Hiii...!


Sunday, October 17, 2010

Delegasi Keusahawanan Islam

Assalamualaikum

Delegasi Keusahawanan Islam ke HPA



Kembara mencari ilmu...
Dengan pengetahuan yang cetak...
Peluang yang diberi, jangan dilepaskan...
Sesungguhnya, Allah menyukai sesuatu yang bermanfaat...



Jalan-jalan cari Ilmu...
UUM - Kilang Jejawi Perlis - Kilang Kuala Perlis -
Sungai petani - Kilang Cola Radix & Kilang Botol - RFC-UUM





Kopi radix kini menjadi pilihan masyarakat..
Kalau tak percaya..
Pergilah mana-mana kedai makan, gerai-gerai tepi jalan...
Pasti dari jauh sudah nampak...
Kopi Radix papan tergantung kemas...bukan saja kemas...tapi tinggal sedikit
Kadang-kadang tinggal papannya je...
Cakap saja radix....sume orang tahu...
Sapa yang tak tahu dan tak pernah minum...
Akan menyesal disitu....^_^



Tengoklah gambar di atas..

sebelum masuk melawat dalam kilang..
kena pakai macam ni dulu...
hehe...
bagaikan seorang doktor yang akan menjalankan pembedahan...^_^
kasut pun kena pakai sarung plastik biru yang disediakan...



Yang ini pula di bahagian pembungkusan
Lajunye tangan kakak ini
pap..!pop..!pap...!
menampal sekampit demi kampit kopi radix
pada papan tu...


Habis melawat kilang HPA di Perlis
Kami disajikan dengan minuman radix...
Yeah..! Sukanyee.. ^_^
Yang cawan sebelah kiri tu Koko Radix,
Yang belah kanan ni pula Kopi Radix
Dua-dua sedap~~
Tambah-tambah ianya diberi dengan percuma....
Lagiii sedap...^_^




Lepas muslimin habis solat Jumaat...
bertolak ke Sungai Petani...
Melawat kilang Cola Radix dan Kilang Botol pulak..
Kilang Botol berada bersebelahan dengan Kilang Cola Radix
Pengurus Kilang ini menyatakan bahawa...
kualiti produk dijaga dengan sedaya upaya...

Contoh..
Botol merupakan suatu produk penting dalam menjaga kualiti produk..
Pembekal boleh menipu kerana botol adalah barangan yang boleh dikitar semula.
Oleh itu, untuk menjaga kualiti produk..
Kilang botol sendiri dibuka..
Apabila kilang botol sendiri dapat dijalankan
Maka bukan sahaja dapat menyelamatkan kualiti,
malah dapat menjimatkan kos barangan.




Dan begitu juga dengan herba-herba yang digunakan dalam produk
Untuk memastikan bekalannya..
HPA membuat penanaman sendiri herba-herba tersebut..
beginilah antara langkah-langkah HPA menjaga kualiti produknya..
Dan diberitahu lagi bahawa..
Tuan Haji lebih suka memperbanyakkan produk daripada membanyakkan keluaran sesuatu produk...
Kenapa ya???
Erm...fikir-fikirkanlah....^_^



Setelah habis berpecah peluh...
Kaki pun mula naik lenguh-lenguh...
Akhirnya...
Kami meneruskan agenda kami..
jalan-jalan cari makan di Radix Fried Chicken (RFC)


Hmm....tengok la...
oke la...
Tak leh tengok lama-lama...
Agak kelaparan disini....

Cukup untuk kali ini...
Kembara mencari Ilmu yang luas

Akhir kata

"Gunakanlah produk HPA tanpa was-was"
Herba Penawar Allah ^_^






"Addin An-Nasihah ^___^

8 comments:

  1. ape beza memperbanyakkan produk daripada membanyakkan keluaran sesuatu produk??

    ReplyDelete
  2. memperbnyakkan jenis produk....maksdnya memperbagaikan lagi produk....
    bnykakan keluaran produk tu maksudnya...produk yg dah ada tu keluarkan dalam kuantiti byk lagi...

    ReplyDelete
  3. assalam, dimana kilang botol tersebut dan adakah ianya membuat pelbagai saiz botol plastik. terimakasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Ye tapi ia khas untuk produk hpa sahaja.

      Delete
  4. saya ade bawak pelajar sekolah ke kilang hpa perlis...langsung takde hidang air setitikpun....kesian budak2....

    ReplyDelete
  5. Salam. Boleh x bagi alamat kilang botol tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. saya tak ada simpan alamatnya... tapi kilangnya di kedah.

      Delete

:::SAHABAT-SAHABATKU:::