Thursday, April 21, 2022

Celoteh Abu : Kena pukul


Setiap kali ambil sekolah. Ada je celotehnya yang menghiburkan.

Abu : Ummi, tadi kan xxx pukul Abu dan kawan2.
Ummi : Iyee.. Abu cakap tak jangan pukul.
Abu : Abu cakap dah " Hei jangan pukul" (suara halus ) . Tapi dia pukul juga.
Ummi : Yeke.. Camtu lain kali Abu nasihatkan dia. Nyanyi lagu

Buat Baik Dapat Pahala
Buat Jahat Dapat Dosa 

Abu : Dah nasihat dah. Tapi dia pukul juga
Ummi : Kalau semua dah, tak jalan juga. Abu bagi tahu la cikgu.
Abu : Abu dah bagi tahu cikgu, cikgu pun kena pukul.๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚






#coretanummiseha



"Addin An-Nasihah ^___^

Wednesday, April 20, 2022

Ummi slow dowwn business

Bismillahirahmanirahim.

Lama sungguh rasa tak berceloteh di blog.

Syukur alhamdulillah blog masih boleh pakai.hehe

Laagu-lagunya je la dah hilang kemana haha.

PERMULAANKU TAHUN 2022. 

Sejak awal tahun 2022

Ummi diuji masalah kesihatan.

wahulam sebab kan apa.

Tapi macam masalah timbul seolah-olah sistem imunisasi badan ummi lemah.

Tak pasti kenapa. tapi beberapa bulan lepas ummi sekeluarga kena covid 19.

Mybe asbab je. wahulam.


Antaranya. 

Masalah keputihan.

Masalah kelemumur sampai effect kulit.

dan dalam proses mencari ubat dan rawatan, Allah uji ummi sakit lutut.

Sungguh..keadaan ummi begitu buatkan ummi rasa down dan stress.

Sebab tak dapat nak jalankan tugas dengan sebaiknnya di rumah

Ayah banyak bantu  ummi. Support umi uruskan anak-anak  dan rumah.

Bermulalah ummi slowkan business dan fokus diri sendiri.

Ya..mybe orang lain pun ada masalah kesihatan yang lagi teruk.

Tapi takla sampai stop atau sloww businesskan.ngee

Lain orang, lain la size kasutnya.

Pada ummi, ujian ini adalah petunjuk daripada Allah untuk istikharah ummi selama ini.

Mybe selagi tak sakit. ummi akan ligat berbusiness.

hehe. i knoww me.


mybe pda orang lain its  ok je.

tapi Allah lebih mengetahui.

slow berbusiness dan fokus kembali anak-anak adalah jalan terbaik ummi.

bukan tak nak bantu orang  lain..team. 

tapi Allah Lebih Mengetahui kemampuan HambaNya


kalau dulu anak-anak umi kecil lagi

sekarang anak-anak ummi dah masuk fasa bertemu ramai orang tak dikenali.

dah tak 24jam bersama dan berada disekeliing ummi.

jadi  demi keselamatan dan kebaikan anak2  ummi.

itu adalah usaha ummi. doa ummi Allah jaga dan selebihnya minta Allah yang jaga anak-anak

ummi kena lebih fokus ke anak2.

dan dapat bantu ayah. selama ni ayah banyak support jaga anak2.. ummi boleh aktif berbusness.

ayah tak pernah mengongkong. malah selalu support ummi.

syukur.

oh ya.. nak tahu perasaannya lepas slowkan business

Terasa satu kelapangan dan ketenangan.

ya dan memang benar ummi lebih tenanag dan fikiran fokus ke anak.

Tq Allah ..Aku Redha untuk setiap ketentuanMU.

Doakan ummi ya!


"Addin An-Nasihah ^___^

Monday, August 16, 2021

Suri rumah ada Panyata Gaji

Tiga doaku dan impian ku dulu

Salah satunya adalah bekerja ditempat yang dapat membantu agamaNya

Setelah berhenti 5 tahun lepas.

Aku berhenti bekerja untuk menjaga anak-anakku.

Sejak itu fokus dengan business sambil menguruskan rumah tangga sepenuhnya.

Pernah suatu hari aku tanya seorang kakak ni.

