak rumah kita, hamzah takut.. Hamzah nak rumah Hamzah. Rumah Hamzah yang kat sana tu.. "
Dalam hati ummi.. Allahu.. Anak ummi dah besar.. Ummi pun kena belaja cakap dan terang elok2 sekarang sebab Hamzah dah pandai berfikir dan meluahkan apa rasa hatinya.๐
Bila ayah balik, ummi cerita kat ayah. Hamzah cakap lagi.. Hamzah nak balik rumah Hamzah, Hamzah nak tengok lembu.. Waaa sedih plak kan. Huhu
Ya banyak kenangan di rumah lama. Tapi.. Demi masa depan dan peluang tengah ada. Dengan izin Allah, dan Allah Maha Tahu. Perpindahan ini untuk sesuatu yang lebih baik. Insyallah kita sekeluarga akan cipta kenangan disini pula.
Yang penting, moga perpindahan ini membawa kita lebih dekat dengan Allah dan keluarga kita lebih mawaddah, sakinah dan warahmah.
Terima kasih ayah, tahu bukan keputusan yang mudah untuk berpindah.. Tambah komitmen yang bertambah. Insyallah moga Allah murahkan rezeki abang untuk menyara keluarga kecil kita. Aminn.
Sebelum tidur semalam ummi berbicara sekali lagi dengan Hamzah.
"Hamzah, ini bilik kita sekarang, hamzah tidur sini. Cantik tak bilik ni"
"Cantik.. "
Sekarang ini rumah kita, rumah ni Hamzah boleh lari main kat mana pun, seronok tak.
" Seronok.. "
Ok.. Kita kena sayang rumah kita, rumah ni ayah cari untuk kita tinggal. Mulai sekarang kita tinggal sini ya.. Ok.
" Aha.. "
Brommm... Bromm.. Kedengaran bunyi moto ayah baru balik dari masjid. Sekian
*Mungkin ada silap ummi ayah tak jelas betul2 pasal rumah baru kami, atau mungkin ummi terlalu melarang untuk jaga rumah ni dengan keluarkan kata ini barang orang, tu pintu orang bukan kita punya.. So Hamzah rasa asing dirumah sendiri.
*Apa2 pun.. Pertanyaan Hamzah pasal rumah ni buat ummi tersedar, Hamzah dah besar dan dah pandai meluahkan rasa hati. Ummi kena fokus setiap perasaan dan luahan mu kini.
Insyallah
-Ummi Meluahkan pula ๐-