"Akak, ada tak business yang hujung bulan dapat macam gaji"

Akak tu pun senaraikanlah beberapa business.

Salah satunya pernah aku masuk.

Tapi tak boleh go. wahualam.

Suami pernah suggest juga beberapa business lain yang memang dah stabil 

kebanyakkan business dari luar negara.

wahualam. hati macam tak terbuka.

3 tahun lepas.

Allah temukan Sysfel. 

Ketika itu sysfel baru je ditubuh oleh Puan Felina dan Suaminya.

Subhanallah. 

Ia seperti business yang aku idam-idamkan malah lebih.

๐Ÿ’›Business Produk Muslim
๐Ÿ’œRangkaian yang Patuh Syariah terutama bab aurat dan halal haram
๐Ÿ’šSeperti bekerja di pejabat. Ada bonus bulanan. Ada penyata gaji.

Subhanallah..kali ini tanpa ragu dengan izin suami untuk join.

Masa tu baru jelas, kenapa sukar nak join business2 lain yang dah stabil.

Syukur kini dah 3 tahun berlalu. 

Daku masih istiqamah dan yakin dengan platform ini.

Moga Allah Redha.

Sekian,
Ummi Seha
Sysfel Consultant 

#SysfelConsultantGombak
#businesswomen
#surirumahprofesional

"Addin An-Nasihah ^___^

Monday, October 26, 2020

Assalamualaikum, dah tahun 2020?

Tahun 2020, kembali membuka semula blog.

Apakah cerita tahun wawasan 2020?

Tiada siapa duga, siapa jangka..

Tahun 2020 dunia dilanda satu virus iaitu Covid19.
.
Ya..bakal menjadi sejarah, bakal menjadi satu cerita.
.
BKP..

NORMA BARU..

BELAJAR ONLINE

WORK FROM HOME

Dan banyak lagi..

Disebalik musibah, pasti ada hikmahnya .

"Addin An-Nasihah ^___^

Monday, December 17, 2018

Belajar sayang dan hargai diri sendiri

"Before you LOVE or APPRECIATE others,
Learn to LOVE and APPRECIATE yourself first.."
.
#Geng_mak_mak sekalian,
Hargai usaha kita sendiri walaupun kecil.
.
Harini kita berjaya masak lunch and dinner,
tell yourself "good job"
.
Today kita berjaya spend time untuk teman anak-anak baca buku, tell yourself "you are ohsem"
.
Mungkin kita hanya sempat tukar lampin anak 12 kali hari ni,
tak sempat cuci baju pun...tak sempat masak pun..
Tell yourself
"well done! anak hepi dan selesa punggung tanpa ruam.."
Walaupun mungkin sekarang satu rumah kelaparan ๐Ÿ˜…๐Ÿค—
.
It's OKAY girls ,
esok kita cuba lebih baik ya! ๐Ÿ’ช
.
Belajar untuk love siapa pun diri kita hari ini,
dan hargai every small effort that we have made today.
Believe that every each one of us are unique and special in our own way.
.
Bagaimana kita nak sebarkan kasih sayang,
kalau kita belum mampu untuk berikan kasih sayang pada diri sendiri? ๐Ÿฅฐ
.
#SpreadingTheLoveForModesty

Kredit to FB Aisyah Came
"Addin An-Nasihah ^___^

Monday, October 1, 2018

Bila ummi bertanya

Pagi sabtu lepas, bagi anak2 mandi kolam plastik depan rumah.

Ummi duduk memangku Abu Ubaidah sambil melihat keletah anak2 ummi mandi  sambil dilayan oleh ayah mereka.  Bukan main happy ye.

Ummi tanya ayah soalan cepur gangsa ๐Ÿ˜„

Ummi : Kenapa budak2 suka air eh?
Ayah : Bukan budak2 je suka air, yang besar pun suka.
Ummi : oh yeke.. Kenapa ek. 

Agak2 penin tak ayah nak jawab. Ingat kena layan soalan2 anak je.. Rupanya soalan mak anak pun kena layan. Hihi.

Ayah : Memang la. Air, api, angin semua orang suka..
Ummi : Api?? Yeke..
Ayah : Yela.. Tapi bila benda tu dalam keadaan kecil la.. Api dapat memanaskan badan bila time sejuk, angin pula.. Org suka bila angin sepoi2.. Air pun. Tapiiii kalau Allah hantar dalam keadaan besar...tak siapa nak.

Ummi : Ohh2.. . Dalam hati (Yela.. Tu yang tsunami, banjir, ribut, kebakaran.. Allahu)

Mengambil ibrah dan berfikir.



"Addin An-Nasihah ^___^

Perkahwinan Itu Lubuk Pahala



Seorang ibu/bapa, bila dia kelam kabut urus rumah tangganya seperti suami/isterinya, anak2 dan jika bekerja dengan kerjanya, businessnya, dakwahnya dan sebagainya.
.
Maka yakinlah masa itu Allah juga tengah tawarkan peluang pahala dari pelbagai bentuk dan banyak sehingga dia pun kelam kabut nak berebut pahala yang diberi.

Maka tenang, sabar dan ikhlas la menguruskannya satu persatu. Insyallah banyak pahala yang dapat perolehi. Tapi jika sebaliknya, merungut, marah dan tak sabar maka rugilah dia. Ibarat wang ditabur dari langit tapi satu pun tak masuk dalam genggamannya.
.
Semakin sibuk, semakin banyak pahala. Allah sibukkan seseorang agar dirinya tidak sempat melakukan maksiat, tidak lalai dan tidak sia2kan masa.


๐Ÿ’“๐Ÿ’“๐Ÿ’“

-Ummi Berbusiness Online-

"Addin An-Nasihah ^___^

Wednesday, September 12, 2018

Officially Hamzah Free Pampers

Alhamdulillah, pada 6 Sept 2018 iaitu umur Hamzah 3 tahun 4 bulan officially Hamzah Free Dryper ๐Ÿ˜˜

Alhamdulillah dipermudahkankan kali ni, mybe atas faktor 3x percubaan ummi untuk Hamzah tak pakai pampers yang akhirnya tewas. Dan akhirnya percubaan kali ke 4 ni berjaya. 

Percubaan 1 : Stop sebab Nusaibah nyaris2 nak kutip najis Hamzah. Masa tu Nusaibah tengah merangkak. So ummi hold dulu. 
Percubaan 2 : Nusaibah dah besar sikit tapi ummi tak mampu nak control dua2 bila kejadian serentak membuang di sejadah ummi solat. Huhu. Ayah balik malam kena tolong basuhkan, ayah kata stop dulu sampai ayah dah tak sibuk kat office. Ngeee. 
Percubaan ke 3 : Hampir berjaya tetapi Hamzah terkencing di kg ketika seronok bermain, so kami pakaikan pampers sepanjang dikg.. Then ummi pun malas nak training kan semula.huhu. 
Percubaan ke 4 : Alhamdulillah sepenuhnya berjaya dan training dilakukan dirumah baru. Ummi lebih bersemangat dan bersedia dan kedudukan bilik air yang mudah untuk pantau Hamzah. Tak de bocor tak de terberak atau terkencing. Alhamdulillah. Hamzah soleh power. Tahniah!!! 

-Ummi yang cuba dan terus mencuba-

"Addin An-Nasihah ^___^

Monday, September 3, 2018

Hamzah hey hey hey


Dua hari ramai orang kat rumah, hari ni dah sunyi.. Hamzah bangun, tengok tv jap terus minta makan. So sarapan sama2 sambil layan dia cerita sepupu-sepupunya, pergi jalan-jalan semalam... Ok.. ๐Ÿ˜€
.
Punyala lama makan sambil sibuk bercerita itu ini, Ummi habis makan, dia belum habis-habis lagi. Ummi bangun kejap untuk basuh tangan, katanya "Ummi, duduk..duu..duk" Alamak.. Huhu
.
Ummi sambung duduk teman dia makan dan dengar lagi ceritanya sambil minum air MADU BATU. Aish.. mau habis sejug air MADU BATU ni tunggu Hamzah.. Dah nak sejam dah ni ๐Ÿ˜‚
.
Lastly, dia minta ummi suapkan. Tu la beria nak makan roti telur baked bean pakai sudu.. Banyak ngat masa lapang ye ๐Ÿ˜‚
"Addin An-Nasihah ^___^

Friday, August 31, 2018

Luahan hati si anak

Esok Insyallah, hari terakhir kami akan ke rumah lama di Pangsapuri Sri Batu dan memulangkan kunci rumah kepada owner.

Sebak juga rasa, rumah pertama yang ummi dan ayah duduki bersama. Dari tak ada pape dalam rumah, sikit2 ayah beli perabot yang kebanyakkan untuk kemudahan ummi.

First kami beli barang elektrik peti ais, kemudian 3 bulan kemudian ayah belikan ummi mesin basuh. Kenangan.

5 bulan kemudian, ummi mengandungkan anakanda Hamzah. Bila dah sarat ayah kata kesian kat ummi bangun duduk, then ayah beli set meja makan dan sofa. Tq abang.. Moga Allah sahaja dapat membalas segala keprihatinan abang buat isterimu ini.

Alhamdulillah.. Walaupun rumah ini kecil tapi bukan ayah dan ummi je rasa berat hati nak berpindah tapi Hamzah juga.. Mybe sebab Hamzah sulung.. Dia tahu ini rumah pertama dia sejak lagi.. Sehingga adik dah 2 orang. Hehe.


Sayu jugak tadi Hamzah kata

"Ummi, Hamzah tak nak duduk sini, Hamzah nak balik rumah Hamzah"

Tersentak juga ummi dengan luahan Hamzah yang tiba2 tu. Ummi cuba memujuk. 

"Kenapa, ni la rumah kita sekarang, Hamzah tak suka ke.. Rumah ni lagi luas dan besar, Hamzah seronokkan main dalm rumah"

"Hamzah tak nak rumah kita, hamzah takut.. Hamzah nak rumah Hamzah. Rumah Hamzah yang kat sana tu.. "

Dalam hati ummi.. Allahu.. Anak ummi dah besar.. Ummi pun kena belaja cakap dan terang elok2 sekarang sebab Hamzah dah pandai berfikir dan meluahkan apa rasa hatinya.๐Ÿ˜Š

Bila ayah balik, ummi cerita kat ayah. Hamzah cakap lagi.. Hamzah nak balik rumah Hamzah, Hamzah nak tengok lembu.. Waaa sedih plak kan. Huhu

Ya banyak kenangan di rumah lama. Tapi.. Demi masa depan dan peluang tengah ada. Dengan izin Allah, dan Allah Maha Tahu. Perpindahan ini untuk sesuatu yang lebih baik. Insyallah kita sekeluarga akan cipta kenangan disini pula.

Yang penting, moga perpindahan ini membawa kita lebih dekat dengan Allah dan keluarga kita lebih mawaddah, sakinah dan warahmah.

Terima kasih ayah, tahu bukan keputusan yang mudah untuk berpindah.. Tambah komitmen yang bertambah. Insyallah moga Allah murahkan rezeki abang untuk menyara keluarga kecil kita. Aminn.

Sebelum tidur semalam ummi berbicara sekali lagi dengan Hamzah.


"Hamzah, ini bilik kita sekarang, hamzah tidur sini. Cantik tak bilik ni"

"Cantik.. "

Sekarang ini rumah kita, rumah ni Hamzah boleh lari main kat mana pun, seronok tak.

" Seronok.. "

Ok.. Kita kena sayang rumah kita, rumah ni ayah cari untuk kita tinggal. Mulai sekarang kita tinggal sini ya.. Ok.

" Aha.. "

Brommm... Bromm.. Kedengaran bunyi moto ayah baru balik dari masjid. Sekian

*Mungkin ada silap ummi ayah tak jelas betul2 pasal rumah baru kami, atau mungkin ummi terlalu melarang untuk jaga rumah ni dengan keluarkan kata ini barang orang, tu pintu orang bukan kita punya.. So Hamzah rasa asing dirumah sendiri.
*Apa2 pun.. Pertanyaan Hamzah pasal rumah ni buat ummi tersedar, Hamzah dah besar dan dah pandai meluahkan rasa hati. Ummi kena fokus setiap perasaan dan luahan mu kini. 

Insyallah

-Ummi Meluahkan pula ๐Ÿ˜-
"Addin An-Nasihah ^___^

:::SAHABAT-SAHABATKU:::